Wednesday 15 May 2013

Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Orang Baru Meninggal Dunia.


Mencium Jenazah
Apabila seorang Islam meninggal dunia, maka bagi orang yang hidup hendaklah melakukan perkara berikut:
1. Hendaklah ditutupkan (dipejamkan) matanya dan menyebut kebaikan serta medoakannya supaya mendapat keampunan oleh Allah bagi dosa-dosanya.
Sabda Rasulullah saw
“Bila kamu menghadapi orang mati, hendahlah kamu menutup matanya kerana sesungguhnya mata itu mengikutkan roh. Dan hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik (mendoakan) maka sesungguhnya ia dipercayai menurut apa yang diucapkan oleh ahli mayat”
(diriwayatkan drp: Syaddad bin Aus)
2. Hendaklah ditutup seluruh badannya dengan kain, sebagai penghormatan terhadapnya, supaya tidak terbuka auratnya..
Sabda Rasulullah saw
“Sesungguhnya Rasulullah saw ketika baginda wafat ditutup dengan kain”
(diriwayatkan drp: Aisyar ra)
3. Ahli keluarga si mati yang mampu hendaklah dengan segera membayar hutang si mati jika ia berhutang samada dibayar daripada peninggalan si mati atau dari pertolongan keluarga itu sendiri.
Sekiranya kaum keluarga si mati tidak mampu membayar hutang tadi, maka terserahlah kepada Allah Taala Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah mengikut tujuan dan maksud semasa orang itu berutang.
Sabda Rasulullah saw
“Hutang itu ada dua jenis. Barang siapa yang mati meninggalkan hutang, sedang ia berniat untuk mati meninggalkan hutang, maka aku yang mengendalikannya, dan barang siapa mati, sedangkan dia tidak berniat untuk membayarnya, maka pembayaranya akan diambilkan dari amal kebajikannya, kerana diwaktu itu tiada emas dan perak untuk membayarnya”
(diriwayatkan drp:Ibnu Umar ra)
Mencium Jenazah
Perbuatan ini tidak menjejaskan kesucian agama Islam, dan tidak pula bercanggah dengan hukum Syarak.
Sabda Rasulullah saw
"Rasulullah telah mencium mayat sahabatnya Osman bin Muaz’un dimana air mata baginda kelihatan mengalir di mukanya (membasahi pipinya)”
(diriwayatkan drp:Aisyah ra)
Menangisi Mayat
Tangisan dikala kematian sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Rasulullah saw. Sendiri pernah menangis dikala isteri baginda Khadijah bt Khuwailid yang dicintainya kembali ke rahmatullah dimana tahun itu dinamakan oleh baginda tahun dukacita.
Sabda Rasulullah saw
“Air mata mengalir dan hati ku dukacita. Dan tidak sesuatu yang ku sebutkan selain daripada yang disukai Allah. Sesungguhnya aku merasa dukacita dengan permegian engkau Ya Ibrahim”
Meratap
Meratap ialah menangis dengan berlebihan sehingga sampai menjerit-jerit, mengoyakkan pakaian, menampar muka dan dada sambil menyebut nama dan jasa si mati. Pebuatan ini adalah haram dan tidak boleh dilakukan kerana perbuatan ini adalah perbuatan orang-orang di zaman jahiliah.
Sabda Rasulullah saw
“Bukan gulungan kami orang yang meratap memuku-mukul pipinya dan mengoyak-ngoyak baju serta menjerit-jerit seperti jeritan orang-orang jahiliah”

Sabda Rasulullah saw
“Aku berlepas tangan terhadap orang yang menjerit-jerit dan orang yang menarik-narik rambut dan orang yang mengoyak-ngoyak pakaian”
Bukan sahaja haram dan berdosa tetapi juga akan menambahkan siksa mayat yang berada di dalam kubur.
Sabda Rasulullah saw
“Mayat itu akan disiksa di dalam kuburnya kerana ratapan terhadapnya”
Cabutan daripada buku Cara Pengurusan Jenazah Islam, terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 Perkara-perkara sunat dilakukan sebelum mayat dikebumikan.
 Bila sesaorang itu telah meninggal dunia, maka sunat bagi orang yang hadir dimajlis itu melakukan perkara seperti berikut:
1. Memejamkan kedua belah matanya.
2. Mengikat dagunya ke kepala dengan kain yang agak lebar sedikit dan bersih supaya mulutnya tidak ternganga dan tidak dimasuki oleh binatang-binatang kecil dan lain-lainnya.
3. Hendaklah diletakkan mayat tadi di tempat yang tinggi sedikit seperti katil dan sebagainya, dimana kakinya dilunjurkan kea rah kiblat dan kepalanya mistilah tinggi sedikit dari kakinya dengan diletakkan sesuatu alas di bawah kepalanya seperti bantal dan sebagainya.
4. Semua pakaian hendaklah ditanggalkan, dan ditutup seluruh badannya dari kaki hingga habis kepalanya dengan kain yang sederhana tebal serta dilipatkan tepi kain sebelah atas ke bawah kepalanya dan tepi kain sebelah bawah dilipatkan ke bawah hujung kakinya.
5. Kedua-dua belah tangan mayat itu hendaklah di atas dadanya, tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya seperti keadaan letak tangan semasa sembahyang, dan sebaik-baiknya tangannya itu diikat dengan kain supaya tidak terbuka dan tidak terkulai ke bawah. Dan sebelum itu hendaklah dilipatkan kedua-dua belah tangannya ke bahu, dan kakinya ke peha dengan perlahan-lahan beberapa kali supaya lembut sendi-sendinya dan mudah memandikannya.
6. Hendaklah diletakkan diatas perutnya sesuatu benda yang agak berat sedikit seperti besi dan sebagainya untuk menjaga perutnya supaya tidak membesar dan tidak buncit, tetapi janganlah diletakkan di atasnya Al Quran atau hadis.
Menguruskan Jenazah
Sesaorang yang telah nyata telah meninggal dunia, hedaklah diuruskan manyatnya dengan seberapa cepat. Jangan dilambat-lambatkan dan ditanguh-tanguhkan.
Sabda Rasulullah saw
“Segerakanlah oleh kamu menguruskan jenazah, jika mayat itu baik maka kamu mendekatkan dia kepada kebajikan dan jika mayat itu tidak baik, maka bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu”
Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah saw telah mengingatkan kepada Saidina Ali bin Abi Talib
Sabda Rasulullah saw
“Wahai Ali! Tiga perkara jangan engkau lambatkan. Pertama, sembahyang bila waktunya telah masuk. Kedua, menguruskan jenazah bila ia telah hadir (ada) dan ketiga, ketika janda sudah ada orang yang sekufu meminangnya”
Jika seorang itu mati diwaktu malam, hendaklah dikebumikan di waktu siangnya sebelum masuk waktu zohor atau selepas zohor. Dan jika sesaorang itu mati di waktu pagi hendaklah dikebumikan sebelum masuk malam hari.
Tetapi jika sesaorang itu mati waktu petang, bolehlah diuruskan mayat itu pada keesokan harinya, jangan ditanam di waktu malam.
Sabda Rasulullah saw
“Jangan kamu kebumikan mayat itu di waktu malam, kecuali jika terpaksa”

Perkara-Perkara Yang Wajib Dilaksanakan
Bila sesaorang Islam meninggal dunia, maka fardu kifayah atas orang hidup melaksanakan perkara-perkara berikut:
1. Memandikan
2. Mengapankan
3. Menyembahyangkan
4. Mengkebumikan
Pendahuluan Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya. Perkara Yang Perlu Diuruskan Oleh Warisnya Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Di antara perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya ialah : Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. Urusan menggali kubur. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. Menguruskan kenderaan untuk jenazah. Ucapan takziah. Syarat Mandi (ke atas mayat) Beragama Islam. Ada bersifat manusia. Ada tubuh manusia walaupun sebahagian daripadanya (ada mayat). Bukan mati syahid yang menegakkan kesucian Islam. Syarat Ke atas Orang Hendak Memandikan Mayat Beragama Islam. Bukan musuh. Orang dewasa. Merdeka. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup. Sabar. Tabah dan berani. Beramanah. Rasulullah saw bersabda : “Barang siapa yang memandikan mayat dan ia menyembunyikan ke atas apa yang dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt empat puluh kali”. Peralatan Dan Persiapan Mandi Tempat mandi/bilik mandi/tabir. Kain basahan dan tuala mandi. Air sabun – 1 baldi. Air cendana dan air kapur barus – 1 ceret. Sarung tangan. Kain sugi – 5 & 6 helai. Kain sugi – 7 & 9 gulung. Air daun bidara – 1 baldi. Kemeyan/setanggi sekiranya diperlukan. Pencebok atau gayung secukupnya. Tanah untuk tayammum. Cara Memandikan Jenazah Pada asasnya, mandi mayat sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat mandi dan keduanya meratakan air keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut dan umbi rambut. Cara-caranya ialah : Mayat diletakkan di tempat yang di khaskan. Dimandikan dalam sehelai kain yang boleh menyerapkan air serta menutup aurat. “Sesungguhnya Nabi saw telah dimandikan di dalam gamisnya (baju labuh)”. Maksud hadis. Bersihkan najis-najis pada tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut serta menekan perutnya supaya mengeluarkan najis atau kotoran yang ada dan membersihkannya. Niat beristinjak : “Sahaja aku beristinjak ke atas mayat ini kerana Allah taala”. Wudukkan mayat sepertimana orang hidup. Niat wuduk : “Sahaja aku mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini kerana Allah taala”. Mulakan mandi dengan air bersih. Disertai niat memandikan jenazah (hukum niat adalah sunat) (mandi adalah wajib). Lafaz niat : “Sahaja aku mandikan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”. Setiap anggota mulakan disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah mengatakan ketika kami memandikan puteri Rasulullah saw, Zainab. Rasulullah bersabda mafhumnya : “Mulakan dengan memandikan bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk”. (Riwayat Al-Bukhari). Setelah dimandikan dengan air sabun, air daun bidara dan air mutlak sebanyak 3 kali, sekiranya tidak cukup memuaskan, maka lebihkan mandian menjadi 5 atau 7 kali. Rasulullah saw bersabda : “Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima, tujuh kali atau lebih jika kamu pandang perlu”. Akhirnya mandikan dengan air kapur barus dan air cendana. Beberapa Peringatan Ketika membasuh di sebelah kanan. “Ampunkanlah dia wahai tuhan dan kepada Engkaulah tempat kembali”. Ketika membasuh di sebelah kiri. “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”. Ketika mencurah air kapur barus (diakhir mandi jenazah). “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”. Sunat orang yang telah selesai memandikan jenazah, mandi sunat dengan niat “Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat kerana Allah Taala”. Begitu juga dengan orang yang mengangkatkan jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya. Doa untuk mengelakkan dari badi mayat. “Dengan nama Allah yang tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu di bumi dan di langit. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Permasalahan Mayat lelaki atau perempuan dalam keadaan janabah (Berhadas besar) tidak dituntut mandi lagi kerana mandi mayat sudah memadai. Jika di dapati keluar najis atau darah setelah sempurna dimandikan memadai dibersihkan sahaja darah atau najis tersebut. Jika berlarutan keluarnya diikat dan dibalut dengan kapas atau kain. Jika rambut, kulit atau lainnya yang tanggal dari anggota badannya, wajib diambil dan dibasuh kemudian kapankan bersama-sama jasadnya. Jika didapati mayat di dalam sungai atau lombong yang sudah berubah atau reput, maka boleh kita selamkan semula mayat itu dalam 1 atau 2 minit dengan niat memandikan mayat (kira-kira meratakan air di seluruh anggotanya, nescaya sahlah mandinya jika tidak ada najis di badannya. Keguguran mengikut Imam Syafie, bayi cukup bulan ialah berumur dalam kandungan 6 bulan lahzah. Manakala bayi yang tidak cukup bulan ialah berumur 6 bulan lahzah ke bawah. Keguguran bayi cukup bulan, wajib disempurnakan empat perkara sepertimana jenazah orang dewasa iaitu mandi, kafan, sembahyang dan kebumikan. Keguguran bayi yang tidak cukup bulan : Jika keguguran itu ada tanda-tanda hidup seperti bersuara atau bergerak wajib disempurnakan sepertimana jenazah orang-orang dewasa (mandi, kafan, sembahyang dan di kebumikan). Jika keguguran itu tidak ada tanda-tanda hidup wajib disempurnakan tiga perkara sahaja iaitu mandi kafan dan kebumikan dengan tidak perlu disembahyangkan. Jika keguguran itu seketol darah dan belum bersifat manusia, sunat dibungkuskandengan kain lalu ditanamkan sahaja. Mayat kanak-kanak yang lahir, mati sebelum dipotong urinya. Sebelum dimandikan hendaklah dipotong urinya terlebih dahulu, kerana uri itu bukan anggota kanak-kanak tersebut dan bukan dari anggota ibunya. Uri itu najis, jika tidak dipotong, tidak sah sembahyang keatas kanak-kanak tersebut. Potong uri tidak dinamakan menyiksa mayat. Haram dimandikan, disembahyangkan dan ditanam uri bersama kanak-kanak tersebut. Uri perlu dibungkus dan ditanam begitu sahaja. Mengkebumikan mayat wanita mengandung. Diakui oleh doktor perubatan atau bidan yang anak dalam kandungan itu telah mati, baru boleh dikebumikan. Haram membelah perut ibu untuk mengeluarkan mayat anaknya di dalam kandungan. Sekiranya disahkan oleh doktor perubatan atau bidan, anak dalam kandungan masih hidup hendaklah dibelahkan perut ibunya untuk menyelamatkan anaknya. Tayammum Dari Aspek Keadaan Mayat Tayammum ialah menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai ganti daripada mandi mayat dan anggota yang tidak dapat kena air. Mayat yang harus ditayammum : Kerana ketiadaan air, mayat harus ditayammum berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud : “Jika kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum”. (An-Nisa : 43). Mayat yang terlalu uzur (mati terbakar) kalau dimandikan hancur dagingnya. Mayat lelaki atau perempuan yang meninggal tempat yang terpencil yang susah mendapatkan air mutlak. Rasulullah saw bersabda mafhumnya : “Jika seorang wanita meninggal di lingkungan lelaki hingga tidak ada wanita lain, atau lelaki di lingkungan wanita-wanita di mana tidak ada lelaki lain, maka hendaklah mayat tersebut ditayammumkan lalu dimakamkan kedua mereka itu sama halnya dengan yang tidak mendapatkan air”. Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan. Mayat yang reput atau hancur. Niat Tayammum “Sahaja aku tayammumkan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”. Jenazah Yang Tidak Perlu dimandikan Atau Ditayammumkan Orang yang mati di medan pertempuran kerana menegakkan agama Allah dari musuh yang bukan Islam. Dari Jabir Bin Abdullah berkata mafhumnya : “Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat Al-Bukhari) Perkara Yang Haram Di Waktu Mandi Meniarapkan mayat. Menyentuh kemaluan dengan tidak berlapik. Melihat aurat antara pusat ke lutut dengan tidak ada sesuatu hajat. Menceritakan kepada orang lain apa yang dilihat sewaktu memandikan jenazah, seperti hitam mukanya, lebam, berubah baunya dan sebagainya.