Jadi, pengertian dari Haji Mardud adalah Haji yang ditolak oleh Allah, karena dalam melakukannya banyak dicampuri dosa dan melakukan sesuatu yang haram.
Dari
Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: Amal ibadah apakah
yang paling utama ? Nabi bersabda: “Beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Jihad di jalan Allah.”
Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Haji yang mabrur.” ( HR. Al-Bukhari dan
Muslim)
Daripada
Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW. bersabda “Apabila seorang anggota
jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di
kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada
suara [ jawaban ] dari langit: “ Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik
[ kebahagiaan ] bagimu kerana bekalmu haram , kenderaanmu haram ,
hajimu penuh dosa , tidak diterima [ tertolak ] ” [Riwayat Thabrani]
Berikut adalah Tanda-Tanda Teras Bagi Haji Mardud [ Haji Yang Tertolak ] :
1.
Marah-Marah apabila dilanda sesuatu yang menyusahkan atau menyakitkan
diri atau apabila berdepan dengan situasi atau fenomena yang tidak
menyenangkan hati serta perasaan.
2.
Terlalu Ghairah serta Tidak Sabar terutama apabila tiba di sesuatu
tempat yang diidamkan seperti Masjid Nabawi atau Masjidil Haram lantas
membuat tindakan bersendirian yang kadang kala menyusahkan pihak
urusetia program.
3.
Bersikap Takbur dengan menyangka dan melihat diri kita serba tahu dan
serba sempurna dan melihat orang lain lebih rendah taraf dan
kedudukannya daripada kita
4.
Bersikap Riak iaitu suka menunjuk-nunjuk bagi tujuan mendapat pujian
dan sanjungan orang lain akan ibadah-ibadah serta amal kebajikan yang
dibuat dan sering menonjolkan kelebihan dan keistimewaan diri sendiri.
5. Memungkiri janji-janji yang telah dilafazkan kepada sahabat atau rakan sesama jemaah.
6.
Malas untuk beribadah dan suka menghabiskan masa membuat kerja-kerja
yang melalai serta melaghakan seperti menonton TV, membaca akhbar,
berbual kosong atau membeli belah dan melawat kedai-kedai.
7.
Suka Mengkeji atau Mengumpat akan perilaku jemaah lain yang tidak
serasi atau sebulu dengan jiwa dan perasaannya sehingga berputik
permusuhan dan persengketaan sesama jemaah di Tanah Suci Makkah atau
Madinah itu yang amat melarang perkara berkenaan.
8.
Bermegah-megah dengan pangkat, darjat serta harta dan wang ringgit yang
dimiliki dengan membanding-bandingkan kelebihannya itu serta
memperlekehkan kemampuan orang lain.
9.
Bermuka-muka dalam pergaulan dan suka Mengadu Domba hingga mencetuskan
suasana resah gelisah, prejudis dan saling syak wasangka sesama jemaah.
10.
Bersikap Khianat dengan menabur fitnah dan memutarbelitkan
cenita-cerita yang tidak benar bagi tujuan untuk memecahbelahkan
perhubungan mesra sesama jemaah.
11.
Berlaku Hasad & Dengki terhadap keupayaan dan kekhusyukan ibadah
jemaah lain dengan merencanakan sesuatu tindakan yang boleh merencatkan
usaha murni dan semangat jemaah berkenaan.
12.
Bersifat Bakhil & Kedekut untuk menghulurkan perkongsian ilmu
pengetahuan, sedekah atau amal jariah dan melihat peminta sedekah dan
orang-orang yang serba kekurangan dan memerlukan itu sebagai orang-orang
malas dan tidak mahu berusaha serta mencacatkan pandangan.
13.
Kufur Nikmat dan Tidak Bersyukur serta Tidak Berterima Kasih atas
kelebihan kurniaan Allah kepadanya sehingga bersemi perasaan riak, ujub,
waham, sum’ah, sombong serta takbur dalam dirinya. Nikmat Allah seperti
kesihatan dan kekuatan diri tidak disalurkan kepada yang berhak dan
memerlukan sebaliknya digunakan untuk menimbulkan kekacauan dan
kesusahan kepada orang lain.
14.
Berlagak Sombong dengan memperlihatkan kelebihan diri menerusi
perlakuan, pertuturan, mimik muka dan jelingan mata sehingga membibitkan
perasaan benci, jijik dan meluat di kalangan jemaah lain.
15.
Cerca Mencerca serta saling Caci Mencaci secara terbuka dan berdepan
atau secara senyap hingga menyebabkan kekecohan dan persengketaan yang
mengaib serta memalukan.
16.
Berbohong dan Berdusta dengan memberikan pelbagai alasan untuk
melepaskan diri daripada janji dan tanggung jawab fardhu ain serta
fardhu kifayah yang memerlukan penglibatan nya.
No comments:
Post a Comment