Wednesday 4 July 2018

Tip Masuk Ke Raudhah Buat Jemaah Wanita


Menziarahi Rasulullah di bumi Madinah, adalah salah satu impian yang ada pada setiap orang Islam. Sementelah dalam beberapa hadith, Nabi pernah mengatakan bahawa sesiapa yang menziarahi baginda selepas kewafatan baginda, maka mereka seolah-olah telah menziarahi Nabi semasa hayat baginda.
Nabi juga bersabda bahawa orang yang menziarahi baginda, berpotensi dan mungkin mendapat syafaat baginda kelak.
Rasulullah dimakamkan di Madinah, di dalam bilik yang pernah menjadi rumah Saidatina Aishah. Bilik ini sebenarnya adalah rumah Rasulullah, dengan ukuran anggarannya 7 meter darab 8 meter.
Bilik Saidatina Aisyah ini diduduki oleh beliau selepas kewafatan Nabi sehinggalah beliau sendiri meninggal dunia dan dikuburkan di Baqi’.
Raudhah mempunyai ukuran sekitar 22 meter panjang dan 15 meter lebar. Pada hari kiamat nanti, Allah akan menjadikan di bawah mimbar Nabi, mengalirnya kolam al-Kauthar, tempat Nabi memberikan air kepada umat Islam. Sesiapa yang meminum air ini, tidak akan dahaga lagi selama-lamanya.
Bagi Jemaah wanita, ada cara dan teknik tersendiri untuk memasuki Raudhah. Jom kita baca tip-tip masuk ke Raudhah khusus untuk Jemaah wanita.

#1- Mengetahui Jadual Kumpulan Umrah

Jadual kumpulan umrah biasanya pada hari pertama adalah program Ziarah Dalam. Iaitu melawat di sekitar kawasan Masjid Nabi, antaranya memasuki Raudhah, melawat Makam Rasul, makam para sahabat dan permakaman Baqi’.

#2- Dibawa Oleh Pembimbing Wanita Khas

Bagi agensi umrah yang besar, mereka menyediakan pembimbing khas wanita untuk masuk ke Raudhah. Pembimbing ini akan bersama Jemaah wanita masuk ke Raudhah.

#3- Pintu 25

Pintu bagi Jemaah wanita masuk ke Raudhah adalah melalui pintu 25. Tiada pintu lain yang disediakan.

#4- Mengetahui Waktu Yang Ditetapkan

Pada masa dahulu, Jemaah wanita agak sukar memasuki Raudhah dan hanya 1 atau dua waktu sahaja diperuntukkan untuk memasuki Raudhah. Raudhah dimonopoli oleh Jemaah lelaki suatu ketika dahulu.
Kini tidak lagi kerana pihak pengurusan masjid sudah membuat jadual waktu yang lebih baik dan sistem giliran kepada Jemaah supaya semua Jemaah yang beratur akan dapat masuk ke dalam Raudhah.

#5- Tidak Masuk Ke Kumpulan Arab

Elakkan memakai pakaian Arab dan masuk ke dalam kumpulan Arab sebab ada bahayanya apabila kita berhimpit-himpit dengan orang Arab.
Sebahagian orang berpandangan bahawa polis wanita atau penjaga pintu masuk ke Raudhah mendiskriminasi Jemaah dari Asia atau Malaysia.
Namun, sebenarnya tiada diskriminasi dilakukan. Bagi kumpulan agensi umrah yang besar dari Malaysia, mereka sengaja tidak mahu masuk lebih awal supaya tidak berhimpit-himpit dan supaya masa di dalam Raudhah lebih lama dan Jemaah lebih relaks.

#6- Mengikut Aturan Yang Ditetapkan

Masuklah ke dalam grup orang Melayu ataupun orang Indonesia kerana lebih mudah diuruskan dan lebih teratur berbanding Jemaah negara lain yang suka berebut-rebut.

#7- Berakhlak Mulia

Jangan berlari-lari atau berebut-rebut di dalam masjid. Berakhlaklah dengan pakaian akhlak Nabi.

#8- Elakkan Pergi Bersendirian

Elakkan pergi bersendirian ke sana, pergilah bersama kawan-kawan. Kerana jika ada kemungkinan sesat atau jatuh sakit semasa di dalam Raudhah, ada sahabat yang akan membantu dan mengkhabarkan berita kepada agensi umrah.

#9- Menjaga Tutur Kata

Jaga mulut daripada berkata-kata yang bukan-bukan. Bumi ini bumi berkat. Jangan banyak mengeluh dan bersembang kosong.

#10- Peka Dengan Arahan

Ikuti arahan dan situasi semasa di dalam Raudhah. Kadang-kadang ada arahan mengejut daripada petugas. Apabila arahan mengejut untuk masuk diberikan, Jemaah perlu bersedia untuk masuk segera. Jika kita masuk terlalu lambat, pintu akan ditutup.

#11- Pemeriksaan Keselamatan

Pegawai polis akan memeriksa beg yang kita bawa. Jangan melawan atau mengelak daripada pemeriksaan polis. Ikuti sahaja arahan mereka.
Pastikan tidak membawa senjata tajam atau makanan berlebih-lebihan seperti makanan dalam bekas. Melainkan untuk yang membawa anak, dibenarkan membawa jumlah makanan yang bersesuaian.
Ada 7 checkpoint sebelum masuk ke dalam Raudhah untuk wanita. Kadangkala ada masanya checkpoint dibenarkan lalu begitu sahaja, tanpa perlu pemeriksaan.

#12- Bawa Uncang/Plastik

Bawa uncang kasut atau plastik untuk membawa kasut. Pastikan kita membawa kasut masuk ke dalam kerana kita akan masuk melalui pintu lain dan keluar melalui pintu lain.

#13- Niat Iktikaf

Jangan lupa niat iktikaf di dalam masjid. Ratusan malaikat akan mendoakan keberadaan kita di sana sepanjang kita berada di dalam masjid.
Ada beberapa seksyen di mana Jemaah wanita boleh bersembahyang. Antaranya seksyen Jemaah wanita dengan kanak-kanak, dan orang tua. Dan seksyen satu lagi untuk wanita dewasa sahaja, dilarang untuk kanak-kanak duduk di situ.
Polis akan menyuruh kita duduk jika sudah mendapat tempat. Tapi, sebelum duduk, pastikan kita tidak lupa solat sunat tahiyatul masjid.
Jangan solat lama-lama di sini kerana kita perlu pastikan kita masuk ke dalam kawasan solat Jemaah lelaki dahulu.

#14- Bersedia Awal

Pastikan kita sudah melepasi pintu penghadang yang memisahkan tempat solat lelaki. Tempat ini akan dibuka dalam masa yang terhad, dan sekiranya mahu masuk, kena pastikan kita berada berhampiran kawasan itu, baru boleh masuk. Jika terlambat, kemungkinan kita tidak dapat masuk ke Raudhah.

#15- Membuat Persiapan Awal

Apabila sampai di kawasan sebelum Raudhah, bacalah buku panduan yang diberi. Baca doa yang mahu dibacakan seperti doa di dalam Raudhah.
Baca buku panduan sebelum ke dalam, kerana dikhuatiri tidak sempat membacanya semasa di dalam Raudhah. Cara menyampaikan salam: 
“Ya Rasulullah, saya menyampaikan salam orang yang berkirim salam kepadamu dengan lafaz Assalamualaika ya Rasulallah warahmatullahi wabarakatuh.”
Janganlah sampaikan salam dan membaca nota pula di situ. Baca untuk semua orang sekali sahaja sudah cukup.
Pembimbing wanita biasanya tidak dibenarkan bercakap di dalam. Justeru, Jemaah perlu peka dengan isyarat tangan pembimbing.

#16- Checkpoint Akhir

Sampai checkpoint terakhir sebelum masuk Raudhah, pastikan kita mengetahui di mana sempadan Raudhah, khususnya yang pertama kali nak masuk ke Raudhah. Hadith Nabi menyebut; 
“Di antara rumahku dan mimbarku ialah salah satu daripada taman syurga.”
Ingat, rumah Nabi berada di sebelah kiri, manakala mimbar sebelah kanan. Apa tanda lain yang kita boleh lihat? Terdapat sempadan karpet. Karpet berwarna merah adalah kawasan masjid biasa, manakala karpet berwarna hijau adalah kawasan Raudhah.
Juga terdapat ukiran di atas tiang dalam kawasan Raudhah yang menyebut nama-nama tiang. Tiang di dalam kawasan Raudhah juga berbeza corak dan bentuknya berbanding tiang dalam masjid yang lain.

#17- Lakukan Sebanyaknya Amalan

Apa nak buat di dalam Raudhah? Boleh solat sunat apa sahaja selain solat tahajud dan witir. Dan mintalah doa sebanyak-banyaknya. Apabila ada peluang solatlah sebanyak yang mungkin.
Jika mahu berdoa, berdoalah semasa di dalam solat. Jangan berdoa selepas sembahyang, kerana jika petugas nampak kita sudah selesai solat, kita akan disuruh keluar.

