Friday 19 December 2014

SOLAT SUNAT RAWATIB

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.
.
.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).
.
2.  Niat Solat Rawatib:
a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).
Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas

.

Peringatan:

  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
  • Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.

Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
.
Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.

Wednesday 10 December 2014

PENGURUSAN JENAZAH

"Kullu nafsin za ikatul mauts"
Setiap yang hidup akan menempuh kematian.
Satu pekara yang amat berat jemaah mahu lakukan adalah mengusung Jenazah.
Tahukah peluang terbuka luas untuk merebut pahala, kalaulah mereka tahu 50.000 pahala menanti hasil amal baik mereka, pasti mereka berkejaran  berebut-rebut menafikan orang lain manfaat usaha baik ini.
Dan mereka yang menghantar jenazah ke tempat perkuburanya mendapat ganjaran 1 qirats.
Sabda Rasullullah s.a.w " Aku lihat 1 qirats itu semasa Israk mikraj sebesar Jabal Uhud. Alangkah ruginya mereka yang tidak merebut peluang ini.

HIJIR ISMAIL


Waktu afdhal solat sunat Taubat di hijir Ismail adalah selepas solat Asr dengan Doa Memahon keampunan dari segala dosa yang terdahulu. Dosa yang kita tahu dan kita sembunyikan serta dosa yang akan datang yang kita tidak ketahui. Mohon diangkat seksa kubur dan dilindungi dari azab neraka.
bacalah doa... (Surah al-bakarah 201)

2:201
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka

TEMPAT JIBRIL SUJUT



Setelah mendapat perintah mendirikan solat 50 waktu, dan selepas berulang kali membuat rayuan, tinggal 5 waktu sahaja.Sekembalinaya ke Mekkah Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril a.s bagaimana mengerjakan solat. "Ikut aku mendirikan solat" kata Jibril a.s. yakin Jibril a.s sebagai imam dan Rasulullah s.a.w sebagai makmum.
Lokasi tempat solat tersebut disemadikan dengan Marmar berwarna coklat. (tempat utama yang makbul berdoa).
Mungkin ramai yang  perasan setiap kali solat waktu lazim imam di Haraam akan memilih lokasi ini. Dan saya hampir pasti ramai yang tidak tahu signifikannya tempat ini dalam hal aqidah. Ia terletak di lantai sendeng lebih kurang 1.5m ke kanan pintu Kaabah.
Sekembalinya dari Isra' Mi'raj Rasullulah s.a.w kurang jelas cara-cara memdirikan solat lima waktu yang diperintahkan. Maka Jibril datang lima kali di awal waktu dan lima kali diakhir waktu untuk menjelaskan sempadan setiap lima waktu solat.
Lantas ini adalah antara lokasi yang terbaik untuk kita mendirikan solat hajat.


Monday 8 December 2014

Gunung Uhud Mencintai Rasulullah

MAKAM PARA SUHADA
PEMANDANGAN MAKAM SUHADA.

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Disinilah bersemadinya para Syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku 3 syawal tahun 3 hijrah (19 March 625M) antara tentera islam dengan tentera kafir Quraish. Perang uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan meraka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini berlaku di sebuah tempat dikelilingi  Bukit Uhud.
Kaum Quraish menyediakan 3.000 pasukan, 200 diantaranya pasukan berkuda yang gagah di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Sedangkan Rasulullah ketika itu hanya mampu mengumpulkan 700 orang setelah 300 orang lainnya memilih mundur karena hasutan Abdullah Ubay, tokoh munafik  Madinah. Sebanyak 50 orang pasukan pemanah di tempatkan di gunung Uhud di ketuai oleh Abdullah bin Jabir.

Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.

Nabi Muhammad SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Dalam peperangan ini tentera Islam mengalami kekalahan, nabi sendiri cedera dan patah giginya.  Perang Uhud meninggalkan pengajaran yang bernilai kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya tentang kepentingan taat kepada ketua serta tidak mudah terpesona dengan harta.
Tahun 46 H, Gunung Uhud pernah dilanda banjir besar  hingga menyebabkan tanah di beberapa bahagian di Gunung Uhud terlongsor. Salah satu tempat yang terjejas adalah makam Sayyidina Hamzah dan Abdullah bin Jahsy hingga jasad keduanya nampak di permukaan. Diriwayatkan, jasad keduanya masih kelihatan utuh meskipun telah 43 tahun dikebumikan.

Bahkan luka di badan Hamzah itu masih mengalir darah segar seperti jasad orang yang baru saja meninggal. Jasad keduanya dimakamkan kembali tak jauh dari makam 68 syuhada Uhud lainnya. Makam keduanya diberi tanda batu-batu hitam yang mengelilingi makam.

Sebuah riwayat juga menceritakan Rasulullah pernah menaiki puncak Uhud bersama Abu Bakar Assidhiq, Umar ibn Khathab dan Utsman bin Affan. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.

Rasulullah lalu menghentakkan kakinya dan bersabda, “Diamlah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.

Thursday 13 November 2014

MUZIUM DI MEKAH (KOLEKSI BARANGAN ANTARA DUA TANAH HARAM)


Kami sempat melawat muzium senibina dua masjid suci di Mekah.
Alhamdulillah rezeki dapat masuk sebab muzium ni tidak terbuka kepada awam melainkan disertai dengan surat kebenaran.
Ini ikut ikhtiar travel ejensi masing-masinglah.
Tak sampai setengah jam pun kami dibenarkan berada dalam tu.
Kamera dibenarkan dibawa masuk,Kebanyakan hanya gambar-gambar dan bahan pameran yang pernah menjadi sebahagian senibina masjid-masjid suci tersebut.






Pintu masuk utama
Gambaran bila Masjidil Haram siap sepenuhnya.

Penutup Hajar Aswad
xxx




ini adalah alat yang dibina di telaga air zam-zam. Alat ini dibina untuk mengambil air zam-zam.

ini adalah pancur Emas yang terletak di atas sisi Kaa'bah di dalam kawasan Hijir Ismail. Dikatakan dibawahnya adalah tempat paling mustajab untuk berdoa.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI TUJUAN MENENUN KAIN KISWAH (KELAMBU KAABAH)



Ini adalah Makam Ibrahim yang mempunyai batu yang ada kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu sekarang ini diikat dengan perak dan diletakkan di dalam sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan. Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar. 
Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)



Tangga mimbar Masjidil Haram 1240H masih dalam keadaan baik.


Kotak kayu yang disimpan didalam Kaabah diguna ketika era Sultan Abdul Majid Khan 1272Hijrah
Tiang kaabah ini diperbuat daripada kayu digunakan pada 65H

Tuesday 14 October 2014

Mengharapkan Haji Yang Mabrur




Allah SWT telah memfardhukan kepada hamba-Nya mengerjakan Haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Haji ertinya 'pergi' atau 'menuju'. Mengikut Hukum syarak bermaksud mengunjungi Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan Wukuf di Arafah, Tawaf dan Sai’e dengan syarat-syarat yang tertentu dan mengerjakan segala perkara-perkara yang wajib serta meninggalkan perkara yang dilarang di dalam ihram.

Namun kewajipan ibadah haji agak berlainan dengan ibadah-ibadah yang lainnya dari segi konsep dan kefardhuannya kerana ianya hanya diwajibkan ke atas ummat Islam yang berkemampuan  (termasuklah ada peninggalan belanja atau bekalan bagi orang yang ditinggalkan atau tanggungan) sahaja untuk mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah. Bagi yang tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan, kesihatan tubuh badan dan keselamatan dalam perjalanan, maka tidaklah diwajibkan untuk melakukannya.
 Firman Allah:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Surah Al-'Imran: 97)
Mafhumnya:
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk."



