Tuesday 7 May 2013

Raudhah (TAMAN SYURGA) Masjid Nabawi Madinah

sesiapa yang berkesempatan pergi menziarah makam Rasulullah,
 apabila berada di hadapan makam Rasulullah S.A.W kita digalakkan membaca Surah An-Nisa Ayat 64:

 وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُواْ أَنفُسَهُمْ جَآؤُوكَ فَاسْتَغْفَرُواْ اللّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُواْ اللّهَ تَوَّاباً رَّحِيماً 

"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani" - Surah An-nisa Ayat 64.
Ziarah Nabi Muhammad s.a.w Hukum Ziarah dan Kelebihannya: Tempat memberi salam kepada Nabi Muhammad s.a.wUlama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.: Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa).Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku
Adab-adab Ziarah: Sepatutnya bagi pengunjung ketika dia menghala ke Madinah Munawwarah, dia banyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi serta memohon kepada Allah supaya memanfaatkannya dengan ziarahnya itu dan menerima ziarahnya itu kemudian berdoa: (اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وارزقني في زيارة نبيك (صلى الله عليه وسلم) ما رزقته أولياءك وأهل طاعتك واغفر لي وارحمني يا خير مسؤول).
Dia disunatkan mandi sebelum memasuki Madinah Munawwarah dan memakai pakaian yang paling bersih. Apabila sampai di pintu masjid baginda s.a.w, dia hendaklah mendahulukan kaki kanannya ketika melangkah masuk dan menggunakan kaki kirinya ketika melangkah keluar. Dia masuk dengan menuju ke Raudhah (iaitu bahagian di antara mimbar dan maqam Nabi di mana permaidaninya berwarna hijau sedangkan permaidani masjid di bahagian yang lain semuanya berwarna merah). Setelah itu dia mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat Masjid kemudian dia datang ke maqam Nabi dan berdiri menghadap muka baginda s.a.w. sekitar empat hasta dari dinding maqam dalam keadaan beradab kemudian memberi salam tanpa menguatkan suaranya cuma cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri, sebagai tanda peradaban bersama baginda s.a.w. Pengunjung membaca dengan hati yang khusyuk sambil menundukkan muka serta memperlahankan suara dan tidak banyak menggerakkan anggota badan:

 (السلام عليك يا رسول الله, السلام عليك يا نبي الله السلام عليك يا حبيب الله, السلام عليك يا خيرة خلق الله, السلام عليك يا صفوة الله, السلام عليك يا سيد المرسلين وخاتم النبيين, السلام عليك يا قائد الغر المحجلين, السلام عليك وعلى أهل بيتك الطيبين الطاهرين, السلام عليك وعلى أزواجك الطاهرات أمهات المؤمنين, السلام عليك وعلى أصحابك أجمعين, السلام عليك وعلى سائر عباد الله الصالحين, جزاك الله يا رسول الله أفضل ما جزى نبياً ورسولاً عن أمته, وصلى الله عليك كلما ذكرك الذاكرون, وغفل عن ذكرك الغافلون. أشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أنك عبده ورسوله, وأمينه وخيرته من خلقه, وأشهد أنك قد بلغت الرسالة, وأديت الأمانة, ونصحت الأمة, وجاهدت في الله حق حهاده).

(Sesiapa yang kesuntukan masa untuk berbuat demikian atau tidak mengingatinya, dia bolehlah membaca sebahagian dari salam ini sahaja).
 Jika seseorang memesankannya supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w dia hendaklah memberi salam secara menyebut:
السلام عليك يا رسول الله من فلان ابن فلان
Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar r.a dengan berkata: 

السلام عليك يا خليفة رسول الله ، السلام عليك يا صاحب رسول الله في الغار ، السلام عليك يا رفيقه في الأسفار ، السلام عليك يا أمينه على الأسرار ، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً ، اللهم ارض عنه وارض عنا به

 Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Umar r.a. dengan berkata:

