Sunday 19 January 2020

Tawaf wida

Tawaf wida

Berkenaan perkara-perkara yang boleh dilakukan selepas Tawaf Wada', Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-35 Musim Haji 1440H yang bersidang pada 9-11 November 2018 bersamaan 1-3 Rabi’ul Awwal 1440 Hijrah telah memutuskan berkenaan dengan Perkara-perkara Yang Diharuskan Selepas Tawaf Wada’, iaitu:

Pertama: Sejurus Selepas Tawaf Wada’

🔹Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya di Masjidil Haram.
🔹Berdoa di Multazam.
🔹Istilam Hajarul Aswad
🔹Menunaikan solat sunat safar.
🔹Menunaikan solat fardhu sekiranya bilal telah melaungkan azan atau bilal sedang melaungkan azan.
🔹Begitu juga apabila sudah sampai di hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram untuk beliau solat fardhu bersama imam di Masjidil Haram.

 Kedua: Selepas Tawaf (di Penginapan atau Hotel)

🔹Makan dan minum di hotel.
🔹Qadha hajat.
🔹Menyalin dan menukar pakaian.
🔹Zikir dan membaca al-Quran sementara menunggu.
🔹Mengambil beg atau barang yang diletakkan / ditinggalkan di bilik penginapan.
🔹Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang.
🔹Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
🔹Tidur dalam bilik hotel sementara menunggu bas atau kenderaan datang.
🔹Melawat isteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik (bagi kes kecemasan dan hajat).
🔹Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan sama ada ke Jeddah atau Madinah seperti membeli makanan dan minuman untuk kegunaan dalam perjalanan dan sebagainya.
🔹Menunggu kenderaan (lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya).
🔹Membayar dam. Walaupun begitu, digalakkan untuk membayar sebelum Tawaf Wada’.
.

No comments:

Post a Comment