Thursday 30 January 2020

SOLAT JENAZAH DI MASJIDILHARAM

Sekiranya anda menunaikan umrah atau haji, ada baiknya jika kita mempersiapkan diri kita dengan mempelajari cara-cara menunaikan solat jenazah. Hal ini adalah disebabkan, di Masjidil Haram boleh dikatakan setiap kali selesai solat fardhu akan ada jenazah yang perlu disolatkan.

Panggilan muadzin ini kadang berbeza, menyesuaikan jenazah yang akan disolatkan. Jika dikatakan ”ash-sholatu 'alal mayyiti”, maka artinya panggilan solat jenazah untuk mayat lelaki. Jika dikatakan “ash-sholatu 'alal mayyitati”, ertinya panggilan solat jenazah untuk mayat perempuan.

Jika dikatakan “ash-sholatu 'alal thifli”, ertinya panggilan solat jenazah untuk mayat anak-anak. Sedangkan jika “ash-sholatu 'alal amwat”, ertinya panggilan solat jenazah untuk mayat yang jumlahnya ramai.

Barangsiapa melaksanakan solat jenazah maka ia akan mendapatkan pahala satu qirath, & barangsiapa menunggunya hingga dikuburkan maka ia akan mendapatkan pahala dua qirath. Para sahabat bertanya, Dua qirath itu berapa? beliau menjawab: Seperti dua gunung besar. [HR. ibnumajah No.1528].

Jika sekiranya anda berpeluang untuk membantu jenazah dibawa atau keluar dari masjid, lakukanlah kerana fadilatnya sangat besar.

Biasanya di Masjidilharam, jenazah akan dibawa melalui Bab ul Abdul Aziz. Jadi sekiranya anda berada di sekitar ruang tersebut, rebutlah peluang untuk membantu mengusung jenazah, walaupun anda menolaknya hanya dengan satu jari.

Fakta Masjid Nabawi yang Berusia 1441 Tahun Sejak Dibangun Rasulullah Saw


Setelah Rasulullah Saw Hijrah pada tahun 622 M, beliau kemudian menetap di Madinah. Rasulullah Saw bersama para sahabat kemudian membangun Masjid dan rumah beliau disampingnya. Oleh sebab itu, tempat tersebut kemudian di namakan Masjid Nabawi (Masjid Nabi), karena di bangun secara langsung oleh Rasulullah Saw.
Awalnya bangunan Masjid Nabawi di dirikan hanya berukuran 50 m x 50 m, dengan tinggi 3,5 m. Sedangkan setiap sisi tembok Masjid Nabawi terbuat dari batu bata dan tanah, lalu sebagian atapnya menggunakan daun kurma, yang sebagiannya lagi di biarkan terbuka. Bahkan tiang penopangnya hanya menggunakan pohon kurma.
Saat itu Masjid Nabawi sering di gunakan sebagai tempat berkumpulnya masyarakat, majelis dan sekolah agama. Selama 9 tahun Masjid Nabawi berdiri tanpa adanya penerangan ketika malam hari kecuali pada waktu isya’ membuat sedikit penerangan dengan membakar jerami.
Masjid Nabawi merupakan masjid kedua yang di bangun oleh Rasulullah Saw setelah Masjid Quba. Sebelum menjadi Masjid dan rumah Rasulullah Saw, lokasi tersebut di gunakan sebagai tempat penjemuran buah kurma milik Sahl dan Suhaili bin ‘Amr.
tempat itu, maka beliau pun membelinya, kemudian di bangun sebuah rumah dan masjid.
Setelah Rasulullah Saw wafat, beliau di makamkan pada tempat yang sebelumnya merupakan kamar Sayyidah ‘Aisyah (istri Nabi) yang sekarang ini berada tepat di bawah kubah hijau sebelah kanan Masjid. Selain itu makam milik sahabat Abu Bakar dan Umar bin Khattab juga berada di dalam Masjid Nabawi berdampingan dengan makam Rasulullah Saw. Sedangkan makam milik Aisyah dan para sahabat lainnya berada di pemakaman umum Baqi yang saat ini terletak di sebelah Masjid.
Masjid Nabawi yang terletak di tengah-tengah kota Madinah ini telah mengalami banyak kemajuan yang di pengaruhi oleh para penguasa islam dari masa ke masa. Untuk renovasi yang pertama di lakukan pada masa khalifah Umar bin Khattab pada tahun 17 H, lalu di lanjutkan oleh Utsman bin Affan pada tahun 29 H.
Sedangkan pada zaman Raja Abdul Aziz pada tahun 1372 H, Masjid Nabawi kemudian di perluas menjadi 6.024 m2. Dan di lanjutkan oleh para pemimpin Islam seterusnya. Sehingga luas bangunan Masjid kurang lebih 100.000 m di bagian lantai bawah. Sedangkan luas lantai atasnya sekitar 135.000 m dan mampu menampung sekitar 535.000 jama’ah.Adapun sebuah tempat istimewa yang di sebut sebagai jantung Masjid Nabawi, yaitu Riadul-Jannah (Taman Syurga). Tempat ini merupakan bagian dari perluasan makam Rasululah Saw (Raudlah) sampai dengan mimbarnya. Semua orang terutama jamaah haji saling berebut dan berusaha untuk dapat memasuki Riadhul Jannah, karena apabila seseorang melaksanakan sholat dan berdo’a di sana maka akan segera di kabulkan oleh Allah Swt.
Ada dua mihrab di dalam Masjid Nabawi, yang pertama Mihrab Al-Tahajjud di bangun oleh Rasulullah Saw dan yang kedua Mihrab Fatimah di bangun oleh Khalifah Utsman bin Affan.
Adapun keutamaan yang di miliki Masjid Nabawi di sebutkan dalam beberapa hadist berikut :
  • “Satu kali shalat di Masjidku ini, lebih besar pahalanya sari seribu kali shalat di masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram. Dan satu kali shalat di Masjidil Haram lebih utama serratus ribu kali shalat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad)
  • “Barang siapa melakukan shalat di masjidku sebanyak 40 kali tanpa luput satu kali shalat pun juga, maka akan di catat kebebasannya dari neraka, kebebasan dari siksa dan terhindarlah ia dari kemunafikan.” (HR. Ahmad dan Thabrani)
  • “Tidak perlu di siapkan kendaraan kecuali buat mengunjungi tiga buah masjid, Masjidil Haram, Masjidku, dan Masjidil Aqsa.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Monday 27 January 2020

Masjid Nabawi mempunyai 40 pintu pagar@gate




Masjid Nabawi  mempunyai 40 pintu pagar@gate bermula dari gate 1. 

