Monday 2 September 2013

Musafir Dalam Ibadat Haji & Umrah

Sebelum bermusafir untuk mengerjakan Haji bakal jemaah Haji hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
  1. 1. Kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa-dosa.
  2. Mengembalikan hak-hak dan apa yang diambil secara zalim kepada tuan-tuanya.
  3. Jaminan perbelanjaan Haji dari rezeki yang halal lagi baik.
  4. Mempunyai teman yang solih cintakan kepada kebaikan dan boleh membantunya.
  5. Berjanji untuk:
  • Tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya.
  • Tetap berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w.
  • Ikhlas mengerjakan Haji kerana Allah Taala dan tujuan serta niat hendaklah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
  • Memberi penumpuan semata-mata untuk beribadat.
  • Tidak berbantah, bergaduh, bertengkar dan sibuk dengan orang ramai.


- ADAB-ADAB BERMUSAFIR

1. Niat musafir kerana Allah s.w.t
2. Sunat sebelum memulakan musafir, mandi dengan niat musafir
3. Sunat mendirikan Solat Sunat Musafir sebelum memulakan perjalanan
4. Solat memulakan musafir pada hari Khamis
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w jika ia bermusafir, jarang ia berangkat selain daripada hari Khamis
5. Sunat membawa teman ketika bemusafir
6. Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan supaya mendoakan keselamatan kita ketika musafir

- SOLAT DALAM PERJALANAN

Solat fardhu lima waktu adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap umat Islam. la wajib ditunaikan tanpa mengira tempat dan keadaan.

Bagi setiap Muslim yang berjalan jauh (lebih dari dua marhalah iaitu ukuran jarak bersamaan lebih kurang 90km atau 60 batu) atau disebut sebagai musafir, mereka tetap diiwajibkan menunaikan ibadat solat lima waktu sehari semalam dan tidak boleh ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, Allah s.w.t. memberi beberapa keringanan dan kemudahan kepada mereka untuk menunaikan solat lima waktu berkenaan.

Ada tiga cara selain menunaikannya dengan cara biasa iaitu:

1. Qasar sahaja tanpa jamak

Qasar adalah memendekkan solat yang empai rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) kepada dua rakaat. Perlu diingat, solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

2. Jamak sahaja tanpa qasar

Jamak adalah menghimpunkan solat Zohor dengan solat Asar sama ada dalam waktu Zohor atau Asar dan menghimpunkan Maghrib dengan Isyak sama ada dalam waktu Maghrib atau Isyak. Jika dijamak dalam waktu Zohor, ia dinamakan jamak taqdim (himpun awal), dan jika dijamakkan dalam waktu Asar dinamakan jamak taakhir (himpun akhir). Begitu juga jika dijamak dalam waktu Maghrib, ia dinamakan jamak taqdim manakala jika dijamakkan dalam waktu Isyak dinamakan jamak taakhir.

PERHATIAN
Solat fardhu yang tidak boleh dijamakkan ialah solat Asar dengan solat Maghrib, solat Isyak dengan solat Subuh dan solat Subuh dengan solat Zohor.

3. Solat qasar dan jamak serentak

Contohnya melakukan solat Zohor (2 rakaat) dan solat Asar (2 rakaat) dalam satu waktu sama ada jamak taqdim atau jamak laakhir.

NOTA
Permulaan musafir dikira setelah seseorang itu keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, sempadan kota atau kawasan yang sudah tiada bangunan lagi. Musafir dikira berakhir apabila dia memasuki semula kawasan permulaan musafir tadi.


- JARAK PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT QASAR
Jarak perjalanan yang mengharuskan seseorang melaksanakan solat qasar adalah dua marhalah bersumberkan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi:-



Maksudnya :-
Pernah seketika Ibnu Umar dan Ibnu Abbas mengqasarkan solatnya dan berbuka di dalam perjalanan sejauh empat burud iaitu enam belas farsakh (dua marhalah). -Riwayat Al-Bukhari.

Ukuran kadar jauh yang diistilahkan dengan dua marhalah itu ialah jarak di antara rumah/tempat tinggal seseorang dengan tempat yang dia pergi. Adapun mengikut ukuran zaman sekarang ada beberapa pendapat antaranya:-

1. Pendapat Syeikh Abd Rahman Al-Jazaa iri di dalam kitabnya "Al-Fiqhu A'la Ai-Mazahib Al-Arbaa'h" dinyatakan bahawa enam belas farsakh atau dua marhalah itu jaraknya ialah 81km.

2. Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya "Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh" menyebut bahawa ukuran dua marhalah itu adalah bersamaan dengan 89km.

3. Ada pendapat lain juga yang mengatakan jaraknya adalah bersamaan dengan 100km dan ada juga yang mengatakan 90km.

Kesimpulannya, daripada gambaran di atas dapat disimpulkan bahawa kadar perjalanan yang diharuskan solat qasar itu mestilah tidak kurang daripada 81 km.

Walau bagaimanapun sebagai jalan selamat adalah lebih baik kita mengambil kira jarak 100km sebagai mengambilkira ada pandangan yang mengatakan jarak dua marhalah itu adalah 100km.


- PERMULAAN DAN TEMPOH MUSAFIR
Syarat-syarat permulaan dan berakhirnya musafir hendaklah dikira mengikut ketelapan berikut:-

1. Perjalanan bermulanya musafir dikira dari perbatasan kampung atau taman perumahan tempat tinggalnya. Jika ia tinggal di kota atau bandar maka dikira dari sempadan atau per¬batasan kota tersebut. Contohnya jika ia tinggal di Kuala Lumpur maka dikira sempadannya adalah dari sempadan Wilayah Persekutuan. Kalau ia tinggal di Kuantan di¬kira daripada sempadan Bandar Kuantan. Begitulah seterusnya. Jika ia tingga! di kawasan yang tiada jalan besar atau pun tiada tanda persempadanan maka permulaan musafimya akan dikira setelah ia melepasi akhir kawasan perumahan kampung tersebut.

2. Sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang jaraknya dua marhalah adalah dikira di dalam musafir dan harus mengerjakan solat qasar atau jamak.

3. Tempoh yang diharuskan seseorang musafir itu harus mengerjakan solat musafir apabila sampai ke destinasi yang dituju adalah tidak melebihi tiga hari penuh (tidak termasuk hari ketibaan dan hari berangkat pulang). Inipun jika sebelum memulakan perjalanan ia berniat umuk bermukim yang tidak melebihi tempoh masa 3 hari. Tetapi setelah tiga hari sekiranya ia mengubah fikiran untuk terus tinggal di situ maka tiada lagi kelonggaran untuk menunaikan solat qasar atau jamak.

BERAKHIRNYA TEMPOH MUSAFIR.
Sesorang yang musafir akan dikira tamat tempoh musafimya yang mengharuskan solat jamak atau qasar di dalam keadaan-keadaan berikut:-

1. Apabila ia kembali ke tempat asalnya atau tempat tinggalnya yang tetap.

2. Apabila orang yang bermusafir itu berniat untuk bermukim atau tinggal tetap di destinasi yang ditujuinya.

3. Apabila orang yang bermusafir telah berada di suatu tempat melebihi daripada tiga hari (selain daripada hari ketibaan). Dalam hal ini apabila seseorang yang musafir berniat hendak tinggal menetap di suatu tempat selama empat hari selain daripada hari ketibaan, ia dikira telah menjadi seorang yang bermukim atau tinggal menetap, maka terputuslah tempoh musafirnya dan hilanglah kemudahan untuk mengerjakan solat qasar atau jamak.


- CARA MELAKSANAKAN SOLAT QASAR DAN JAMAK

1. SOLAT QASAR

Qasar ialah memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat hanyalah solat Zohor, Asar dan Isyak.

Syarat-syarat untuk melaksanakan solat qasar
1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat, Termasuk dalam kategori maksiat adalah musafir seorang wanita yang tiada mendapat keizinan daripada suami.
2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhalah
3. Niat solat qasar semasa takbiratul ihram.
4. Solat yang terdiri daripada 4 rakaat (Zohor, Asar, dan Isyak).
5. Berkekalan musafir (masih dalam musafir) sehingga selesai atau sempurna solat.
6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang solat secara tamam (solat yang sempurna empat rakaat).
7. Mengetahui bahawa orang yang musafir itu diharuskan solat qasar. Seseorang yang ingin melakukan solat qasar sewajamya mendalami ilmu bagaimana untuk melakukannya bukan setakat ikut-ikut sahaja,
8. Perjalanan tertentu arah tujuannya. Sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, solat tidak boleh diqasarkan, Misalnya seseorang bermusafir untuk mencari temannya yang tidak diketahui tempatnya dan berniat akan pulang setelah menemui temannya itu maka tidak harus baginya untuk solat qasar meskipun perjalanannya melebihi 2 marhalah.
9. Solat qasar hanyalah harus dilakukan setelah masuk kawasan yang dikira musafir. Ini bermakna seseorang yang masih belum memulakan perjalanan tidak boleh solat qasar di rumah sebelum berangkat. Imam Syafii mensyaratkan bahawa untuk melakukan solat qasar hendaklah melepasi sempadan kampung halamannya. Contohnya bagi mereka yang tinggal di Melaka harus menjamak dan mengqasarkan solatnya setelah melepasi sempadan Majlis Perbandaran Melaka sebelum meneruskan perjalanannya sama ada ke utara atau selatan.