 (السلام عليك يا أمير المؤمنين، السلام عليك يا من أيد الله به الدين، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً، اللهم ارض عنه وارض عنا به).
 Setelah itu dia kembali semula ke Raudhah dan banyak mendirikan sembahyang dan berdoa di sana. Ziarah Perkuburan Baqi' , Syuhada' Uhud dan Masjid Quba': Sunat keluar ke perkuburan Baqi' pada setiap hari terutamanya tengahari hari Jumaat iaitu selepas memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Apabila sampai di sana kita memberi salam dengan berkata:

السلام عليكم دار قوم مؤمنين، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل البقيع، اللهم اغفر لنا ولهم

 Pengunjung juga sepatutnya menziarahi masjid Quba' untuk sembahyang di dalamnya kerana pernah Nabi s.a.w datang ke masjid Quba' dalam keadaan menunggang dan berjalan kaki, baginda mendirikan sembahyang dua rakaat di dalamnya dan yang paling afdhal ialah pada hari Sabtu kerana Rasulullah s.a.w pernah datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu. Sebagaimana sunat juga menziarahi syuhada Uhud pada hari Khamis terutamanya penghulu syuhada' Hamzah bapa saudara Rasulullah s.a.w. Sembahyang Di Madinah: Sunat mendirikan sembahyang semuanya di Masjid Nabi sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sembahyang di masjidku ini lebih baik dari seribu sembahyang yang dilakukan di masjid yang lain selain Masjidilharam). Keluar Dari Madinah dan Musafir: Disunatkan bagi pengunjung apabila dia ingin keluar dan musafir, dia hendaklah meninggalkan masjid Nabi dengan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dan berdoa dengan doa yang dia inginkan kemudian dia datang ke Raudhah dan memberi salam sebagaimana dia memberi salam sebelum itu serta dia berdoa dengan menyebut sanak saudaranya bersama-sama di dalam doa tersebut dengan penuh tadharru' dan meninggalkan Nabi s.a.w sambil berdoa: 
 للهم لا تجعل هذا آخر العهد بحرم رسولك (صلى الله عليه وسل) ويسر لي العود إلى الحرمين سبيلاً سهلة بمنك وفضلك وارزقني العفو والعافية في الدنيا والآخرة وردنا سالمين غانمين إلى أوطاننا آمنين

