Tuesday 19 August 2014

KEMATIAN SUATU YANG PASTI



 

segala puji-pujian milik Allah Tuhan Pencipta & Pentadbir 'Alam. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi dan di antara keduanya. Dia Yang Menghidupkan dan Dia Yang Berkuasa Mematikan. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Nabi Muhammad sollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat baginda (yang dimuliakan Allah), dan sekalian para pencari dan penegak kebenaran lillaahi Ta'ala. Aameen.

Ya Allah, 
berikanlah kami kesempatan untuk memperbaiki diri, menjadi hamba yang lebih dekat dengan Mu, menjadi hamba yang menghadap-Mu dengan penuh kerelaan dan kebahagiaan…
bukan menjadi hamba yang menyesal telah menyia-nyiakan waktu yang ada ini hanya untuk bersenang-senang di dunia yang sementara ini…
Duhai Allah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan…
Jikalau sudah waktunya kami menghadap-Mu…
Maka matikanlah kami dalam keadaan iman, islam, dan dengan khusnul khotimah kami Menghadap-Mu… 

pertemukanlah kami, dengan keluarga kami, bapa,ibu, saudara, teman, seiman dan seislam dalam jannah-Mu (surga-Mu) yang penuh dengan kenikmatan yang telah Engkau janjikan kepada kami
Ya Allah...
Hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan, himpunkanlah kami beserta iman dan masukkanlah kami ke jannah Mu dengan iman...
Ya Allah.. 
Hidupkanlah kami sebagaimana hidupnya para 'ulama dan mujahidin, dan matikanlah kami sebagaimana matinya para syuhada' dan para soleheen..
Aameen
Muslimin dan muslimat yang dihormati kerana Allah...
Kematian adalah suatu kepastian... Jika "sampai" waktunya, maka kita akan "pasti" akan "dijemput pulang"... tanpa ada kesempatan mohon ditangguhkan satu saat lagi...

 Bermula saat kita hadir di rahim ibu kita, hinggalah kita dilahirkan ke dunia... sehinggalah kita membesar dan diberi kesempatan meniti usia fasa demi masa. Daripada bayi, kemudian beralih kepada kehidupan kanak-kanak, kemudian kepada remaja, kemudian kepada belia, kemudian dewasa, kemudian tua...kemudian ...akan tibalah "saat itu"...
Tapi pastikah kita? yaqinkah kita bahawa kita akan melalui semua fasa kehidupan itu... Berapa ramai yang meninggal dunia dalam usia yang muda? berapa ramai yang meninggal dunia ketika masih lagi di alam kanak-kanak dan remaja. Bahkan ada yang meninggal ketika masih bayi lagi dan tidak kurang juga yang meninggal dunia ketika masih dalam kandungan ibu lagi... fikir-fikirkanlah wahai diriku dan sahabat-sahabat yang ana kasihi pada jalan Allah...

Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Marilah kita sama-sama bermuhasabah... bila? dimana? bagaimana? saat kematian menjemput kita... ??? Yang PASTI, saat itu akan TIBA JUA AKHIRNYA tanpa boleh ditangguh-tangguh...
Persoalannya...
Telah bersiap-sediakan kita? bagaimana dengan 'amalan kita? Sudahkah kita merancang saat kematian kita? dan satu lagi perkara penting ialah fahaman 'aqeedah kita... pastikan fahaman 'aqeedah kita adalah benar... 'Aqeedah benar maka syurga balasannya, fahaman 'aqeedah salah maka neraka balasannya...(na'uzubillaahi min zalik)
Muslimin muslimat yang dikasihi pada jalan Allah...

