Thursday 10 April 2014

PANDUAN SOLAT KETIKA UZUR (SAKIT)


Hadis Rasulullah s.a.w “Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring.” (Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.

1.  SOLAT SAMBIL DUDUK
  1. Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
  2. Mengadap kiblat.
  3. Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
  4. Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
  5. Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
  6. Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
2. SOLAT BARING MENGIRING


  1. Mengiring di atas rusuk kanan.
  2. Muka dan dada mengadap kiblat.
  3. Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
  4. Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
 
3. SOLAT BARING MELENTANG


  1. Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
  2. Tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
  3. Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
  4. Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
  5. Tangan diangkat sepertipt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.




4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA


  1. .CARA WUDUK KETIKA SAKIT 
  2. Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak disebabkan oleh kesakitan atau
    rawatan dan tidak ada orang yang membantunya berwudu’ / bertayammum
    maka mereka dikehendaki solat seperti biasa bagi menghormati waktu tanpa
    wudu’ / tayammum dan tanpa mengadap kiblat mengikut kemampuan. Solat-
    solat menghormati waktu wajib diqada’ secepat mungkin apabila sembuh
    atau keadaan mengizinkan. Sekiranya mereka meninggal dunia dalam
    keadaan belum sempat mengqada’nya maka mereka dikira sudah
    melaksanakan kewajipan dan tidak berdosa.
    Bagi pesakit-pesakit yang boleh bergerak atau dalam keadaan mengizinkan ,
    mereka hendaklah berusaha berwudu’ / bertayammum. Cara berwudu’ /
    bertayammum adalah seperti berikut:

  3. A. Bagi pesakit yang sebahagian mukanya tidak boleh kena air. Cara pertama:
    a. Berniat mengambil wudu’ .
    b. Membasuh muka yang sihat dan sapukan air di atas pembalut /
    plaster.
    c. Bertayammum bagi menggantikan tempat yang tidak boleh
    kena air.
    d. Membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan
    membasuh kaki.
    Cara kedua: a. Dimulakan dengan tayammum .
    b. Berwudu’ seperti biasa pada anggota yang sihat dan
    menyapu air pada anggota wudu’ yang sakit.

  4. B. Bagi pesakit yang keseluruhan mukanya tidak boleh kena air dan debu. Cara pertama: a.Berniat bertayammum semasa mengangkat tangan untuk menyapu debu ke anggota tangan.
    b.Menyapu tangan sehingga selesai.
    Cara kedua : a.Berniat wudu’ semasa membasuh tangan.
    b.Membasuh tangan hingga siku.
    c.Menyapu kepala.
    d.Membasuh kaki.
    C. Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air. Cara pertama a.Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
    b.Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
    tangan yang berbalut.
    c.Bertayammum.
    d.Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
    e.Membasuh dua kaki.
    Cara kedua: a. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
    b. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
    menyapu debu ke tangan hingga selesai.
    c. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
    sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
    d. Menyapu air ke kepala.
    e. Membasuh kaki.

  5. D. Bagi pesakit yang kepalanya berbalut. a.Niat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
    b.Membasuh muka.
    c.Membasuh tangan.
    d.Jika tidak ada sedikit ruang kepala yang boleh disapu maka
    hendaklah bertayammum.
    e.Menyambung wudu’ dengan menyapu air di atas pembalut kepala.
    f.Membasuh kaki.
    kakibalut E. Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air Cara pertama a.Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
    b.Membasuh tangan.
    c.Menyapu kepala.
    d.Bertayammum.
    e.Menyambung wudu’ dengan membasuh kaki yang sihat dan
    menyapu air di atas balutan kaki.
    Cara kedua a  Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
    b  Membasuh tangan.
    c  Menyapu kepala .
    d  Membasuh kaki yang sihat dan menyapu air di atas balutan kaki.
    e  Bertayammum.
    Perhatian
  6.  Bagi pesakit yang mukanya tidak boleh kena air Solat wajib diqada’ kerana muka adalah anggota tayammum  yang tidak dapat disempurnakan.

  •  Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air Solat wajib diqada’ kerana tangan adalah anggota wudu’ dan   tayammum yang tidak dapat disempurnakan.

  •  Bagi pesakit yang kepalanya tidak boleh kena air Solat tidak wajib diqada’ jika pembalutnya tidak meliputi had kepala  yang memadai sapu .

  • Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air Solat tidak wajib diqada’ jika pembalut itu tidak melebihi had yang  diperlukan.
  1.  

No comments:

Post a Comment