Rata-rata ummat Islam mengakui tentang kewajipan ibadat Haji yang difardhukan, jika ada ummat Islam yang menentang dan mengingkari kefardhuannya maka kufurlah ia.  Walau bagaimana pun, apabila dikaitkan dengan ibadah haji ini ummat Islam dibahagikan kepada beberapa golongan :

Pertamagolongan yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah Haji sehingga mereka telah mengerjakannya beberapa kali dan berkemampuan untuk mengerjakannya beberapa kali lagi jika mereka mahu;
Kedua,  golongan yang hanya berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali sahaja dalam hidupnya tetapi tidak berhutang, samada telah dikerjakan atau akan dikerjakan;
Ketiga,  golongan yang langsung tidak berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali seumur hidup dengan sangat-sangat berkeinginan dan cita-citanya tetap ada;
                                                      
Keempat, golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan seumpamanya tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah terlintas untuk mengerjakannya walaupun  telah berkesempatan pergi ke tempat-tempat lain yang lebih jauh daripada itu;
Golongan yang keempat inilah yang dibimbangi akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yang bermaksud:
” Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani ”
Panggilan Haji dan Keikhlasan Diri
Alangkah bertuahnya diri jika mendapat "panggilan Kaabah" atau dikenali sebagai panggilan "Nabi Ibrahim" sebagaimana yang dimahukan. Bersujud syukur bukan kepalang tanda cita-cita dan niat sudah dikabulkan oleh Allah SWT untuk kita menimba sebanyak-banyak pahala yang tidak terkira ketika di Tanah Haram Makkah mahu pun di Madinah. Di dalam hal ini, niat mengerjakan haji mestilah ikhlas bermula dari keluar rumah, redha menghadapi sebarang pelbagai dugaan mahupun ujian Allah SWT dan tidak boleh berniat selain daripada Allah SWT. Secara umumnya diri tidak boleh riak.
Peringkat Ibadah Haji

Ibadah haji mempunyai empat peringkat yang berbeza:
Pertama,  Haji Mardud -  Haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT;
Kedua, Haji Maqbul - Haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan Rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala;


Ketiga,  Haji Makhsus - Ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang  yang  tertentu yang menyempurnakan segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT tetapi diampunkan segala dosanya. Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

” Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya

Keempat, Haji Mabrur -  Inilah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain daripada diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas, dan juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
 Mafhumnya: ” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga ”
Apa Sebenarnya Haji Mabrur itu?
Setiap daripada kita yang akan ke Makkah amat bercita-cita tinggi semoga amalan haji yang dikerjakan akan dikurniai oleh Allah SWT sebagai 'Haji Mabrur'. Begitulah yang diingin dan didam-idamkan. Namun untuk mencapai tingkatan haji yang mabrur itu  tidak semudah seperti yang disangkakan tetapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Ia memerlukan beberapa syarat yang tertentu berdasarkan masa-masa tertentu.
Di antara kira (tidak semua orang) bagaimana sebelum haji begitulah selepas kembali daripada mengerjakan haji.  Ada pula yang sebelum pergi haji telah sedaya upaya mengenali diri sendiri dan berusaha, memperbaiki dan meningkatkan tahap ibadahnya sebagai mencorak, membawa diri ke arah perbuatan (ibadah) yang mendapat keredhaan Allah SWT. Begitu juga ada yang memikirkan dan terus menerus melakukan (ibadah) serta berdoa semoga setiap ibadah yang dilakukan benar-benar menepati ciri-ciri keikhlasan kerana ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT sahaja. Begitulah selepas kembali dari mengerjakan haji. Persoalannya, apa yang dimaksudkan dengan Haji Mabrur itu?

Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan (tarjih) oleh Imam Nawawi dengan pendapatnya sebagaimana katanya: "Makna yang paling benar dan paling masyhur bagi haji mabrur ialah ibadah Haji yang tidak dicemari oleh perbuatan dosa."
Dengan merujuk kitab hadis yang mu'tabar, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ‘Kelebihan Haji Mabrur’, manakala Imam Muslim pula meletakkan perbincangan Haji yang diterima di dalam bab ‘Iman Kepada Allah Ta'ala Seafdhal-afdhal Amalan’.


Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata (Mafhumnya): Rasulullah SAW ditanya: Amal ibadah apakah yang paling utama? Nabi bersabda: "Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya." Kemudian apa? Nabi bersabda: "Jihad di jalan Allah." Kemudian apa? Nabi bersabda: "Haji yang mabrur (diterima).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim);
Dari ‘Aisyah Radiyallahu’anha dia berkata (Mafhumnya): Ya Rasulullah! Kami berpendapat bahawa jihad adalah perbuatan baik yang paling utama, bolehkah kami wanita turut berjihad? Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Tidak begitu, jihad yang paling utama bagi wanita adalah haji mabrur." (Hadis Riwayat Al-Bukhari);

Nabi SAW bersabda (Mafhumnya), Nabi SAW bersabda (Mafhumnya), "Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima' dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan bersih dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika dia dilahirkan oleh ibunya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
Apa Tandanya Haji Mabrur?
Secara umumnya, sebagai seorang yang ta'at kepada Allah SWT dan Rasulnya yang ingin mencapai haji yang diterima di sisi Allah SWT, hendaklah memenuhi kriteria berikut:
Pertamanya,  niat menunaikan haji hendaklah bersih, tulus dan ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah SWT seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT. 

Malah, Rasulullah SAW mengajar kita dengan doa yang telah sabit di dalam hadisnya, antaranya doa ketika bermusafir (Mafhumnya):
“Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga“.
Keduanya, semua perbelanjaan (harta) haji adalah berpunca dengan biaya dari nafkhah dan usaha yang halal. [1] 
Rasulullah Sallallahu'alaihi wasohbibihi wasallam ada menyebut:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا
Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik (dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin mengikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah") (Hadis Sohih Muslim ra.);
Persiapan biaya perbelanjaan ada kalanya tidak terlepas daripada transaksi bank yang mengamalkan riba', atau sebagainya, yang menyebabkan biaya tidak halal. Sekiranya ini berlaku maka Ibnu Rajab ada mengucapkan sebuah syair yang berbunyi:
Jika anda haji dengan harta tak halal asalnya,
Maka anda tidak berhaji, yang berhaji hanya rombongan anda,
Allah tidak terima kecuali yang halal saja,
Tidak semua yang haji mabrur hajinya.

Kemudian Baginda SAW membacakan ayat al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ
 إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
(Surah al-Baqarah 172).
Mafhumnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya".
Kemudian Rasulullah membacakan lagi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
 Mafhumnya:  “Wahai orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan kepada kamu”.
Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata:  
Ya Tuhanku’ sedangkan punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima?”.
Ketiganya,   hendaklah melakukan fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang soheh.
Bermula dengan niat sehinggalah Haji Wada’ telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW di dalam Sunnahnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda SAW tanpa menambah ibadat yang tidak pernah dan menyalahi kehendak syarak.

Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa pelbagai pertikaian. Malahan Syaidina Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium Hajarul-Aswad, maka beliau menjawab
Kau hanya sebuah batu yang tidak mampu membawa mudarat dan faedah, kalau bukan kerana aku lihat Rasulullah mengucupnya, sudah tentu aku tidak  mengucupnya. (Muttafaqun Alaih).
Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.

Semua rukun haji dan wajib haji hendaklah dikerjakan dan disempurnakan dengan keikhlasan hati  dan baik (yang seiring dengan majunya zaman semakin sulit untuk dijaga), dan semua larangan semasa di dalam ihram hendaklah sentiasa diingati dan dipatuhi. Jika berlaku kesalahan kecil (bukan menyebabkan haji rosak) yang memerlukan dibayar dengan dam, maka hendaknya segera melakukan (menyempurnakan) dam yang telah ditentukan mengikut kesalahan yang dilakukan (rujuklah pegawai-pegawai agama yang berhampiran dengan kita semasa di Makkah). Mari kita renungkan perkataan Syuraih al-Qadhi, Yang (benar-benar) berhaji sedikit, meski jemaah haji banyak (ramai). Alangkah banyak (ramai) orang yang berbuat baik, tapi alangkah sedikit yang ikhlas kerana Allah. 
Sepanjang pekerjaan haji, amal perbuatan hendaklah dipenuhi dengan banyak amalan baik, seperti zikir, solat di Masjidil Haram, solat pada waktunya, dan membantu teman seperjalanan.  Ibnu Rajab berkata,  
“Maka haji mabrur adalah yang terkumpul di dalamnya amalan-amalan baik, dengan menghindari perbuatan-perbuatan dosa."[2]   Di antara amalan khusus yang disyariatkan untuk meraih haji mabrur adalah bersedekah dan berkata-kata baik selama mengerjakan haji. Dalam hal ini, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya tentang maksud haji mabrur, maka Baginda SAW menjawab:

إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَطِيبُ الْكَلاَمِ
Mafhumnya: “Memberi makan dan berkata-kata baik.” [3]


Keempat,  tidak berbuat maksiat selama ihramMaksiat dilarang dalam agama kita dalam semua keadaan. Semasa di dalam  Ihram, banyak pantang larang telah disenaraikan, di mana larangan tersebut menjadi lebih tegas, dan  jika dilanggar, maka haji mabrur yang diimpikan akan lepas begitu sahaja.

Di antara yang dilarang semasa mengerjakan haji adalah rafaths, fusuq dan jidal. Allah SWT berfirman:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ 
وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ
(Surah Al-Baqarah: 197)
Mafhumnya: “(Musim) haji adalah beberapa bulan yang diketahui, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan itu untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh rafaths, fusuq dan berbantah-bantahan selama mengerjakan haji.”  
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
(HR. Muslim (1350) dan yang lain, dan ini adalah lafaz Ahmad di Musnad (7136) )
Mafhumnya: “Barang siapa yang haji dan ia tidak melakukan jimak dan tidak melakukan dosa, ia akan kembali pada keadaannya saat dilahirkan ibunya.” 
Jimak (Rafaths) adalah semua bentuk kekejian dan perkara yang tidak berguna. Termasuk di dalamnya bersetubuh, bercumbu atau membicarakannya, meskipun dengan pasangan sendiri selama ihram.
Perbuatan dosa (Fusuq) adalah keluar dari ketaatan kepada Allah, apapun bentuknya. Dengan kata lain, segala bentuk maksiat adalah fusuq yang dimaksudkan dalam hadis di atas.
"Jidal" adalah berbantah-bantahan secara berlebihan.[4]
Ketiga-tiga hal tersebut dilarang semasa di dalam ihram. Adapun di luar waktu ihram, bersetubuh dengan isteri adalah dibolehkan, sedangkan larangan yang lain tetap tidak boleh. Demikian juga, orang yang ingin hajinya mabrur harus meninggalkan semua bentuk dosa selama perjalanan ibadah haji, baik berupa "Syirik", bid’ah mahupun maksiat.

Selain itu yang paling penting ketika melakukan ibadah haji ialah perlu menjaga adab-adab sesama manusia yang lain dengan cara selalu menjaga, menghormati, tidak melakukan maksiat, tidak bertengkar sesama jemaah haji lainnya, menghargai serta saling menjunjung tinggi martabat manusia dengan ertikata lain tahan, tabah dan sabar menghadapi sebarang ujian Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW (Mafhumnya): 
 “Tidak akan berhasil bagi orang yang melaksanakan ibadah haji ke Tanah Suci jika tidak membawa tiga hal; (1) sikap wara’ yang membendung dirinya melakukan yang diharamkan, (2) sikap sabar yang dapat meredakan amarah, (3) dan bergaul baik dengan sesama manusia”.

Kelima, di antara tanda-tanda lain pula adalah jika orang yang berhaji itu kembali dalam keadaan pengamalan agamanya lebih baik daripada sebelum berangkat, iaitu dia kembali dalam keadaan bertaubat  dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT, beristiqomah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya dan terus-menerus dalam keadaan seperti itu. Dengan begitu, pekerjaan hajinya menjadi titik tolak kehidupan yang lebih baik sebagaimana berikut:
          -          sentiasa berusaha ke arah kebaikan dengan memperbaiki diri untuk lebih sempurna dengan sentiasa menilai dan memperbaiki akhlak, kelakuan dan perbuatan dari masa ke semasa; 
         -         sentiasa segera bertaubat sekiranyatelah merasakan diri  ada melakukan kesalahan atau kesilapan;  
         -         sentiasa berusaha ke arah memiliki hati yang lebih lembut dan bersih dari sebarang noda dan dosa dengan menjauhkan perkara-perkara mungkar yang dilarang Allah SWT;
           -         sentiasa berusaha mencari dan memperbanyakkan ilmu dan amal  soleh yang lebih mantap untuk meningkatkan iman dan ketaqwaan yang kemudiannya di"istiqomah"kan kepada jalan kebaikan;  dan
            -          sentiasa menjadi peringatan diri untuk memperbaiki jalan hidup sehinggalah ke akhir hayat. 
(Al-Muntaqa min Fatawa Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan II/145).
Bagi orang yang hajinya mabrur, mereka menjadikan ibadah haji yang telah dilaluinya sebagai titik tolak untuk membuka lembaran baru dalam mencari keredhaan Allah SWTMereka akan semakin mendekatkan dirinya ke akhirat dan menjauhi dunia fantasi yang penuh tipu daya syaitan laknatullah.  Al-Hasan al-Bashri mengatakan,
  “Haji mabrur adalah pulang dalam keadaan zuhud terhadap dunia dan mencintai akhirat.”[5]  Ia juga mengatakan, “Tandanya adalah meninggalkan perbuatan-perbuatan buruk yang dilakukan sebelum haji.”[6]  
Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan,  
“Dikatakan bahwa tanda diterimanya haji adalah meninggalkan maksiat yang dahulu dilakukan, menggantikan teman-teman yang buruk menjadi teman-teman yang baik, dan menggantikan majlis kelalaian menjadi majlis zikir dan kesedaran.”[7]
Keta'atan kepada Allah SWT menjadi intipati kepada kemabruran haji dengan sentiasa melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang-Nya.  Di dalam bab solat misalnya, menjaga solat waktu dengan membiasakan diri bersolat secara berjemaah adalah menjadi keutamaan yang perlu dikerjakan dengan segera sebaik-baik sahaja masuk waktu atau mendengar laungan sebagai tanda peringatan  ("mengingati Allah adalah lebih baik daripada yang lain - urusan dunia)". Sekiranya sedang mempengerusikan mesyuarat maka ditangguhkan mesyuarat dengan mengajak ahli mesyuarat bersolat bersama. Begitu juga halnya dengan puasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat, kesemuanya dilakukan dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT. Perkara-perkara yang dilarang seperti mengumpat, mengeji, mengherdik, riak, takabbur dan sebagainya perlu terus dijauhkan.  Setiap masa setiap ketika, diri kita adalah milik Allah SWT, maka hormatilah setiap anggota badan yang dipinjamkan itu. Mengambil satu contoh (bagi orang lelaki) iaitu ketika hendak membuang air kecil, maka jagalah adab-adabnya. Janganlah kencing dengan berdiri. Jika tidak meninggalkannya dan itulah  yang suka diamalkan, maka  sentiasalah melakukan dosa besar, bagaimanalah hendak mendapatkan ganjaran haji yang mabrur ... Begitu juga dengan perbuatan-perbuatan  yang mengundang dosa besar yang lain yang perlu dielakkan sama sekali. Jauh sekali melakukan "Syirik", na'uzubillahiminzalik.


Kemudiannya, selepas mengerjakan haji, di musim-musim seterusnya berusaha pula melakukan umrah. Antara umrah ke umrah yang dilakukan, maka Allah SWT akan mengampunkan dosa yang baharu. Kemudian di musim-musim haji seterusnya akan berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan haji. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW bilamana ada seorang wanita telah datang dan bertanya kepada Rasulullah SAW  
“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah: Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita itu: Ya. Sabda Nabi: Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)“.
(Sahih Bukhari No Hadis 1720, 6771)