1)Di luar gate 1 (bhg. selatan masjid berdekatan dgn Raudhah/kubah hijau) terdapat kedai menjual cenderamata buatan Madinah (Almunawara gift shop). Di belakang bangunan kedai ini terdapat bangunan mahkamah syariah.


2) Dari gate 2 jika berjalan terus keluar menghala arah kiblat@selatan sejauh 800m, di situ terdapat Masjid Bilal ibn Rabah.





3) Di seberang jalan gate 3, 4 & 5 ada sebuah klinik (Al Safiah Health Center) dan pasar menjual kurma (Pasar Tammara). 


4) Di gate 5 terdapat 2 buah museum iaitu The Holly Quran Exhibition dan The Prophet's Mosque Expansion Exhibition.




5) Lebih kurang 50m dari gate 6 kita boleh nampak masjid Al Ghamamah dan di sebelahnya jarak 30m ialah masjid Abu Bakar as-Siddiq.


6) Di pagar bhg. barat masjid, dari gate 7 dgn jarak 100m terdapat masjid Ali bin Abi Talib.




7) Di sepanjang gate 8-14 (bhg. barat masjid) terdapat 3 buah museum iaitu Assalam, Muhammad The Messenger of Allah dan The Beutiful Names of Allah Exhibition.


😎 Di gate 15, berjalan 50m menghala keluar kita akan menemui sebuah taman mini berpagar yg subur menghijau iaitu Sokaifat bani Saedah. Taman ini adalah tempat kaum muhajirin & kaum ansar berhimpun membincang perlantikan khalifah bagi menggantikan nabi Muhammad SAW yg baru wafat dan belum dikebumi. Di taman ini lah mereka bersetuju melantik Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah pertama umat Islam.



9) Di pagar bhg. utara @ belakang masjid, sepanjang gate 16 hingga 27 terdapat deretan hotel dan kedai yg menjual pelbagai barangan seperti emas, minyak wangi, pakaian, kurma, cenderamata dll.


10) Makanan segera KFC ada berdekatan gate 20.


11) Gate 21 merupakan pintu masuk utama ke Masjid Nabawi. Di luar gate terdapat tugu jam di tengah bulatan@roundabout. Jika kita berdiri di gate dan menghadap tugu jam, sayup mata memandang di belakangnya ialah Jabal Uhud.

Dari gate 21 berjalan terus arah utara (400m) akan jumpa pasar kurma dll barangan yg dijual dgn harga berpatutan (Bengali Market).


12) Gate 25 terdapat starbuck dan dari gate ini terus masuk ke pintu 25 masjid Nabawi merupakan laluan khas jemaah wanita untuk ke Raudhah.


13) Gate 27-33 (di bhg. timur masjid) ditutup kerana di luar pagar ada projek pembinaan.


14) Gate 34 ada laluan khas utk jemaah wanita yg ingin melihat perkuburan Baqi dari luar pagar.



15) Di luar gate 35 terdapat klinik (Bab Jebreel Health Center).


16) Gate 36 laluan khas jemaah lelaki utk memasuki kawasan perkuburan Baqi.


17) Di luar gate 37 terdapat pejabat utk melapor kehilangan orang atau harta benda.


18) Di luar gate 38-40 (bhg. selatan) agak sunyi. Hanya trdapat bangunan 2 tingkat bersambung memanjang sehingga ke gate 6 yg mengandungi museum The Holly Quran Exhibtion.

Umrah yang Uzlah



Apabila tiba ke Makkah dan Madinah maka fokuskan kepada ibadah. Fokus kepada Umrah biar mencapai Umrah Maqbulah dan Tawaf sunat yang menjadi amalan yang disukai oleh baginda Rasulullah SAW. Tumpu kepada i'tikaf mencari diri di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ziarahlah makam Rasulullah SAW berulang kali tanda kasih kita kepada baginda selain Baqie tempat barakah bersemadinya jasad-jasad mulia kecintaan Rasulullah SAW. Rebutlah sebanyak peluang untuk berada di salah satu taman daripada taman syurga.

Sekadar satu teguran ikhlas dan tidak berasaskan rasa diri yang terbaik. Antara kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan dalam kalangan jemaah Umrah pada pandangan saya ialah;

a. Suka menonjolkan kedatangan mereka dengan syarikat ternama atau dibimbing oleh tokoh tersohor. 

b. Bangga dengan penginapan yang dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga setiap orang yang ditemui diberitahu.

c. Di satu pihak pula bertanya berapa kos kedatangan rakan-rakan lalu jika didapati ia lebih murah tetapi mendapat lokasi yang lebih dekat dengan masjid berbanding dirinya sendiri maka mulalah edisi protes kepada syarikat dan Mutawwif. 

d. Masih terbawa-bawa tabiat hidup di Malaysia, contohnya kalau sudah menjadi agen jualan langsung maka ketika berada di tanah suci pun maka hendak 'buka fail' lagi. Sedangkan masa di sana dipenuhi dengan agenda ibadah dan ziarah yang padat.

Sabarlah, tempoh kita di sana tidak lama. Sekitar 11-14 hari sahaja. Fokuskan kepada ibadah yang tulus dan murni kerana itulah tujuannya Allah SWT tentukan dua tanah suci tersebut sebagai tempat ialah dan mencari diri melalui lipatan sejarah yang terpahat di sana. Bayangkan kenapa ada jemaah Umrah yang mampu khatam Al-Quran satu atau dua kali sedangkan kita mungkin hanya beberapa juzu' sahaja atau tidak langsung tersentuh? 

