Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Friday, 27 March 2015
Dalia wajib Haji dan Umrah
Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan haji bagi mereka yang mampu sampai kepadanya.
Dan Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.
Maksutnya:
Islam didirikan diatas lima perkara.
-Bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melaikan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah.
-Mendirikan solat.
-Mengeluarkan zakat.
-Menunaikan Haji ke Baitullah.
-Berpuasa di bulan Ramadan.
Maksutnya:
Daripada zaid bin tasbit r.a, ia berkata,
Rasullullah S>A>W bersabda, Haji dan umrah adalah dua fardhu, tidak memudaratkan kepada kamu utntuk mengerjakan yang mana dahulu.
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada mu dengan berjalan kaki, dan mengenderai untu yang kurus. (Unta yang kurus menggambarkan jauh dan sukarnya ditempuh oleh jemaah haji) yang datang dari segenap penjuru yang jauh.
(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh mengauli isteri, berbuat fasiq dan berbantah-bantah dalam masa mengerjakan haji.
Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada ku wahai orang-orang yang berakal.
Fadilat haji dan umrah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment