Monday 10 February 2020

Batu Dari 5 Jenis Gunung Asas Binaan Kaabah


Batu Dari 5 Jenis Gunung Asas Binaan Kaabah
#BERKONGSI Kisah 1 Kaabah. Ia adalah bangunan paling mulia dalam Masjidil Haram, ianya menjadi Kiblat seluruh kaum muslimin di dalam solat mereka. Kaabah adalah rumah ibadah pertama yang dibina di muka bumi.
Menurut sebahagian ulama, sebelum pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, Kaabah dibina sebanyak tiga kali iaitu oleh Malaikat, Nabi Adam dan Nabi Shith. Kaabah hasil binaan Nabi Shith kekal beribu tahun lamanya sehinggalah banjir besar pada zaman Nabi Nuh telah memusnahkannya.
Firman Allah SWT:
وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَٰهِيمَ مَكَانَ ٱلْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِى شَيْـًٔا وَطَهِّرْ بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلْقَآئِمِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ
Dan ingatkanlah peristiwa ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu Kaabah ini bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud mengerjakan sembahyang. [Al-Hajj:26]
● Bangunan Kaabah dibina daripada batu batan yang diambil dari 5 jenis Gunung iaitu:
○ Gunung Lubnan - Lebanon
○ Gunung Tun Sina - Baitulmaqdis
○ Gunung Judi - Turki
○ Gunung Hira’ atau Jabal Nur - Mekah
○ Gunung Tur Zalta
👉 Menurut Al-Nawawiyy, Kaabah dibina sebanyak 5 kali
○ Pertama oleh Malaikat atau Nabi Adam atau Shith bin Adam seperti yang di sebut al-Suhailyy
○ Kedua binaan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail
○ Ketiga binaan Quraisy
○ Keempat binaan Abdullah Ibn Az-Zubair
○ Terakhir binaan al-Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi. Struktur binaan terakhir inilah yang ada hingga ke hari ini.
👉 Namun, binaan Kaabah sebenarnya pernah mengalami pembaikan besar pada zaman Sultan Murad Keempat daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Pada tanggal 19 Syaaban 1039 Hijrah, berlaku banjir besar yang menyebabkan seramai lebih daripada 1,000 jemaah terkorban. Pembaikan itu siap pada Ramadan tahun berikutnya.
👉 Pada zaman pemerintahan Kerajaan Saud, Kaabah mengalami 2 kali pembaikan iaitu:
○ Pertama Ketika pemerintahan Raja Saud bin Abd Aziz pada 1377 Hijrah/1956 Masihi kerana berlaku keretakan di beberapa bahagian dinding dan bumbung Kaabah. Baginda memerintahkan supaya pembaikan dilakukan.
○ Kedua, pada zaman pemerintahan Raja Fahd bin Abd Aziz. Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan akibat binaannya yang terlalu lama sejak zaman Sultan Murad IV. Lantaran, pada 1417 Hijrah bersamaan Tahun 1996 Masihi tuanku memerintah pembaikan dilaksanakan.
Kaabah mendapat perhatian pemerintah Islam sepanjang zaman kerana pembinaannya semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Ini dipaparkan dalam doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika mereka membina Kaabah.

No comments:

Post a Comment