Thursday 9 July 2015

SOLAT SUNAT TASBIH (jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu)



Solat Sunat Tasbih.
Solat sunat Tasbih ini dapat membuka pintu keampunan kita daripada Allah s.w.t
Agar kita  medapatkan keampunan daripada Allah diatas dosa yang kita lakukan. Dosa-dosa besar dan yang kecil, yang dahulu dan yang sekarang, yang zahir dan yang batin. yang disengajakan dan yang tidak disengajakan. dosa-dosa kita akan diampukan oleh Allah s.a.w. dengan melaksanakan solat sunat tasbih empat rakaat.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh  Rasulullah s.a.w kepada saidina abbas bin muththalib.
Rasulullah s.a.w bersabda jika kamu mampu lakukan solat tasbih setiap hari maka lakukanlah, jika tidak mampu lakuakan sekali seminggu (setiap hari jumaat) atau sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.
Solat ini disebut soalt Tasbih kerana diucapkan sebanyak 300 kali tasbih dalam empat rakaat solatnya. dimana setiap rakaat terkandung 75 kali tasbih.

Cara melakukan solat Tasbih.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya dilakuakan disiang hari, Manakala jika dilakukan dimalam hari empat rakaat itu boleh dikerjakan dengan  dua salam (2 rakaat 1 salam). Walupun empat rakaat, solat ini mengambil masa agak lama kerana ia diselangi bacaan Tasbih.


Niat solat sunat Tasbih 2 rakaat.
Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah taa'la

Niat solat sunat Tasbih 4 rakaat.
Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah ta'ala.
Antara surah-surah yang dianjukan.
-Rakaat pertama surah at-takathur atau ad-dhuha.
-Rakaat kedua suarh Al-ashr atau Al-insyiraah.
-Rakaat ketiga suarh Al-kafirun atau Al-Kauthar.
-Rakaat keempat suarh Al-ikhlas atau An-Nashr.
Bacaan Tasbih.
Maha suci Allah dan segal pujian bagi Allah, dan tiada tuhan melaikan Allah, dab Allah maha besar, Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung.





No comments:

Post a Comment