Begitu juga kos yang telah dikeluarkan sama ada mahal atau murah itu semua adalah jalan atau wasilah untuk sampai ke tanah suci untuk kita Uzlah. Apabila sudah sampai di sana maka tidak perlu difikirkan lagi berapa kos atau berapa jarak masjid dengan hotel penginapan kita. Fokus sudah bertukar daripada hanya fikir untuk memenuhi  kos kepada  hanya fikir untuk manfaat masa Uzlah. 

Tentang kos, sebagai seorang Mutawwif yang sudah lalui  pengalaman jatuh bangun untung rugi sejak 10 tahun lalu saya amat faham situasi seorang Mutawwif bebas seperti saya. Pada peringkat awal kita ambil pakej melalui 'tangan ketiga' sebab itulah ia jadi mahal walaupun hotel yang dipilih jauh sekitar 400m. Sedang harga yang sama sudah boleh menginap di hotel yang hanya 50m dari Masjidil Haram. 

Bertahun-tahun, perlahan-lahan, daripada tangan ketiga saya merangkak ke tangan pertama,  lalu saya mampu tawarkan kepada jemaah saya pada hari ini harga yang sama pada suatu ketika dahulu saya tawarkan untuk menginap di hotel dekat. Semuanya adalah melalui hubungan dan pengalaman. Berilah peluang Mutawwif-Mutawwif baharu untuk meningkatkan pengalaman mereka. Mereka adalah anak-anak bangsa kita yang punya azam yang ikhlas untuk khidmat kepada umat. Jika ada teguran maka sampaikan melalui sebaik-baik cara. Janganlah dilemahkan semangat mereka.

Kepada Mutawwif generasi baharu, saya harapkan anda semua tabah dan sabar menjalankan tugas memberi khidmat. Ingat lagi catatan saya setahun yang lalu? Bahawa seseorang Mutawwif itu perlu mantap diri dengan tiga bidang utama; hukum hakam Haji dan Umrah, Sirah Rasulullah SAW dan motivasi ibadah termasuk Fadhail amalan dan lokasi.

Sekian, selamat beruzlah kepada para Mu'tamirin dan Mu'tamiraat. Kepada para jemaah Umrah saya 1-11 Disember 2017 yang selamat kembali ke tanahair semalam selamat meneruskan agenda Uzlah yang sudah tersemai di Haramain ke dalam kehidupan seterusnya dan semoga sihat walafiat sentiasa.

ANTARA TEMPAT MUSTAJAB DOA.



ANTARA TEMPAT MUSTAJAB DOA.
Orang yang sentiasa mengamalkan doa, mereka akan sentiasa mendapat keberkatan hidup di dunia & Akhirat.
Dibawah ini di sertakan tempat mustajab doa yang korang boleh niatkan untuk pergi berdoa.
 1. Multazam
Multazam, tempat atau jarak antara sudut Hajar Aswad dan pintu Kaabah. Multazam merupakan tempat paling utama.
Cucurkanlah air mata & memohon ampunan kepada Allah SWT. Jika memungkinkan, pegang pintu Kaabah. Mohon kebaikan dan kesejahteraan di dunia & akhirat.
.
 2.Hijir Ismail
Di bawah Mizab (Pancuran Kaabah). Talang air ini terletak di arah Hijir Ismail. Pancuran ini belum ada di zaman Nabi Ibrahim as.
Talang ini dibuat suku Quraisy bersamaan dengan dibuatnya atap Kaabah. Di bagian depannya tertulis lafal Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim, sedangkan pada sisi kirinya tertulis kalimat dalam bahasa Arab yang bererti “talang ini diperbaharui pelayan dua tanah suci, Fahd bin Abdul aziz Al Sa’ud, Raja Arab Saudi”.
Jemaah haji atau umrah biasanya menyempatkan diri berlama-lama berdoa di sini.
.
 3. Rukun Yamani
Rukun Yamani dan Hajar Aswad (Makkah) Rukun adalah tiang, yakni 4 sudut Kakbah yang diberi nama Rukun Aswad, Rukun Iraqi, Rukun Syami, dan Rukun Yamani.
Rukun Aswad dikenal dengan Hajar Aswad merupakan posisi “batu hitam” yang menurut sebagian riwayat adalah batu dari yang tergantung setinggi 1.5 meter dari atas tanah.
Saat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mendapat perintah dari Allah untuk meninggikan asas Kaabah, Hajar Aswad dijadikan salah satu asasnya.
.
 4. Di Dalam Kaabah
Sukar untuk masuk ke dalam Kaabah ,Namun Rasullah SAW pernah membawa Aisyah ra ke Hijir Ismail saat Aisyah meminta izin solat di dalam Kaabah. Saat itu, Rasullah SAW bersabda, “ Solatlah di sini kalau ingin solat di dalam Kaabah, karena ini termasuk bagian dari Kaabah”.
.
 5. Saie antara Bukit Safa dan Marwah
Saie adalah berjalan sebanyak 7 kali putaran antara bukit Safa dan Marwah. Prosesnya dilakukan setelah tawaf dimulai dari bukit Safa dan diakhiri di bukit Marwah. Tidak ada bacaan wajib. Namun disarankan berdoa sesuai kemampuan, dan beristigfar.
.
 6. Di Belakang Makam Ibrahim
Di belakang Makam Ibrahim. Jika berhaji atau umrah, sesudah melaksanakan tawaf tujuh pusingan dan berdoa sejenak di Multazam, umat Islam disunatkan solat di belakang makam Ibrahim. Makam Ibrahim sendiri lokasinya masih di dekat Kaabah, tidak jauh dari Multazam.
.
 7. Muzdalifah dan Mina
Muzdalifah, kawasan antara Mina dan Arafah. Lokasinya sekitar 10 km dari Makkah. Muzdalifah panjangnya kurang dari 4 km, berada pada satu wilayah sempit antara dua gunung yang berdekatan setelah Arafah.
Mina, kawasan berbukit panjangnya 3-5 km, letaknya antara Mekah dan Muzdalifah. Jaraknya dari Mekah sekitar 7 km.
.
 8.Raudhah (Madinah)
Di Masjid Nabawi terdapat Raudah yaitu tempat antara mimbar dan kediaman Rasulullah Muhammad SAW semasa beliau hidup yang menjadi salah satu tempat istimewa bagi masyarakat muslim. Doa yang dipanjatkan di Raudhah akan dikabulkan Allah SWT.
Untuk mencapai Raudah yang menjadi dambaan umat Islam harus berebut sebelum masuk ke tempat itu untuk shalat, berzikir, berdoa dan membaca Al Qur’an.

