Thursday 24 April 2014

TEMPAT MUSTAJAB DOA Di MASJIDIL HARAM (KAABAH)



1.Hajar Aswad (batu dari syurga).
2.Multazam / Hateem
3.Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.
4.Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
5.Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
6.Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
7.Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).
8.Hijir Ismail. Lepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan).
9.Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).
10.Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).
11.Rukun Yamani
12.Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).
13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).

Tuesday 15 April 2014

ADAB SELEPAS KEMBALI KE TANAH AIR (Kepada bakal Haji @ Umrah)



1. Sebelum sampai ke rumah, lakukan solat sunat qudum dua rekaat di mana-mana masjid berhampiran.

Sembahyang sunat Qudum ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang yang bermusafir itu tiba ditempat yang dituju. Adapun sembahyang ini dilakukan sebanyak dua raka'at.
 
Cara melaksanakannya
1. Lafaz dan niatnya ialah seperti berikut:
 

Ushalli sunnatal quduumi rak'ataini lillahita'ala
Ertinya:" Sahaja aku sembahyang sunt Qudum dua raka'at kerana Allah ta'ala
2. Bacaan surah selepas Fatihah:
    Raka'at pertama: Surah Al-Kafiruun
    Raka'at kedua: Surah Al-Ikhlas.

3. Selepas selesai mengerjakan sembahyang, maka bacalah doa seperti berikut:
 

A'uuzu bikalimaa tillaahit taammaatil latii laa yujaawizuhunna barrun walaa faajirun min syarrimaa khalaq. Allahumma a'thinaa khaira haazal manzili wakhairwamaa fiih, wakfinaa syarrahu wasyarramaa fiih. Rabbi anzilnii munzalan mubaarakan wa-anta khairul munziliin.

  Ertinya:"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang baik mahupun orang yang jahat dengan segala kejahatannya. Ya Allah berilah kami kebaikan ditempat ini dan kebaikan yang ada didalamnya dan selamatkan kami daripada keburukannya. Wahai Tuhanku, turunkanlah kami disini dengan keberkatan, Engkaulah sebaik-baik yang menurunkan."
 
2. Bersyukur kerana selamat kembali ke tanah air, dan dapat menyempurnakan rukun Islam yang ke lima (haji). Redha dan berpuas-hati serta insaf dengan keadaan dan ujian semasa di Tanah Suci. Berdoalah agar ibadat haji dan umrah yang dilakukan diterima Allah SWT sebagai haji yang mabrur.
3. Membenci dan menjauhkan diri daripada maksiat dan amalan mungkar.
4. Hendaklah beristiqamah dalam melakukan ibadat dan kebajikan, serta sentiasa memakmurkan masjid.
5. Menjauhkan diri daripada khurafat dan selalu memohon keredhaan Allah SWT, semoga dijauhkan daripada segala jenis khurafat dan supaya diakhiri hayat dengan beriman dalam Islam.
6. Berusaha meningkatkan ilmu dalam amalan, tindakan dan percakapan, supaya lebih baik daripada sebelum menunaikan haji dahulu.

Thursday 10 April 2014

PANDUAN SOLAT KETIKA UZUR (SAKIT)


Hadis Rasulullah s.a.w “Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring.” (Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.

1.  SOLAT SAMBIL DUDUK
  1. Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
  2. Mengadap kiblat.
  3. Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
  4. Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
  5. Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
  6. Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
2. SOLAT BARING MENGIRING


  1. Mengiring di atas rusuk kanan.
  2. Muka dan dada mengadap kiblat.
  3. Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
  4. Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
 
3. SOLAT BARING MELENTANG


  1. Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
  2. Tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
  3. Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
  4. Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
  5. Tangan diangkat sepertipt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.




4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA


  1. .CARA WUDUK KETIKA SAKIT 
  2. Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak disebabkan oleh kesakitan atau
    rawatan dan tidak ada orang yang membantunya berwudu’ / bertayammum
    maka mereka dikehendaki solat seperti biasa bagi menghormati waktu tanpa
    wudu’ / tayammum dan tanpa mengadap kiblat mengikut kemampuan. Solat-
    solat menghormati waktu wajib diqada’ secepat mungkin apabila sembuh
    atau keadaan mengizinkan. Sekiranya mereka meninggal dunia dalam
    keadaan belum sempat mengqada’nya maka mereka dikira sudah
    melaksanakan kewajipan dan tidak berdosa.
    Bagi pesakit-pesakit yang boleh bergerak atau dalam keadaan mengizinkan ,
    mereka hendaklah berusaha berwudu’ / bertayammum. Cara berwudu’ /
    bertayammum adalah seperti berikut:

  3. A. Bagi pesakit yang sebahagian mukanya tidak boleh kena air. Cara pertama:
    a. Berniat mengambil wudu’ .
    b. Membasuh muka yang sihat dan sapukan air di atas pembalut /
    plaster.
    c. Bertayammum bagi menggantikan tempat yang tidak boleh
    kena air.
    d. Membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan
    membasuh kaki.
    Cara kedua: a. Dimulakan dengan tayammum .
    b. Berwudu’ seperti biasa pada anggota yang sihat dan
    menyapu air pada anggota wudu’ yang sakit.

  4. B. Bagi pesakit yang keseluruhan mukanya tidak boleh kena air dan debu. Cara pertama: a.Berniat bertayammum semasa mengangkat tangan untuk menyapu debu ke anggota tangan.
    b.Menyapu tangan sehingga selesai.
    Cara kedua : a.Berniat wudu’ semasa membasuh tangan.
    b.Membasuh tangan hingga siku.
    c.Menyapu kepala.
    d.Membasuh kaki.
    C. Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air. Cara pertama a.Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
    b.Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
    tangan yang berbalut.
    c.Bertayammum.
    d.Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
    e.Membasuh dua kaki.
    Cara kedua: a. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
    b. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
    menyapu debu ke tangan hingga selesai.
    c. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
    sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
    d. Menyapu air ke kepala.
    e. Membasuh kaki.

