Thursday 3 October 2019

Jabal Rahmah




Jabal Rahmah
Jabal Rahmah adalah berbeza dengan Jabal Rummah. Jabal Rahmah terletak di Arafah manakala Jabal Rummah (Bukit Pemanah - terletak di Uhud,Madinah.
Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Tinggi tugu tersebut lebih kurang 8-10 meter. Untuk sampai ke tempat itu atau tugu itu, jaraknya hanya 150 meter dari kaki bukit. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak itu adalah diantara 5-10minit untuk mendakinya.
Pada musim haji, semasa hari wukuf bukit ini kelihatan putih dan dipenuhi oleh jemaah haji yang memanjat Bukit ini semasa waktu wukuf di Arafah.

No comments:

Post a Comment