Ibadah haji lambang tauhid paling unggul. Zulhujjah bermaksud bulan haji. Pada bulan ini umat Islam menunaikan ibadah haji, rukun Islam yang kelima. Berbahagialah mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada bulan ini.Banyak kelebihan disediakan untuk mereka yang membelanjakan harta, meninggalkan keluarga dan keselesaan di tanah air semata-mata menyahut seruan Allah menuju ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji. Justeru, haji dikatakan sebagai puncak pengabdian dan lambang ketauhidan yang paling unggul.
Kelebihan
paling utama ibadah haji adalah terhapusnya segala dosa. Al-Bukhari dan
Muslim meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa
yang mengerjakan haji di rumah ini (Baitullah), ketika mengerjakan haji
itu dia tidak mencarut dan tidak melakukan perkara-perkara yang
dilarang, dia terkeluar daripada dosanya seperti hari dia dilahirkan
oleh ibunya.”
Di
samping itu, ada kelebihan lain ketika berada di Tanah Suci seperti
solat di Masjidil Haram yang ganjarannya 100,000 kali ganda dan solat di
Masjid Nabawi pula 10,000 kali.Bagi umat Islam yang tidak terpilih
untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini, tetap berpeluang untuk
menikmati kelebihan Zulhijah.
Allah berfirman maksudnya: “Demi waktu fajar. Demi 10 malam. Demi hari yang genap dan hari yang ganjil...” (Surah
al-Fajr, ayat 1-3)Menurut Ibn ‘Abbas, Ibn az-Zubayr, Mujahid dan ramai
dari kalangan mufassirin salaf dan khalaf, 10 malam yang disebut di
dalam ayat itu ialah 10 malam pertama Zulhijah.Pendapat itu diperkuatkan
dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas
bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Amal salih yang paling
disukai Allah adalah amalan yang dilakukan pada hari-hari ini (10 hari
pertama Zulhijah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada
jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai
daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi
berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang
sedikit pun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk
jalan Allah).”
Hari
yang ganjil adalah hari Arafah iaitu hari ke-9. Hari yang genap adalah
Hari Nahar (Aidiladha) yang jatuh pada hari ke-10 Zulhijah.Demikian
pendapat Ibn ‘Abbas, ‘Ikrimah dan adh-Dhahhak.Ayat al-Quran dan hadis di
atas menjelaskan betapa mulianya bulan ini di sisi Allah, khususnya 10
hari pertamanya sehingga dikatakan amalan hamba yang paling Allah suka
adalah amalan yang dilakukan pada hari itu.Apakah amalan yang sebaiknya
dilakukan? Terlalu banyak kebaikan yang boleh difikir dan di senaraikan.
Antaranya ialah berpuasa sunat, lebih-lebih lagi pada hari Arafah (hari ke 9). Dalam hal ini Nabi bersabda maksudnya: “Berpuasa
pada hari Arafah menghapuskan dosa selama dua tahun, setahun yang lalu
dan setahun yang akan datang. Dan berpuasa pada hari Asyura’ (10
Muharam) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis riwayat Muslim)
Kedua,
ibadat korban yang disunatkan pada hari ke-10, 11, 12 dan 13.Korban
adalah sunnah muakkadah. Ada ulama yang menyebut sebagai sunnah wajibah
bagi mereka yang mampu. Cukup satu korban bagi satu keluarga.Antara
dalil berkaitan dengan korban adalah firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2)
“Kamu
sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sebelum kamu
menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Apa-apa yang kamu
nafkahkan itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imranm, ayat 92)
Dalil hadis: “Barang
siapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan korban), lalu tidak
melakukannya (tidak berkorban), maka janganlah mendekati tempat
solatku.” (Hadis riwayat Ahmad)Daripada Ummu Salamah, Rasulullah
bersabda: "Apabila kalian telah melihat hilal bulan Zulhijah dan ada di
antara kalian yang akan berkorban maka hendaklah dia tidak memotong
rambut dan kukunya." (Hadis riwayat Muslim)
“Amalan
anak Adam yang paling Allah sukai pada Hari Nahar adalah menyembelih
haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat
nanti bersama tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darahnya akan
sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka, laksanakanlah
korban dengan sepenuh hatimu.” (Hadis riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)
Sahabat bertanya Nabi: “Apa maksud ibadah korban ini?” Baginda menjawab: “Ini sunnah bapa kamu Ibrahim.” Mereka bertanya lagi: “Apa yang kita peroleh daripadanya?” Baginda menjawab: “Dengan setiap helai bulunya satu kebaikan.” Mereka berkata: “Bulu yang halus itu?” Baginda menjawab: “Ya. Dengan setiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)
Amalan
adalah solat sunat, tilawah al-Quran, bersedekah, menuntut ilmu,
berbakti kepada ibu bapa, menziarahi orang sakit, mengajak orang berbuat
baik dan melarang berbuat jahat.Yang penting tanamkan azam di dalam
diri untuk melakukan kebaikan di mana juga dan pada bila-bila masa.
Apabila tersemat keazaman, muncullah ilham, terhasillah amalan.
No comments:
Post a Comment