#18- Berhati-Hati

Jika membawa beg, letakkan di hadapan kita dan rapat dengan kita. Beg yang tidak dijaga baik akan mudah dicuri orang.

#19- Jemaah Yang Berkerusi Roda

Jemaah berkerusi roda perlu masuk bersama tukang tolak, jadi perlu membawa masuk kerusi roda masuk bersama dan solat perlu dilakukan di atas kerusi.
Jika disuruh keluar selepas solat, tidak perlu kata apa-apa, jangan pula kita menipu dengan mengatakan kita sudah solat. Pindah sahaja ke tempat lain.

#20- Setelah Selesai

Sebelum keluar, minta izin Nabi dan bacalah selawat Ibrahimiyah dan al-Fatihah. Jangan melambai ‘bye-bye’ kepada Nabi. Tidak perlu melambai kepada Rasulullah, kerana tidak disyariatkan.
Jangan lakukan perkara khurafat atau syirik yang Rasulullah tidak suka bahkan Allah murka. Misalnya mengusap-usap dinding, mencium makam dan hiasan yang ada di dalam masjid.

Peringatan

Waktu terbaik untuk masuk ke Raudhah adalah pada waktu malam, iaitu waktu selepas Isya’ kerana waktu lebih panjang atau awal pagi selepas Subuh.
Jika wanita uzur syarie, boleh masuk ke kawasan dataran untuk menziarahi Rasulullah, namun tidak boleh masuk ke dalam Raudhah dan kawasan masjid.
Jangan sampai ada terganggu kekhusyukan semasa berada di Raudhah, misalnya terfikirkan keluarga yang terpisah atau hilang, teringatkan benda lain yang mengganggu fikiran dan sebagainya. 
Stroller hanya boleh dibawa sehingga luar masjid sahaja. Tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam.

Monday 2 July 2018

JADUAL RAUDHAH DIBUKA (UNTUK WANITA)

(1) PEKA & TAHU JADUAL RAUDHAH DIBUKA (UNTUK WANITA)

Raudhah dibuka untuk kaum wanita hanya pada waktu selepas solat Subuh, Zohor & Isyak. Manakala bagi kaum lelaki, bebas nak masuk bila-bila masa selain dari waktu itu.

* Sesi pagi (selain hari Jumaat) : pukul 6.30 pagi - 9.00 pagi
* Sesi pagi (hari Jumaat sahaja) : pukul 6.30 pagi - 8.00 pagi
* Sesi malam : pukul 8.30 malam - 11.00 malam
** Sesi selepas Zohor tu sis tak tahu pukul berapa. Sebab tak pernah pergi ke Raudhah time tu :)

(2) PINTU MASUK KHAS WANITA 

Pintu 25 memang pintu masuk ke perkarangan masjid, betul-betul menuju ke pintu masuk bagi kaum wanita. Pastu kat pintu besar tu macam biasa lah, ada spot check sebelum masuk dalam masjid. Polis Arab nak check dalam handbag kita ada apa. Monopod dilarang tau! So kepada sesiapa yang kaki selfie tu, jangan bawak masuk pulak tongkat ajaib korang tu. Kemudian bila dah masuk dalam masjid, nanti akan jumpa ada lagi satu pintu tabir khas laluan wanita masuk ke Raudhah. Jalan je ikut lorong tu, sampailah tiba ke Raudhah nanti.
Nombor 25 besar terpampang di pintu utama untuk masuk ke perkarangan masjid