Tempat-tempat mustajab doa dalam Masjidil Haram.




Eoklah kalau kita ketahui dahulu beberapa tempat-tempat mustajab doa dalam masjidil haram.
Sekurang-kurangnya bila kita di sana, tidaklah kita terlepas tempat-tempat ini dan menyesal tidak berdoa bersungguh-sungguh bila berpeluang. Peluang itu bukanlah selalu datang.
1. Multazam
Multazam adalah tempat yang paling utama dan mustajab berdoa. Kawasan Multazam ni adalah jarak di antara Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Sekiranya anda berpeluang mendekati kawasan ini, jangan lepaskan peluang dan berdoalah sepuas-puasnya.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Multazam adalah tempat dikabulkan doa. Tidak ada satu pun dia seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan" - HR Ahmad
2. Hijir Ismail
Hijir Ismail pula adalah tempat kedua menjadi pilihan selepas Multazam. Tempat ini juga jarang sekali tidak penuh. Kalau anda nak tahu, Hijir Ismail adalah termasuk sebahagian dari Kaabah. Sebab itulah kalau sedang tawaf, kita perlu berjalan di luar Hijir Ismail. Jika berkesempatan dan ada ruang, lakukan lah solat sunat di Hijir Ismail. Berdoalah sebanyak-banyak yang mungkin ketika berada di sini.
3. Depan Pintu Kaabah
Depan pintu Kaabah juga adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa. Selalunya memang sangat sesak keadaan di depan pintu Kaabah. Banyak sekali manusia berasak-asak di kawasan ini. Jika diberi rezeki oleh Allah untuk anda berada di depan pintu Kaabah, jangan lepaskan peluang untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah doa anda akan dimakbulkan oleh Allah swt.
4. Rukun Yamani
Di Rukun Yamani dikatakan di sini Allah swt mewakilkan seramai 70 Malaikat untuk mengaminkan doa para jemaah.
5. Belakang Maqam Ibrahim
Di belakang Maqam Ibrahim adalah tempat kebiasaannya para jemaah melakukan solat sunat sebaik sahaja habis melaksanakan ibadah tawaf. Di sini juga adalah antara tempat paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkanlah doa ketika anda berada di Maqam Ibrahim.

Friday 24 January 2020

PENGURUSAN JENAZAH (jika berlaku kematian di MAKKAH @ MADINAH)


PENGURUSAN JENAZAH (jika berlaku kematian di MAKKAH @ MADINAH)
Jika berlaku kematian di kalangan jemaah sama ada kematian berlaku di hotel / masjid @ hospital. Perkara yang perlu dilakukan seperti berikut :-
1. Maklumkan kepada petugas Muttawif yang berada di mekkah @ madinah untuk tindakan selanjutnya.
2. “Leader”, petugas  akan memaklumkan kematian jemaah kepada pihak muasasah untuk mendapatkan surat kematian dari pihak hospital. (jika jemaah meninggal dunia di hotel atau masjid hubungi hospital dan pegawai polis untuk pengesahan kematian)
3. Surat kematian akan dikeluarkan selepas tempoh 2 – 4 jam selepas pesakit disahkan meninggal dunia di hospital. (jika kematian di luar hospital, proses lebih lama kerana perlu mendapatkan surat pengesahan polis terlebih dahulu sebelum surat kematian dikeluarkan.
4. Dokumen mengenai kematian jemaah perlu dihantar di KONSULAT MALAYSIA di JEDDAH untuk mendapatkan keizinan pengebumian.
5. Dokumen yang perlu dibawa ke konsulat Malaysia di Jeddah seperti berikut ;-
•      Surat Tabligh Wafah dari Hospital
•      Surat makluman dari muasasah
•      Passport asal jemaah
•      Passport asal waris
•      Surat pengesahan izin pengebumian oleh waris yang diisi oleh wakil .
•      Surat polis masjid ( jika jemaah meninggal di Masjidil Haram)
6.  Setelah mendapat surat kebenaran dari konsulat Malaysia, pulang ke hospital untuk tuntukan jenazah.
7.  Pihak hospital akan diiringi oleh petugas, waris ke tempat pemandian jenazah untuk proses berikutnya.
8.  Catat no katil dan no van jenazah untuk dimaklumkan kepada pegawai untuk proses seterusnya.
9.  Jenazah akan dibawa ke masjidil haram atau masjid nabawi 1-30 minit sebelum masuk waktu solat/ azan.
10. Jenazah akan di bawa ke tanah perkuburan Al-Syaro’I. SILA CATAT no kubur.
11. Selesai proses pengebumian, seterusnya proses mendapatkan sijil kematian (shahadah Wafah) melalui muasasah. Kebiasaanya sijil kematian akan dapat dalam tempoh 14 – 30 hari.
12. Selepas dapat sijil kematian, dokumen dihantar ke konsulat Malaysia di Jeddah untuk disahkan di terjemahkan. Dan proses ini sangat penting kerana ia menjadikan dokumen sahlaku ditanah air untuk proses di Malaysia.
Di Madinah :- prosedur yang sama seperti di makkah kecuali urusan dokumen tidak perlu ke Jeddah. Hanya perlu di pejabat muasasah di madinah. Jenazah akan dikuburkan di perkuburan al-Baqi bersebelahan Masjid Nabawi.

Thursday 23 January 2020

Tips Cium Hajar Aswad.

Image may contain: one or more people
Percubaan saya untuk mencium Hajar Aswad menggunakan kaedah yang diceritakan oleh Prof Kamil Ibrahim dan berjaya.
Kaedah paling mudah ikut turutan :
1. Dari Arah C - Anda ada tempat untuk berpegang sekiranya ditolak.
2. Dari Arah A - Beratur dengan sabar. Akan sampai giliran anda.
3. Dari Arah B - Ramai orang datang dari arah ini dan kecewa.
Tahukah anda, Setiap kali selepas jemaah dapat mencium Hajar Aswad, Jemaah akan naikkan kaki ke tembok Sharzawan dan menolak dengan sekuat hati dengan kaki untuk keluar Kearahnya adalah bertentangan dengan B. Sebab tu orang yang datang dari Arah B akan selalu tertolak keluar. Dari Arah C yang paling selamat kerana sentiasa dapat berpegang pada tembok.
1. Niatlah dengan ikhlas untuk mencium Hajar Aswad karena mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. Jangan bawa barang berharga.
2. Hajat untuk Mencium Hajar Aswad hendaknya jangan di gabung perkara lain.
3. Berangkat dari hotel dengan penuh keyakinan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala pasti akan membantu kita.
4. Berdoa ketika saat memasuki Masjidil Haram denga penuh kerendahan hati.
5. Berdoalah ketika melihat Kaabah dengan penuh harap.
6. Menghormati Masjidil Haram dengan cara tawaf sunat dan solat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim.
7. Berdoalah sebelum berusaha mencium Hajar Aswad di depan Multazam
8. Berusahalah mendekati Hajar Aswad dengan mengikuti arus jamaah yang sedang tawaf sambil mendekati Multazam.
9. Sebaiknya, Anda masuk dari pintu Kaabah atau Multazam (Arah C) sambil berdoa (Robi ya sir wala tu' a'sir ..... ) dan beritikad untuk tidak tolak menolak sesama jamaah. Sabar, Sabar, Sabar.
10. Dari arah pintu Ka’bah, teruslah merapat ke dindingnya dan berusahalah mendekati kaki polis dan jangan sekali­kali datang dari arah depan Hajar Aswad (Arah B), karena anda akan tertolak keluar oleh jemaah yang sudah mencium Hajar Aswad.
11. Sambil mendekat ke Hajar Aswad, ketika berada di depan kaki polis atau di Multazam, berdoalah sambil menunggu jamaah di depan kita mencium. Peganglah tembok marmar di kaki polis atau kiswah di atasnya bila sudah dekat dengan Hajar Aswad agar kita tidak tertolak kehadapan.
12. Memiringkan badan, kecilkan bahu, rendah badan serta tangan berada dihadapan akan lebih memudahkan kita. Posisi badan menghadap Multazam, bahu sebelah kiri digerakkan menuju Hajar Aswad, dan posisi tangan kanan tetap memegang tembok marmar. Ketika hendak mencium Hajar Aswad, peganglah erat­erat hujung kiswah/bingkai perak dan tunggu giliran untuk cium.
13. Tanpa mengangkat suara, tetaplah berdoa. Ketika mencium Hajar Aswad, ucapkan “Bismillaahi Allaahu Akbar”. Setelah mencium, usaplah sekali Hajar Aswad dengan tangan kanan sambil membaca “Bismillaahi Allaahu Akbar... Ketika mencium, jangan terlalu lama agar tidak di marahi oleh polis dan jamaah lain yang menunggu dibelakang kita.
14. Setelah mencium dan mengusap, agar kita tidak tersepit dan tidak terpijak oleh jemaah lain, sementara posisi kita masih di
depan Hajar Aswad dan ingin keluar, angkatlah kaki kanan di atas syazarwan. Ini bertujuan untuk menghimpun tenaga sebelum berusaha keluar ke Arah B. Dengan menekan kaki ke syadarwan, kita boleh keluar dengan bantuan tenaga kaki di samping mengangkat tangan tanda anda telah selesai.
15. Keluar perlahan­lahan tanpa menyakiti jamaah yang lain. Kalau tidak sengaja menyakiti (minta maaf) sambil
memegang bahunya. Ketika hendak keluar, ikut arah orang yang sedang bertawaf.
16. Tidak disunnahkan mencium Hajar Aswad bagi jemaah wanita. Ini kerana membahayakan keselamatan mereka.
17. Setengah jam sebelum Azan, biasanya ramai lelaki akan beratur untuk mencium Hajar Aswad.
18. Setelah mencium Hajar Aswad, bersyukurlah sebanyak­banyaknya.
KEISTIMEWAAN BATU HAJARUL ASWAD
Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu "Ya tuhanku dia kucup aku, dia betul-betul ikhlas"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat yang boleh dilakukan semasa kita mengerjakan haji dan umrah.
Nabi Muhammad menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain bererti kita melakukan sesuatu yang 'haram' semata mata untuk melakukan sunnah ini.
1. Jangan tolak orang lain.
2. Sentiasa berdoa.
3. Tunggu dengan sabar.


Usthūwānah (tiang) 'Āisyah رضي الله عنها


Usthūwānah (tiang) 'Āisyah رضي الله عنها

Merupakan salah satu tiang di dalam Raudhah. Tiang ini juga dinamakan Tiang Qur'ah (أسطوانة القرعة) yakni Tiang Undi. Juga dinamakan Tiang Muhajirin (أسطوانة المهاجرين) kerana kaum Muhajirin selalu berkumpul mengadakan majlis disini.  Apa istimewanya tiang ini? 

روَى الطبرانيُّ في الأوسطِ عن عائشةَ، أنَّ رسولَ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قال: إنَّ في المسجدِ لبُقعةً قِبَلَ هذه الأسطوانةِ، لو يعلمُ الناسُ ما صلَّوْا فيها إلَّا أن تُطَيَّر لهم فيها قُرعةٌ

Diriwayat oleh ath-Thabarāni di dalam Mu'jam al-Ausath daripada Sayyidatina 'Āisyah رضي الله عنها, bahwa Rasūlullāh ﷺ telah bersabda: "Sesungguhnya di dalam masjid ini ada satu tempat/bongkah berhadap tiang ini (samada tiang mukhallaqah atau taubah - al-faqir diberitahu bhw yg dimaksudkan alah tiang taubah, tiang yang Rasūlullāh sering sholat disana - والله أعلم), sekiranya orangramai mengetahui kelebihannya, maka tidak bersholat mereka itu disana melainkan dengan mengundi."

