Mengunjungi Baitullah untuk
menyempurnakan pekerjaan haji menjadi suatu cita-cita murni yang
sepatutnya wujud pada tiap-tiap diri umat Islam. Pada kelazimannya orang
yang belum lagi hendak melaksanakan kewajipan tersebut, mereka tidak
sangat bersedia dengan ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk ibadat
tersebut. Apabila hampir dengan waktunya barulah secara bergopoh-gapah
mempelajarinya mengikut kemampuan yang ada padanya.
Banyak
umat Islam yang kurang bersedia dari segi ilmu pengetahuan untuk
mengerjakan haji, malah ada yang tidak memahami walaupun perkara-perkara
yang asas, akibatnya apabila mereka mengerjakan ibadat tersebut,
terjadilah perlanggaran hukum yang boleh mencacatkan kesempurnaan ibadat
tersebut. Hal ini berlaku kerana mereka terikut-ikut dengan perbuatan
jemaah yang kurang arif tentang ibadat itu dan malu hendak bertanya
kepada orang lain.
Di samping tidak mendalami hukum hakam
mengenai haji, ditambah pula dengan kejahilan hukum-hukum mengenai
akidah, maka berlakulah campur aduk di dalam ibadat haji di antara yang
hak dengan yang batil. Kadang-kadang yang hak ditinggalkan dan yang
batil dikerjakan. Yang batil seperti amalan-amalan khurafat dikerjakan
sebaik-baiknya, atas kefahaman bahawa amalan-amalan itu dituntut oleh
syarak, sedangkan yang sebenarnya sebaliknya.
Sering
berlaku dari semasa ke semasa perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan
hukum syarak yang dicampurkan di dalam ibadat haji, terutama
khurafat-khurafat yang diada-adakan oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab. Mereka memberi fatwa secara berbisik-bisik tanpa
menggunakan sebarang kitab atau kenyataan-kenyataan dari nas-nas yang
muktabar tentang perkara yang dibisik-bisikkan itu. Akhirnya
amalan-amalan khurafat itu menjadi ikutan turun temurun dari dahulu
hinggalah sekarang. Oleh yang demikian, maka diajarlah kita membicarakan
perihal khurafat tersebut.
PENGERTIAN KHURAFAT
Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:
خرف خرافة خرافات
Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
Di dalam al-Munjid disebut:
خرف قسد اخرفة افسده
الخر افة حديث الخرف المضحك
Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali.
Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.

Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:
Yang bermaksud:
“Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.

KHURAFAT SEBAGAI BUDAYA JAHILIAH
Masyarakat
jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya
khurafat. Di antara khurafat mereka, mereka mempercayai kepada arah
burung yang berterbangan memberi kesan kepada nasib mereka. Orang-orang
Arab jahiliah apabila hendak mengerjakan sesuatu kerja atau sedang di
perjalanan menuju sesuatu maksud tiba-tiba kedapatan burung yang
melintasi mereka, maka dikaitkan dengan suatu kepercayaan-kepercayaan
tertentu. Malah mereka meletak nama khusus pada keadaan burung yang
melintasi mereka.
Yang melintasi dari arah kanan ke kiri dinamakan : As Sawaeh
Yang melintasi dari arah kiri ke kanan dinamakan : Al Bawareh
Yang datang kepada mereka dari arah hadapan dinamakan : An Nateh
Yang datang dari arah belakang ke hadapan dinamakan : Al Qaid
Dari nama-nama tersebut lahirlah tafsiran-tafsiran yang khusus, ada bala bencana akan menimpa, ada tuah, ada keberuntungan yang akan berlaku dan sebagainya yang mereka menggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya kepada keadaan burung tersebut.

