Tuesday 7 May 2013

Masjid Bier Ali (Tempat Miqat Jamaah Umrah dari Madinah ke Mekah)






Miqat ialah tempat untuk kami mula niat untuk umrah sebelum masuk ke Makkah.
 Masa bermiqat tu kami sudah siap-siap pakai ihram. Lepas berniat ihram di miqat tersebut, kami kena mula menjaga rukun-rukun umrah yang berjumlah 13 itu. Jadi proses umrah ni bermula dengan niat di miqat ini sehinggalah bercukur dan mencapai keadaan tahalul (bebas dari peraturan ihram). Lebih kurang macam itulah apa yang aku paham.
 Untuk setiap kali umrah, mesti pasang niat di miqat terlebih dulu. Kami sempat buat umrah sebanyak tiga kali. Jadi kami bermiqat sebanyak tiga kali juga di tiga tempat yang berbeza. Miqat pertama kami ialah di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ) atau Bir Ali. Ini ialah miqat untuk jemaah haji dan umrah yang datang dari Madinah. Kawasan Bir Ali ni terletak lebih kurang 9km dari kota Madinah. Kami checked-out dari hotel di Madinah dan naik bas dengan semua barangan kami. Boleh pakai ihram dari hotel dan boleh juga pakai masa di miqat. Tapi kami digalakkan untuk pakai ihram siap-siap dari hotel sebab masa di Bir Ali nanti takut kesuntukan masa. Sampai saja di masjid Bir Ali, kami buat sembahyang sunat ihram, pasang niat,
dan naik semula ke dalam bas dalam pakaian ihram.









  Masa bas mula bergerak ke Makkah, kami semua baca talbiah beramai-ramai dipimpin oleh Mutawif

 Sekiranya sesorang telah berniat untuk berihram, Sama ada ihram Umrah atau Haji, Maka wajib bagi dirinya menjaga Pantang-larang Ihram Umrah atau Ihram Haji
1- Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum - lelaki sahaja.
2- Menutup kepala atau sebahagian darinya - lelaki sahaja.
3- Menutup muka - wanita sahaja.
5- Berwangi-wangian di badan atau pakaian, makan, minum atau mennghidu - lelaki dan wanita.
 6- Memakai minyak di rambut, janggut dan semua bulu-bulu muka - lelaki dan wanita.
7- Menanggalkan rambut atau bulu-bulu badan - lelaki dan wanita.
8- Memotong kuku - lelaki dan wanita.
9- Menebang / memotong / mencabut pokok ditanah haram - lelaki dan wanita.
10- Memburu binatang buruan - lelaki dan wanita.
11- Berkahwin / mengawinkan / menerima wakil kahwin - lelaki dan wanita.
12- Melakukan pendahuluan persetubuhan - lelaki dan wanita.
13- Melakukan persetubuhan - lelaki dan wanita.

No comments:

Post a Comment