Di dalam kisah yang lain, disebutkan bahawa para shahabat dan anak² kepada shahabat رضي الله عنهم bertanya kepada Sayyidatina 'Āisyah رضي الله عنها kedudukan tempat tersebut. Namun beliau tidak menjawabnya. 

Akhirnya, para mereka pergi  dan tinggallah Sayyidatina  'Āisyah رضي الله عنها  bersama dengan anak saudaranya iaitu Sayyidina 'Abdullah bin Zubair رضي الله عنهما.
Dan para shahabat رضي الله عنهم memperhatikan bahwa setelah itu Sayyidina  'Abdullah bin Zubair رضي الله عنها sering melakukan shalat ditempat tersebut. Maka tahulah mereka bahawa tempat itulah yang dimaksudkan. Maka dinamakan ianya Tiang Aisyah رضي الله عنها. 

Disini juga merupakan tempat Rasūlullāh ﷺ bersholat sebelum berpindah ke tiang mukhallaqah/muthoyyabah/mu'aththarah. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina 'Umar رضي الله عنهما juga sering sholat di sini. 

Kalaulah mereka yang dijanjikan syurga, berebut untuk sholat dilokasi ini, maka kita lebih² lagilah perlu merebut peluang ini .... beristighfar berdoa disana ... agar segala dosa kita diampuni, segala amalan diterima dan kita diredhoiNya dan dikasihi dan dirindui oleh kekasihNya, Sayyidina Rasūlullāh ﷺ.

والله أعلم

#وَاعْلَمُواأَنَّفِيكُمْرَسُولَالله
#المرءمعمَن_أحبَّ
#أنتمعمن_أحببت


Info penting bagi yang sering menziarahi Kawasan Bukit Uhud :

Info penting bagi yang sering menziarahi Kawasan Bukit Uhud :

١- Bukit Uhud (أحد جبل، يحبنا و نحبه)

٢ - Jabal Ainain lebih Di kenali dengan Bukit Pemanah kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم meletakkan 50 orang tentera Pemanah di atas bukit ini yang di ketuai Oleh Saidina Abdullah Bin Jubair رضي الله عنه 

٣- Kawasan Perkumpulan tentera musyrikin Makkah.

٤- Tapak Perkumpulan tentera Islam.

٥- Khemah yang Nabi صلى الله عليه وسلم dirikan untuk memantau tentera Muslimin.

٦- Lokasi pembunuhan Sayyidus Syuhada Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib (Bapa Saudara Nabi)

٧- Kumpulan tentera Muslimin yang di letakkan di bahagian Kiri.

٨ - Kumpulan Tentera Muslimin di bahagian kanan.

Satu Faedah : Nabi  صلى الله عليه وسلم meletakkan Bukit Uhud di bahagian belakang tentera Muslimin bertujuan untuk memelihara bahagian belakang tentera Islam agar tidak di serang oleh musuh dan mengelak tentera islam berpaling ke belakang atau lari dari medan perang ini lah strategi Peperangan yang tersusun.

##Tambahan : Di tengah2 sekali (Kawasan yang berpagar) adalah kubur para Syuhada seramai 70 orang, dan di riwayatkan bahawa Ayah Saidina Jabir Bin Abdullah رضي الله عنهما iaitu Saidina Abdullah Bin Amru Bin Haram رضي الله عنه merupakan salah seorang syuhada Uhud telah berlaku perpindahan kuburnya pada zaman Muawiyah setelah 42 Tahun dan di dapati tubuhnya masih utuh seperti baru meninggal dan juga sahabat yang di tanam dalam kubur yang sama iaitu Saidina Amru Bin Jamuh رضي الله عنه  yang berkaki tempang sewaktu menyertai perang juga masih utuh jasadnya...

Benarlah firman Allah :

(وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ)

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"

[Surat Aal-E-Imran 169]

Di nyatakan juga oleh Al Imam Yahya Al 'amiri dalam kitabnya بهجة المحافل و بغية الأماثل bahawa kubur para syuhada yang di ketahui secara pasti dan tepat hanyalah Kubur Sayyidus Syuhada Hamzah bin Abdul Mutalib رضي الله عنه dan rakan yang di tanam sekali bersama beliau yang merupakan anak saudaranya iaitu Saidina Abdullah Bin Jahsyin Bin Ria'ab Al Asadi رضي الله عنه sahaja. Ada pun kubur syuhada yang lain berada di sekitar tersebut dan tidak ketahui secara tepat. 

منقولا من صفحة المعالم المدينة النبوية...