Masyarakat jahiliah juga percaya
jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyi di atas sesuatu
rumah maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal
dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan bermurung
durja, dukacita yang tidak terkira kerana kematian yang akan menimpa.
Kepercayaan sedemikian terdapat juga di dalam masyarakat melayu di Tenggara Asia yang terbawa-bawa dengan budaya jahiliah hingga sekarang ini. Padahal semua itu adalah khurafat belaka.
Kepercayaan sedemikian terdapat juga di dalam masyarakat melayu di Tenggara Asia yang terbawa-bawa dengan budaya jahiliah hingga sekarang ini. Padahal semua itu adalah khurafat belaka.
KHURAFAT MENODAI IBADAT HAJI
Ibadat
haji adalah suatu ibadat yang semestinya dilakukan dengan sempurna,
tidak dicampur dengan batil. Apatah lagi khurafat hendaklah dijauhi sama
sekali. Khurafat boleh mencemar ibadat haji dan menjadikannya ibadat
yang sia-sia kerana perbuatan khurafat menjejaskan akidah dan
kadang-kadang merosakkannya. Perlu diingat bahawa khurafat boleh membawa
kepada syirik kerana ianya menyentuh persoalan iktikad. Jikalau sudah
iktikad rosak kerana khurafat, maka orang yang rosak akidahnya tidak
akan mendapat apa-apa kebaikan dari ibadatnya.
Namun
demikian, masih terdapat bakal-bakal haji yang seolah-olahnya tidak
menyedari bahawa mereka melakukan perkara-perkara khurafat ketika hendak
menunai haji dan ada pula yang melakukannya ketika mereka di dalam
ihram dan sedang bertungkus lumus mengerjakan haji itu sendiri. Kepada
golongan ini seboleh-bolehnya apa yang diajarkan kepada mereka oleh
Tok-tok Guru yang mentadbir atau oleh pengkursus-pengkursus haji adalah
tidak lengkap dan tidak sempurna. Mereka masih hendak menambah-nambah
dan mengada-adakan berbagai-bagai perbuatan yang tidak diajar oleh
orang-orang tadi lalu mereka menerima pakai fatwa-fatwa dari orang yang
tidak bertanggungjawab.
Khurafat bukan perkara kecil yang
boleh dipermudah-mudahkan. Khurafat adalah perkara besar yang mesti
difahami dan diberi perhatian untuk menjauhinya. Umat Islam jangan mudah
menerima pakai sesuatu perbuatan yang disebutkan kepadanya bagi
menambah-nambah amalan di dalam haji yang dipelajarinya secara terbuka
dan ada sandarannya, itulah yang patut diamalkan. Adapun yang diajar
secara sembunyi-sembunyi dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi patutlah
diambil perhatian dan dipastikan dahulu boleh tidak mengamalkannya
barulah diamalkan yang boleh dan menjauhi yang khurafat.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP KHURAFAT
Di
dalam al-Quran al-Karim terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada
pergantungan dengan Alllah sepenuhnya dan menolak kepercayaan terhadap
yang selain-lainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang
memberi segala kenikmatan dan kebaikan hanya Allah. Yang menolak segala
kejahatan hanya Allah. Kepadanya seluruh makhluk bergantung. Firman
Allah, surah al-Zumar, ayat 38: Yang bermaksud:
“Katakanlah
apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain
dari Allah bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku sesuatu
kemudaratan, adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu
atau jika Allah menghendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku,
apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai
Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepadanya bertawakal semua orang
yang bertawakal”.
Ayat di atas memperlihatkan konsep
tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah
dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas
segala sesuatu, bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat
dalam amalan-amalan khurafat.
Yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)”.

“Dari Ibnu Mas’ud R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Buruk sangka (dalam amalan khurafat) adalah syirik (dua kali) akan tetapi Allah menghapuskannya dengan bertawakkal kepada Allah”.

“Dari Anas R.H. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jangan ada buruk sangka (kerana khurafat) dan alfa’lu adalah jauh lebih baik. Ditanya Rasulullah, apakah dia alfa’lu itu: sebut-sebutan yang baik (baik sangka) yang boleh didengari oleh seseorang”.

“Dari Ibnu Umar R.H. katanya: Nabi SAW pernah bersabda: “sesiapa yang kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh memesongkan diri menerusi hajatnya, maka sesungguhnya ia telah syirik (kepada Allah). Mereka bertanya apakah kifarat bagi yang demikian itu? Sabdanya: hendaklah ia berkata: Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikanmu. Tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang darimu dan tiada tuhan yang berhak disembah melainkan engkau”.