NOTA
Kalau diikut imam yang sedang melaksana-kan solat tamam (sempurna), wajib di-tamamkan solat kiia. Orang yang solat tamam boleh berimamkan (mengikut) orang yang solat qasar.

2. SOLAT JAMAK

Solat jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu misalnya menghimpunkan solat Zohor dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isyak sama ada jamak taqdim atau jamak taakhir.

Seseorang yang ingin solat jamak (taqdim atau taakhir) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu Zohor (jika ia berhajat untuk menjamak solat Zohor dan Asar) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib (jika ia berhajat untuk menjamak solat Maghrib dan Isyak).

Solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu jamak taqdim dan jamak taakhir.

2.1 JAMAK TAQDIM
Jamak taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan solat yang kedua di dalam waktu pertama seperti solat fardhu Asar dalam waktu Zohor dan solat Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat-syarat solat jamak taqdim:
a) Didahulukan solat yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak, Walau bagaimanapun jika diterbalikkan, sah solat jamak tersebut.

b) Berniat untuk solat jamak dalam solat yang pertama (bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah solat selama ia belum memberi salam). Yang afdalnya ialah ketika dalam takbiratul ihram.

c) Muwalat iaitu berturut-turut antara dua solat yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selang masa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat solat sunat yang ringkas. Sekiranya diselangi oleh iqamah dan mengambil wudhuk, maka jamaknya tidak batal.

d) Berkekalan dalam masa musafir hingga takbiratul ihram solat yang kedua (tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu).

e) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zohor atau Maghrib) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isyak).

NOTA
i. Sekiranya seseorang bermusafir pada hari Jumaat maka harus baginya untuk menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar.

Berikut adalah pendapat sebahagian dari para ulama Syafii mengenai solat jamak Jumaat dengan Asar:

a. Syeikh Zakaria al-Ansari:
"Ini suatu fasal: Pada menyatakan solat jamak antara dua solat. Harus/boleh menjamakkan antara dua Asar (Zohor dan Asar) dan antara dua Maghrib (Maghrib dan Isyak) - secara jamak taqdim (pada waktu pertama) dan secara jamak taakhir (pada waktu kedua). Dan solat Jumaat seperti solat Zohor pada jamak taadim." (lihat Fahtul Wahhab, vol. 1, hal.

b. Syeikh Muhamad al-Khatib al-Syarbini:
"Fasal pada menyatakan jamak antara dua solat. Harus/boleh menjamakkan antara Zohor dan Asar secara taqdim (pada waktu pertama) dan taakhir (pada' waktu kedua). Dan solat Jumaat seperti solat Zohor pada jamak taqdim, sebagaimana yang dinukilkan dari a!-Zarkasyi dan dia mengi'timadkannya seperti jamak' keduanya dengan sebab hujan. Bahkan lebih utama lagi. Dan tidak boleh menjamakkan antara Jumaat dan Asar secara jamak taakhir. Kerana solat Jumaat tidak dapat didatangkan terkemudian dari waktu sebenar-nya." (lihat Mughni al-Muhtaj, vol 1, hal 271 &• 272)
Al-Zarkasyi juga membenarkan melakukan jamak taqdim antara Jumaat dan Asar disebabkan hujan, Bahkan dia mengatakan lebih patut/utama lagi.

c. Dr. Wahbah al-Zuhaili:


