Monday, 30 March 2015

TAWAF WADA (TAWAF SELAMAT TINGGAL)



TAWAF WADA
 Tawaf selamt tinggal untuk memuliakan Baitullahilharam bagi mereka-mereka yang:-
      - Ingin meninggalkan mekkah al mukarramah sejauh 91 km, atau lebih walaupun untuk sementara waktu.
       -Kembali ke mungkimnya walaupun kurang daripada 2 marhalah.
       -Bermukim diluar tanah haram melebihi 4 malam.
       -Hukum tawaf wada ialah wajib.
      -Meninggalkan tawaf wada dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan dam.
      -meninggalkan tawaf wada tidak sengaja, tidak berdosa tetapi wajib membayar dam.

PENGECUALIAN TAWAF WIDA (TIDAK BERDOSA & TIDAK DIKENAKAN DAM)
      -Perempuan yang haid, nifas atau mustahadhah dalam pusingan haid.
      -Berpenyakit salasil baul atau sepertinya. (keluar air kecing yang tidak boleh dikawal, Istidah).
      -Orang yang luka yang darahnya tidak bleh ditahan.
      -Orang yang dipaksa.
      -Orang yang takut kepada orang zalim.
      -Orang yang takut ditinggalkan.
      -Orang yang takut kepada sesuatu yang merbahayakan diri.
      -Orang yang tidak mempunyi air atau debu (wuduk).
-Tawaf wada tidak gugur kerana jahil.
-Sebaik sahaja selesai tawaf wada, bersegeralah meninggalkan Mekkah, kecuali kerana keperluan perjalanan.
-Wajib mengulangilnya bagi mereka yang sengaja melambat-lambatkan meninggalkanya.

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SETELAH TAWAF WIDA.
-Solat sutan tawaf.
-Berdoa selepas solat sunat tawaf walaupun mengambil masa agak lama.
-Minum air Zamzam sepuas-puasnya.
-Menunaikan solat fardu dalam masjid haram jika telah iqamah.
-Membeli bekalan makanan untuk keperluan perjalanan.
-Melakukan perkara yang mempunyi hubungan langsung dengan musafir sepeti menunggu bas,   mengambil beg dalam bilik.
-Makan dan minum dalam hotel (sekadar keperluan).
-Melakukan perkara yang tiada hubungan langsung dengan musafir tetapi wajib dilakukan kerana hajat dan kepaerluan masalah khusus.umum seperti mencari suami/ isteri & keluarga yang hilang
-Mengucup Hajararul Aswat (jika berkesempatan.

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN SETELAH TAWAF WIDA.
-Membeli belah.
-Solat fardu dalam masjid kecuali telah iqamah.(telah masuk waktu solat).
-Berehat, bersantai dan tidur didalam bilik.
-Membayar hutang yang boleh ditangguhkan.
-Bergambar.
-Berwirid panjang.
-Perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan perjalanan.

MENINGGALKAN TAWAF WIDA DIKENAKAN DAM TERTIB DAN TAKDIR.
-Menyembelih seekor kambing, atau 1/7 daripada unta dan lembu .
-Jikat tidak mampu, berpuasa selam 10 hari. 3Hari semasa mengerjakan ibadat haji dan 7 hari setelah pulang ke tanah air.
-Jikat didak mampu , bersedekah sebanyak 10 cupak beras.


No comments:

Post a Comment