Sunday 4 October 2015

Surah Az Zalzalah (Menerangkan tanda-tanda permulaan hari Qiamat dan pada masa itu manusia akan melihat hasil perbuatan mereka baik atau buruk walupun sebesar Zarah)




Dengan lafas bismillah.
** Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(Az-Zalzalah 99 : ayat-1)
** Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
(Az-Zalzalah 99 : ayat-2)
** Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" (Az-Zalzalah 99 : ayat-3)
Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya :
(Az-Zalzalah 99 : ayat-4)
** Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
(Az-Zalzalah 99 : ayat-5)
** Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
(Az-Zalzalah 99 : ayat-6)
** Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah 99 : ayat-7)
** Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99: ayat-8)
Note :-
Apa yang telah, Allah sebutkan didalam Al-Quran telah berlaku..
Allahuakbar..

No comments:

Post a Comment