Tuesday 21 January 2020

Muzium al-Quran Madinah





al-Quran yang berada di bahagian depan kiblat Masjid Nabawi. Usai menunaikan solat fardu Isyak, kami terus bergerak ke sana.
Setibanya di pintu masuk, kami disambut mesra oleh Syeikh Ahmad al-Misri, petugas muzium berkenaan yang merupakan seorang calon PhD dalam bidang Usul Fikah di Universiti Islam Madinah. Juga antara syeikh yang rapat dengan pelajar kita di sini.
Setelah bersalam-salaman, kami dipelawa masuk ke bilik tetamu terlebih dahulu. Peh, bukan calang-calang orang boleh masuk ke sini woih. Beberapa orang syeikh yang bertugas melayani kami dengan cukup istimewa. Dijamu dengan buah tamar bersama kopi Arab pahit yang amat dan air zamzam.
Sementara itu, para petugas bertanyakan khabar Abu Anas Madani memandangkan beliau juga merupakan lepasan PhD di universiti yang sama. Mereka turut memberikan penerangan ringkas berkenaan Muzium al-Quran ini. Fakta demi fakta disebut, dicerita dan dibentangkan kepada kami.
Kemudian barulah lawatan kami bermula, dipandu oleh Syeikh Ahmad. Beliau menjelaskan setiap keistimewaan yang dipamerkan di dalam sana.
Muzium ini dibahagi kepada 11 bahagian semuanya, iaitu:
1. Pendaftaran:
Para pengunjung akan dikumpulkan di sini terlebih dahulu mengikut bahasa pertuturan masing-masing. Kemudian para petugas akan datang memberikan khidmat menerangkan secara ringkas berkenaan muzium ini.
2. Kemuliaan al-Quran:
Kita akan didedahkan bagaimana proses turunnya al-Quran kepada Nabi SAW selama 23 tahun. Wujudnya beberapa nama lain bagi al-Quran. Berkenaan kitab-kitab lain yang diberikan kepada nabi-nabi terdahulu. Dan juga keistimewaan al-Quran berbanding kitab sebelumnya dari segi bahasanya, ilmu ghaib, ilmu sains, pensyariatan agama dan lain-lain.
3. Sejarah Penjagaan al-Quran:
Di sini, kita akan diterangkan berkaitan tulisan al-Quran pada zaman Nabi SAW yang ditulis pada tulang dan kulit binatang. Ketika itu, ia masih di lembaran biasa.
Proses pengumpulan dan penggabungan dimulakan oleh Saidina Abu Bakar pada zaman pemerintahannya. Kemudian disambung oleh Saidina Uthman lalu disalin sebanyak 5 salinan untuk dihantar ke 5 pusat penyebaran Islam pada ketika itu iaitu Syam, Kufah, Basrah, Mekah dan Madinah.
Juga ada dipamerkan beberapa contoh tulisan asal yang ditulis pada zaman dahulu. Bermula dengan huruf sahaja tanpa baris dan titik. Berkembang dan berkembang dari zaman ke zaman, sehinggalah terbentuk mushaf yang kita duk baca sekarang ini.
4. Pembacaan al-Quran:
Dijelaskan jenis-jenis bacaan al-Quran yang ada atas dunia ini. Bagaimana al-Quran harus diajar dan dipelajari berserta kelebihan yang ada dalam agama. Akhlak-akhlak seorang muslim berpandukan al-Quran dan bagaimana berinteraksi dengannya.
5. Manuskrip al-Quran:
Kita juga berpeluang untuk melihat sendiri manuskrip-manuskrip lama yang disimpan rapi di Perpustakaan Raja Abdul Aziz. Khas dipamerkan di sini. Daripada sekecil-kecil saiz, sampailah ke sebesar-besar saiz. Tulisan tangan yang sangat cantik, hampir tertukar dengan hasil teknologi komputer.
Ada yang berusia 900 tahun. Ada yang ditulis di atas kulit kijang. Ada juga ditulis menggunakan dakwat berasaskan emas, ini merupakan manuskrip paling mahal di dunia. Ada juga yang ditulis oleh bukan Arab, namun hasilnya sangat menakjubkan.
6. Tafsir & Penghayatan:
Pengenalan berkenaan tafsir al-Quran dan beberapa tokoh yang menjadi rujukan umat Islam pada zaman ini. Juga dikongsikan bagaimana seharusnya kita menghayati keagungan kitab suci ini yang mana menatijahkan hasil yang baik untuk dunia dan akhirat.
7. Tayangan Video:
Video lakon semula berdurasi 5 minit yang menggambarkan situasi kaum Jahiliyah di saat al-Quran belum diturunkan untuk memandu mereka kepada jalan yang lebih baik. Bagaimana Mekah dipenuhi dengan patung berhala yang besar. Dan akhirnya wahyu pertama dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika di Gua Hirak.
8. Penggunaan Teknologi al-Quran:
Disediakan skrin sentuh yang menyediakan satu software bagi membolehkan kita memuat turun pelbagai jenis tafsir, bacaan al-Quran dan terjemahan. Semuanya tersedia dengan kod bar untuk diimbas.
9. Keluarga & al-Quran:
Kesan penghayatan al-Quran dalam kehidupan kita berkeluarga sangat memainkan peranan. Bagaimana seharusnya tarbiyah itu bermula daripada rumah. Mereka juga ada sediakan skrin sentuh untuk anak-anak bermain aktiviti hafazan, melihat cerita, kuiz dan banyak lagi. Semuanya berkisar tentang al-Quran bagi menyemai rasa cintakan kitab agung ini.
10. Pameran Kompleks Percetakan al-Quran Raja Fahd:
Di sini, akan dipaparkan penglibatan Kerajaan Arab Saudi dalam usaha mereka meneruskan deligasi menjaga mushaf al-Quran dari segi tulisan dan ukirannya daripada manuskrip lama yang bertulisan tangan, sehinggalah dibukukan seperti sekarang ini. Sungguh banyak perubahan dan tambah baik yang dilakukan.
Juga dipamerkan alat-alat untuk menulis al-Quran berserta pelbagai jenis mushaf yang mereka keluarkan seperti terjemahan dan braille.
Kompleks ini telah mencetak kira-kira 10 hingga 12 juta mushaf bersaiz sederhana pada setiap tahun. Sebanyak 67 bahasa telah diterjemahkan untuk bacaan umat Islam di dunia ini.
11. Gerai Cenderahati & Hadiah:
Dijual pelbagai jenis al-Quran berserta terjemahan, sejadah, jam, minyak wangi dan macam-macam lagi.
Pada akhir lawatan, Dr. Abu Anas meluahkan hasratnya agar para jemaah yang hadir ke Madinah turut sama mengunjungi muzium pameran ini. Ilmu dan perkongsiannya sangatlah banyak. Ambillah manfaat yang ada di dalam sana sebagai bekalan dan mudah-mudahan dapat meningkatkan semangat untuk beramal.
Banyak lagi sebenarnya poin yang ingin aku tulis, namun tak mampu disebabkan terlampau banyak. Serius woih!
Oleh itu kawan, sebaiknya kalian pergilah ziarahinya sendiri nanti. Tiada apa-apa bayaran dikenakan. Muzium ini berada di pintu pagar Masjid Nabawi bernombor 5. Ia dibuka pada setiap hari. Begini jadualnya:
Pagi: Jam 6 pagi sehingga 12 tengah hari.
Petang & Jumaat: Jam 4 petang sehingga 10 malam.
Susunan poster dan barang-barang pameran sangat kemas. Kita boleh baca dan mentelaahnya satu persatu dengan tenang. Dan semestinya mudah untuk difahami.
Pihak mereka juga mempunyai petugas yang berkomunikasi dalam salah satu 7 bahasa dunia bagi memastikan segala penerangan dapat difahami sebaiknya. Ianya adalah bahasa Arab, Inggeris, Urdu, Melayu Indonesia, Turki, Perancis dan Malayalam. Lagilah mudah dan senang nanti ya, nak tanya-tanya apa semua.
Ajak rakan-rakan yang lain untuk ikut sama ke sana nanti. Jadikan kunjungan kita ke Madinah diisi dengan perkara yang berfaedah, bukan hanya bergambar saja. Moga-moga besarlah manfaatnya nanti.