  5. D. Bagi pesakit yang kepalanya berbalut. a.Niat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
    b.Membasuh muka.
    c.Membasuh tangan.
    d.Jika tidak ada sedikit ruang kepala yang boleh disapu maka
    hendaklah bertayammum.
    e.Menyambung wudu’ dengan menyapu air di atas pembalut kepala.
    f.Membasuh kaki.
    kakibalut E. Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air Cara pertama a.Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
    b.Membasuh tangan.
    c.Menyapu kepala.
    d.Bertayammum.
    e.Menyambung wudu’ dengan membasuh kaki yang sihat dan
    menyapu air di atas balutan kaki.
    Cara kedua a  Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
    b  Membasuh tangan.
    c  Menyapu kepala .
    d  Membasuh kaki yang sihat dan menyapu air di atas balutan kaki.
    e  Bertayammum.
    Perhatian
  6.  Bagi pesakit yang mukanya tidak boleh kena air Solat wajib diqada’ kerana muka adalah anggota tayammum  yang tidak dapat disempurnakan.

  •  Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air Solat wajib diqada’ kerana tangan adalah anggota wudu’ dan   tayammum yang tidak dapat disempurnakan.

  •  Bagi pesakit yang kepalanya tidak boleh kena air Solat tidak wajib diqada’ jika pembalutnya tidak meliputi had kepala  yang memadai sapu .

  • Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air Solat tidak wajib diqada’ jika pembalut itu tidak melebihi had yang  diperlukan.
  1.  

Wednesday 9 April 2014

TEMPAT YANG DI BOLEHKAN MIQAT BAGI IBADAT HAJI DAN UMRAH



 Masjid Bir Ali (5 km Dari Madinah)

BANGUNAN ASAL MASJID (DIBAHAGIAN BELAKANG)
Masjid Hudaibiyah (24km Dari Masjidil Haram)

Masjid Jaranah ( 22km Dari Mekah)

Miqat bermaksud ketentuan atau sempadan tempat jemaah umrah atau haji melafazkan niat umrah atau haji mereka. Ada beberapa tempat miqat yang biasa digunakan oleh jemaah untuk berniat ihram.Antaranya ialah Zulhulaifah atau Bir Ali.Ia kira-kira 5 km dari Madinah dan 425 km dari Mekah.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah memakan masa yang lama. Untuk berniat ihram jemaah umrah atau haji akan singgah di masjid Bir Ali (5 km dari Masjid Nabawi).Di sini jemaah akan solat sunat tahiyatul masjid dan seterusnya solat ihram dan berniat untuk mengerjakan umrah atau haji.Kebanyakan jemaah tidak terlalu lama di sini kerana perjalanan ke Mekah masih jauh lagi (7-8 jam)
Tempat-tempat lain miqat adalah Taneim,Ju'rona dan Hudaibiyah (Miqat bagi penduduk Mekah)
Masjid Aishah, Taneim berkedudukan paling hampir dengan Mekah iaitu kira-kira 10 km sahaja.Ia juga digelar sebagai tempat miqat perempuan.
  
TEMPAT MIQAT UMRAH :
Apabila jemaah sudah berada di Makkah, terdapat tiga (3) tempat miqat yang sering digunakan sebagai tempat berniat umrah, iaitu ;
1. Di Tanaim ialah tempat miqat umrah yang paling dekat (lebih kurang 5 km. dari Masjidil Haram). Di sini terletak Masjid Siti Aisyah r.a. yang juga dikenali sebagai Masjid Tanaim, bagi memudahkan anda bersolat sunat ihram. Di sini Siti Aisyah r.a. melakukan solat dan sebagai miqat umrah pada tahun ke 10 Hijrah, dan sebagai tempat miqat umrah yang paling afdal untuk kaum wanita.
2. Di Jaranah yang terletak lebih kurang 22 km. dari Masjidil Haram. Di sini terdapat Masjid Jaronah bagi memudahkan anda bersolat sunat ihram. Di sinilah tempat Rasulallah s.a.w. membahagikan harta rampasan perang selepas perang Hunain kepada sahabat-sahabat yang mengambil bahagian dalam peperangan tersebut. Tempat ini juga dikenali dengan nama Miqat Rijali (miqat lelaki). Di miqat inilah juga Rasulallah s.a.w. dan para sahabatnya berniat umrah pada tahun ke 8 Hijrah.
3. Di Hudaibiyah yang terletak di Syumaisi, adalah satu lagi tempat miqat umrah, terletak kira-kira 24 km. dari Masjidil Haram, adalah lebih jauh dari Tanaim dan Jiranah. Di sini terdapat Masjid Hudaibiyah atau Masjid Bai’ah ar-Ridhwan Hudaibiyah. Kawasan ini merupakan tempat di mana Rasulallah s.a.w. bersama 1500 para sahabat telah tertahan daripada melakukan umrah pada tahun 6 H. Para sahabat kemudiannya melakukan bai’ah (janji setia) kepada Rasulallah s.a.w., untuk memerangi orang-orang kafir Quraisy. Akhirnya berlakunya genjatan senjata antara muslimin di bawah Rasulallah s.a.w. dan kafir Quraisy, dan termetrinya Perjanjian Hudaibiyah. Peristiwa ini ada disebut dalam surah al-Fath, ayat ke 10 dan ayat 18.

Tuesday 8 April 2014

Adab dan Doa Sebelum Memasuki Masjidil Haram


Pertama: Saat akan memasuki Masjidil Haram, yakni ketika berada dan berdiri di depan pintu Masjidil haram hendaknya membaca doa-doa berikut. Jika tidak memungkinkan kondisinya, maka boleh membaca salah satu dari dua doa berikut:

Doa Pertama

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَاالنَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمَاشَآءَاللهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَى أَنْبِيَاءِاللهِ وَرُسُلِهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ خَلِيلِ اللهِ، وَاْلحَمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ
Assalâmu’alayka ayyuhan Nabiyyu wa rahmatullâhi wa barakâtuh. Bismillâhi wa billâhi wa mâsyâallâh. Assalâmu ‘alâ anbiyâillâh wa rusulihi. Assalâmu ‘alâ rasûlillâh. Assalâmu ‘alâ Ibrahîma khalîlillâh. Wal hamdulillâhi Rabbil ‘âlamîn.

Salam atasmu wahai Nabi Allah, semoga rahmat dan keberkahan Allah senantiasa tercurahkan padamu. Dengan asma Allah dengan Allah dan dengan apa yang dihendaki Allah. Salam pada seluruh nabi dan rasul Allah. Salam pada Rasulullah. Salam pada Nabi Ibrahim Khalilullah. Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.

Doa Kedua

بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَاِلَى اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَآلِهِ، وَخَيْرُالأَسْمَآءِ للهِ، وَاْلحَمْدُللهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ
Bismillâhi wa billâhi wa minallâhi wa ilallâhi wa mâ syâallâhu wa ’alâ millati Rasûlillâh shallallâhu ‘alayhi wa âlihi, wa khayrul asmâi lillâh, walhamdulillâhi wassalâmu ‘alâ Rasulillâh.

Dengan nama Allah, dengan Allah, kepada Allah, atas agama Rasulullah saw, sebaik-baik asma Allah, segala puji bagi Allah dan salam atas Rasulullah.

اَلسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ بْنِ عَبْدِاللهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalâmu ‘alâ Muhammadibni ‘Abdillâh. Assalâmu ‘alayka ayyuhan Nibiyyu wa rahmatullâhi wa barakâtuh.

Salam pada Muhammad bin Abdillah. Salam atasmu wahai Nabi Allah semoga rahmat dan keberkahan Allah senantiasa tercurahkan padamu.

اَلسَّلاَمُ عَلَى اَنْبِيَاءِ اللهِ وَرُسُلِهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَى خَلِيْلِ اللهِ الرَّحْمَنِ، اَلسَّلاَمُ عَلَى اْلمُرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ، اَلسَّلاَمُ علَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الًصَّالِحِيْنَ
Assalâmu ‘alâ Anbiyâillâhi wa Rusulihi. Assalâmu ‘alâ Khalîlillâhir Rahmân. Assalâmu ‘alal mursalîn walhamdulillâhi Rabbil ‘âlamîn. Assalâmu ‘alaynâ wa ’alâ ‘ibâdillahish shâlihîn.

Salam pada semua Nabi dan Rasul Allah. Salam pada Nabi Ibrahim pilihan Allah Yang Maha Pengasih. Salam pada semua Rasul. Segala puji bagi Allah Rabbul ‘alamin. Salam atas kami dan semua hamba Allah yang saleh.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَارْحَمْ مُحَمَّدًا وَآلَ مُحَمَّدٍ كَمَاصَلَّيْتَ وَبَارَكْتَ وَتَرَحَّمْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَآلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad, wa bârik ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad, warham Muhammadan w âla Mu-hammad kamâ shallayta wa bârakta wa tarahhamta ‘alâ Ibrâhîm wa ’alâ Ibrâhîm innaka Hamîdum Majîd.

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, berkahi Muhammad dan keluarga Muhammad, rahmati Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Kau sampaikan shalawat, keberkahan dan rahmat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Pemurah.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad, ‘abdika wa rasûlika.
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, hamba-Mu dan rasul-Mu.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَعَلَى أَنْبِيَآئِكَ وَرُسُلِكَ وَسَلِّمْ عَلَيْهِمْ، وَسَلاَمٌ عَلَى اْلمُرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ
Allâhumma shalli ‘alâ Ibrâhîm khalîlika wa ’alâ anbiyâika wa rusulika wa sallim ‘alayhim, wa salâmun ‘alal mursalîna walhamdulillâhi Rabbil ‘âlamîn.

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Ibrahim pilihan-Mu dan kepada para Nabi dan Rasul-Mu. Salam pada semua Rasul. Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِى اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ، وَاسْتَعْمِلْنِي فِي طَاعَتِكَ وَمَرْضَاتِكَ، وَاحْفَظْنِي بِحِفْظِ اْلإِيْمَانِ أَبَدًا مَاأَبْقَيْتَنِي جَلَّ ثَنَآءُ وَجْهِكَ
Allâhummaftahlî abwâba rahmatik, wasta’milnî fî thâ’atika wa mardhâtik, wahfazhnî bihifzhil imâni abadan ma abqaytanî jalla tsanâu wajhik(a).

Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu rahmat-Mu. Jadikan amalku dalam ketaatan dan ridha-Mu. Jagalah aku dalam hidupku dengan penjagaan iman sepanjang hidupku, Maha Agung pujian wajah-Mu.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَنِي مِنْ وَفْدِهِ وَزُوَارِهِ وَجَعَلَنِي مِمَّنْ يَعْمُرُ مَسَاجِدَهُ، وَجَعَلَنِي مِمَّنْ يُنَاجِيهِ
Alhamdulillâhil ladzî ja’alanî min wafdihi wa zuwârihi, wa ja’alanî miman ya’muru masâjidahu, wa ja’alanî miman yunâjîh(i).

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan aku tegolong kepada para tamu-Nya dan pengunjung-Nya, orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid-Nya, dan orang-orang yang bermunajat kepada-Nya.

اَللَّهُمَّ اِنِّي عَبْدُكَ وَزَائِرُكَ فِي بَيْتِكَ وَعَلَى كُلِّ مَأْتِيٍّ حَقٌّ لِمَنْ اَتَاهُ وَزَارَهُ، وَاَنْتَ خَيْرُ مَأْتِيٍّ وَاَكْرَمُ مَزُوْرٍ
Allâhumma innî ‘abduka wa zâiruka fî baytika, wa ’alâ kulli ma’tiyyin haqqun liman atâhu wa zârahu, wa Anta Khayru ma’tiyyin wa Akramu mazûr.

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, peziarah ke rumah-Mu dan setiap tempat yang layak didatangi dan dikunjungi. Dan Engkau adalah Yang Paling Baik dari semua tempat yang didatangi dan dikunjungi.

فَأَسْأَلُكَ يَا اَللهُ يَا رَحْمَنُ بِأَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ بِأَنَّكَ وَاحِدٌ أَحَدٌ صَمَدٌ لَمْ تَلِدْ وَلَمْ تُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَكَ كُفُوًا أَحَدٌ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُوْلُكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ
Fa as-aluka yâ Allâhu yâ Rahmân biannaka Antallâhu lâilâha illâ Anta wahdaka lâ syarîka laka, biannaka Wâhidun Ahadun, Shamadun lam talid wa lam tûlad wa lam yakul laka kufuwan ahad. Wa anna Muhammadan ‘abduka wa Rasûluka shallallâhu ‘alayhi wa ’alâ ahli baytihi.

Karena itulah, aku memohon kepada-Mu ya Allah, ya Rahman, dengan keyakinan bahwa Engkau adalah Allah tiada tuhan kecuali Engkau Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Mu. Engkaulah Yang Maha Esa dan Maha Tunggal, tempat berlindung, tidak beranak dan diperanakkan, dan tiada seorangpun tandingan bagi-Mu. Dan Muhammad adalah hamba-Mu dan Rasul-Mu (semoga shalawat senantiasa tercurahkan kepadanya dan Ahlul baitnya).

يَا جَوَادُ يَا كَرِيْمُ يَا مَاجِدُ يَا جَبَّارُ يَا كَرِيْمُ أَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ تُحْفَتَكَ إِيَّايَ بِزِيَارَتِي إِيَّاكَ أَوَّلَ شَيْءٍ تُعْطِيْنِي فَكَاكَ رَقَبَتِي مِنَ النَّارِ
Yâ Jawâdu yâ Karîm, yâ Mâjidu yâ Jabbâru yâ Karîm, as-aluka an taj’ala tuhfataka iyyaya biziyârati iyyâka awwala syay-in tu’thinî fakâka raqabatî minan nâr.

Duhai Yang Maha Derwaman, duhai Yang Maha Mulia, duhai Yang Memberi kemuliaan, duhai Yang Maha Perkasa. Duhai Yang Maha Mulia, dengan kunjunganku ini aku memohon kepada-Mu sebagai awal karunia-Mu yang Engkau berikan padaku adalah keselamatanku dari api neraka.

Kedua: Sesudah membaca doa tersebut, maka bacalah doa berikut ini (3 kali):

اَللَّهُمَّ فُكَّ رَقَبَتِي مِنَ النَّارِ
Allâhumma fukka raqabatî minan nâr.
Ya Allah, selamatkan aku dari api neraka.

Kemudian membaca doa berikut:

وَاَوْسِعْ عَلَيَّ مِنْ رِزْقِكَ اْلحَلاَلَ الطَّيِّبِ، وَادْرَأْ عَنِّي شَرِّ شَيَاطِيْنَ اْلجِنِّ وَاْلإِنْسِ، وَشَرِّ فَسَقَةِ اْلعَرَبِ وَاْلعَجَمِ
Wa awsi’ ‘alayya min rizqikal halâlith thayyibi, wadra’ ‘annî syarra syayâthînal jinni wal insi, wa syarra fasaqatil ‘arabi wal’ajami.

Luaskan bagiku rizki-Mu yang halal dan yang baik, jauhkan dariku keburukan setan jin dan manusia, serta keburukan kefasikan orang-orang arab dan ajam (selain arab).

Ketiga: Sesudah membaca doa-doa tersebut, masuklah ke dalam Masjidil dengan khusuk sambil membaca:

بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ
Bismillâhi wa billâhi wa `alâ millati Rasûlillâh shallallâhu ‘alayhi wa âlihi.
Dengan nama Allah, dengan Allah, dan pada agama Rasulillah saw.

Keempat: Setelah berada di dalam Masjidil Haram, maka hendaknya menghadap ke Ka’bah, dan membaca doa berikut ini:

Doa Saat berada di dalam Masjidil Haram

أَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْـأَلُكَ فِي مَقَامِي هَذَا وَفِي أَوَّلِ مَنَاسِكِي أَنْ تَقْبَلَ تَوْبَتِي وَأَنْ تَتَجَاوَزَ عَنْ خَطِيْئَتِي وَأَنْ تَضَعَ عَنِّي وِزْرِي، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بَلَغَنِي بَيْتَهُ الْحَرَامَ. اَللَّهُمَّ اِنِّي اَشْهَدُ اَنَّ هَذَا بَيْتُكَ الْحَرَامُ الَّذِي جَعَلْتَهُ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِيْنَ. أَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَالْبَلَدَ بَلَدُكَ وَالْبَيْتَ بَيْتُكَ جِئْتُ أَطْلُبُ رَحْمَتَكَ وَأُؤُمُّ طَاعَتَكَ مُطِيْعًا ِلأَمْرِكَ رَاضِيًا بِقَدَرِكَ أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ اْلفَقِيْرِ إِلَيْكَ، اَلْخَائِفِ لِعُقُوْبَتِكَ. أَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَاسْتَعْمِلْنِي بِطَاعَتِكَ وَمَرْضَاتِكَ

Allâhumma innî as-aluka fî maqâmî hâdzâ, wa fî awwali manâsikî an taqbala tawbatî, wa an tatajâwaza ‘an khatîathî, wa an tadha’a ‘annî wizrî. Alhamdulillâhil ladzî ballaghanî baytahul harâm. Allâhumma innî asyhadu anna hâdzâ baytukal harâm alladzî ja’altahu matsâbatan lin nâsi wa amnâ, mubârakaw wa hudal lil-’âlamîn. Allâhumma innî ‘abduka, wal balada baladuka, wal bayta baytuka, ji’tu athlubu rahmataka wa aummu thâ’ataka, muthî’an liamrika râdhiyan biqadarika. As-aluka mas-alatal faqîri ilayka, alkhâifi li’uqûbatika. Allâhummaftahlî abwâba rahmatika, wasta’milnî bithâ’atika wa mardhâtika.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, dalam kondisiku ini dan dari awal manasikku, terimalah taubatku, hapuslah kesalahanku, hilangkan bebanku. Segala puji bagi Allah yang telah menyampaikan aku ke rumah-Nya yang mulia.

Ya Allah, aku bersaksi bahwa rumah-Mu yang mulia ini adalah tempat yang Kau jadikan perlindungan dan keamanan bagi seluruh manusia, tempat yang penuh berkah dan petunjuk bagi alam semesta.