Kita selalu sibuk merancang untuk tujuan kehidupan kita... esok pi kerja nak pakai apa? esok nak makan apa? esok nak jumpa sape? esok nak kahwin dengan sape? esok tu... esok ni... macam-macam pertanyaan yang pelbagai bentuk dan merangkumi pelbagai aspek yang berlegar-legar di kotak fikiran kita...
Pernah dalam satu bengkel perbincangan tentang pengurusan hidup, dinyatakan bahawa terdapat 6 lapangan dalam hidup (5K, 1I)... Iaitu kerohanian, 'ilmu,kesihatan, kewangan, keluarga dan kerjaya. Itulah lapangan yang harus dirancang, diusahakan dan dijaga agar kestabilan hidup terjamin.

"Kita mesti merancang tahap kerohanian kita. Bagaimana iman kita, turun naiknya. Apakah 'amalan wajib dan sunat yang perlu dilaksanakan secara istiqomah agar indeks kerohanian kita meningkat dari semasa ke semasa...Begitu juga dengan tahap 'ilmu. Bagaimana kita terus belajar menambah 'ilmu agama, kemahiran keibubapaan, pengurusan kewangan dan lain-lain bidang yang diperlukan untuk mengurus diri, keluarga dan kerjaya" (Dipetik daripada majalah Anis, keluaran April 2009 di ruangan Kemudi Hati)



Tapi pernahkah kita membuat perancangan untuk kematian kita? Persiapan untuk kehidupan "di sana"? Walau apapun keadaan, mau atau tidak, apa yang akan kita perolehi "di sana" adalah (atas rahmat dan izin-Nya) bergantung kepada apa yang kita lakukan "di sini" (di dunia yang fana' ini)...


Teringat  dengan kata-kata seorang penceramah (lebih kurang macam ni bunyinyer):
"gigi makin gugur... pipi makin kendur... mata pun makin kabur.... uban semakin berterabur... yang menunggu hanya lubang kubur"...

Sabda Nabi Muhammad sollaLlaahu 'alaihi wa sallam
Maksudnya: "Ada tiga perkara yang mengikuti mayat sesudah wafatnya, iaitu keluarganya , hartanya, dan amalnya. Yang dua kembali dan yang satu tinggal bersamanya. Yang pulang kembali adalah keluarga dan hartanya, sedangkan yang tinggal bersamanya adalah amalnya.(HR.Bukhari Muslim)

Muslimin muslimat, yang se'aqeedah, seiman dan seislam yang ana kasihi kerana Allah...

Marilah kita merancang dan menyiapkan "bekalan" sebanyak-banyaknya … untuk hari "yang pasti" akan kita lalui... hari ketika kita tidak lagi boleh mengelak...segala hal yang dikatakan oleh jasad kita tentang diri kita sendiri ketika di dunia... tentang apa yang kita pandang, tentang apa yang kita katakan, tentang yang apa kita perbuat, tentang segala hal yang kita jalani selama hidup kita. Tubna ilallaah... Wa roja'na ilallaah... wa nadimnaa 'ala maa fa'alnaa... sudah berapa banyak dosa dan kemaksiatan yang telah kita lakukan pada Allah… apakah kita bersedia menanggungnya di yaumul hisab (di hari perhitungan nanti) ….yang pilihannya antara dua... AL-JANNAH AU AN-NAAR...
Muslimin muslimat yang dihormati dan hargai pada jalan Allah...
Dengan hormat dan rasa kasihnya ana pada jalan Allah terhadap kalian... ana menyeru diri ana sendiri dan sekalian muslimin dan muslimat... Hargailah masa yang diberikan Allah kepada kita. Manfaatkannya dengan sebaik-baiknya...
Marilah kita bertaubat kepada Allah...

Marilah kita mempersiapkan diri kita... Marilah kita memperbanyakkan 'amal soleh... melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, mentaati kedua ibu-bapa...Marilah kita kembali menempuh jalan-jalan yang diredhoi Allah... Jauhilah permusuhan sesama kita.. Marilah kita bersatu dan menyatukan umat ini. Marilah kita memuliakan diri kita dengan ISLAM iaitu memahami dan ber'amal dengan 'aqeedah yang benar, mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.
Ingatlah bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tela berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat 69:
"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan -jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha membaiki 'amalannya"

No comments:

Post a Comment