"Harus/boleh di sisi jumhur ulama selain Hanafiah menjamakkan antara Zohor dan Asar secara taadim (pada waktu pertama), dan taakhir (pada waktu kedua). Dan solat Jumaat seperti solat Zohor pada jamak taqdim." (al-Feqh al-lslami Wa Adillatuh, vol 2, ha! 349)

ii. Dalam hal solat jamak taqdim ini. sekiranya solal jamak taqdim telah selesai dikerjakan maka tidak perlu lagi mengulangi solat yang kedua, sebaik sahaja tiba kembali ke kampung halamannya walaupun waktu masih ada. Misalnya seseorang yang bermusafir daripada Johor Baharu ke kampung halamannya di Kuala Lumpur lalu ia mengerjakan solat jamak taqdim fardhu Zohor dengan Asar di Melaka. Selepas selesai solat ia meneruskan perjalanannya ke Kuala Lumpur dan sampai di dalam waktu Asar yang masih berbaki, maka ia tidaklah perlu mengulangi solat Asarnya.


2.2. JAMAK TAAKHIR

Jamak taakhir eninya mengumpul solat yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti sola! Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan solat Maghrib di dalam waktu Isyak.

Syarat-syarat solat jamak taakhir:

a. Hendaklah berniat jamak taakhir dalam waktu yang pertama (Zohor atau Maghrib) seperti hendak taakhirkan solat fardhu Zohor ke waktu Asar atau taakhirkan solat Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor aTau Maghrib hinggalah berakhirnya waklu berkenaan. Apabila masuk sahaja waktu solat Zohor atau Maghrib hendaklah kita memasang niat untuk mentaakhirkannya pada waktu Asar atau Isyak.

b. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

NOTAi. Tidak boleh jamak (taqdim atau taakhir ) solat fardhu Asar dengan Maghrib atau sebaliknya. Fardhu Isyak dengan fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak solat fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya. Yang dijamakkan ialah Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja

ii. Solat jamak taakhir ini tidak disyaratkan tertib (yang mana dahulu dan yang mana kemudian). Oleh itu, apabila tiba masanya untuk mengerjakan solat jamak taakhir, maka bolehlah didahulukan mana-mana solat yang kita sukai. Walau bagaimanapun adalah lebih baiknya kita mendirikan solat Asar lebih dahulu daripada Zohor dan Isyak lebih dahulu daripada Maghrib.
 LAFAZ DAN NIAT SOLAT
Lafaz dan niat solat qasar sahaja (tanpa jamak)


a. Fardhu Zohor


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Taala.

b. Fardhu Asar


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar. tunai kerana Allah Taala.

c. Fardhu Isyak


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Taala.


Lafaz niat sotat jamak sahaja (tanpa qasar)

a. Jamak taqdim - fardhu Zohor


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Asar, jamak taadim tunai kerana Allah Taala,

b. Jamak taqdim - fardhu Asar


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Zohor, jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

c. Jamak taqdim - fardhu Maghrib


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiag rakaat dijamakkan kepada fardhu Isyak, jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

d. Jamak taqdim - fardhu Isyak


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Maghrib, jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

e. Jamak taakhir - fardhu Zohor


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Asar jamak taakhir tunai kerana Allah Taala,

f. Jamak taakhir - fardhu Asar


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Zohor jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

g. Jamak taakhir - fardhu Maghrib


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada fardhu Isyak jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

h. Jamak taakhir - fardhu Isyak


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaal dijamakkan kepada fardhu Maghrib jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.



Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim serta Qasar.
a. Jamak taqdim serta qasar - fardhu Zohor

Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dijamakkan kepada fardhu Asar jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

b. Jamak taqdim serta qasar - fardhu Asar


Maksudnya--
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar dijamakkan kepada Zohor jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

c. Jamak taqdim (tiada qasar-fardhu Maghrib)


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan kepada Isyak jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

d. Jamak taqdim serta qasar - fardhu Isyak


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar dijamakkan kepada Maghrib jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.


Lafaz Niat Solat Jamak Taakhir serta Qasar

a. Jamak taakhir dan qasar - fardhu Zohor


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dijamakkan kepada Asar jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

b. Jamak taakhir dan qasar - fardhu Asar


Maksudnya;-
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar dijamakkan kepada Zohor jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

c. Jamak taakhir dan qasar - fardhu Maghrib


Maksudnya;-
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

d. Jamak taakhir dan qasar - fardhu Isyak


Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar dijamakkan kepada Maghrib jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

1 comment:

  1. apakah 3 kelebihan solat qasar dan jamak bagi jemaah yang pergi menunaikan haji?

    ReplyDelete