Haaa ni barulah pintu masuk wanita ke dalam masjid yang sebenar

Sunday 1 July 2018

6 Tiang yang menjadi rebutan untuk jemaah solat disisinya di Masjid Nabawi

Setidaknya ada 232 buah pilar atau tiang di Masjid Nabawi. Di antara ratusan pilar tersebut, ada beberapa pilar yang memiliki sejarah dan arti khusus. Meskipun beberapa kali mengalami perluasan –Alhamdulillah-, tempat-tempat tiang-tiang ini tetap terjaga. Sekarang, tiang-tiang itu diberi tanda untuk dikenali para peziarah.
Pada masa Rasulullah ﷺ, tiang-tiang Masjid Nabawi terbuat dari pohon kurma. Tiang-tiang tersebut terletak di Raudhah Syarifah yang luasnya 144 m2. Berikut ini adalah nama-nama tiang (usthuwaanah) yang berada di dalam Raudhah Masjid Nabawi:
  1. Al-Usthuwaanah al-Mukhalqah
  2. Al-Usthuwaanah al-Qur’ah atau Usthuwaanah Aisyah
  3. Usthuwaanah At-Taubah/Usthuwaanah Abu Lubabah
  4. Usthuwaanah As-Sarir
  5. Usthuwaanah Al-Haras
  6. Usthuwaanah al-Wufud
Banyak orang yang mengunjungi masjid Nabi tidak menyadari pilar ini atau tidak mengetahui latar belakang sejarahnya. Mudah-mudahan tulisan ini dapat memberikan gambaran tentang letak dan latar belakang sejarah tiang-tiang tersebut. Dan jika Anda ditakdirkan berkunjung ke Masjid Rasulullah ﷺ, Anda akan lebih meresapi jejak-jejak Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya di sana:
Pertama: Ustuwanaah al-Mukhallaqah
Makna dari al-Mukhallaqah adalah al-Muthayyabah yang diberi minyak wangi. Dari kata al-khaluq yang artinya parfum.
Jabir bin Abdullah mengatakan, “Orang pertama yang memberi wewangian pada Masjid Nabawi adalah Utsman bin Affan radhillahu ‘anhu. Ketika orang-orang Khaizuran datang berhaji pada tahun 70 H, diperintahkan agar masjid diberi wewangian. Yang menangani pemberian wewangian pada masjid ini adalah seorang wanita. Maka dia memberi wewangian seluruh bagian masjid termasuk kamar Nabi ﷺ”.
Diriwayatkan dari as-Samhudi dari Ibnu Zubalah bahwa Nabi ﷺ melaksanakan shalat wajib di tiang ini selama beberapa belas hari setelah perubahan arah kiblat.
Salamah bin al-Akwa’ radhiallahu ‘anhu mengupayakan untuk shalat di tiang ini. Ketika ditanya alasannya, ia menjawab, “Aku melihat Rasulullah ﷺ biasa shalat di tiang ini”.
Dan hingga sekarang, khususnya bagian raudhah Masjid Nabawi, dibersihkan dengan air mawar setiap hari.
Kedua: al-Usthuwaanah al-Qur’ah atau Ustuwanaah Aisyah
Lokasi tiang Aisyah
Lokasi tiang Aisyah
Pilar ini juga disebut “Utswaanah Qur-ah” atau tiang undian. Tiang ini juga disebut dengan tiang Muhajirin. Karena sahabat-sahabat Muhajirin sering duduk di dekatnya. Tempat ini awalnya digunakan Nabi ﷺ sebagai tempat shalat.
Tiang Aisyah
Tiang Aisyah
Tiang Aisyah terletak di tengah al-Rhaudhah asy-Syarifah. Yaitu tiang ketiga jika dihitung antara dinding makam Rasulullah ﷺ dan mimbar nabi. Tiang ini dinamai dengan “Usthuwaanah Aisyah” sebagai pengingat dan penghormatan kepada perjuangan Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu ‘anha dalam penyebaran Islam.
Ketiga: al-Usthuwaanah At-Taubah/Usthuwaanah Abu Lubabah
Tiang ini merupakan tiang keempat dari mimbar, yang kedua dari kubur, dan yang ketiga dari arah kiblat. Tiang ini disebut tiang Abu Lubabah, yakni seorang sahabat Nabi ﷺ yang namanya adalah Rifa’ah bin Abdul Mundzir.
Lokasi tiang Abu Lubabah
Lokasi tiang Abu Lubabah
Pada Perang Bani Quraizhah, Rasulullah ﷺ mengutus Abu Lubabah radhiallahu ‘anhu kepada Bani Quraizhah. Melihat kedatangan Abu Lubabah, orang-orang Yahudi; laki-laki, wanita-wanita, dan anak-anak berlarian kepadanya. Kemudian mereka menangis hingga Abu Lubabah merasa iba pada mereka. Orang-orang Yahudi Bani Quraizhah berkata kepada Abu Lubabah, “Hai Abu Lubabah, bagaimana pendapatmu kalau kami tunduk kepada hukum Muhammad?” Abu Lubabah menjawab, “Ya”. Abu Lubabah berkata seperti itu sambil memberi isyarat dengan tangan ke tenggorokannya, yang artinya siap-siaplah kalian mati.
Tiang at-Taubah atau Tiang Abu Lubabah
Tiang at-Taubah atau Tiang Abu Lubabah
Abu Lubabah menyesali apa yang ia ucapkan. Ia berkata, “Aku tidak beranjak dari tempatku ini hingga Allah menerima taubatku atas perbuatanku. Aku berjanji kepada Allah agar selama-lamanya tidak diperlihatkan pada negeri yang di dalamnya aku pernah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya”.
Ibnu Hisyam mengatakan, “Abu Lubabah mengikat diri pada tiang masjid selama enam hari. Pada masa itu, istrinya datang di setiap waktu shalat untuk melepaskan ikatan agar ia bisa mengerjakan shalat. Usai shalat, ia kembali mengikat diri”.
Ummu Salamah radhiallahu ‘anha, berkata, “Taubat Abu Lubabah diterima Allah”. Kemudian ia bertanya kepada Rasulullah ﷺ, “Bolehkah aku menyampaikan berita gembira ini kepada Abu Lubabah?” Beliau ﷺ bersabda, “Silakan, jika engkau mau”. Ummu Salamah berdiri di depan pintu kamarnya –itu terjadi sebelum hijab diwajibkan– kemudian berkata, “Hai Abu Lubabah, bergembiralah, karena Allah telah menerima taubatmu”. Para sahabat pun mengerumuni Abu Lubabah untuk melepaskan ikatannya, namun ia berkata, “Tidak, demi Allah, aku tidak mau, hingga Rasulullah sendiri yang melepaskanku dengan tangannya”. Ketika Rasulullah ﷺ, keluar untuk menunaikan shalat subuh, beliau berjalan melewati Abu Lubabah, kemudian melepaskan ikatannya’.
Keempat: Usthuwaanah as-Sarir (ranjang)
As-sarir artinya ranjang. Di tempat ini Rasulullah ﷺ biasa beriktikaf. Beliau letakkan tempat tidurnya yang terbuat dari pelepah kurma, lalu berbaring di tempat ini. Karena itulah tiang ini dinamakan tiang as-sarir. Tiang ini terletak di sebelah Timur tiang Abu Lubabah.
Tiang as-Sarir
Tiang as-Sarir
Kelima: Usthuwaanah al-Hars
Di belakang (bila dilihat dari sisi Utara) tiang as-sarir, berdiri kokoh tiang al-Haras (penjagaan). Apabila berjumpa dengan masyarakat, Rasulullah duduk di tempat ini dan dijaga oleh para sahabatnya. Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu adalah yang paling sering menjaga beliau. Karena itu pula tiang ini dinamakan tiang Ali. Ketika Allah ﷻ menurunkan firman-Nya,
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
“Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.” (QS:Al-Maidah | Ayat: 67).
Kiri: Tiang Wufud, Tengah: Tiang Ali/Haras, Kanan: Tiang Sarir
Kiri: Tiang Wufud, Tengah: Tiang Ali/Haras, Kanan: Tiang Sarir
Keenam: Usthuwaanah al-Wufud
Dari sisi utara, tiang ini terletak di belakang tiang al-Haras. Rasulullah ﷺ biasa duduk di sini tatkala menyambut para utusan dari bangsa Arab yang datang ke Madinah.
Denah Masjid Nabawi
Penutup
Tempat-tempat ini mengingatkan kita kepada Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya. Dulu, beliau ﷺ dan para sahabatnya pernah shalat, duduk, dan bercakap di tempat-tempat ini. Sebagaimana Abu Bakar pernah teringat Nabi ﷺ satu tahun setelah beliau wafat. Abu Bakar naik ke atas mimbar kemudian mengucapkan, “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ pernah berdiri di tempat aku berdiri sekarang…” lalu beliau menangis karena teringat akan Rasulullah ﷺ.
Pada zaman Umar bin al-Khattab, saat ia dan kaum muslimin masuk ke wilayah Syam, di waktu shalat Bilal bin Rabah mengumandangkan adzan. Saat sampai lafadz “asyhadu anna Muhammad Rasulullah” semua kaum muslimin menangis. Mereka teringat saat Bilal mengumandangkan adzan di masa Rasulullah ﷺ.
Karena itu, tiang-tiang ini adalah sebagai penambah cinta dan rindu kepada Rasulullah ﷺ. Menggairahkan kembali cinta yang mulai rapuh karena kelalaian kita. Dan tentu tidak layak, kita jadikan tempat-tempat ini untuk meminta-minta kepada Rasulullah ﷺ. Karena kita hanya dibolehkan minta (beribadah) kepada Allah ﷻ.