Thursday 30 January 2020

SOLAT JENAZAH DI MASJIDILHARAM

Sekiranya anda menunaikan umrah atau haji, ada baiknya jika kita mempersiapkan diri kita dengan mempelajari cara-cara menunaikan solat jenazah. Hal ini adalah disebabkan, di Masjidil Haram boleh dikatakan setiap kali selesai solat fardhu akan ada jenazah yang perlu disolatkan.

Panggilan muadzin ini kadang berbeza, menyesuaikan jenazah yang akan disolatkan. Jika dikatakan ”ash-sholatu 'alal mayyiti”, maka artinya panggilan solat jenazah untuk mayat lelaki. Jika dikatakan “ash-sholatu 'alal mayyitati”, ertinya panggilan solat jenazah untuk mayat perempuan.

Jika dikatakan “ash-sholatu 'alal thifli”, ertinya panggilan solat jenazah untuk mayat anak-anak. Sedangkan jika “ash-sholatu 'alal amwat”, ertinya panggilan solat jenazah untuk mayat yang jumlahnya ramai.

Barangsiapa melaksanakan solat jenazah maka ia akan mendapatkan pahala satu qirath, & barangsiapa menunggunya hingga dikuburkan maka ia akan mendapatkan pahala dua qirath. Para sahabat bertanya, Dua qirath itu berapa? beliau menjawab: Seperti dua gunung besar. [HR. ibnumajah No.1528].

Jika sekiranya anda berpeluang untuk membantu jenazah dibawa atau keluar dari masjid, lakukanlah kerana fadilatnya sangat besar.

Biasanya di Masjidilharam, jenazah akan dibawa melalui Bab ul Abdul Aziz. Jadi sekiranya anda berada di sekitar ruang tersebut, rebutlah peluang untuk membantu mengusung jenazah, walaupun anda menolaknya hanya dengan satu jari.

No comments:

Post a Comment