Friday 13 March 2020

mustajab doa dalam masjidil haram.



Sebelum kita sampai ke Makkah, eloklah kalau kita ketahui dahulu beberapa tempat-tempat mustajab doa dalam masjidil haram.
Sekurang-kurangnya bila kita di sana, tidaklah kita terlepas tempat-tempat ini dan menyesal tidak berdoa bersungguh-sungguh bila berpeluang. Peluang itu bukanlah selalu datang.
1. Multazam

Multazam adalah tempat yang paling utama dan mustajab berdoa. Kawasan Multazam ni adalah jarak di antara Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Sekiranya anda berpeluang mendekati kawasan ini, jangan lepaskan peluang dan berdoalah sepuas-puasnya.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Multazam adalah tempat dikabulkan doa. Tidak ada satu pun dia seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan" - HR Ahmad
2. Hijir Ismail


Hijir Ismail pula adalah tempat kedua menjadi pilihan selepas Multazam. Tempat ini juga jarang sekali tidak penuh. Kalau anda nak tahu, Hijir Ismail adalah termasuk sebahagian dari Kaabah. Sebab itulah kalau sedang tawaf, kita perlu berjalan di luar Hijir Ismail. Jika berkesempatan dan ada ruang, lakukan lah solat sunat di Hijir Ismail. Berdoalah sebanyak-banyak yang mungkin ketika berada di sini.
3. Depan Pintu Kaabah

Depan pintu Kaabah juga adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa. Selalunya memang sangat sesak keadaan di depan pintu Kaabah. Banyak sekali manusia berasak-asak di kawasan ini. Jika diberi rezeki oleh Allah untuk anda berada di depan pintu Kaabah, jangan lepaskan peluang untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah doa anda akan dimakbulkan oleh Allah swt.
4. Rukun Yamani


Di Rukun Yamani dikatakan di sini Allah swt mewakilkan seramai 70 Malaikat untuk mengaminkan doa para jemaah.
5. Belakang Maqam Ibrahim


Di belakang Maqam Ibrahim adalah tempat kebiasaannya para jemaah melakukan solat sunat sebaik sahaja habis melaksanakan ibadah tawaf. Di sini juga adalah antara tempat paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkanlah doa ketika anda berada di Maqam Ibrahim.

No comments:

Post a Comment