Sunday 28 April 2013

Nasihat-Nasihat Bagi Mereka Yg Bakal Menunaikan Umrah

- Bawa bekalan ubat yg secukupnya. Seperti Panadol Active Fast, Ubat Selsema, Ubat Batuk. Other than that, bawa Multi Vitamin yg kuat. Ni bagi memastikan kita mempunyai kesihatan yg baik semasa kita berada di sana. Kebanyakan aktiviti di Mekah memerlukan fizikal yg kuat.
. - Kalau berpeluang, cuba naik Gua Hira'. Gua ni nampak aja tinggi, tapi kalau kita naik slow2, insya Allah boleh sampai. Kalau remaja umur 20 tahun, 30 minit dah boleh sampai ke atas. Kalau tak larat pun, insya Allah dlm 45 minit boleh sampai ke atas. Kita naik ke Gua Hira' utk kita rasai sendiri macam mana Rasulullah naik ke atas bukit ni utk beruzlah kepada Allah. Dan kita tengok sendiri di mana Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad. Biasanya, kita kena minta mutawif uruskan ziarah tambahan dlm hal ni. Dan mungkin kena bayar dlm 15-20 Riyal seorang. .
- Bila ada di Masjidil Haram, perbanyakkan ibadah tawaf sunat. Kalau boleh, sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Cuba semampu mungkin. Tawaf 7 pusingan mengambil masa dlm 30 minit kalau ramai org. Ibadah paling afdhal di Masjidil Haram adalah Tawaf. Setiap hari akan turun 120 rahmat di Masjidil Haram, 60 rahmat utk org yg bertawaf, 40 rahmat utk org yg bersolat, 20 rahmat utk org yg melihat Kaabah. So, kalau kita tawaf sunat, then solat sunat tawaf, then tengok kaabah. Kita dapat semua rahmat yg Allah janjikan. . - Kalau boleh, cuba semampu mungkin utk berdoa di hadapan Multazam. Multazam adalah tempat antara pintu kaabah sebelah kiri hingga ke Hajarul Aswad. Berdoa di situ banyak2. Berdoa dengan penuh pengharapan, minta Allah kurniakan anak2 yg soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat. . - Kalau boleh, tanya sahabat2 yg ingin kirim doa kepada kita utk kita doakan di hadapan Multazam. Ingat, apabila kita doakan utk sahabat kita atau doa utk org lain, Malaikat akan mendoakan benda yg sama utk kita. Dan yakinlah, doa para malaikat utk kita adalah lebih kuat berbanding doa kita kepada org lain. Jadi, bila kita doakan utk org lain, dlm masa yg sama kita mendoakan diri kita sendiri. So, kita tak rugi di mana pun. . - Apabila tawaf mengelilingi Kaabah, pastikan bahu kiri kita
SENTIASA bertentangan dengan Kaabah. Ramai yg silap dlm hal ni. Para jemaah terlalu fokus utk baca doa di dalam buku sehingga
BAHU MEREKA TERABAI dan ini menyebabkan tawaf mereka tidak sah. Kita tak SEMESTINYA baca doa seperti di dalam buku kalau apa yg kita baca tu kita pun tak faham. Yg lebih afdhal, kita mendoakan dlm hati kita apa yg kita mahu. Doa itu lebih ikhlas dan lebih terasa dan menusuk ke dalam hati. .
 - Di Masjidil Haram, setiap solat yg kita lakukan pahalanya lebih 100,000 kali ganda berbanding dengan solat di masjid-masjid lain. Jadi perbanyakkan lah solat sunat di Masjidil Haram. Kalau dah tak larat nak tawaf dan solat sunat, lihat kaabah pun besar pahalanya. .
- Kalau nak bershopping, lebih baik shopping di Madinah. Di Madinah, barang lebih banyak sebab kedai pun banyak. Di Mekah, kedai banyak jugak. Tapi, tumpukan lebih ibadah di Masjidil Haram kerana ibadah di sini lebih besar pahala. . - Duit kalau nak bawa, cukup lah seorang RM1000. Jumlah wang ni cukup kalau kita tak berboros belanja. Kalau kaki shopping.. Mungkin tak cukup. Kalau suami isteri, bawa dlm RM2k insya Allah cukup. Dan pastikan kita tak bawak semua duit ni ke Masjid semasa menunaikan solat. Sebab, masa sy pi ada kes jemaah bawa duit RM1k dan letak dlm beg galas. Masa solat, dia letak di hadapan tempat sujud, selepas bangun dari sujud beg sandang dia tu dah hilang. Hilang bersama duit RM1k dan IC serta kad-kad bank. Di nasihatkan, duit tinggal dlm beg dlm hotel. Pastikan beg tu berkunci. Duit utk bawa ke masjid sekadarnya. . - IC, Kad Bank, Kad Kredit tak perlu bawa. Lebih baik tinggal di Malaysia. Semasa ke sana, pihak agen akan bagi kita satu kad yg ada gambar kita, no phone hotel kita di Madinah dan Mekah, ini ajalah IC kita di sana. . - Duit tak perlu tukar di Malaysia. Kalau kita tukar duit di Mekah atau Madinah sekarang, lebih tinggi duit yg kita dapat. Rate sekarang RM100 = 114 Riyal. Bila tukar, cek nilai tukaran dua - tiga kedai Money Changer.. Setiap kedai mungkin memberi nilai tukaran yg berbeza. . 12) Kalau menaiki Saudi Airlines, boleh beli Air Zam2 tambahan. Setiap jemaah akan dibekalkan 10 liter Air Zam Zam oleh travel agen. Tapi, kalau kita nak beli sendiri sebagai tambahan, boleh. Tapi, mutawif akan kata tak boleh sebab dia tak mahu kita semua beli Air Zam Zam tambahan. Tapi..... andaikata beli air zam zam tambahan, then kat airport sangkut.. jgn salahkan sy. Sebab sy bawa dan lepas. Alhamdulillah. Tapi jgn citer kat semua jemaah satu group dengan kita, sebab kalau semua org beli air tambahan.. problem nanti di airport. . - Di Mekah, pastikan kita bawa gunting sendiri masa nak bertahlul selepas selesai ibadah Umrah. Kalau kita tak bawa gunting, dan tiba2 ada budak2 dlm umur 15 tahun dtg ke kita dan offer nak gunting rambut kita utk tahlul.. JANGANLAH terima offer diaorg ni. Sebabnya, lepas gunting dia akan minta kita 50 Riyal sebagai upah gunting rambut tadi. Kalau tak, dia haramkan dia gunting tadi dan dia akan kata Umrah kita tak diterima. Perghh.. Jgn terkejut, ada jemaah yg terkena. .
- Kalau nak cium Hajarul Aswad, pergilah secara berkumpulan. Pastikan kita tawaf sunat dan solat sunat. Minta doa Allah permudahkan utk cium Hajarul Aswad ni. Kalau nak lebih mudah, datang awal ke Masjid, dlm sejam sebelum Azan. Dan berbaris, jgn keluar barisan. Insya Allah giliran kita akan sampai. Dan perempuan pun masa tu la nak cium senang sket sebab berebut sama2 perempuan aja. Waktu lain kalau perempuan nak cium, kena berebut dengan lelaki. . - Sebelum pergi ke sana, sembahyang solat sunat taubat dan solat hajat. Minta Allah permudahkan urusan di sana. Dan Allah ampunkan dosa kita... Minta Allah jadikan kita tetamu Istimewa di Masjidil Haram nanti. . 16) Kasut selalu hilang di sana. Kalau tak nak hilang seliper di sana, bawa satu uncang beg kasut dan bawa ke mana2 kita solat dalam Masjid. Kalau boleh, uncang tu warna terang. Senang kita nak cari masa nak ambil. Kalau kita tak bawa uncang dan main letak ajer seliper, niatkan sedekah dlm hati. Kalau hilang, jgn salah sesiapa... . - Dlm masjidil haram, ada satu tempat dlm masjid yg berhawa dingin. Kalau dari luar, kita boleh masuk ikut pintu King Fahd. Kalau dari dlm masjid, kita tengok side yg pintu lampu warna kuning. King Fahd. Kalau tak silap, pintu no 79 @ 80. Boleh la kita selesa sket kalau diri kita tak berapa selesa di tempat lain. Tapi, kekurangan kalau duduk di tempat ni ialah kita tak boleh nampak Kaabah. Kurang lah pahala. .
- Semasa hari Jumaat, utk bersolat Jumaat, pastikan kita datang sekurang2nya SATU jam lebih awal dari waktu solat. Kalau kita datang setengah jam sebelum azan, alamat susahla nak mendapat tempat utk solat. ESPECIALLY PEREMPUAN. Tempat solat perempuan terhad. Lebih baik masuk melalui pintu khas untuk perempuan (kawasan yang ada aircond) supaya bila nak keluar masjid nanti tak perlu bersesak2 dengan lelaki yg lebih ramai drpd waktu biasa. Jadi, kalau masa solat Jumaat, pastikan kita datang awal ke Masjid utk elak sebarang masalah mencari tempat solat. .
 - Semasa solat fardhu 5 waktu, paling elok kita datang awal at least 30 minit sebelum azan. Baru senang nak cari tempat solat yg first class. Dekat dengan Kaabah. Kalau tak, susah la sket. Duduk solat dari jauh aja la jawapan dia. . - Biasanya, kalau pi Solat Maghrib, kita akan terus tunggu sampai waktu Isyak. Antara Maghrib dan Isyak, elok buat tawaf sunat. Walau pun org ramai masa ni, tapi itulah seafdhal-afdhal ibadah. . - Di sana, cuaca agak panas. Jadi, kulit kita akan kering. Bagus kalau kita bawa krim Vaseline. Kat sana pun ada jual jugak. Boleh sapu di bahagian2 kulit yg kering. Terutama kaki kita. .
- Jemaah lelaki, elok kalau bawa at least 2 pasang stokin. Semasa tidak berihram dan bersolat di Masjid, elok pakai stokin supaya... Kalau kita buat ibadah tawaf sunat banyak kali. Tapak kaki kita tak pecah. Tapak kaki sy masa di Mekah agak merekah. Sebab tak pakai stokin. Tapi, jangan pakai stokin pulak masa berihram umrah. .
- Masa di Madinah, boleh bincang dengan Mutawif utk ziarah tambahan ke sebuah gua di Jabal Uhud. Kalau dah pergi ke sini, pastikan kita naik sampai ke dlm gua. Perjalanan naik ke gua mengambil masa 10 minit saja. Semasa Perang Uhud, Rasulullah berdarah dan kemudian berehat di gua itu. Darah baginda terkena batu di dlm gua tu, dan sehingga kini Gua tu berbau wangi walau pun tak dak siapa yg letakkan minyak wangi. Dan kelebihan tempat tu, banyak kambing yg suka pergi ke gua tu walau pun di situ langsung tak ada rumput dan air. Nampaknya, kambing pun suka pergi ke tempat yg Rasulullah pernah pergi.. Ziarah tambahan ni mungkin kena bayar 20 Riyal. .
 - Semasa buat umrah, suami isteri dinasihatkan tak berpegang tangan masa tawaf dan sai. Bukan apa, takut current terlebih pulak. Susah kalau kita sedang berihram. Tapi, kalau masa tawaf sunat, tak pa lah. No problem. .
 - Masa tawaf mesti berwudhuk, tapi kalau kita tersentuh dengan wanita di sana. Hukumnya tak batal wudhuk. Kalau tersentuh di kira batal, sampai bila pun kita tak leh nak habiskan tawaf kita sebab pasti bersentuhan. .
-Masa berdoa di Multazam, lelaki boleh sampai dekat terus dengan Kaabah. Tapi perempuan tak leh rapat sangat dengan kaabah. Lelaki kalau nak sampai dekat terus dengan kaabah, kena bertolak lah sket dengan org. Semua org berebut. JANGAN SALAH FAHAM. Multazam adalah antara pintu kiri kaabah dengan batu hajarul aswad. Di sana nanti, ramai yg berdoa di pintu Kaabah sedangkan di situ bukan Multazam. Kalau boleh, setiap kali lepas tawaf sunat, pergi ke Multazam utk berdoa. Tak payah baca doa ikut buku, baca aja doa ikut hati. Lebih ikhlas dan kita lebih faham. .
- Ini tips utk jemaah wanita. Setiap kali setengah jam sebelum waktu azan, polis akan halang wanita utk masuk ke kawasan tawaf sbb nak readykan kawasan tu utk saf2 solat berjemaah lelaki. Bila dah dekat2 dgn waktu iqamat, wanita yg sedang tawaf pun akan "dihalau" oleh polis drpd kawasan tawaf sbb nnti kawasan tuh akan penuh dgn saf2 lelaki. So wanita kalau nak tawaf especially tawaf umrah, make sure budget timing betul2 supaya dapat habiskan tawaf 7 pusingan at least sebelum waktu azan. Kalau tak sempat habis 7 pusingan, agak susah sikit sebab nanti bila kena halau dgn polis, nak kena keluar dr kawasan tawaf utk cari tempat solat. Lepas tu nak kena pergi sambung tawaf balik. Kalau lelaki takpa sbb lelaki boleh tawaf sampai waktu iqamat then just stop dekat kawasan tawaf utk solat. .
-Kami dah try different waktu utk buat umrah. Antaranya pagi, lepas solat zuhur and lepas solat asar. So based on our experiences, antara byk2 waktu ni, kami lebih prefer utk start buat umrah lepas solat asar. Lepas solat aja terus naik bas untuk berniat miqat di Tanaim. Disebabkan lepas asar takda solat sunat, kami tak buat solat sunat ihram. Bila sampai je di masjid Tanaim, kami turun bas dan terus naik bas yang nak ke masjidilharam balik dan niat umrah dalam bas. Ini lebih menjimatkan masa. Waktu ni biasanya perjalanan dari Masjidilharam-Tanaim-Masjidilharam mengambil masa dalam 1 jam. . Jadi bila sampai di Masjidilharam balik, insyaallah sempat untuk habiskan tawaf umrah sebelum waktu maghrib and then terus pergi buat sai. Bila masuk waktu Maghrib, kita boleh berhenti untuk solat Maghrib di kawasan Sai di mana kita berada waktu tu. Lps solat, terus sambung sai balik sampai complete. Then after tahalul, boleh terus stay di masjid sementara tunggu waktu isyak. Sempatlah time nih kalau nak pergi toilet ke, nak baca quran ke sementara tunggu azan isyak.
-Di Madinah, cubalah seboleh mungkin utk berdoa di kawasan Raudah. Berdoa di kawasan Raudhah jugak amat afdhal dan mudah dimakbulkan. Kalau boleh, carilah masa utk menunaikan solat sunat hajat, sunat taubat di situ dan kemudian, berdoalah sebanyak2nya. Kalau dah puas berdoa di situ, berilah peluang org lain pulak utk berdoa di situ. Harap maklum, Raudhah adalah kawasan yg karpetnya warna putih. Kalau karpet warna merah, itu bukan raudhah. Jemaah lelaki lebih mudah utk dpt peluang ke Raudhah. Lagi pun, kawasan Raudhah dibuka 24 jam skrg. Tapi kena masuk ikut Pintu No 1, No 2 atau No 41 sahaja. Pintu2 lain akan ditutup waktu malam. Utk jemaah wanita, kalau nak ke Raudhah, boleh pergi selepas pukul 7.30 pagi atau selepas solat Zohor atau selepas Solat Isyak.
-Di Madinah, kita tak banyak sangat aktiviti. So, kalau boleh, setiap kali lepas solat. Jemaah lelaki kalau mampu pi la ziarah maqam nabi setiap kali lopas solat. Ini nak menunjukkan tahap kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W. Jemaah wanita skrg dah tak leh nak ziarah maqam nabi. Tapi kalau pi ke Raudhah, masa tu lah yg paling hampir dengan Maqam Nabi. Setiap kali lalu di Maqam Nabi, perbanyakkan selawat ke atas Nabi.

No comments:

Post a Comment