Sunday 6 August 2017

Tips Menjelang Hari Wukuf Haji 1438H

Tips Menjelang Hari Wukuf Haji 1438H
Saya ingin kongsi kan sedikit tips buat jemaah Haji yang berangkat lebih awal akan melalui fasa-fasa yang sedikit panjang berada di Madinah & Makkah sebelum menjelang Hari Wukuf Arafah dijadualkan pada 31 Ogos 2017 / 09 Zulhijjah 1438H.Para jemaah Haji akan bertolak ke Masyaer sehari lebih awal iaitu 08 Zulhijjah 1438H.Jarak Maktab Penempatan Hotel Tabung Haji di Makkah sedikit jauh untuk ke Masjidil Haram. Antara pesanan-pesanan saya buat Mak mertua & ahli keluarga semasa di Kompleks Tabung Haji tempoh hari supaya,
1. Laksanakan Umrah Wajib.Cuba elakkan untuk buat ibadah umrah sunat / badal umrah terlalu banyak.Stamina perlu dikekalkan pada tahap optimum ketika 4 hari ibadah Haji berturut-turut. Itu lebih utama.
2. Tawaf SunatJika ada kesempatan, boleh lebihkan tawaf sunat sebelum masuk waktu solat fardhu atau selepas solat. Adalah lebih baik untuk tawaf sunat berbanding umrah sunat berkali-kali.
3. Solat Fardhu BerjemaahCuacaT di Makkah ketika ini sudah mencecah 50C pada waktu tengah hari, di penghujung hari menjelang Wukuf di Arafah kurangkan perjalanan ke Masjidil Haram untuk solat Zohor & Asar.Bertolak ke Masjidil Haram selepas Asar kira-kira satu / dua jam sebelum waktu Maghrib dan terus lah iktikaf di Masjid dengan membaca Al Quran, berzikir, solat sunat & rehat sementara menunggu Isyak.Pulang semula ke hotel untuk makan malam selepas solat Isyak, atau sambung iktikaf sehingga usai solat Subuh & waktu dhuha.Berehat lah di bilik selepas waktu berkenaan, Zohor & Asar solat berjemaah di maktab penginapan.Jangan paksa diri, ikut kemampuan & ketahanan fizikal. Sesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang panas, kering & berdebu.
4. Fokus untuk Hari WukufAmbil masa 3-5 hari sebelum bertolak ke Arafah / Mudzalifah / Mina untuk perbanyakkan rehat & kurangkan aktiviti-aktiviti luar ke Masjid pada waktu siang. Simpan & kumpul tenaga, supaya dapat digunakan sebaiknya untuk melaksanakan setiap rukun haji.Jarak perjalanan dari maktab di Arafah untuk ke Mudzalifah & melontar di Jamarat memerlukan kudrat fizikal serta kesabaran pada tahap paling besar. Disini lah ujian & dugaan bakal menguji keimanan para duyufurRahman Allah.Kelengkapan khemah di Mina serta kemudahan fasiliti yang terhad akan menggugat keupayaan para jemaah untuk bersikap tolak ansur.Istighfar, istighfar, istighfar & SABAR.Hari pertama Wukuf di Arafah kita amat kuat & bersemangat, namun emosi saya luntur pada hari kedua kerana jarak untuk berjalan kaki yang jauh apatah lagi ketika itu perlu kan stamina & toleransi antara kami suami isteri untuk mendukung Medina.
5. Jaga KesihatanAmbil ubat-ubatan ikut jadual yang telah ditetapkan, supplement / vitamin untuk kekal cergas & bertenaga. Anggota yang paling banyak digunakan adalah kedua-dua belah kaki yang dianugerahkan Allah. Maka jaga lah kesihatan tubuh badan.Jangan abaikan rutin makanan berat yang telah disediakan oleh pihak Tabung Haji. Jamah untuk mengalas perut.Sentiasa positif dengan fikiran terbuka. Usah merungut hotel TH jauh atau sebagainya. Ia adalah satu nikmat & hikmah, pasti akan menjadi kenangan paling manis hingga hujung usia.Berjalan beramai-ramai, berduyun-duyun mengejar waktu solat berjemaah ke Masjid berhimpun bersama jemaah Haji seluruh dunia pasti tidak terasa jauhnya langkah ke Masjidil Haram.
6. Peka Keadaan SekelilingPasti kan ikut jadual & program yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Di setiap penempatan ada disediakan tag nombor maktab / nama hotel, ambil & simpan dalam bag agar memudahkan pencarian hotel penginapan andai tersasar arah ketika keluar dari pintu-pintu berbeza di Masjidil Haram.Usah panik, polis-polis bantuan Arab Saudi berada hampir di setiap penjuru sekitar Masjidil Haram sentiasa akan membantu para jemaah. Pihak Tabung Haji juga turut menyediakan pegawai-pegawai rondaan.
7. Keselamatan DiriBawa wang saku sekadar minimum, simpan di ruangan-ruangan poket dalam baju adalah lebih selamat.Jaga barangan peribadi seperti telefon bimbit, gunakan sling-bag yang telah disediakan oleh pihak TH bagi memudahkan pengenalan kumpulan jemaah mengikut agensi & negara.Banyak kes-kes kecurian berlaku di luar dataran & di dalam Masjidil Haram / Masjid Nabawi. Sentiasa berhati-hati & berwaspada.Elakkan membawa handbag jenis Tote yang berfesyen atau bagpack terlalu besar ke Masjid. Tidak bersesuaian dengan keadaan jemaah yang begitu ramai & padat, bag besar biasanya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Masjid. Sebaiknya guna kan lah sling-bag yang telah diberikan oleh Tabung Haji lebih praktikal.
8. Disiplin & SabarJemaah Haji Malaysia antara jemaah yang paling berhemah, berdisiplin & tahap kesabaran yang membanggakan.Usah terikut-ikut dengan nafsu amarah & hasutan syaitan jika dihimpit, ditolak, disiku, dirempuh ketika tawaf / saei, apatah lagi dilangkah oleh jemaah berebut saf solat. Ini adalah budaya & tingkah laku biasa jemaah dari negara lain.Kemudahan & pengurusan perkhidmatan terbaik pastinya akan diberikan oleh pihak Tabung Haji dan travel agensi walaupun tidak sempurna sepenuhnya.Jaga lidah, jaga mata, jaga telinga, tapi kita seringkali terlepas pandang untuk jaga HATI dari berkata-kata.Hati terdetik, hati mencaci menghina. Malah hari ini jari yang "pekak & bisu" lebih tajam bicaranya di Facebook. Ibadah yang kita kejar akan menjadi sia-sia, RUGI.
9. Doa senjata UtamaBerdoa & mohon lah pada Allah SWT. Pada waktu & peluang yang telah Allah beri kan ini manfaatkan sebaiknya agar dipermudahkan setiap urusan, dikurnia kesihatan yang baik & berpanjangan, dimakbulkan setiap hajat & impian mengejar Haji yang Mabrur. InshaAllah.Nota Gambar:Berada di Arafah untuk Wukuf dibimbing oleh Ustaz Abdullah. Walaupun ada penempatan maktab Haji No. 94, saya memilih untuk berada di kawasan lapang berteduh disebalik redup pokok.Pengalaman Haji saya 1437H sedikit berbeza berbanding jemaah-jemaah Muasasah yang lain, dari segi faktor usia serta jarak perjalanan sepanjang melaksanakan rukun ibadah Haji.

No comments:

Post a Comment