Sunday 13 October 2019

Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa


Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّة
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Laksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga” (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah
2. Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan bersungguh-sungguh sehingga mendapat haji yang mabrur akan mendapat ganjaran yang besar iaitu Syurga.
3. Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.
4. Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan bersungguh-sungguh akan menjadi penghapus daripada dosa seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan segala kekotoran pada besi, perak dan emas.
5. Mereka yang diterima ibadah hajinya (mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.

Thursday 10 October 2019

#Lebihkan Tawaf Sunat Atau Umrah Sunat, Mana Yang Lebih Afdhal? 🕋


Mungkin sebahagian daripada kita beranggapan bahawa apabila berada di Mekah, harus memperbanyakkan amalan UMRAH SUNAT. Malah ada yang merasakan Umrah Sunat yang dilakukan sebanyak 7 kali menyamai pahala Haji.
** Sama-sama kita ambil pelajaran.**
KENAPA KITA KENA BANYAKKAN TAWAF SUNAT DI BAITULLAH BERBANDING UMRAH SUNAT.
. Sebagai Tetamu Allah sewajarnya kita mendalami ilmu agama dengan tekun supaya kita arif mengenai hukum hakam dalam agama seterusnya memperbaiki segala kekurangan diri supaya menjadi insan yang lebih baik.
***Ibadah mana yang perlu diutamakan atau diberi KEUTAMAAN berbanding dengan ibadah yang lain. **
Jangan sampai amalan kita menjadi sia-sia lantaran jahil mengenai sesuatu hukum. Di sinilah perlu guru dan adab di dalam berguru. Sabar untuk mendalami ilmu agar kita dipandaikan.
Apabila berada di Mekah, ada di kalangan jemaah yang memperbanyakkan amalan UMRAH SUNAT.
Malah ada yang menganggap Umrah Sunat yang dilakukan sebanyak 7 kali menyamai pahala Haji. Sedangkan** tidak ada nas al-Quran, **hadis mahupun ijmak ulamak yang menyatakan sedemikian.
**Sebenarnya **amalan yang paling afdhal semasa di Tanah Haram ialah
💓💓memperbanyakkan Tawaf Sunat dan bukannya memperbanyakkan Umrah Sunat.
***MENGAPA 💓💓TAWAF SUNAT LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN AMALAN LAIN DI TANAH HARAM?**
Tawaf
itu adalah Sunatullah bukan sekadar sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah. Semua makhluk Allah yang melata di bumi hatta di langit sekalipun bertawaf sebagai menunjukkan ketaatan mereka patuh kepada Allah.
Bintang-bintang di langit, planet-planet yang berada di angkasa lepas semuanya berpusing ikut lawan jam mengelilingi matahari mengikut paksinya. Malah zarah sekecil atom turut sama berpusing mengikut aturan Allah.
Jika **semua makhluk Allah bertawaf** sebagai menunjukkan kepatuhan mereka beribadah kepada Allah, maka sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan banyak kelebihan sewajarnyalah memperbanyakkan Tawaf sebagai tanda kita taat dan patuh kepada Allah yang Esa.
**Ibnu Abbas r.a **
mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini.
🌿60 rahmat untuk orang yang bertawaf,
🌿40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan
🌿20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.
**Anas bin Malik **
pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda “2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.
Dua jenis tawaf itu adalah
1️⃣TAWAF SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan
2️⃣TAWAF SETELAH SOLAT ASAR yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.”
Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.
**Ulama’ Besar Tanah Haram**, Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (Syarh al-Mumti’, 7/407). Ia dianggap makruh dan tidak disyari’atkan (iaitu berulang-alik mengerjakan umrah dengan keluar ke tanah halal berkali-kali) dengan sekali perjalanan umrah.
Al-Hafidz alFaqih Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma’ad, 2/86) menghitung** umrah Nabi saw hanya 4 kali dalam sejarah** hidup baginda.
Setiap kali kunjungan ke Mekah, baginda mengerjakan satu kali umrah sahaja.
1. Umrah Hudhaibiyah tahun ke 6 H
2. Umrah Qadhiyah tahun ke 7H
3. Umrah Ji’ranah tahun ke 8
4. Umrah terakhir pada Haji Wada’
Sebaliknya, ibadah yg diutamakan semasa umrah ialah 💓💓perbanyakkan tawaf.
Dari surah **al-Baqarah: 2:125:** “Dan bersihkan rumahku utk orang2 yang tawaf”. Dalil Hadith: Barangsiapa yg **bertawaf rumah ini (Kaabah) **tujuh kali, laksana (pahala) membebaskan seorang hamba” (sahih An-Nasa’iy 2919).
**Ibnu Umar **
pula menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa melakukan Tawaf di Baitullah, maka Allah swt akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya serta diangkat satu darjat untuknya.” AllahuAkbar. Berapa banyak langkah yang kita lakukan semasa kita sedang bertawaf?
Sebanyak itulah kebaikan pahala yang kita dapat dan sebanyak itulah juga dosa.