Seterusnya dia berkata: Kamu bukanlah orang yang ditinggalkan wahai Rasulullah). 'Raudah' yang dimaksudkan disini adalah nama lokasi yang ada dalam Masjid Nabawi, yaitu antara Makam Rasul dan Mimbar, luasnya lebih kurang 144 meter persegi dan penandanya adalah karpet yang berwarna kuning kelabu dengan ukiran yang khas dan lantainya dilapisi permaidani lembut yang sangat cantik dan unik. Raudah juga disebut “Taman Syurga” berdasarkan pada hadis Nabi SAW : “Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga”- (Muttafaq ‘Allaih) Pengertian raudah sebagai ‘Taman Syurga’ pada hadis di atas terdapat beberapa pendapat para ahli, antara lain adalah seperti berikut :
 1. Bahawa Allah SWT menurunkan rahmatNya dan sebagai kebahagiaan di tempat itu, kerana di tempat itu dilakukan zikir dan pengabdian diri kepada Allah, yang kerananya tentu saja dijanjikan syurga.
2. Tempat itu kelak setelah kiamat benar-benar akan dipisahkan oleh Allah ke surga, sehingga ia menjadi sebahagian dari taman surga yang hakiki.
 3. Orang-orang yang pernah berdoa di Raudah akan melihatnya di Surga. LUAS RAUDAH : Sesuai dengan hadis Nabi yang menyatakan bahwa letak Raudah adalah di antara rumah dan mimbar makam beliau, maka luas raudah itu berdiameter sekitar 22 meter x 15 meter, yakni jarak antara rumah Nabi dan Mimbarnya kurang lebih 22 meter dan panjang belakang kurang lebih 15 meter.
 DOA MUSTAJAB :
 Raudah adalah salah satu tempat yang makbul untuk berdoa, karenanya sentiasa dipenuhi oleh jamaah.Kalau ingin solat subuh di Raudah, kita harus bangun dan berangkat ke Masjid jam 3.00 pagi.Tempat itu menjadi rebutan diantara jamaah lelaki.Jamaah wanita tidak dapat bersembahyang fardu disini karena seluruh saf diisi jemaah lelaki. Jamaah wanita diberi kesempatan untuk sholat sunat pada “Waktu Dhuha”, dari pagi sampai menjelang waktu Zuhur. SHOLAT DI RAUDAH : Jamaah lelaki yang ingin sholat disini berusahalah datang pada tengah hari sekitar jam 11am, ketika Raudah ditutup untuk jamaah wanita, dan waktu jamaah wanita kembali ke safnya tanda waktu zuhur akan tiba itulah saf raudah dikembalikan kepada Jamaah lelaki. Pada waktu itu “sekatan” dilepaskan, jamaah lelaki berlumba-lumba menuju tempat itu, jangan berebut-rebut..jaga displin diri dan sentiasa ingat 'ALLAH'...Insyaallah ada kelapangan tempat untuk kita solat.
 TIANG-TIANG RAUDAH : Seperti terlihat pada keterangan gambar bahawa di Raudah terdapat beberapa tiang (Usthuwaanah) yang penting. Berikut ini dijelaskan tentang tiang-tiang tersebut.
 1. Tiang Siti Aisyah.Tiang ini yang disebut usthuwaanah Aisyah terletak ditengah Raudah, yakni tiang yang ketiga dari mimbar dan dinding makam Rasulullah. Di tengah tiang ini terdapat tulisan dalam bahasa arab: (Usthuwaanah Aisyah).
 2. Tiang Taubah. Disebut juga dengan Usthuwaanah Attaubah. Tiang Attaubah ini terletak diantara tiang Aisyah dan tiang As-sarir (Dinding Makam Rasulullah). Tiang ini terkenal juga dengan nama Tiang Abu Lubabah (Usthuwaanah Abu Lubabah).
 3. Tiang As-sarir (usthuwaanah As-sarir) kata As-sarir artinya ‘tempat tidur’. Tiang Assarir letaknya disebelah timur (disamping) tiang Attabah, memempel dengan dinding makam Rasulullah SAW.
 4. Tiang Al-haras (Usthuwaanah Al-Haras). Tiang ini terletak menempel pada dinding makam Rasulullah SAW sebelah utara dari tiang as-sarir. Tiang ini bersejarah karena disitulah para sahabat mengawal nabi Muhammad SAW dan menjadika ntempat itu sebagai pos keamanan untuk menjagi keselamatan dan keamanan rasulullah hingga datang jaminan keamanan dari Allah untuk Rasulullah SAW melalui firmannya,“Allah memelihara engkau dari gangguan manusia” (surah Al-Maa’idah Ayat 67).
 5. Tiang Al-Wufud (usthuwaanah al-wufud). Tiang ini terletak paling utara dari tiang Assarir dan tiang Al-haras. Letaknya menenpel dengan dinding makam Rasulullah SAW. Tiang Al-Wufud ini asalnya adalah tempat Rasulullah SAW menerima tamu pentingnya, baik petinggi-petinggi Arab maupun orang-orang mulia dan terkemuka dari para sahabat. Semua tiang-tiang bersejarah itu hingga kini masih tetap dipelihara dan ada di tempatnya.Setiap jamaah yang mengunjungi Masjid Nabawi dapat menyaksikannya. Kepada Para Tetamu Allah,Jemaah Haji/Umrah : Jangan lepaskan peluang untuk solat sunat,berdoa,bermunajat dengan ALLAH didalam kws 'Raudah' (Taman Syurga) ini.














View Raudhah


No comments:

Post a Comment