Wednesday 11 September 2013

Ganjaran besar dari Allah Sekiranya meninggal ketika dalam haji atau umrah


Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud:
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Barangsiapa memulakan satu perjalanan untuk menunaikan haji dan meninggal di perjalanan, kepadanya akan dituliskan satu ganjaran haji sehinggalah ke hari kiamat; dan barangsiapa memulakan perjalanan untuk mengerjakan umrah dan meninggal dunia di perjalanan, kepadanya akan dituliskan ganjaran daripada “Muktamir” sehinggalah ke hari kiamatl dan barangsiapa memulakan perjalanan untuk berjuang ke jalan Allah dan meninggal dunia di tengah perjalanan, kepadanya akan ditulis dengan ganjaran seorang Mujahid sehinggalah ke Hari Kiamat.” (HR. Abu Ya’la)
Demikianlah besarnya ganjaran bagi yang mengerjakan ibadah Haji. Kita lihat lagi dua hadith mengenai perkara ini. Di dalam Targhib kita dapati:”Bila seorang yang memulakan langkah untuk menunaikan haji atau umrah dan meninggal di dalam perjalanannya, dia tidak akan dibawa (ke hadapan Allah untuk diadili) juga tidak akan dihisab ke atasnya. Akan dikatakan kepadanya:”Masuklah ke dalam syurga.”(Targhib)
Di dalam hadith yang lain dikatakan:Rumah Allah (Baitullah) adalah salah satu daripada rukun-rukun Islam.”Barangsiapa memulakan langkah daripada rumahnya untuk menunaikan haji atau umrah dan meninggal dunia di dalam perjalanan, maka akan memasuki syurga; dan barangsiapa kembali setelah melakukannya, akan kembali dengan ganjaran yang besar dan kekayaan.” Kekayaan di sini dimaksudkan bahawa di dalam dunia ini dia akan dibayar kembali daripada apa yang telah dibelanjakannya. (Lihat perbincangan di dalam hadith Ibadah Haji terhindar dari kemiskinan)
Di dalam sebuah hadith dinyatakan:”Barangsiapa yang meninggal dunia di dalam perjalanannya ke Makkah untuk menunaikan haji atau semasa perjalanan kembali, tidak akan diadili, juga tidak akan dihisab.”(Targhib)
Di dalam sebuah hadith dinyatakan:”Barangsiapa meninggal dunia di dalam perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah, tidak akan diadili juga tidak akan dihisab. Dia akan terus masuk syurga.” (Kanz)
Di dalam sebuah hadith dinyatakan:”Cara yang terbaik untuk seseorang itu mati ialah kematian atas menyempurnakan hajinya atau selepas berpuasa bulan ramadhan.”(Kanz) Daripada mana-mana kematian daripada salah satu ini, dia mati dengan kebersihan daripada dosa.
Di dalam sebuah hadith dinyatakan:”Barangsiapa meninggal semasa ihram, akan bangkit daripada kuburnya pada hari Kiamat dengan menyebut Labbaik.”

No comments:

Post a Comment