Saturday 5 October 2019

MASJID JIN




🕌 Masjid Jin terletak disebelah Perkuburan Ma'la.
🕌 (Sekumpulan jin Zuwaima'ah Ham bin Iyas bin Iblis) sepakat berbai'ah mengakui Nabi Muhammad ialah utusan Allah.
🕌 Masjid Jin merupakan tempat dimana Rasulullah bertemu dengan para jin yang mengaku masuk Islam.
🕌 Masjid dengan bangunan yang moden ini memiliki keluasan sekitar 10 x 20 meter, diatapnya terdapat kubah yang dihiasi dengan tulisan kaligrafi Al-Quran Surat Al Jin ayat 1-9.
🕌 Dikisahkan saat Rasulullah SAW dengan para sahabat saat usai melakukan solat subuh, mereka membaca surat Ar-Rahman.
🕌 Salah satu surat Ar-Rahman yang memiliki arti ”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” tak sengaja didengar oleh rombongan jin yang sedang lewat di daerah tersebut.
🕌 Rupanya lantunan ayat tersebut sangat menarik perhatian para jin. Para jin tersebut lantas mendatangi asal suara lalu menemukan Rasulullah SAW dan para sahabatnya tengah membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an.
🕌 Para Jin itu kemudian langsung menjawabnya dengan kalimat, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikitpun. Segala Puji hanya bagi-Mu yang telah memberikan nikmat lahir dan batin kepada kami.”
🕌 Kemudian rombongan jin tersebut berdialog dengan Rasulullah SAW dan akhirnya menyatakan keislamannya dan berbaiat (setia) kepada Rasulullah SAW. Peristiwa ini merupakan pertama kalinya bangsa jin masuk agama islam dan berita ini menyebar dengan cepat kepada kaum jin yang lain.
🕌 Peristiwa ini jugalah yang melatarbelakangi turunnya Al-Qur’an surat Al-Jin ayat 1. Ayat ini memberitahukan kepada Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa alam gaib yang terjadi di sekeliling mereka. Selain dalam surat Al-Jin peristiwa ini juga diabadikan dalam Alquran surah al-Ahqaf [46]: 29-32.
🕌 Maka untuk mengabadikan peristiwa tersebut didirikannya masjid ini dan dinamai dengan Masjid Jin. Masjid Jin juga di sebut dengan Masjid Al Bai’ah. Dengan adanya kisah tersebut. Masjid Jin saat ini menjadi salah satu masjid yang terkenal di seluruh dunia dan menjadi lokasi yang sering didatangi oleh para jamaah haji dan umrah di tanah suci Mekah. Mereka terkadang menyempatkan untuk menunaikan solat fardhu di masjid ini.

Thursday 3 October 2019

Jabal Rahmah




Jabal Rahmah
Jabal Rahmah adalah berbeza dengan Jabal Rummah. Jabal Rahmah terletak di Arafah manakala Jabal Rummah (Bukit Pemanah - terletak di Uhud,Madinah.
Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Tinggi tugu tersebut lebih kurang 8-10 meter. Untuk sampai ke tempat itu atau tugu itu, jaraknya hanya 150 meter dari kaki bukit. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak itu adalah diantara 5-10minit untuk mendakinya.
Pada musim haji, semasa hari wukuf bukit ini kelihatan putih dan dipenuhi oleh jemaah haji yang memanjat Bukit ini semasa waktu wukuf di Arafah.

Wednesday 2 October 2019

Jabal Uhud (Bukit Uhud)



Jabal Uhud (Bukit Uhud)
Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Bukit Uhud atau Jabal Uhud (جبل أحد) adalah sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter. Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada tahun 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi.
Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari)
Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sebuah riwayat juga menceritakan, Rasulullah S.A.W. pernah menaiki puncak Uhud bersama Sayyidina Abu Bakar R.A., Sayyidina Umar Al-Faruq R.A. dan Sayyidina Usman bin Affan R.A. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergegar. Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda, “Tenanglah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.

