Monday 29 April 2013

PENGERTIAN UMRAH DAN KELEBIHAN MENGERJAKAN IBADAT UMRAH

/
UMRAH (bahasa Arab: عمرة)
 adalah salah satu kegiatan ibadah dalam agama Islam. Hampir mirip dengan ibadah haji, ibadah ini dilaksanakan dengan cara melakukan beberapa ritual ibadah di kota suci Makkah, khususnya di Masjidil Haram.
Pengertian umrah pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) kerana mengerjakan tawaf, sa’ei dan bertahalul (bercukur/bergunting) dalam keadaan berihram setelah bermiqat iaitu menurut syarat-syarat dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya.
 Perbezaan umrah dengan haji adalah pada waktu dan tempat. Umrah dapat dilaksanakan setiap hari, setiap bulan, setiap tahun dan hanya di Makkah, sedangkan haji hanya dapat dilaksanakan pada beberapa waktu
diantara 8 Dzulhijjah hingga 12 Dzulhijjah serta dilaksanakan sampai ke luar kota Makkah.Terdapat beberapa jenis umrah, yang umum adalah umrah yang digabungkan dengan pelaksanaan haji seperti pada haji tamattu, ada pula umrah yang tidak terkait dengan haji. Umrah Mufradah ( Umrah Terpisah dari Haji),Umrah Tamattu‘ (Dalam Waktu Musim Haji),Umrah Sunat (Selain daripada di atas)
RUKUN
 bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan Umrah kita SAH. Sekiranya tertinggal walaupun satu rukun, atau tidak dilakukan mengikut syarat-syarat yang sepatutnya, maka Umrah itu tidak sah dan jemaah masih lagi dalam ihram dan wajib mematuhi segala larangan ihram walaupun telah kembali ke tanah air. Oleh itu Rukun Umrah adalah teramat penting untuk dijaga atau diperhatikan.Rukun umrah ada 5
 1. Niat & Ihram Umrah
2. Tawaf Kaabah 7 pusingan
3. Sa’ei antara Bukit Safa dan Bukit Marwah
4. Tahalul : Bercukur atau Bergunting Rambut Kepala
 5. Tertib.
 WAJIB UMRAH WAJIB 
bermaksud pekerjaan yang WAJIB dilakukan
 SESUDAH BERNIAT IHRAM UMRAH.
 Jika tidak dilakukan sama ada sengaja atau terlupa, umrah itu tetap sah tetapi dikenakan DAM.
 Jika sengaja meninggalkan perkara wajib umrah maka hukumnya berdosa. Jika tidak sengaja, tidak berdosa
.Perlu dibezakan antara
 RUKUN UMRAH dengan WAJIB UMRAH.

 - RUKUN UMRAH:
sekiranya tidak dilakukan mana-mana satu daripadanya sama ada sengaja atau tidak sengaja, maka umrahnya tidak sah.
- WAJIB UMRAH:
 jika tidak dilaksanakan sah umrah tersebut.
WAJIB UMRAH
ada 2 iaitu:
 1. Berniat ihram di MIQAT
2. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa berihram (Menjaga pantang larang ihram).






1. NIAT UMRAH ( RUKUN ) / NIAT IHRAM DI MIQAT
Sebelum berniat ihram Umrah di Miqat, sebaiknya hendaklah menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram. Untuk
 MANDI SUNAT IHRAM,
: ” Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta’ala “ Seterusnya
SUNAT IHRAM. Lafaz niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Ta’ala “ Pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua pula bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas. Niat ihram Umrah sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan sebelum melewati/ melintasi sempadan Miqat.
LAFAZ NIAT IHRAM:
 ” Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala “
JAGA PANTANG LARANG HARUS DI INGAT: Sebaik sahaja berniat ihram, seseorang itu telah terikat dengan  PANTANG LARANG DALAM IHRAM. Jika melanggar pantang-larang semasa dalam ihram, seseorang itu hendaklah membayar dam. Setelah itu eloklah membanyakkan bacaan talbiah disepanjang perjalanan hingga sampai ke Masjidil Haram untuk mengerjakan rukun-rukun Umrah selanjutnya
.
Bacaan Talbiah :
Labbaikkallah humma Labbbaik, Labbaikala syari kala kalabbaik Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk Laa syari kalah
2. TAWAF ( RUKUN ) Pengertian Tawaf : Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.
 ” Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta’ala