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya. Perkara Yang Perlu Diuruskan Oleh Warisnya Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Di antara perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya ialah : Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. Urusan menggali kubur. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. Menguruskan kenderaan untuk jenazah. Ucapan takziah. Syarat Mandi (ke atas mayat) Beragama Islam. Ada bersifat manusia. Ada tubuh manusia walaupun sebahagian daripadanya (ada mayat). Bukan mati syahid yang menegakkan kesucian Islam. Syarat Ke atas Orang Hendak Memandikan Mayat Beragama Islam. Bukan musuh. Orang dewasa. Merdeka. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup. Sabar. Tabah dan berani. Beramanah. Rasulullah saw bersabda : “Barang siapa yang memandikan mayat dan ia menyembunyikan ke atas apa yang dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt empat puluh kali”. Peralatan Dan Persiapan Mandi Tempat mandi/bilik mandi/tabir. Kain basahan dan tuala mandi. Air sabun – 1 baldi. Air cendana dan air kapur barus – 1 ceret. Sarung tangan. Kain sugi – 5 & 6 helai. Kain sugi – 7 & 9 gulung. Air daun bidara – 1 baldi. Kemeyan/setanggi sekiranya diperlukan. Pencebok atau gayung secukupnya. Tanah untuk tayammum. Cara Memandikan Jenazah Pada asasnya, mandi mayat sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat mandi dan keduanya meratakan air keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut dan umbi rambut. Cara-caranya ialah : Mayat diletakkan di tempat yang di khaskan. Dimandikan dalam sehelai kain yang boleh menyerapkan air serta menutup aurat. “Sesungguhnya Nabi saw telah dimandikan di dalam gamisnya (baju labuh)”. Maksud hadis. Bersihkan najis-najis pada tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut serta menekan perutnya supaya mengeluarkan najis atau kotoran yang ada dan membersihkannya. Niat beristinjak : “Sahaja aku beristinjak ke atas mayat ini kerana Allah taala”. Wudukkan mayat sepertimana orang hidup. Niat wuduk : “Sahaja aku mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini kerana Allah taala”. Mulakan mandi dengan air bersih. Disertai niat memandikan jenazah (hukum niat adalah sunat) (mandi adalah wajib). Lafaz niat : “Sahaja aku mandikan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”. Setiap anggota mulakan disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah mengatakan ketika kami memandikan puteri Rasulullah saw, Zainab. Rasulullah bersabda mafhumnya : “Mulakan dengan memandikan bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk”. (Riwayat Al-Bukhari). Setelah dimandikan dengan air sabun, air daun bidara dan air mutlak sebanyak 3 kali, sekiranya tidak cukup memuaskan, maka lebihkan mandian menjadi 5 atau 7 kali. Rasulullah saw bersabda : “Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima, tujuh kali atau lebih jika kamu pandang perlu”. Akhirnya mandikan dengan air kapur barus dan air cendana. Beberapa Peringatan Ketika membasuh di sebelah kanan. “Ampunkanlah dia wahai tuhan dan kepada Engkaulah tempat kembali”. Ketika membasuh di sebelah kiri. “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”. Ketika mencurah air kapur barus (diakhir mandi jenazah). “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”. Sunat orang yang telah selesai memandikan jenazah, mandi sunat dengan niat “Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat kerana Allah Taala”. Begitu juga dengan orang yang mengangkatkan jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya. Doa untuk mengelakkan dari badi mayat. “Dengan nama Allah yang tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu di bumi dan di langit. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Permasalahan Mayat lelaki atau perempuan dalam keadaan janabah (Berhadas besar) tidak dituntut mandi lagi kerana mandi mayat sudah memadai. Jika di dapati keluar najis atau darah setelah sempurna dimandikan memadai dibersihkan sahaja darah atau najis tersebut. Jika berlarutan keluarnya diikat dan dibalut dengan kapas atau kain. Jika rambut, kulit atau lainnya yang tanggal dari anggota badannya, wajib diambil dan dibasuh kemudian kapankan bersama-sama jasadnya. Jika didapati mayat di dalam sungai atau lombong yang sudah berubah atau reput, maka boleh kita selamkan semula mayat itu dalam 1 atau 2 minit dengan niat memandikan mayat (kira-kira meratakan air di seluruh anggotanya, nescaya sahlah mandinya jika tidak ada najis di badannya. Keguguran mengikut Imam Syafie, bayi cukup bulan ialah berumur dalam kandungan 6 bulan lahzah. Manakala bayi yang tidak cukup bulan ialah berumur 6 bulan lahzah ke bawah. Keguguran bayi cukup bulan, wajib disempurnakan empat perkara sepertimana jenazah orang dewasa iaitu mandi, kafan, sembahyang dan kebumikan. Keguguran bayi yang tidak cukup bulan : Jika keguguran itu ada tanda-tanda hidup seperti bersuara atau bergerak wajib disempurnakan sepertimana jenazah orang-orang dewasa (mandi, kafan, sembahyang dan di kebumikan). Jika keguguran itu tidak ada tanda-tanda hidup wajib disempurnakan tiga perkara sahaja iaitu mandi kafan dan kebumikan dengan tidak perlu disembahyangkan. Jika keguguran itu seketol darah dan belum bersifat manusia, sunat dibungkuskandengan kain lalu ditanamkan sahaja. Mayat kanak-kanak yang lahir, mati sebelum dipotong urinya. Sebelum dimandikan hendaklah dipotong urinya terlebih dahulu, kerana uri itu bukan anggota kanak-kanak tersebut dan bukan dari anggota ibunya. Uri itu najis, jika tidak dipotong, tidak sah sembahyang keatas kanak-kanak tersebut. Potong uri tidak dinamakan menyiksa mayat. Haram dimandikan, disembahyangkan dan ditanam uri bersama kanak-kanak tersebut. Uri perlu dibungkus dan ditanam begitu sahaja. Mengkebumikan mayat wanita mengandung. Diakui oleh doktor perubatan atau bidan yang anak dalam kandungan itu telah mati, baru boleh dikebumikan. Haram membelah perut ibu untuk mengeluarkan mayat anaknya di dalam kandungan. Sekiranya disahkan oleh doktor perubatan atau bidan, anak dalam kandungan masih hidup hendaklah dibelahkan perut ibunya untuk menyelamatkan anaknya. Tayammum Dari Aspek Keadaan Mayat Tayammum ialah menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai ganti daripada mandi mayat dan anggota yang tidak dapat kena air. Mayat yang harus ditayammum : Kerana ketiadaan air, mayat harus ditayammum berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud : “Jika kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum”. (An-Nisa : 43). Mayat yang terlalu uzur (mati terbakar) kalau dimandikan hancur dagingnya. Mayat lelaki atau perempuan yang meninggal tempat yang terpencil yang susah mendapatkan air mutlak. Rasulullah saw bersabda mafhumnya : “Jika seorang wanita meninggal di lingkungan lelaki hingga tidak ada wanita lain, atau lelaki di lingkungan wanita-wanita di mana tidak ada lelaki lain, maka hendaklah mayat tersebut ditayammumkan lalu dimakamkan kedua mereka itu sama halnya dengan yang tidak mendapatkan air”. Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan. Mayat yang reput atau hancur. Niat Tayammum “Sahaja aku tayammumkan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”. Jenazah Yang Tidak Perlu dimandikan Atau Ditayammumkan Orang yang mati di medan pertempuran kerana menegakkan agama Allah dari musuh yang bukan Islam. Dari Jabir Bin Abdullah berkata mafhumnya : “Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat Al-Bukhari) Perkara Yang Haram Di Waktu Mandi Meniarapkan mayat. Menyentuh kemaluan dengan tidak berlapik. Melihat aurat antara pusat ke lutut dengan tidak ada sesuatu hajat. Menceritakan kepada orang lain apa yang dilihat sewaktu memandikan jenazah, seperti hitam mukanya, lebam, berubah baunya dan sebagainya.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment