Tuesday 28 May 2013

Makam Nabi Di Dalam Masjid Nabawi-Madinah.

 Gerbang pintu untuk masuk ke Raudhah (Taman Syurga)



 Mimbar Untuk Kutbah dizaman  Rasulullah .

Telah terbukti bahawa salah satu sifat Maksum Rasululah saw sesudah wafatnya ialah bahawa jasad Rasululah saw sentiasa terpelihara di dalam kuburnya dengan izin Allah. Disebut dalam kitab Wafa' al Wafa' oleh Sheikh Syamhudi bahawa sejak Rasullulah wafat , tiga percubaan telah dilakukan oleh seteru islam untuk mencuri jasad Rasulullah saw yang dimakamkan di Madinah. menurut riwayat yang mahysur, walaupun sudah wafat lebih 1,400 tahun namun jasad Rasullulah saw tidak hancur di dalam kuburnya. hakikat ini telah mendorong musuh islam untuk mencuba mencuri jasad baginda, dengan mendedahkan kepalsuan dakwaan itu. Tetapi ketika percubaan itu dilakukan, seorang Raja islam ketika itu telah mendapat mimpi berulang-ulang menerusi Rasullulah yang bersabda kepadanya;"Tolonglah selamatkan aku dari dua orang ini." Dalam mimpi itu, Raja tersebut dilihatkan rupa dua orang yang dimaksudkan oleh Rasullulah itu. Lalu baginda pun pergi ke Madinah dan sesudah puas mencari, akhirnya dua orang beragama nasrani ditemui oleh baginda yang rupanya sama seperti rupa orang yang dilihatnya dalam mimpinya.
Kedua-dua orang itu diberkas dan dari mulut mereka terdedahlah komplot mereka untuk mencuri jasad Rasullulah itu. Cerita ini diriwayatkan secara terperinci dalam kitab "Haqiqatul Azhar" oleh Syeikh Ahmad Al Fatai. Menurut penulis kitab ini, komplot jahat untuk mencuri jasad Nabi saw telah diputuskan oleh sidang Raja-Raja Nasrani pada tahun 559 hijriyah ( serentak dan sebahagian dari sasaran Perang Salib oleh raja-raja Kristian untuk menawan Baitul Maqdis). Mereka pun mengirim dua orang Nasrani yang menyamar sebagai orang islam dari Magribi untuk melaksanakan komplot jahat mereka.
Kedua-dua orang Nasrani berpura-pura sebagai orang salih yang tekun beribadat siang dan malam di sisi makam Nabi Muhammad saw dalam Masjid Nabawi di Madinah. Raja islam yang mendapat mimpi didatangi Rasullulah saw itu ialah Sultan Mahmud Nuruddin yang terkenal dengan adil dan salih. Baginda bermimpi didatangi oleh Rasullulah tiga kali malam berturut. Nabi saw bersabda kepadanya:"Wahai Mahmud, lepaskan aku dari dua orang ini sambil menunjuk kepada dua orang lelaki yang kulitnya kemerahan Sesudah tiga kali mendapat mimpi demikian, Sultan Mahmud pun bermusyawarah dengan para wazirnya , dan memutuskan bahawa baginda harus pergi sendiri ke Madinah untuk melaksanakan permintaan Rasullulah saw itu. Pada mulanya Sultan Mahmud tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mencari dua orang lelaki yang ditunjukkan oleh Rasullulah itu, tetapi sesudah sembahyang dua rakaat di Raudhah, baginda memutuskan untuk memberi hadiah kepada setiap penduduk madinah yang dipanggil mengadap baginda.
Setiap penduduk madinah yang datang menerima hadiahnya diperhatikan wajahnya oleh baginda, tetapi tiada seorang pun yang serupa dengan wajah dua orang lelaki yang dilihatnya dalam mimpinya itu. Akhirnya baginda bertanya kepada penduduk Madinah jika mereka tahu siapa lagi yang belum datang untuk menerima hadiah dari baginda. Orang-orang disitu pun memberitahu bahawa ada hanya dua orang pendatang dari Magribi yang belum datang menerima hadiah dari baginda , tetapi mereka adalah orang salih dan tekun beribadat di sisi makam Rasullulah dan mereka tidak mahu menerima pemberian dari sesiapa. Bila kedua orang "Magribi" itu dibawa datang mengadap Sultan , baginda terkejut kerana wajah mereka serupa dengan wajah dua orang yang dilihatnya dalam mimpinya itu. Pada mulanya mereka tidak mengaku melakukan apa-apa yang boleh memberi mudarat kepada Rasullulah saw, tetapi sesudah tempat kediaman mereka di Rubbat digeledah oleh para pegawai Sultan, ditemui segala peralatan yang digunakan dalam komplot mereka untuk mencuri jasad Rasullulah saw itu.
Dibawah lantai rumah mereka dijumpai sebuah lubang panjang yang telah digali seperti terowong di bawah tanah menuju ke Makam Rasullulah . Sesudah disoal , akhirnya mereka mengaku bahawa mereka telah dikirim oleh Raja-Raja Kristian untuk mencuri dan melarikan jasad Rasullulah saw dari makamnya. Akhirnya kedua orang Nasrani itu pun dihukum bunuh . Akibat peristiwa inilah juga semua orang bukan islam diharamkan memasuki Makkah dan Madinah.
Inilah kisah yang masyur yang menjadi bukti bahawa Rasullulah saw tetap maksum (terpelihara) sesudah baginda wafat sehingga jasadnya sentiasa terkawal dari sebarang pengkhianatan musuh dengan izin Allah swt. 1-CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah 2-CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah. 3-PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah. 4-SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH. mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji. 5-PADA KURUN KE-9 HIJRAH 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.

Secara jujurnya, ketika kami membuat wida di Makam Rasulullah saw, sebelum berangkat ke Mekah, saya membacakan doa yang saya sendiri acapkali membacanya akan mengalirkan airmata dan begitu juga dengan jemaah yang mengikuti bacaan saya........ "Selamat tinggal wahai Rasulullah. Berpisahlah kita wahai Nabi Allah. Amanlah dikau wahai kekasih Allah. Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini, sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahi ataupun berada disisimu. Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat, jika ada umur panjang. InsyaAllah aku akan datang menziarahimu semula. Tapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini, hinggalah ke hari kiamat, iaitu pengakuanku yang bersungguh sungguh, bahawa tiada Tuhan yang lain disembah dengan sebenar benarnya kecuali Allah Tuhan Yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNYA dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahwa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruhNYA. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan. Salam sejahtera ke atas Para Rasul. Segala puji untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam".........

Thursday 23 May 2013

Melawat Muzium di Mekah al Mukaramah


Lawatan Luar hari pertama di Mekah. sebenarnya nak masuk ke Muzium Mekah ni bukan boleh sebarangan masuk, kena dapat keizinan daripada kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu aku pun hairan, apa yang payah sangat sedangkan muzium lain kat mana-mana pun terbuka untuk dilawati mungkin sebab keluasannya yang terhad berbanding jumlah jemaah yang beratus ribu malah boleh mencecah jutaan manusia itu jadi kira nasiblah, kalau pihak travel agency korang boleh uruskannya maka dapatlah masuk, kalau tak pakat tengok dari luar jelah lepas tu pula tak boleh melawat lama-lama kat dalam tu, sekitar setengah jam saja kemudian kena bagi grup lain pula masuk dalam erti kata lain kalau pihak muzium kata pukul 9.30 kena ada depan pintu, so 9.30 tepatlah kena ada…kalau lambat, melepaslah jawabnya so grup kami beruntung kerana dapat keizinan daripada pihak muzium untuk masuk ke dalamnya bila dapat masuk ke dalam, aku actually agak kecewa kerana ia lebih layak dipanggil ‘pameran’ daripada muzium artifek tak banyak sangat seperti pedang baginda ke, serban baginda ke, maaf ini bukan tempatnya pendek cerita Muzium Mekah ini lebih kepada menceritakan sejarah pembangunan Mekah terutama sekitar Masjidil Haram daripada zaman lampau hingga ke perancangan yang akan datang.

Sunday 19 May 2013

MASJID JARANAH (TEMPAT MIQAT UNTUK UMRAH & HAJI)

Masjid Ja'ranah terdapat pada sebuah kampung yang jaraknya kira-kira 24 km dari Masjidil Haram, Makkah al- Mukarramah.Masjid ini merupakan salah satu tempat miqat untuk berniat mengerjakan ibadah umrah. Setelah mengambil miqat di tempat ini, diharuskan memakai pakaian ihram dan berniat ihram. Pakaian ihram bagi laki-laki yaitu berupa kain ihram berwarna putih tanpa jahitan, sedangkan pakaian ihram bagi perempuan berupa pakaian tertutup berwarna putih. Sehingga yang tampak hanyalah muka dan telapak tangan. Sekali lagi, syariat ini menandakan bahwa Islam sangat mengagungkan kaum hawa.
Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Ji’ronah merupakan miqat paling tinggi derajatnya dibanding miqat yang lain. Ji’ronah adalah nama seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan dan menjaga mesjid tersebut, Ia seorang wanita Quraisy dari Bani Tim.

Friday 17 May 2013

Saie Di Antara Safa dan Marwah



Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil
membaca:

 (إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم).

Kemudian dia membaca:

(الله أكبر الله أكبر، الله أكبر و لله الحمد، الله أكبر على ما هدانا والحمد لله على ما أولانا، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، و هزم الأحزاب و حده، لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، اللهم إنك قلت: ادعوني استجب لكم, وإنك لا تخلف الميعاد، وإني أسألك كما هديتني للإسلام أن لا تنزعه مني حتى تتوفاني وأنا مسلم)
Sebanyak tiga kali. Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

 (اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسلامة من كل إثم والغنيمة من كل بر والفوز بالجنة والنجاة من النار)

 Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja). Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

 (ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، رب اغفر وارحم، واعف وتكرم، وتجاوز عما تعلم, إنك أنت الأعز الأكرم، اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك).

 Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah. Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

 (إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم).

Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah). Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam. Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.

Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:

 (ربنا تقبل منا وعافنا واعف عنا وعلى طاعتك وشكرك أعنا).

 Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)). Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian. Dalam keadaan terputus saie disebabkan sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu disempurnakan dari pusingan yang terputus. Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam.
Rukun Haji yang keempat ialah sa'ie, iaitu berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah.



 HUKUM SA'IE

  Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji atau umrah tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batallah haji dan umrahnya.
SYARAT-SYARAT SA'IE
 Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas tawaf qudum bagi yang mengerjakan haji ifrad; Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah- jarak antara Safa dan Marwah lebih kurang 420 meter; Cukup 7 kali perjalanan dengan yakin iaitu dari safa ke marwah sekali dan dari marwah ke safa sekali; Hendaklah sa'ie hingga sampai penghujung tempat sa'ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada kawasan yang dituntuti pada tiap-tiap kali. Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa'ie Hendaklah dilakukan sa'ie itu di mas'a sendiri iaitu tempat yang terbentang antara safa dan marwah bernama Al- Wadi .


SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE
 Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa mengerjakan sa'ie diantaranya ialah:- Berada dalam keadaan suci, yakni berwuduk, Keluar ke tempat sa'ie dengan melalui pintu safa Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke anak-anak batu bukit dan erdoa, Setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah hendaklah menghadap ( Baitullah) dan mengangkat ke dua belah tangan serta bertakbir 3 kali dan membaca kalimah tauhid. Berlari-lari anak atau berjalan cepat di satu tempat bertanda hijau bagi lelaki. Mualat antara sa'ie dengan tawaf.



















Tempat bermulananya kita berniat Saie. Safa - Marwan Perjalanan kesleuruhan 7 Pusingan dianggarkan hampir 2.5km..








 Kelihatan Lampu hijau diatas kepala dimana Jemaah lelaki diharuskan berlari-lari anak.