Wednesday 4 September 2013

Sulaman ayat suci Al-quran pada Kiswah Ka'abah (Kelambu Kaabah)






































Bahagian di pintu Ka'bah ,Surah Al-Baqarah ayat 125,125,127 dan 128
(Rukun ini terpenting sekali, kerana ia tempat permulaan dan kesudahan tawaf. Dinamakan Rukun Hajar Aswad ialah kerana pada sudut ini terletak Hajar Aswad. Sudut ini menghala ke timur.)


 

 
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

 
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Ringkasan 
1.  “Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebagian dan maqam Ibrahim sebagai tempat shalat.” (QS Al- Baqarah: 125). 
2. “Dan telah Kami perinntahkan kepada Ibrahim dan Ismail, Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf yang i’tikaf yang ruku’ dan yang sujud..” (QS Al- Baqarah :125)
3.  “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan dasar- dasar (pondasi) Baitullah beserta Ismail (seraya berdoa), "Ya Tuhan kami terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS Al- Baqarah 2:127)
 4.  “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau, dan (jadikanlah) di antara anak-cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penenma Taubat lagi Maha Penyayang..” (QS Al- Baqarah :125.)

Di bahagian Rukun Yamani atau sebelah Hajarul Aswad ( kanan ) Surah Ali-Imran ayat 95,96,97
( Dinamakan Rukun Yamani ialah kerana sudut ini menghala ke negeri Yaman.
Walaupun Rukun Yamani sudut yang keempat, bukanlah ia bererti garis akhir bagi
tawaf. Garis akhir bagi tawaf ialah di Rukun Hajar (pastikan telah melintasi garis
tanda permula tawaf, akan lebih yakin lagi kalau sampai ke Maqam Ibrahim) Sudut ini
menghala ke selatan.)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. 
 
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.


Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. 

Ringkasan

1. “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah, "Benarlah (apa yang difirmankan) Allah. Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS Ali Imran :95). 
  
 2.  “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah (Baitullah) yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.” (QS Ali Imran :96).

 3. “Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (diantaranya ialah) maqam Ibrahim. Barangsinpa memasukinya (Baitullah itu) maka amanlah dia..” (QS Ali lmran :97).

  4. “Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang mampu mengadakan perjalanan kepadanya (Baitullah). Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dan semesta alam..” (QS Ali Imran :97).

  Di bahagian Rukun Iraqi atau bertentangan dengan pintu Ka'bah ( kiri ) Surah Hajj ayat 26,27,28 
(Dinamakan Rukun Iraqi ialah kerana sudut ini menghala ke negeri Iraq. Di antara
Rukun Hajar Aswad dan Rukun Iraqi, terletak Multazam, Pintu Ka’bah dan Maqam
Ibrahim. Di antara kedua rukun inilah dikatakan muka Ka’bah. Di Maqam Ibrahim
terdapat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim. Sudut ini menghala ke utara)


Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).


"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.


"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. 

Ringkasan
1. “Dengan natna Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan (ingatlah) 
ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan), "janganlah kamu memperserikatkan sesuatupun dengan Aku dan sucikanlah nimah-Ku ini bagi orang-orang yang thawaf, orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku' dan sujud..” (QS Al-Hajj :26).
2. “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” (QS Al-Hajj :27).
 3. “Supaya mereka menyaksikan berbagai manfa'at bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya.” (QS Al- Hajj :28).
4. “Dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang- orang yang sengsara lagi fakir. Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka, dan hendaklah mereka melakukan thawaf di sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah).” (QS Al-Hajj :28-29).
Dan akhir sekali di Bahagian Rukun Syami atau di Hijir Ismail, Surah Al-Baqarah ayat 197,198,199
( Dinamakan Rukun Syami ialah kerana sudut ini menghala ke negeri Syam. Di antara
Rukun Iraqi dan Rukun Syami, terletak Mizab (Pancuran Emas) dan Hijir Ismail
(satu binaan seperti pagar dan melengkong separuh bulatan). Hijir Ismail ialah
sebahagian dari Ka’bah, dari itu tidak sah tawaf di dalamnya. Sudut ini menghala ke
barat.)



(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). 
 
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. 
 
Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Ringkasan
1. “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Musim haji itu ialah beberapa bulan yang diketahui barang siapa yang menetapkan umatnya dalam bulan itu untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan selama mengerjakan haji itu..” (QS Al- Baqarah :197)  

2.  “Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, Allah Maha Mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik  bekal adalah taqwa. Dan bertaqwalah kepada-K u hai orang-orang  yang berakal .” (QS. Al- Baqarah :197).

3. “Tidak ada dosa bagimu mencari karunia (rezki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, maka berzikirlah kepada Allah di Masy'aril Haram..” (QS Al- Baqarah :198).

 4.  “Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang -orang yang sesat. Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah..” (QS Al-Baqarah :198-199).


No comments:

Post a Comment