Monday 20 January 2020

Panduan Mewatat Menara Jam

Salah satu tarikan ketika jemaah berada di Mekah semasa melakukan umrah atau haji ialah bangunan tinggi yang mempunyai jam yang dikelilingi dengan bangunan-bangunan lain. Ia adalah salah satu projek yang dijalankan oleh yasayan King Abdulaziz untuk memberi keselesaan penginapan untuk jemaah semasa umrah dan haji. Bangunan ini dinamakan Abraj Al-Bait ataupun dipanggil dengan nama Zam-Zam tower.
Bangunan tengah yang tinggi dan mempunyai jam besar di atasnya merupakan salah satu menara jam yang terbesar dan tertinggi di dunia dan mempunyai kalimah ‘Allahuakbar’ di dua penjuru dan ayat quran di lagi dua penjuru.
Bangunan ini menggunakan teknologi yang canggih dan tinggi seperti mempunyai lif-lif yang laju dan besar. Ia juga direka supaya jemaah boleh keluar masuk dari bangunan-bangunan dengan cepat untuk ke masjid haram dan sekiranya berlaku kecemasan.
Menara jam yang mempunyai ketinggian 601 meter ini mula dibuka untuk orang awam pada musim haji 2019. Untuk melawat menara ini dikenakan bayaran yang terbahagi kepada dua kategori iaitu SR150 (biasa) dan SR300 (VIP). Perbezaan tiket VIP ini pelawat diiringi oleh pekerja di menara ini disamping boleh menjamu selera di atas serta boleh menggunakan lif yang berasingan sekiranya lif-lif lain penuh. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa ke atas semasa melawat. Tiket boleh dbeli di tingkat bawah di Abraj Al-Bait manakala bilik pameran terletak di tingkat 9 dan kanak-kanak dibawah 7 tahun tidak dibenarkan naik ke atas menara ini.
Selepas membeli tiket pelawat boleh mengikut pelekat tapak kaki di sebelah kiri kaunter tiket ke lif yang disediakan untuk melawat menara ini. Lif ini dihiasi dengan warna hitam dan akan terus ke tingkat 9 tanpa henti. Di tingkat 9 pelawat akan diberi alat panduan audio yang dalam berbagai bahasa dan juga boleh simpan beg sekiranya perlu. Untuk bahasa Malaysia tiada tetapi ada dalam bahasa Indonesia, pelawat dari Malaysia boleh memilih bahasa Ingeris sebagai panduan. Di sini tayangan video ditunjukkan menerangkan apa yang pelawat akan lihat semasa melawat di atas. Kemudian pelawat akan menaiki lif ke tingkat teratas untuk memulakan lawatan.
Muzium ini terdiri dari empat tingkat dan jalan sehala iaitu bermula dari tingkat atas menunjukkan komponen jam yang beroperasi. Terdapat empat komponen jam di setiap penjuru dan pelawat boleh melihat dengan dekat bagaimana jam itu bergerak. Di tingkat ini juga ditunjuk mengenai alam semesta dan pergerakan bintang-bintang dan planet-planet.
Dari tingkat ini pelawat akan turun ke tingkat tiga yang menerangkan mengenai matahari, bumi dan bulan dan pergerakannya. Di sini juga ditunjuk bagaimana manusia menggunakan ketiga-tiga elemen ini sebagai petunjuk untuk kehidupan dan mengira masa.
Di tingkat dua ditunjukkan pergerakan masa dan bagaimana manusia mula mengira dan mengguna masa dan alat-alat yang digunakan seperti jam air, jam poket, jam digital dan lain-lain lagi. Di sini juga ditunjukkan bagaimana manusia menggunakan pergerakan matahari, bumi dan bulan untuk pengiraan kalendar, arah kiblat dan waktu solat.
Di tingkat bawah sekali ditunjukkan sejarah bagaimana menara jam ini dibina dan juga bagaimana komponen-komponen jam ini dibuat secara terperinci supaya ia berjalan dengan tepat. Ia juga menunjukkan perbandingan dengan menara-menara yang lain di dunia.
Di tingkat ini juga pelawat dapat keluar ke ruang dek untuk melihat pemandangan bandar kota Mekah. Masa paling baik bagi vader untuk melawat menara ini adalah sebelum waktu maghrib (kira-kira sejam atau lebih sebelum masuk waktu magrib kerana perlu mula dari tingkat empat untuk pameran) dan tunggu sehingga malam untuk mengambil gambar pemandangan siang dan malam. Pelawat boleh solat di sini berimamkan imam masjid Haram dan tidak perlu ke bawah. Tiket naik ke atas hanya boleh digunakan sekali sahaja jadi gunakan peluang melawat menara ini dengan sebaik-baiknya. Pelawat boleh membawa kamera serta ‘selfie stick’ atau tripod untuk mengambil gambar sekiranya perlu.
Gunakan kesempatan untuk melawat menara jam ini sekiranya anda di Mekah kerana ia baru dibuka selepas musim haji 2019 dan kemungkinan harganya berubah ataupun ditutup sementara untuk penyelenggaraan… wallahua’alam.
Sila baca artikel mengenai Mekah: