Thursday 23 January 2020

Usthūwānah (tiang) 'Āisyah رضي الله عنها


Usthūwānah (tiang) 'Āisyah رضي الله عنها

Merupakan salah satu tiang di dalam Raudhah. Tiang ini juga dinamakan Tiang Qur'ah (أسطوانة القرعة) yakni Tiang Undi. Juga dinamakan Tiang Muhajirin (أسطوانة المهاجرين) kerana kaum Muhajirin selalu berkumpul mengadakan majlis disini.  Apa istimewanya tiang ini? 

روَى الطبرانيُّ في الأوسطِ عن عائشةَ، أنَّ رسولَ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قال: إنَّ في المسجدِ لبُقعةً قِبَلَ هذه الأسطوانةِ، لو يعلمُ الناسُ ما صلَّوْا فيها إلَّا أن تُطَيَّر لهم فيها قُرعةٌ

Diriwayat oleh ath-Thabarāni di dalam Mu'jam al-Ausath daripada Sayyidatina 'Āisyah رضي الله عنها, bahwa Rasūlullāh ﷺ telah bersabda: "Sesungguhnya di dalam masjid ini ada satu tempat/bongkah berhadap tiang ini (samada tiang mukhallaqah atau taubah - al-faqir diberitahu bhw yg dimaksudkan alah tiang taubah, tiang yang Rasūlullāh sering sholat disana - والله أعلم), sekiranya orangramai mengetahui kelebihannya, maka tidak bersholat mereka itu disana melainkan dengan mengundi."

Di dalam kisah yang lain, disebutkan bahawa para shahabat dan anak² kepada shahabat رضي الله عنهم bertanya kepada Sayyidatina 'Āisyah رضي الله عنها kedudukan tempat tersebut. Namun beliau tidak menjawabnya. 

Akhirnya, para mereka pergi  dan tinggallah Sayyidatina  'Āisyah رضي الله عنها  bersama dengan anak saudaranya iaitu Sayyidina 'Abdullah bin Zubair رضي الله عنهما.
Dan para shahabat رضي الله عنهم memperhatikan bahwa setelah itu Sayyidina  'Abdullah bin Zubair رضي الله عنها sering melakukan shalat ditempat tersebut. Maka tahulah mereka bahawa tempat itulah yang dimaksudkan. Maka dinamakan ianya Tiang Aisyah رضي الله عنها. 

Disini juga merupakan tempat Rasūlullāh ﷺ bersholat sebelum berpindah ke tiang mukhallaqah/muthoyyabah/mu'aththarah. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina 'Umar رضي الله عنهما juga sering sholat di sini. 

Kalaulah mereka yang dijanjikan syurga, berebut untuk sholat dilokasi ini, maka kita lebih² lagilah perlu merebut peluang ini .... beristighfar berdoa disana ... agar segala dosa kita diampuni, segala amalan diterima dan kita diredhoiNya dan dikasihi dan dirindui oleh kekasihNya, Sayyidina Rasūlullāh ﷺ.

والله أعلم

#وَاعْلَمُواأَنَّفِيكُمْرَسُولَالله
#المرءمعمَن_أحبَّ
#أنتمعمن_أحببت


No comments:

Post a Comment