Tuesday 7 May 2013

Jabal Uhud

Jabal Uhud terletak di utara Madinah lebih kurang 4 kilometer dari Masjid Nabawi. Jabal Uhud ialah gunung tunggal, yang tidak bersambung dengan banjaran atau bukit bukau yang lain. Jabal Uhud ialah gunung yang istimewa. Nabi Muhammad s'a.w sendiri suka melihat Jabal Uhud. Nabi Muhammad s'a.w ada menyebutkan yang Jabal Uhud adalah salah satu gunung yang ada di syurga. Kalau melihat Jabal Uhud di Madinah, maka akan melihatnya di syurga nanti.
Jabal Uhud memanjang dari timur ke barat dengan lereng yang menurun ke arah utara. Panjangnya ialah 7 kilometer. Kebanyakan batu Jabal Uhud terdiri dari batu granit merah. Ada bahagian yang berwarna hijau gelap dan hitam. Di Jabal Uhud inilah berlakunya Perang Uhud, iaitu perang kedua dalam sejarah Islam, dan perang yang menyaksikan bapa saudara Nabi Muhammad s'a.w bernama Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelarkan 'Singa Allah', gugur syahid.

No comments:

Post a Comment