Friday 10 June 2016

SOLAT SUNAT SUBUH (FAJAR)



Solat Fajar

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.

Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)
Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)
“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)

Niat solat :

اُصَلِّى سُنَّةَ الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ

Sahaja aku solat sunat fajar dua raka`at kerana Allah Ta`ala

-- atau --


اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ

Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua raka`at kerana Allah Ta`ala 

 

Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88). 

Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh. 

Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).


Waktunya

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah, menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulullah (S.A.W) ada dia ketika diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, baginda solat dua rakaat solat sunat yang ringkas (atau diringkaskan) sebelum mendirikan solat Subuh).) [Hadith Muslim] 
Nota: Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh (solat rawatib) itu dikerjakan secara ringkas, yakni tidaklah membaca surah-surah yang panjang, memadai surah-surah pendek supaya segera selesai. Namun ketertibannya dijaga, seperti cukup tamakninahnya dalam setiap rukunnya.] 


Sentiasa Diperhatikan Supaya Tidak Tetinggal

Diriwayatkan hadith dari Ubaidi b. Umairin, hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Nabi (S.A.W) tidak ada atas sesuatu dari solat sunat yang lebih tersangat menjaga darinya (oleh Rasulullah (S.A.W)) atas dua rakaat sebelum solat Subuh.’ [Hadith Muslim] 

[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (S.A.W) sangat menjaga solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini – tidak diremehkan atau ditinggalkannya. Ini menunjukkan betapa utamanya solat sunat rawatib ini.] 


Pahalanya 

Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (S.A.W) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat] 

[Nota: Jelaslah mengapa dalam hadith sebelum ini Aisyah (r.a) memberitahu bahawa Rasulullah (S.A.W) dalam hayatnya sentiasa memastikan bahawa dia tidak terlupa atau tertinggal mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini. Kerana pahala mengerjakannya hanya rakaat lebih utama pada Allah (S.W.T) dari nilai dunia dan segala yang ada di permukaaan dan di dalam perut dunia. Rugilah orang yang tahu (atau, diberitahu) begitu besar ganjaran pahalanya, tidak mengerjakannya. Bersolat setakat 3 minit dapat ganjaran dividen akhirat yang amat besar!] 

Niat


 "Sahaja aku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur/Asar/Isyak/Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala."

Surah-surahnya 

Diriwayatkan oleh Marwan b ibnu Mua’wiyah hadith dari Yazid, iaitu Ibnu Kasyana hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah (S.A.W) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul ya aiyuhalla kafiruna’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat] 
[Nota: Jelaslah dalam hadith ini ada surah yang khusus untuk solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh – Surah al-Kafirun (pada rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (pada rakaat ke-2). Hadith ini bukanlah mentapkan bahawa hanya dua surah ini sahaja dibaca dan tidak boleh surah-surah lain, tapi, kalau kita baca dua surah sedemikian ini, kita mencontohi Rasulullah (S.A.W), maka pasti mendapat pahala sunahnya, selain pahala mengerjakannya.]


p/s : Jika solat sunat sebelum fajar ini menjadi rutin, kita akan berasa janggal sekiranya tertinggal disebabkan bangun lewat untuk mengerjakannya.
Solusinya, boleh qada' solat sunat subuh ini selepas mengerjakan solat sunat Dhuha.

No comments:

Post a Comment