Tuesday 1 October 2019

TUGU SYUHADA BADAR



TUGU SYUHADA BADAR
1-عُبَيْدَةُ بنُ الحَارِثِ المُطَّلِبِيُّ.
1. Ubaydah bin Harits Al-Muthallib

2- وَعُمَيْرُ بنُ أَبِي وَقَّاصٍ الزُّهْرِيُّ، أَخُو سَعْدٍ.
2. Umair bin Abi Waqqash, saudara Sa’ad bin Abi Waqqash
3. وَصَفْوَانُ بنُ بَيْضَاءَ، وَاسْمُ أَبِيْهِ: وَهْبُ بنُ رَبِيْعَةَ الفِهْرِيُّ.
3. Shofwan bin Baydlo'
4-وَذُوْ الشِّمَالَيْنِ عُمَيْرُ بنُ عَبْدِ عَمْرٍو الخُزَاعِيُّ.
4. Dzausy Syimalain bin Abdu Amru Al-Khuza’i
5- وَعُمَيْرُ بنُ الحُمَامِ بنِ الجَمُوْحِ الأَنْصَارِيُّ، الَّذِي رَمَى التَّمَرَاتِ، وَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ.
5. Umair bin Al-Humam bin Al-Jamuh Al-Anshory, yang melempar kurma untuk segera pergi berperang sehingga akhirnya terbunuh syahid.
6-وَمُعَاذُ بنُ عَمْرِو بنِ الجَمُوْحِ السُّلَمِيُّ.
6. Mu'adz bin Amru bin Al-Jamuh As-Sulaimi
7- وَمُعَاذُ بنُ عَفْرَاءَ.
7. Mu'adz bin 'Afra-a
8- وَأَخُوْهُ عَوْفٌ، وَاسْمُ أَبِيْهِمَا: الحَارِثُ بنُ رِفَاعَةَ، مِنْ بَنِي غَنْمِ بنِ عَوْفٍ.
8. Saudaranya Mu'adz, yaitu 'Auf, nama ayahnya al-Harits bin Rifaah bin Rifa'ah dari bani Ghonm bin Auf
9-وحَارِثَةُ بنُ سُرَاقَةَ بنِ الحَارِثِ بنِ عَدِيٍّ الأَنْصَارِيُّ، جَاءهُ سَهْمُ غَرْبٍ وَهُوَ غُلاَمٌ حَدَثٌ، وَهُوَ الَّذِي قَالَ فِيْهِ رَسُوْلُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-: (يَا أُمَّ حَارِثَةَ! إِنَّ ابْنَكِ أَصَابَ الفِرْدَوْسَ الأَعْلَى). (1/171)
9. Haritsah bin Suraqah bin Al-harits bin 'Adi Al-Anshori, terkena panah sesat, dan dia yang disabdkan Rasulullah SAW : "wahai ummu harits, sesungguhnya anakmu adalah penghuni syurga firdaus Al-A'la (tertinggi)"
10-وَيَزَيْدُ بنُ الحَارِثِ بنِ قَيْسٍ الخَزْرَجِيُّ، وَأُمُّهُ: هِيَ فُسْحَمٌ، وَيُقَالُ لَهُ: هُوَ فُسْحَمٌ.
10. Yazid bin Harits bin Qays Al-Khazraji, ibunya bernama Fusham, dan dia dipanggil Fusham
11-وَرَافِعُ بنُ المُعَلَّى الزُّرَقِيُّ.
11. Rofi' bin Al-Mu'alla Az-Zuraqi
12- وَسَعْدُ بنُ خَيْثَمَةَ الأَوْسِيُّ.
12. Sa'ad bin Khaizamah Al-Awsiyu
13- وَمُبَشِّرُ بنُ عَبْدِ المُنْذِرِ أَخُو أَبِي لُبَابَةَ.
13. Mubasysyir bin Abdul Mundzir, saudaranya Abu Lubabah
14-وَعَاقِلُ بنُ البُكَيْرِ بنِ عَبْدِ يَا لَيْلَ الكِنَانِيُّ اللَّيْثِيُّ، أَحَدُ الإِخْوَةِ الأَرْبَعَةِ البَدْرِيِّيْنَ.
14. ‘Aqil bin Bukair bin Abdiya layla al-Kinani Al-Laitsi, salah seorang dari 4 bersaudara pahlawan perang badar.
فَعِدَّتُهُم أَرْبَعَةَ عَشَرَ شَهِيْداً.
Semuanya berjumlah 14 syuhada'.