Tuesday 24 March 2015

Tawaf (Mengelilingi ka'abah sebanyak tujuh pusingan) berserta syarat-syaratnya


-Syarat-syarat tawaf
  1. Suci daripada hadas besar dan kecil (berwudhuk).
  2. Menutup aurat.
  3. Aurat lelaki (antara pusat dan lutut termasuk pusat dan lututnya).
  4. Aurat perempuan (Semua anggota badan kecuali muka  dan tapak tangan).
  5. Menjadikan Ka`abah selalu di sebelah kiri.
  6. Memulai tawaf daripada penjuru Hajar Aswad.
  7. Tujuh (7) kali mengelilingi Ka`abah.
  8. Tawaf itu dalam Masjidil Haram.
Berniat sama ada.
-Rukun Haji (Ifadah)
* Selepas Wuquf di arafah.
*Setelah tengah malam 10 zulhijjah.
-Rukun Umrah,
-Tawaf Qudum, (tawaf selamat datang).
-Tawaf Nazar (apabila dinazarkan pada bila-bila masa).
-Tawaf sunat (dilakukan pada bila-bila masa) tampa perlu ke Miqat.
-Wada (selamat tinggal).
 -Menghadap ke kabah dan berdoa.


Ya Allah sesungguhnya aku ingin mengerjakan tawaf mengilingi ka'abah sebanyak tujuh keliling
maka permudahkanlah aku dan terimalah amal ibadat ku.
-Mengucup hajar aswad/Istilam/Isyarat istilam (kucup tapak tangan)
-Pusing kekanan sehingga ka'bah berada disebelah kiri dan pastikan ka'bah senentiasa berada disebelah kiri.(menjadikan baitullah sentiasa di sebelah kiri).
-Dengan tujuan tawaf semata-mata.
-Memulakan berjalan ke hadapan sambil membaca doa atau berzikir.
-Pastikan berjalan diluar ka'bah dan Hijir Ismail (jangan masuk dalam hijir ismail)
-Sampai dirukun Yamani, disunatkan istilam/isyarat istilam (tanpa kucup tapak tangan).
-Diantara Rukun Yamani dan hajaral Aswat bacalah doa.


-apabila sampai dirukun Hajar al-Aswad disunatkan beristilam/isyarat istilam (tidak menghadap ka'bah) dan kucup tapak tangan dan terus berjalan untuk pusingan kedua.
-begitulah seterusnya hingga pusingan yang ketujuh dan pastikan melepasi tempat mula tawaf. (lampu hijau) sebaiknya berakhir bersetentang dengan pintu ka'bah).



-Sembahyang sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim atau dimana-mana didalam masjid.
Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah ta'ala
-Lepas sembahyang sunat, terus berdoa.


Maksutnya:
Ya Allah ya tuhan!
Sesungguhnya engkau mengetahui segala rahsiaku, dan perbuatan yang terang maka terimalah kuuzuranku dan engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku maka ampunnilah dosaku.
Ya allah ya tuhan, sesungguhnya aku meminta kepadamu iman yang teguh dihatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengatahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melaikan apa yang engkau telah tetapkan dan aku pohon keredhaan dengan apa yang engkau bahagikan kepadaku, engkaulah yang menolongku di dunia dan akhirat maka, matikanlah aku didalam islam dan sertakanlah diriku bersama orang-orang yang soleh (baik).Ya Allah ya thuna, janganlah engkau tinggalkan kami di tempat yang mulia ini dosa melainkan engkau ampunkan, janganlah engkau biarkan kesedihan hati dikalangan kami melainkan engkau menghilangkannya, dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan engkau kurniakan, mudahkan segala urusan kami dan lapangkan dada kami, terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan, ya allah ya tuhan, matikanlah kami didalam islam, hidupkanlah kami didalam islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang soleh dengan tiada mendapat keninaan dan bala bencana.
-berdoa di Multazam (pintu Ka'bah).

-Minum air Zamzam dan baca doa sebelumnya:


Ya allah, sesungguhnya aku bermohon kepada mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segal penyakit.

Perkara-perkara sunat ketika mengerjakan tawaf.
-Berjalan kaki (jika uzur boleh menggunakan kerusi roda).
-Berittiba )Kain selending (bagi lelaki)dibawah ketiak kanan dan kedua hujungnya diatas bahu kiri (bahu bahu kanan terbuka).
-Berlari anak memendikkan langkan (tidak berlari) pada pusinga 1 ,2 dan 3 (tawaf yang ada Saie) bagi lelaki sahaja.
-Melakukan istilam atau isyarat istilam.
 *Hajaral Aswad, kucup tapak tangan
 *Rukun Yamani Tidak kucup tangan.
-Tawadhu dan khusyu.

No comments:

Post a Comment