Friday 20 March 2015

13 PERKARA DILARANG SEMASA DIDALAM IHRAM


1. Larangan tengtang pakaian.
   -Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum seperti baju, seluar, kasut yang menutup jari-jari kaki dan tumit dan lain-lain (Lelaki sahaja).
  -Menutup kepala atau sebahagianya daripadanya seperti songkok, topi, kopiah dan lain-lain (Leleki sahaja).
 -Menutup muka atau sebahagian daripadanya seperti toping dan sebahaginya (Wanita Sahaja).
 -Memakai sarung tangan (lelaki & wanita).
Orang yang melanggar akan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. (boleh pilih-terlupa/tidak sengaja dimaafkan)
 -Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin 2 cupak makanan setiap orang atau berpuasa 3 hari.
2. Larangan tentang wangi-wangian.(setelah berniat Ihram).
   -Memakai bau-bauan sama ada dibadan, pakaian atau makanan dengan tujuan mewangikan.
  -Memakai minyak dikepala, janggut dan semua bulu muka.
Orang yang melanggar akan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. (boleh pilih-terlupa/tidak sengaja dimaafkan)
 -Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin 2 cupak makanan setiap orang atau berpuasa 3 hari.
3. Larangan tentang kecantikan.
   -Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan.
   -Mengerat atau memotong kuku.
Orang yang melanggar akan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. (boleh pilih-terlupa/tidak sengaja dimaafkan)
 -Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin 2 cupak makanan setiap orang atau berpuasa 3 hari.
4. Larangan tentang alam sekitar.
   -Memotong atau merosak atau mencabut tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok di tanah haram.
   -Memburu binatang buruan darat yang  halal dimakan atau membinasakanya ditanah haram atau halal.
Orang yang melanggar akan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. (boleh pilih-terlupa/tidak sengaja dimaafkan)
 -Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin 2 cupak makanan setiap orang atau berpuasa 3 hari.
5. Larangan tentang hubungan jenis.
   -Dilarang bagi lelaki dan wanita.
   -Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercumbu-cumbuan.
   -Bersetubuh selepas tahalul awwal.
   -Bersetubuh selepas persetubuhan yang merosakkan ibadat haji atau umrah.
  Dam (Suami sahaja).
   -Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin, setiap orang dua cupak        gandum/beras atau berpuasa selama 3 hari.
   -Melakukan persetubuhan.
   -Sebelum Tahallul Awwal (haji).
   -Sebelum Tahalul (umrah).
  Dam (suami sahaja).
  -Menyembelih seekor unta.
  -Jika tidak mampu, sembelih 7 ekor kambing,
  -Jikat tidak mampu hendaklah memberi makanan  dengan nilai seekor unta dan disedekahkan kepada fakir miskin.
  -Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa mengikut bilangan cupak makanan dari seekor unta (1 cupak = 1 hari) wajib mengerjakan ibadat haji/umrah. Wajib qadha haji pada tahun berikutnya atau wajib qadha umrah dengan segera.
  -Berkahwin atau mengawihkan atu menerima wakil kahwin. Perkahwinan  (pernikahan tidak sah.)


No comments:

Post a Comment