Monday 20 January 2020

Panduan Mewatat Menara Jam

Salah satu tarikan ketika jemaah berada di Mekah semasa melakukan umrah atau haji ialah bangunan tinggi yang mempunyai jam yang dikelilingi dengan bangunan-bangunan lain. Ia adalah salah satu projek yang dijalankan oleh yasayan King Abdulaziz untuk memberi keselesaan penginapan untuk jemaah semasa umrah dan haji. Bangunan ini dinamakan Abraj Al-Bait ataupun dipanggil dengan nama Zam-Zam tower.
Bangunan tengah yang tinggi dan mempunyai jam besar di atasnya merupakan salah satu menara jam yang terbesar dan tertinggi di dunia dan mempunyai kalimah ‘Allahuakbar’ di dua penjuru dan ayat quran di lagi dua penjuru.
Bangunan ini menggunakan teknologi yang canggih dan tinggi seperti mempunyai lif-lif yang laju dan besar. Ia juga direka supaya jemaah boleh keluar masuk dari bangunan-bangunan dengan cepat untuk ke masjid haram dan sekiranya berlaku kecemasan.
Menara jam yang mempunyai ketinggian 601 meter ini mula dibuka untuk orang awam pada musim haji 2019. Untuk melawat menara ini dikenakan bayaran yang terbahagi kepada dua kategori iaitu SR150 (biasa) dan SR300 (VIP). Perbezaan tiket VIP ini pelawat diiringi oleh pekerja di menara ini disamping boleh menjamu selera di atas serta boleh menggunakan lif yang berasingan sekiranya lif-lif lain penuh. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa ke atas semasa melawat. Tiket boleh dbeli di tingkat bawah di Abraj Al-Bait manakala bilik pameran terletak di tingkat 9 dan kanak-kanak dibawah 7 tahun tidak dibenarkan naik ke atas menara ini.
Selepas membeli tiket pelawat boleh mengikut pelekat tapak kaki di sebelah kiri kaunter tiket ke lif yang disediakan untuk melawat menara ini. Lif ini dihiasi dengan warna hitam dan akan terus ke tingkat 9 tanpa henti. Di tingkat 9 pelawat akan diberi alat panduan audio yang dalam berbagai bahasa dan juga boleh simpan beg sekiranya perlu. Untuk bahasa Malaysia tiada tetapi ada dalam bahasa Indonesia, pelawat dari Malaysia boleh memilih bahasa Ingeris sebagai panduan. Di sini tayangan video ditunjukkan menerangkan apa yang pelawat akan lihat semasa melawat di atas. Kemudian pelawat akan menaiki lif ke tingkat teratas untuk memulakan lawatan.
Muzium ini terdiri dari empat tingkat dan jalan sehala iaitu bermula dari tingkat atas menunjukkan komponen jam yang beroperasi. Terdapat empat komponen jam di setiap penjuru dan pelawat boleh melihat dengan dekat bagaimana jam itu bergerak. Di tingkat ini juga ditunjuk mengenai alam semesta dan pergerakan bintang-bintang dan planet-planet.
Dari tingkat ini pelawat akan turun ke tingkat tiga yang menerangkan mengenai matahari, bumi dan bulan dan pergerakannya. Di sini juga ditunjuk bagaimana manusia menggunakan ketiga-tiga elemen ini sebagai petunjuk untuk kehidupan dan mengira masa.
Di tingkat dua ditunjukkan pergerakan masa dan bagaimana manusia mula mengira dan mengguna masa dan alat-alat yang digunakan seperti jam air, jam poket, jam digital dan lain-lain lagi. Di sini juga ditunjukkan bagaimana manusia menggunakan pergerakan matahari, bumi dan bulan untuk pengiraan kalendar, arah kiblat dan waktu solat.
Di tingkat bawah sekali ditunjukkan sejarah bagaimana menara jam ini dibina dan juga bagaimana komponen-komponen jam ini dibuat secara terperinci supaya ia berjalan dengan tepat. Ia juga menunjukkan perbandingan dengan menara-menara yang lain di dunia.
Di tingkat ini juga pelawat dapat keluar ke ruang dek untuk melihat pemandangan bandar kota Mekah. Masa paling baik bagi vader untuk melawat menara ini adalah sebelum waktu maghrib (kira-kira sejam atau lebih sebelum masuk waktu magrib kerana perlu mula dari tingkat empat untuk pameran) dan tunggu sehingga malam untuk mengambil gambar pemandangan siang dan malam. Pelawat boleh solat di sini berimamkan imam masjid Haram dan tidak perlu ke bawah. Tiket naik ke atas hanya boleh digunakan sekali sahaja jadi gunakan peluang melawat menara ini dengan sebaik-baiknya. Pelawat boleh membawa kamera serta ‘selfie stick’ atau tripod untuk mengambil gambar sekiranya perlu.
Gunakan kesempatan untuk melawat menara jam ini sekiranya anda di Mekah kerana ia baru dibuka selepas musim haji 2019 dan kemungkinan harganya berubah ataupun ditutup sementara untuk penyelenggaraan… wallahua’alam.
Sila baca artikel mengenai Mekah:

No comments:

Post a Comment