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, negeri ini negeri-Mu, rumah ini rumah-Mu, aku datang untuk mengharap rahmat-Mu dan memenuhi perintah-Mu. Aku mentaati perintah-Mu dan aku ridha pada takdir-Mu. Aku memohon kepada-Mu seperti permohonan orang yang sangat butuh kepada-Mu, dan takut pada siksa-Mu.

Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu rahmat-Mu, dan jadikan amalku berada dalam ketaatan dan ridha-Mu.

Kelima: Kemudian pandanglah Ka’bah dengan penuh kekaguman pada keagungan Allah, sambil membaca doa beriku ini:

Doa Saat Memandang Ka’bah

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَظَّمَكِ وَشَرَّفَكِ وَكَرَّمَكِ وَجَعَلَكِ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنَا مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِيْنَ
Alhamdulillâhil ladzî ‘azhzhamaki wa syar-rafaki wa karramaki, waja’alaki matsâbatan linnâsi wa amnâ, mubarakan wa hudal lil’âlamîn.

Segala puji bagi Allah yang telah mengagungkanmu (ka’bah) dan memuliakanmu, menjadikanmu sebagai tempat perlindungan dan keamanan bagi seluruh manusia, tempat yang penuh berkah dan petunjuk bagi alam semesta.
(Dikutip dari kitab Nubdzah min Asraril Hajj)

Catatan: Di antara Adab dan syarat ijabahnya doa, setiap berdoa hendaknya dimulai dengan Basmalah dan Shalawat. Shalawat yang sempurna adalah:
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad. Atau: Allâhumma shalli ‘alâ Sayyidinâ Muhammad wa âli Sayyidinâ Muhammad.

Doa Masuk ke tanah suci

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya


اَللَّهُمَّ إِنَّكَ قُلْتَ فِي كِتَابِكَ وَقَوْلُكَ اْلحَقُّ وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِاْلحَجِّ يَأْتُوْكَ رِجَـالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِيْنَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيْقٍ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَرْجُو اَنْ اَكُوْنَ مِمَّنْ أَجَابَ دَعْوَتَكَ وَقَدْ جِئْتُ مِنْ شُقَّةٍ بَعِيْدَةٍ وَفَجٍّ عَمِيْقٍ سَامِعًا لِنِدَاِئكَ وَمُسْتَجِيْبًا لَكَ مُطِيْعًا ِلأَمْرِكَ وَكُلُّ ذَالِكَ بِفَضْلِكَ عَلَيَّ وَإِحْسَانِكَ إِلَيَّ فَلَكَ اْلحَمْدُ عَلَى مَاوَفَّقْتَنِي لَهُ أَبْتَغِي بِذَلِكَ الزُّلْفَةَ عِنْدَكَ وَاْلقُرْبَةَ إِلَيْكَ وَاْلمَنْزِلَةَ لَدَيْكَ وَاْلمَغْفِرَةَ لِذُنُوْبِي وَالتَّوْبًةَ عَلَيَّ مِنْهَا بِمَنِّكَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدِ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَحَرَّمَ بَدَنِي عَلَى النَّارِ وَاَمِنِّي مِنْ عَذَابِكَ وَعِقَابِكَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allâhumma innaka qulta fi kitâbika wa qawlukal haq, wa adzdzin fin nâsi bilhajji ya’tûka rijâlan wa ’alâ kulli dhâmirin ya’tîna min kulli fajjin ‘amîq. Allâhumma innî arjû an akûna miman ajâba da’wataka, wa qad ji’tu min syuqqatin ba’îdatin wa fajjin ‘amîq, sâmi’an linidâika wa mustajîban laka, muthî’an liamrika, wakullu dzâlika bifadhlika ‘alayya wa ihsânika ilayya, falakal hamdu ‘alâ mâ waffaqtanî lahu, abtaghî bidzâlikaz zulfa ‘indaka, wal qurbata ilayka, wal manzilata ladayka, wal maghfirata lidzunûbî wat tawbata ‘alayya minhâ bimannika. Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad, wa harrim badanî ‘alan nâr, wa aminnî min ‘adzâbika wa ’iqâbika birahmatika yâ Arhamar râhimîn.

Ya Allah, Engkau berfirman dalam kitab-Mu, dan firman-Mu benar: “Dan berserulah kepada manusia untuk melaksanakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarahi onta yang kurus yang datang dari segala penjuru yang jauh” (Al-Hajj: 27).

Ya Allah, aku berharap agar aku tergolong kepada orang yang memenuhi seruan-Mu. Kini aku datang dari tempat yang jauh untuk memenuhi panggilan-Mu, memperhatikan seruan-Mu, dan mentaati perintah-Mu. Semua itu hanya karena anugrah dan kebaikan-Mu padaku. Segala puji hanya milik-Mu yang telah menganugrahkan kepadaku kesempatan untuk mendekatkan diri dan bertaqarrub kepada-Mu, memberi kedudukan yang mulia di sisi-Mu, mengampuni dosa-dosaku dan membuka pintu taubat bagiku dengan karunia-Mu.

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya, selamatkan tubuhku dari api neraka, dan selamatkan aku dari siksa-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
(Kitab Nubdzah min Asrâril Hajj)

Doa di Raudhah


Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya


اَللَّهُمَّ اِنَّ هذِهِ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ جَنَّتِكَ، وَشُعْبَةٌ مِنْ شُعَبِ رَحْمَتِكَ الَّتِيْ ذَكرَهَا رَسُوْلُكَ، وَاَبَانَ عَنْ فَضْلِهَا وَشَرَفِ التَّعَبُّدِ لَكَ فِيْهَا، فَقَدْ بَلَّغْتَنِيْهَا فِي سَلاَمَةِ نَفْسِيْ

Allâhumma inna hâdzihi rawdhatun min riyâdhi jannatika, wa syu`batun min syu`abi rahmatika allatî dzakarahâ rasûluka, wa abâna `an fadhlihâ, wa syarafit ta`abbudi laka fîha, faqad ballaghtanîhâ fi salâmati nafsî.

