Wednesday 15 May 2013

Panduan Solat Jenazah

Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt. Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid.
 Menurut Imam Syafie :
 Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
 Persediaan Solat Jenazah
1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan. Sebelum solat,
 sunat Bilal melafazkan :
 الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله
 Jawab Makmum :
 الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
 Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang. Rukun Solat Jenazah 1. Niat pada takbiratul ihram.
2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
 3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
 4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
 5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
 6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
 7. Memberi salam sesudah takbir keempat.


Cara Mengerjakan Solat Jenazah Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.


أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”. Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

 أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

 “Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”. Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

 أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى “

Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
 Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan
 إِمَامًا. أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan
 مَأْمُوْمًا أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.  Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah. Takbiratul ihram
 اَ للهُ اَكْبَرُ “
Allah Maha Besar”
Beserta dengan niat
"Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.
 Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
 Kaifiat Perlakuan Solat Jenazah :
 Solat Jenazah merupakan salah satu bentuk doa dari manusia yang hidup kepada si mati agar dikurangkan bebanan atau menambahkan lagi martabat si mati di sisi Allah, bukanlah sebagai "cara" untuk menghapuskan segala dosa si mati...Itu semua Hak Allah. Melaksanakan solat Jenazah secara asasnya hukumnya fardhu kifayah. Namun begitu adalah wajib untuk setiap individu belajar dan memahami serta menguasai cara perlaksanaan solat Jenazah. Adalah digalakkan kepada kita untuk mendirikan solat jenazah sekurang-kurangnya tiga (3) saf / baris walaupun baris itu pendek. Pernyataan ini dibuat berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa yang disolatkan oleh tiga baris kaum muslimin, maka telah diwajibkan ke atas jenazah itu masuk syurga."
(Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud).


 SYARAT SAH SOLAT JENAZAH
 1) Wajib menutup aurat
 2) Suci daripada hadas kecil dan besar serta daripada najis.
 3) Menghadap kiblat.
Persediaan solat jenazah:
 * Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
 * Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
 * Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
 * Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan. Disarankan saf untuk   solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
 Cara Ringkas Solat Jenazah.
 1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
 • Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
 • Jadi makmum? tambah
 "sebagai makmum kerana Allah Taala"
 • Baca Alfatihah hingga akhir
 2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar" • Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad • Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
 3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar" • Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni : • Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki). maksud: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia • Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan) • Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. 4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" • "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kiri n kanan

No comments:

Post a Comment