Ibadah Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah..
Kedua bukit yang satu sama lainnya berjarak sekitar 450 meter. Ketika melintasi Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu neon berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan spertia biasa.
Doa Saie pusingan pertama
Maksudnya:
Allah Yang Maha
Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, terbesar dari segala yang
besar. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, maha Suci Allah Yang Maha Agung
dengan puji -pujian yang mulia pagi dan
petang. Di sebahagian malam hendaklah kamu sujud bagi-Nya dan bertasbihlah
mensucikan-Nya waktu malam yang panjang. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
Tuhan yang telah menepati segala janji-janji-Nya. Tuhan yang telah menolong
hamba-Nya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagungan-Nya.
Tidak ada sesuatu yang terdahulu sebelum-Nya dan tidak ada sesuatu
yang terkemudian sesudah-Nya. Tuhan yang menghidupkan sesuatu dan mematikannya.
Dialah Tuhan yang sentiasa hidup tidak mati dan tidak binasa selama-lamanya. Segala kebaikan dan kebajikan di dalam
genggaman-Nya, kepada-Nya terpulang sesuatu dan Dialah yang Maha Berkuasa ke
atas tiap-tiap sesuatu. (Ya Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami,
kurniakanlah kami kemudahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau
ketahui. Sesungguhnya Engkau meagetahui apa yang kami tidak ketahui, dan
Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.)
Ya Tuhan, lepaskanlah kami
daripada azab api neraka dengan beroleh kesejahteraan, kemenangan, kesukaan
bersama-sama hamba Engkau yang soleh,
bersama-sama mereka yang telah Engkau anugerahkan nikmat-nikmat-Mu Yang
banyak, yang terdiri dari golongan Nabi-Nabi, Siddiqin, orang-orang yang mati
syahid dan orang~orang yang soleh. Sesungguhnya mereka itu adalah sebajk.bajk
tauladan. Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah
yang amat mengetahui (akan balasan pahalanya).
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan
kejujuran walaupun orang kafir marah dan membencinya. Sesungguhnya Safa dan
Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke
Baitullah atau mengerjakan umrah, maka
tidaklah salah dia bersa’ie di antara keduanya (Safa dan Marwah) dan sesiapa
bersukarela memgerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha pemberi Balasan lagi Maha
Mengetahui.
Doa Saie pusingan Kedua
Maksudnya:
Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Besar, segala puji-pujian bagi Allah, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan Yang Esa, tidak mempunyai isteri dan anak dan tiada baginya sekutu di dalam urusan kerajaan-Nya. Tiada bagi-Nya
penolong disebab sesuatu kelemahan dan bertakbirlah membesarkan-Nya dengan
sebenar-benarnya. Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitab-Mu, Al
Quran yang diturunkan, yang bermaksud; mohonlah kepada-Ku, akan Aku tunaikan
permintaanmu,
maka inilah kami bermohon kepada-Mu wahai Tuhan kami, maka ampunilah
kami seperti mana yang telah Engkau perintahkan kami, sesungguhnya Engkau tidak
pernah memungkiri janji.
Wahai Tuhan kami, kami telah mendengar seruan yang menyeru kami untuk
beriman dengan-Mu, maka kami telahpun beriman. Wahai Tuhan ampunilah ,dosa
kami, hapuskanlah segala kejahatan kami, dan matikanlah kami bersama-sama orang
yang baik-baik. Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami segala apa yang telah
Engkau janjikan dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Janganlah Engkau
kecewakan kami di hari qiamat, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri
janji.
Wahai Tuhan kami,
kepada Engkau kami berserah, kepada Engkau kami kernbali. Dan hanya kepada-Mu
sahaja tempat kembali. Wahai Tuhan
kami, ampunilah dosa-dosa kami dan saudara-mara kami yang mendahului karni
beriman, janganlah Engkau jadikan kami dan golongan orang yang menaruh dengki
terhadap saudaru-saudara kami yang beriman, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang
Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengasihani. (Wahai Tuhan, ampunilah kami,
rahmatilah kami, maafkanlah hami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu dan ampunilah
kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang
kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.)
Sesungguhnya Safa dan
Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa
yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tidaklah
menjadi salah dia bersaie antara kedua-duanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan
perkara-perkara kebajikan, maka
sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui.