Ya Allah, sesungguhnya raudhah ini adalah taman dari taman-taman surgaMu dan bagian dari cabang-cabang rahmat-Mu sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasul-Mu, tentang keutamaannya dan kemuliaan beribadah kepada-Mu di dalamnya. Engkau telah menyampaikan aku ke tempat yang mulia ini dalam keadaan selamat.

فَلَكَ الْحَمْدُ يَا سَيِّدِيْ عَلَى عَظِيْمِ نِعْمَتِكَ عَلَيَّ فِي ذَالِكَ، وَعَلَى مَا رَزَقْتَنِيْهِ مِنْ طَاعَتِكَ، وَطَلَبِ مَرْضَاتِكَ، وَتَعْظِيْمِ حُرْمَةِ نَبِيِّكَ بِزِيَارَةِ قَبْرِهِ، وَالتَّسْلِيْمِ عَلَيْهِ، وَالتَّرَدُّدِ فِيْ مَشَاهِدِهِ وَمَوَاقِفِهِ
Falakal hamdu yâ Sayyidî `ala `azhîmi ni`matika `alayya fi dzâlika, wa `alâ mâ razaqtanîhi min thâ`atika, wa thalabi mardhâtika, wa ta`zhîmi hurmati nabiyyika biziyarati qabrihi, wat taslîma `alayhi, wat taraddudi fî masyâhidihi wa mawâqifihi.

Duhai Junjunganku, segala puji bagi-Mu atas semua nikmat-Mu yang agung yang Engkau karuniakan kepadaku, ketaatan pada-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku, dan kesempatan yang Engkau berikan kepadaku untuk mencari ridha-Mu; untuk mengagungkan kemuliaan Nabi-Mu dengan berziarah ke kuburnya, menyampaikan salam kepadanya dan mendatangi tempat-tempat kesyahidan dan meninggalan-peninggalan yang bersejarah.

فَلَكَ الْحَمْدُ يَامَوْلاَيَ حَمْدًا يَنْتَظِمُ بِهِ مَحَامِدُ حَمْلَةِ عَرْشِكَ وَسُكَّانِ سَمَاوَاتِكَ لَكَ، وَيَقْصُرُ عَنْهُ حَمْدَ مَنْ مَضَى، وَيَفْضُلُ مَنْ بَقِيَ مِنْ خَلْقِكَ لَكَ
Falakal hamdu yâ Mawlâya hamdan yantazhimu bihi mahâmidu hamlati `arsyika wa sukkâni samâwâtika laka, wa yaqshuru `anhu hamdu man madhâ, wa yafdhulu hamda man baqiya min khalqika laka.

Duhai Jubjnganku, Segala puji bagi-Mu, pujian yang disampaikan oleh para Malaikat pemikul arasy-Mu, pujian para penghuni langit-Mu, pujian yang kesempurnaannya yang tak sanggup disampaikan oleh orang-orang terdahulu, tapi Engkau karuniakan kepada Rasulullah saw dan umatnya.

وَلَكَ الْحَمْدُ يَا مَوْلاَيَ حَمْدَ مَنْ عَرَفَ الْحَمْدَ لَكَ وَالتَّوْفِيْقَ لِلْحَمْدِ مِنْكَ، حَمْدًا يَمْلأُ مَاخَلَقْتَ وَيَبْلغُ حَيْثُ مَا اَرَدْتُ، وَلاَ يَحْجُبُ عَنْكَ وَلاَيَنْقَضِي دُوْنَكَ، وَيَبْلُغُ اَقْصَى رِضَاكَ وَلاَ يَبْلُغُ آخِرَهُ أَوَائِلُ مَحَامِدِ خَلْقِكَ لَكَ. وَلَكَ الْحَمْدُ مَاعَرَفْتُ الْحَمْدَ
Wa lakal hamdu yâ Mawlâya hamda man `arafal hamda wat tawfîqa lilhamdi minka, hamdan yamalu mâ khalaqta wa yablughu haytsu mâ aradtu, wala yahjubu `anhu wala yanqadhî dûnaka, wa yablughu ridhâka, wala yablughu âkhirahu awâilu mahâmidi khalqika laka. Wa lakal hamdu mâ `araftul hamda.

Segala puji bagi-Mu, pujian orang yang mengenal pujian pada-Mu, yang mendapat bimbingan untuk memuji-Mu, pujian yang memenuhi segala ciptaan-Mu, pujian yang menyampaikanku pada cita-citaku, pujian yang tidak menghijabiku dari-Mu, pujian yang tak akan mampu dicapai tanpa-Mu, pujian yang mencapai ridha-Mu, pujian yang puncaknya tak sanggup dicapai oleh makhluk-Mu yang terdahulu. Segala puji bagi-Mu, pujian yang aku kenal pujanya.

يَا بَاقِيَ الْعِزِّ وَالْعَظَمَةِ، وَدَآئِمَ السُّلْطَانِ وَالْقُدْرَةِ، وَشَدِيْدَ الْبَطْشِ وَالْقُوَّةِ، وَنَافِذَ اْلأَمْرِ وَاْلإِرَادَةِ، وَوَاسِعَ الرَّحْمَةِ وَالْمَغْفِرَةِ، وَرَبِّ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ
Yâ Bâqiyal `izzi wal `azhamati, wa Dâimas sulthâni wal qudrati, wa Syadîdal bathsyi wal quwwati, Nafidzal amri wal irâdati, wa wâsi`ar rahmati wal maghfirati, wa Rabbad dun-yâ wal âkhirati.

Wahai Yang Kekal kemuliaan dan keagungan-Nya,Yang Abadi kekuasaan dan kemampuan-Nya, Yang Sangat keras siksa dan kekuatan-Nya, Yang Pasti terlaksana perintah dan kehendak-Nya, Yang Maha Luas rahmat dan ampunan-Nya, wahai Tuhan (Pemelihara) dunia dan akhirat.

