Monday 2 July 2018

JADUAL RAUDHAH DIBUKA (UNTUK WANITA)

(1) PEKA & TAHU JADUAL RAUDHAH DIBUKA (UNTUK WANITA)

Raudhah dibuka untuk kaum wanita hanya pada waktu selepas solat Subuh, Zohor & Isyak. Manakala bagi kaum lelaki, bebas nak masuk bila-bila masa selain dari waktu itu.

* Sesi pagi (selain hari Jumaat) : pukul 6.30 pagi - 9.00 pagi
* Sesi pagi (hari Jumaat sahaja) : pukul 6.30 pagi - 8.00 pagi
* Sesi malam : pukul 8.30 malam - 11.00 malam
** Sesi selepas Zohor tu sis tak tahu pukul berapa. Sebab tak pernah pergi ke Raudhah time tu :)

(2) PINTU MASUK KHAS WANITA 

Pintu 25 memang pintu masuk ke perkarangan masjid, betul-betul menuju ke pintu masuk bagi kaum wanita. Pastu kat pintu besar tu macam biasa lah, ada spot check sebelum masuk dalam masjid. Polis Arab nak check dalam handbag kita ada apa. Monopod dilarang tau! So kepada sesiapa yang kaki selfie tu, jangan bawak masuk pulak tongkat ajaib korang tu. Kemudian bila dah masuk dalam masjid, nanti akan jumpa ada lagi satu pintu tabir khas laluan wanita masuk ke Raudhah. Jalan je ikut lorong tu, sampailah tiba ke Raudhah nanti.
Nombor 25 besar terpampang di pintu utama untuk masuk ke perkarangan masjid


Haaa ni barulah pintu masuk wanita ke dalam masjid yang sebenar

No comments:

Post a Comment