 “ ( NOTA : – Tawaf Umrah dan Sai’e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai’e kerana hukumnya adalah sunat. )
&nbsp Mulakan Tawaf dengan ISTILAM dan lafaz :
“Bismillahi Allahu Akbar,
 Walillahil Hamd” 3X Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti’lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :
 ” Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina ‘azaabannar, wa adkhilnal jannata ma ‘al-abraar. Ya ‘aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin “ Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doa-doa. Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai’e,maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh dilakukan maka lakukan Tawaf dan Saiee tanpa apa-apa bacaan. Membaca doa semasa Tawaf dan Sai’e adalah amalan sunat sahaja.
3. SA’EI ( RUKUN )
Pengertian Sa’ei : Sa’ei adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah. Setelah selesai tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sa’ei. Setelah sampai di Bukit Safa   ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap Baitullah (Kaabah ) dan sunat berniat untuk melakukan Sa’ei Umrah dengan niat :
” Ya Allah!. Aku hendak Sa’ei antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai’e umrah kerana Allah Ta’ala “ Angkatlah kedua-dua belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir : “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.” Setelah itu berjalanlah menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sa’ei jika berkemampuan. Apabila sampai di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat bagi lelaki berlari-lari anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca doa yang bermaksud :
” Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah “ Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambai-lambai serta bertakbir:
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.”
 Ini bererti telah sempurnalah sekali sa’ei. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa Sa’ei yang kedua dan doa-doa yang lain ( jika termampu ).
  4. BERCUKUR / BERGUNTING / TAHALLUL (RUKUN)
Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita hanya bergunting sahaja. Manakala mereka yang tidak mempunyai rambut, sunat baginya melalukan mata pisau di kepalanya. Seseorang individu muslim yang sedar akan kepentingan rukun Islam, pasti mengimpikan ibadah haji sebagai pelengkap ke-Islam-annya … Namun begitu, perjalanan mengerjakan haji amat memerlukan kos yang tidak sedikit dan hanya mereka yang melepasi syarat-syarat wajib haji sahaja boleh mengerjakan ibadah haji. Salah satu diantaranya adalah mereka yang mampu dari sudut ekonomi ... menyebut tentang ekonomi, maka ramailah yang memilih umrah atas faktor perbelanjaan yang murah. Walaubagaimanapun, haji mahupun umrah kedua-duanya tetap ibadah yang hampir serupa dan wang bukanlah faktor penghalang utama untuk kita terus beribadah kepada Allah S.W.T … betulkan?? :)  Ibadah umrah sering dikatakan sebagai haji kecil. Dikerjakan dalam waktu yang tidak terbatas yakni tidak seperti ibadah haji yang harus dikerjakan pada bulan haji, ibadah umrah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari Arafah dan hari Tasyrik yang mana hukumnya adalah makruh tahrim ( yakni hampir kepada hukum haram mengerjakannya).hari Tasyrik yang mana hukumnya adalah makruh tahrim ( yakni hampir kepada hukum haram mengerjakannya).






Seperti ibadah lainnya, umrah juga memiliki kelebihan-kelebihan tertentu iaitu :
  1. Orang yang melaksanakan umrah adalah tetamu Allah S.W.T yang dihormati.
  2. Setiap ibadah yang kita lakukan semasa umrah ada penghapusan dosa
  3. Umrah membawa ketenangan jiwa dan mengangkat martabat seseorang.
  4. Dengan menjalani ibadah umrah bererti membelanjakan harta di jalan Allah S.W.T, InsyaAllah kelak kita akan mendapat ganti yang lebih baik dari Allah S.W.T.
5. Ibadah umrah melatih kesabaran ketika menghadapi kesulitan.
6. Ibadah umrah sebagai bentuk kesyukuran kita kepada Allah S.W.T.
7. Ibadah umrah menambahkan pengetahuan kita dengan menjejaki tempat-tempat bersejarah dimana berlakunya penyebaran Islam dan lokasi turunnya wahyu Allah S.W.T.

1 comment: