Sunday 2 February 2020

Apa itu Miqat?



MIQAT adalah ketentuan tempat atau masa untuk berniat Ihram Haji atau Umrah.
Miqat terbahagi kepada dua iaitu
· Miqat Zamani (masa)
· Miqat Makani (tempat)
Adapun Miqat Zamani ialah ketentuan masa untuk berniat,
Haji: Iaitu bermula 1 Syawal, Zulkaedah dan 10 hari pertama Zulhijjah. Keluar fajar pada hari Raya, maka tidak sah ihram haji selain masa ini. Jika dia ihram dengannya pada lainnya, maka tidak terangkat haji tetapi dikira umrah daripada Umrah Islam (wajib) mengikut pendapat yang asah.
Umrah: Sepanjang tahun kecuali bagi orang yang berniat haji, sehingga selesai semua pekerjaan hajinya.
adapun Miqat Makani terpecah kepada jemaah LUAR Makkah dan jemaah sekitar Makkah.
Miqat Makani adalah ketentuan tempat untuk jemaah berniat mengerjakan haji atau umrah antaranya, Qarnul Manazil, ZulHulaifah atau Bir Ali, Yalamlam, Al-Juhfah dan Zatul Irqin untuk jemaah luar Makkah

No comments:

Post a Comment