Tuesday, 24 March 2015

BERCUKUR @ BERGUNTING RAMBUT (RUKUN)


Syarat-syaratnya.
-Telak masuk waktunya (setelah selesai melakuakan ibadat sebelumnya seperti tawaf dan saie).
-Bercukur @ bergunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai. (Afdhal cukur semua rambut bagi lelaki).
-Bagi wanita bergunting sahaja.
-Bagi yang tidak mempunyai rambut (botak) cukup dengan melalukan pisau cukur diatas kepala.
Disunatkan bercukur di bukit Marwah.
 * Bagi umrah.

Disunatkan bercukur di Mina bagi mereka yang Bertahallul Awwal dengan melontar Jamrah Kurba.

* Bagi haji yang Bertahallul Awwal dengan Tawaf dan Saie
Masanya:
-Selepas ibadat Saie (bagi umrah).
-Selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah (bagi haji).



Maksutnya:
Allah yang maha Agung, Allay yang maha Agung, Allah yang maha Agung,
Ya Allah, ya tuhan! Inilah ubun-ubun ku di dalam gemggaman mu. maka jadikanlah tiap-tiap helai rambut ini cahaya bagiku di hari kiamat dan ampunkanlah dosa ku wahai tuhan yang amat luas pengampunan. Amin.
Segal puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, Kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap helai rambutku.
Hapuskanlah dengan satu kejahatan, angkatlah aku dengan darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekelian muslimin.
Ya Allah, Ya tuhanku, Tambahkanlah keimaanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepada ku dan ampunilah kami serta ibu bapa kami, isteri dan anak-anak kamia, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Amin.

Tertib (Rukun)
Tertib sebahagian rukun umrah yang ke lima. Bermaksut melaksanakan rukun secara berturutan.
-Niat Melakukan ibadat Tawaf.
-Tawaf di Baitullah (Ka'abah).
-Saie dia antara bukit Safa dan Marwah.
-Bergunting @ bercukur  rambut (sekurang-kurangnya 3 helai).
-Tertib.


No comments:

Post a Comment