كَمْ مِنْ نِعْمَةٍ لَكَ عَلَيَّ يَقْصُرُ عَنْ اَيْسَرِهَا حَمْدِي، وَلاَ يَبْلُغُ اَدْنَاهَا شُكْرِي. وَكَمْ مِنْ صَنَائِعَ مِنْكَ اِلَيَّ لاَ يَحِيْطُ بِكَثِيْرِهَا وَهْمِي، وَلاَ يُقَيِّدُ هَا فِكْرِي
Kam min ni`matin laka `alayya yaqshuru `an aysarihâ hamdî, wala yablughu adnâhâ syukrî. Wa kam min shanâi`a minka ilayya lâ yuhîthu bikatsîrihâ wahmî, walâ yuqayyiduhâ fikrî.

Betapa banyak nikmat yang Engkau karuniakan kepadaku, sehingga aku tak sanggup dan tak mudah menyampaikan pujian pada-Mu, dan tak akan berimbang dengan rendahnya rasa syukurku kepada-Mu. Betapa banyak karunia yang Engkau curahkan kepadaku, sehingga keinginanku tak sanggup menjangkaunya, dan pikiranku tak mampu membatasinya.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى نَبِيِّكَ الْمُصْطَفَى بَيْنَ الْبَرِيَّةِ طِفْلاً وَخَيْرِهَا شَابًّا وَكَهْلاً، اَطْهَرِ الْمُطَهَّرِيْنَ شِيْمَةً، وَاَجْوَدِ الْمُسْتَمِرِّيْنَ دِيْمَةً، وَاَعْظَمِ الْخَلْقِ جُرْثُومَةً الَّذِي اَوْضَحْتَ بِهِ الدِّلاَلاَتِ، وَاَقَمْتَ بِهِ الرِّسَالاَتِ، وَخَتَمْتَ بِهِ النُّبُوَّاتِ وَفَتَحْتَ بِهِ الْخَيْرَاتِ، وَاَظْهَرْتَهُ مَظْهَرًا، وَابْعَثْتَهُ نَبِيًّا وَهَادِيًا أَمِيْنًا مَهْدِيًّا، وَدَاعِيًا إِلَيْكَ وَدَالاًّ عَلَيْكَ، وَحُجَّةً بَيْنَ يَدَيْكَ
Allâhumma shalli `alâ nabiyyika al-mushthafâ baynal bariyyati thiflan wa khayrihâ syâban wa kahlan athharil muthahharîna syimatan, wa ajwadil mustamirrina dîmatan, wa a`zhamil khalqi jurtsûmatan alladzi awdhahta bihid dilâlati, wa aqamta bihir risâlati, wa khatamta bihin nubuwwâti, wa fatahta bihil khayrati, wa azhhartahu mazhharan, wabta`atstahu nabiyyan wa hadiyan amînan mahdiyan, wa dâ`iyan ilayka wa dâlan `alayka, wa hujjatan bayna yadayka.

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Nabi-Mu, manusia pilihan-Mu pada masa kecilnya, masa muda dan masa tuanya; paling suci dari semua yang disucikan, paling dermawan dari semua manusia yang dermawan, paling mulia dari semua makhluk yang Kau ungkapkan asal-usulnya.

Dengannya Engkau tegakkan seluruh risalah-Mu, Engkau akhiri semua nubuwah-Mu, Engkau bukakan semua kebaikan, Engkau perjelas semua yang tampak. Engkau utus dia sebagai Nabi dan pembimbing yang terpecaya, pemandu dan penuntun menuju-Mu dan hujjah di hadapan-Mu.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مَعْصُوْمِيْنَ مِنْ عِتْرَتِهِ، وَالطَّيِّبِيْنَ مِنْ اُسْرَتِهِ، وَشَرِّفْ لَدَيْكَ بِهِ مَنَازِلِهِمْ، وَعَظِّمْ عِنْدَكَ مَرَاتِبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِي الرَّفِيْقِ اْلأَعْلَى مَجَالِسِهِمْ، وَارْفَعْ اِلَى قُرْبِ رَسُوْلِكَ دَرَجَاتِهِمْ، وَتَمِّمْ بِلِقَآئِهِ سُرُوْرَهُمْ، وَوَفِّرْ بِمَكَانِهِ اُنْسَهُمْ
Allahumma shalli `alal mu`tashimîna min `itratihi, wath-thayyibîna min usratihi, wa syarrif ladayka bihi manâsilahum, wa `azhzhim `indaka marâtibahum, waj`al fir rafîqil a`lâ majâlisahum, warfa’ ilâ qurbi rasûlika darajâtihim, wa tammim biliqâihi surûrahum, wa waffir bimakanihi unsahum.

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada orang-orang yang disucikan dari keturunannya, orang-orang baik dari keluarganya. Dengan Rasul-Mu muliakan kedudukan mereka di sisi-Mu, agungkan derajat mereka di sisi-Mu, jadikan majlis mereka berada di tempat yang tinggi dan mulia, tinggikan derajat mereka di sisi Rasul-Mu, sempurnakan kebahagiaan mereka dalam perjumpaan dengan Rasul-Mu, dan sempurnakan kebahagiaan mereka dengan kedudukannya

Monday 7 April 2014

Kelompok Manusia Dihari Ke bangkitkan

Sahabat Ma’adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah…terangkan kepadaku tentang makna firman Allah “ketika ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok”". Lalu menangislah Rasulullah SAW. Cucuran air matanya membasahi pakaiannya. Engkau telah menanyakan sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam 12 kelompok-kelompok tabiat.
* Kelompok pertama : Dibangkitkan tanpa kaki dan tangan, seraya terdengar suara dari sisiNya,
“Mereka adalah orang-orang yang mengganggu tetangganya. Maka inilah ganjarannya dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok kedua : Dibangkitkan dalam bentuk babi, seraya terdengar suara dari sisiNya, “Inilah balasan bagi orang-orang yang bermalas-malasan melakukan sholat dan nerakalah tempatnya”.

* Kelompok ketiga : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan perutnya besar menggunung yang dipenuhi ular dan kalajengking, seraya terdengar suara dari sisiNya, “Inilah ganjaran orang-orang yang menahan zakat dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok keempat : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan darah mengalir dari mulut, seraya terdengar suara dari sisiNya, “Inilah ganjaran bagi orang-orang yang berdusta dalam perkara jual beli dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok kelima : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan bau busuk, lebih busuk dari bau bangkai. seraya terdengar suara dari sisiNya, “inilah ganjaran bagi orang-orang yang melakukan maksiat (perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat islam) secara sembunyi karena takut terlihat orang tapi tidak takut dari pengawasan Allah dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok keenam : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terputus lehernya, seraya terdengar suara dari sisiNya, “Inilah ganjaran bagi orang-orang yang memberikan kesaksian palsu dan nerakalah tempatnya”.
* kelompok ketujuh : Dibangkitkan dari kuburnya tanpa memiliki lidah dan dari mulutnya keluar darah dan nanah. Seraya terdengar suara dari sisiNya, “inilah ganjaran bagi orang-orang yang tidak mau memberikan kesaksian dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok kedelapan : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan tertunduk dan kedua kakinya berada diatas kepala, seraya terdengar suara dari sisiNya, “inilah ganjaran bagi orang-orang yang suka melakukan zina dan terlanjur mati sebelum bertobat dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok kesembilan : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan berwajah hitam dan matanya biru serta perutnya penuh api, seraya terdengar suara dari sisiNya, “Inilah ganjaran bagi orang-orang yang memakan harta dan merampas hak anak-anak yatim secara zalim dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok kesepuluh : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan sakit kusta dan sopak, seraya terdengar suara dari sisiNya, “Inilah ganjaran bagi orang-orang yang mendurhakai orang tuanya dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok kesebelas : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan buta hati, buta mata. Giginya seperti tanduk kerbau. Bibir dan lidahnya bergelantungan mencapai dada, perut dan paha. Dan dari perutnya keluar kotoran. Seraya terdengar suara dari sisiNya, “Inilah ganjaran bagi orang-orang yang meminum khamr (yang memabukan/alkohol) dan nerakalah tempatnya”.
* Kelompok kedua belas : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan wajah bercahaya, seperti bulan purnama. Melewati Shirath Al-Mustaqim secepat kilat menyambar angin. Seraya terdengar suara dari sisiNya “Mereka adalah orang-orang yang melakukan amal sholeh kebajikan. Menjauhi segala kemaksiatan. Rajin memenuhi panggilan sholat dan mati setelah bertobat. Maka ganjaran mereka adalah Pengampunan, Rahmat, dan Ridho serta Surga dari ALLAH SWT”.

Sunday 6 April 2014

SOLAT JAMAK

 
SOLAT JAMAK

Dalil:
كان صلى الله عليه وسلم في غزو تبوك إذا ارتحل قبل زيغ الشمس أخر الظهر إلى أن يجمعها إلى العصر فيصليهما جميعا , و إذا ارتحل بعد زيغ الشمس عجل العصر إلى الظهر , و صلى الظهر و العصر جميعا , ثم سار و كان إذا ارتحل قبل المغرب أخرالمغرب حتى يصليها مع العشاء , و إذا ارتحل بعد المغرب عجل العشاء فصلاها مع المغرب
Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, baginda mengakhirkan solat Zuhur sehingga dikumpulkan solat Zuhur kepada solat Asar dan lalu baginda mendirikan kedua-duanya serentak (Jamak Takhir).
Apabila baginda hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka baginda bersolat Zuhur dan Asar serentak (dalam waktu Zuhur) kemudian bagindapun berangkat (Jamak Taqdim ).
Apabila baginda berangkat sebelum Maghrib maka baginda mengakhirkan solat Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya (Jamak Takhir).
Dan apabila baginda berangkat selepas waktu Maghrib maka baginda mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam waktu Maghrib) 

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
 
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :
 
i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

 
Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :
 
i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.



SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
 
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya


Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.


HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

 
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
 
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
 
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
 

i.
Solat Zohor dan Asar.
   
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
   
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
   
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
   
ii. Solat Maghrib dan Isya'
   
 
Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
   
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
   
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
   
   
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
 
   
i. Solat Zohor dan Asar
   
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
   
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
   
ii. Solat Maghrib dan Isya'
   
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.
   
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
   
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Friday 4 April 2014

Lawatan Ke Bukit Uhud



Gunung Uhud

  
Disini terdapat banyak gerai menjual barang-barang cenderamata
Makam Suhada
Bukit Uhud

Makam Para Suhada

Di sinilah bersemadinya para syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal. tahun ke 3 hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraish. Perang Uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini  berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Gunung Uhud.

Kaum Quraish menyediakan 3.000 pasukan, 200 diantaranya pasukan berkuda yang gagah di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Sedangkan Rasulullah ketika itu hanya mampu mengumpulkan 700 orang setelah 300 orang lainnya memilih mundur karena hasutan Abdullah Ubay, tokoh munafik  Madinah. Sebanyak 50 orang pasukan pemanah di tempatkan di gunung Uhud di ketuai oleh Abdullah bin Jabir.

Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.

Nabi Muhammad SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Dalam peperangan ini tentera Islam mengalami kekalahan, nabi sendiri cedera dan patah giginya.  Perang Uhud meninggalkan pengajaran yang bernilai kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya tentang kepentingan taat kepada ketua serta tidak mudah terpesona dengan harta.

Tahun 46 H, Gunung Uhud pernah dilanda banjir besar  hingga menyebabkan tanah di beberapa bahagian di Gunung Uhud terlongsor. Salah satu tempat yang terjejas adalah makam Sayyidina Hamzah dan Abdullah bin Jahsy hingga jasad keduanya nampak di permukaan. Diriwayatkan, jasad keduanya masih kelihatan utuh meskipun telah 43 tahun dikebumikan.

Bahkan luka di badan Hamzah itu masih mengalir darah segar seperti jasad orang yang baru saja meninggal. Jasad keduanya dimakamkan kembali tak jauh dari makam 68 syuhada Uhud lainnya. Makam keduanya diberi tanda batu-batu hitam yang mengelilingi makam.

Sebuah riwayat juga menceritakan Rasulullah pernah menaiki puncak Uhud bersama Abu Bakar Assidhiq, Umar ibn Khathab dan Utsman bin Affan. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.

Rasulullah lalu menghentakkan kakinya dan bersabda, “Diamlah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.