Doa Saie pusingan ketiga
Maksudnya:
Allah Maha Besar,
Allah Maha
Besar, Allah Maha Besar, segala
puji-pujian
bagi Allah, Wahai Tuhan
kami sempurnakanlah cahaya
keimanan kami dan
ampunkanlah
dosa kami, sesungguhnya
Engkaulah yang amat berkuasa di
atas sesuatu. Ya
Allah, aku
memohon kepada Engkau
kebajikan dan kebaikan
sama ada yang segera atau
yang terlewat,
aku memin keampunan
bagi dosaku di
samping memohon rahmat
Engkau, wahai Tuhan
yang Maha
Belas Kasihan.
(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahrnatilah
kami, maàfkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahan-Mu dan ampunilah kami segala
apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak
ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah). Ya Tuhan, tambahkanlah ilmu pengetahuanku, janganlah Engkau pesongkan
hatiku selepas mendapat hidayah petunjuk-Mu, berilah akan daku di sisi-Mu
rahmat, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemberi kurnia. Ya Allah, berilah
kesejahteraan pada pendengaranku dan penglihatanku, tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkanEngkau.
Ya Allah. aku berlindung dengan-Mu dari seksa
kubur, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-sebenarnya melainkan Engkau,
Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari golongan orang yang zalim. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kekufuran dan kemiskinan. Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan-Mu
dari kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu dari seksa-Mu, aku berlindung dengan-Mu
dari kemurkaan-Mu, tiada upaya aku menghitung segala kepujian kepada Engkau
sebagaimana Engkau telah memujikan diri Engkau, bagi Engkaulah segala
puji-pujian sehingga Engkau redhakan akan daku.
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah
sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah
haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia
bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan
perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi
Maha Mengetahui.
Doa Saie pusingan keempat
Maksudnya
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala kepujian
tertentu bagi Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu sebaik-baik
perkara yang Engkau mengetahuinya, aku berlindung dengan-Mu daripada
seburuk-buruk perkara yang Engkau mengetahuinya, aku memohon ampun daripada
setiap perkara jahat yang Engkau mengetahuinya, sesungguhnya Enghau Maha
Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan ghaib. Tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang memerintah alam semesta
yang sebenar dan nyata, Nabi Muhammad pesuruh Allah yang bersifat benar dan
amanah.
Ya Allah, sebagaimana Engkau memberi petunjuk
kepadaku memilih agama islam, maka sesungguhnya aku memohon kepada-Mu supaya
cahaya islam itu tidak dihapuskan dariku sehingga Engkau mematikan daku dalam
keadaan aku seorang Islam sejati. Ya Allah, kurniakanlah cahaya keimanan di
dalam hatiku, pendengaranku dan penglihatanku.
Ya Allah, lapangkanlah hatiku, mudahkanlah
pekerjaanku. aku minta perlindungan dengan-Mu daripada was-was dan perpecahan
didalam pekerjaan juga daripada fitnah kubur.
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada
segala kejahatan yang datang di waktu malam dan yang datang di waktu siang,
juga daripada segala kejahatan dalam tiupan angin, wahai Tuhan Yang Maha
Pengasih lagi Penyayang. Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak menunaikan ibadat
kepada Engkau sebagaimana yang sewajarnya, Maha Suci Engkau ya Allah,
sesungguhnya kami tidak menyebut nama-Mu sebagaimana yang selayaknya dengan
kebesaranMu.
(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah
kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau
ketahui.
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami
tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah). Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah
sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah
haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia
bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan
perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi
Maha Mengetahui.
Doa Saie pusingan kelima
Maksudnya
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah. Maha Suci Engkau ya Allah. Sesungguhnya kami
tidak dapat bersyuhur kepada Engkau atas segala nikmat-Mu sebagaimana yang sepatutnya.
Maha Suci Engkau Ya Allah, tidak ada tolok banding sama sekali kemuliaan-Mu.
Ya Allah, kasihkanlah kami dengan keimanan
dan hiaskanlah keimanan itu di dalam jiwa kami, jauhkanlah kufur, fasik dan
derhaka dan jiwa kami, jadikanlah hami dari golongan orang yang dapat petunjuk.
(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah
kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau
ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan
Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah).
Ya Allah, peliharalah daku dari azab-Mu di
hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu ya Allah. Berilah petunjuk kepadaku dan
bersihkanlah jiwaku dengan taqwa kepada-Mu. Ampunkanlah dosaku di dunia dan di
akhirat.
YaAllah, cucurilah berkat, rahmat dan
kurniaan hepadaku.
Ya Allah, aku memohon kapada-Mu rahmat yang
kekal abadi, selubungilah cahaya keimanan di hatiku, pendengaranku,
penglihatanhu, di lidahhu, di kananku, di atasku dan jadikan dalam jiwaku
cahaya keimanan. Dan
agungkan cahaya bagiku ya Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala
pekerjaanku.
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang)
agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau
mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia bersaie di antara keduanya,
dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka
sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi Maha Mengetahui.
Doa pusingan keenam.
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang)
agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau
mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia bersaie di antara keduanya,
dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka
sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi Maha Mengetahui.
YaAllah, aku memohon kepada Engkau petunjuk
dan taqwa, kebersihan hati dan kekayaan. Ya Allah, kepada Engkaulah segala
pujian sebagaimana yang kami perkatakan dan sebaik-baik perkataan kami ialah
memuji-muji kebesaran Engkau. Ya Allah,
aku memohon keredoan-Mu dan syurga, aku berlindung dengan Engkau daripada
kemurkaan-Mu dan neraka, juga aku berlindungdengan Engkau dari segala
perkataan, perbuatan dan iktikad aku ke dalam neraka. Ya Allah, ya Tuhan,
dengan cahaya-Mu kami dapat petunjuk kejalan yang benar. Dengan kelebihanMu
kami dapat kemewahan. Di dalam peliharaan, pemberian dan ihsan Engkau kami
berada pagi dan petang.
Engkaulah yang awal tiada sesuatu pun
sebelurn-Mu dan yang akhir tiada sesuatu pun sesudah-Mu. Engkau yang zahir, tiada yang mengatasi-Mu. Engkaulah yang batin tidak ada selain
dart-Mu. Kami berlindung
dengan-Mu dan kepapaan, kemalasan,juga
dari azab kubur dan fitnah kekayaan. Kami memohon kepada-Mu kemenangan dengan
mendapat syurga.
(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah
kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau
ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan
Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah).
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah
sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah
haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia
bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan
perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi
Maha Mengetahui.
Doa Saie pusingan ketujuh.
Maksudnya
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah,
tanamkanlah dalam jiwaku rasa kasih sayang kepada iman danjadikanlah ia
perhiasan di hatiku, tanamkanlah rasa benci kepada kufur, fasik dan derhaka di
hatiku, jadikanlah aku dari golongan orang yang mendapat petunjuk. (Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah
kami, maafkanlah hami, kurniakanlah kami kemurahan, dan ampunilah kami segala
apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak
ketahui, dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha
Pemurah). Ya Allah, sempurnakanlah
ajalku dengan segala kebajikan, sampaikanlah cita-citaku dengan limpah
kurniaan-Mu dan mudahkanlah segala jalan yang boleh menyampaikanku kepada
keredhaan-Mu, perelokkanlah segala amalanku dalam semua keadaan, wahai Tuhan yang menolong mereha yang
tenggelam. Tuhan yang melepaskan orang yang binasa, Tuhan yang mendengar segala
bisikan jiwa, Tuhan yang menjadi tumpuan segala rayuan. Wahai Tuhan yang sentiasa bersifat ihsan yang sentiasa melihat
kebaikan, wahai Tuhan yang sesuatu itu tidak terkaya
daripada-Nya, dan tiap-tiap suatu yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya, Tuhan yang menentukan segala rezeki kepada
tiap-tiap suatu dan kepada-Nya tempat kembali.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sejahat-jahat
perkara yang Engkau kurniakan kepada kami dan dari sejahat-jahat perkara yang
Engkau tegahkan kami. Ya Allah, matikanlah kami dalam agama Islam dan dampingkanlah kami
dengan orang-orang yang soleh dalam keadaan tidak terhina dan tidak terpesona.
Ya Allah, berikanlah kepada kami segala
kemudahan, janganlah menyusahkan, ya Tuhan, sempurnakanlah amalan kami dengan
kebajikan. Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah
sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah
haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia
bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan
perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi
Maha Mengetahui.
Doa setalah selesai saie
Maksudnya
Ya Tuhan, kami memohon diterima doa kami,
afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan
bersyukur kepada-Mu. Janganlah membiarkan kami bergantung kepada yang lain
selain dari-Mu. Matikanlah kami di dalam
iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami Ya Allah, ya
Alah, ya Tuhan! Peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama
hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna
dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa
keredhaan-Mu wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.
No comments:
Post a Comment