Dari
semua urutan ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW yang
tersebut, jelas memperlihatkan konsep baik buruk hanya dari Allah S.W.T.
Allah yang mengatur segala-galanya, bukannya ada kaitan dengan
kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi
kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan manusia.
Khurafat adalah karut marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah SWT sahaja. Apabila kamu cekal bercita-cita, maka teruskan dan bertawakkal kepada Allah.

KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI ASIA TENGGARA
Pengaruh
khurafat ternyata masih kuat. Di dalam masyarakat Islam Asia Tenggara
masih kehadapan amalan-amalan khurafat di dalam berbagai-bagai lapangan
kehidupan. Di dalam perniagaan masih percaya kepada FONG SUAI. Dalam
pertanian masih percaya kepada semangat padi. Dalam mencari rezeki di
lautan masih ada yang percaya kepada gamala ikan dan berbagai-bagai
lagi. Bukan sahaja di dalam mencari rezeki ada berbagai-bagai khurafat,
ketika hendak melakukan ibadat kepada Allah pun masih diresapi
berbagai-bagai khurafat. Antara yang ketara ialah khurafat-khurafat di
dalam ibadat haji.
KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI
a) Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
b) Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumah
c) Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.
d) Setelah balik nanti mesri berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.

KHURAFAT DI TANAH SUCI
a) Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
b) Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
c) Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah Islam.
d) Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.
e) Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan, jika dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.
f) Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
g) Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
h) Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
i) Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
j) Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.
k) Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh mendapat anak yang mudah masuk syurga.
l) Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad melambangkan kemaluan Siti Hawa.
m) Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.
n) Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.
o) Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
p) Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
q) Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.
Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.

AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK
Mengamalkan
perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh
syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah
seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bid’ah yang buruk
sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“…………Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”.
Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT, walhal kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari segala dosa dengan tujuan mandapat haji mabrur.

PUNCA AMALAN-AMALAN TERCELA DAN TERPAUTNYA SESEORANG KEPADA AMALAN KHURAFAT
Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut:
- Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.
- Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.
- Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul.
- Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.

CARA-CARA MENGHINDARINYA
Bakal-bakal
haji hendaklah mengikuti dan mempelajari hukum-hukum agama sebelum
menunaikan haji. Penceramah-penceramah hendaklah dipilih dari kalangan
mereka yang benar-benar berkelayakan. Tajuk siri khurafat perlu
dimasukkan ke dalam kurikulum ibadat haji dengan ditekankan
keburukannya.
Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain yang tidak diketahui puncanya.
Dalam kursus haji ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah tempat berehat atau tempat melepaskan kemarahan atau komplen sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti akan ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.

Sebarang
amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui keilmuannya
hendaklah dipastikan terlebih dahulu dari orang lain yang lebih
berwibawa. Bertawakalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.
Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.
TINGKAH LAKU BURUK SEBAHAGIAN JEMAAH HAJI
Selain
dari khurafat yang tersebut di atas, ditambah pula dengan adanya
tingkah laku buruk yang sering kedapatan di kalangan jemaah haji umumnya
termasuk jemaah haji Asia Tenggara, menjadikan ibadat haji ibadat yang
seolah-olahnya tanpa roh dan tanpa hikmah.
Sebagai contoh
yang ketara, berlakunya peristiwa terowong al-Muassim pada tahun 1990
dan peristiwa pijak memijak di atas Jambatan Mina pada tahun 1994 yang
semuanya memakan korban nyawa yang begitu banyak, mencerminkan masalah
utamanya tingkah laku buruk jemaah haji.
Tingkah laku dan
tuturkata manusia itu adalah sebagai cermin peribadinya. Jika elok
tingkah laku, berbudi bahasa dan manis kata-kata, maka tinggilah nilai
dirinya, mulialah pekertinya. Kalaulah itu benar-benar menjadi cermin
diri, maka alangkah buruknya keadaan umat Islam ini kerana apa yang
berlaku di musim haji menjadi ukuran yang utama pada nilai diri kita.
Di
Mekah umat Islam kelihatan seperti seolah-olah tidak tahu disiplin diri
dan disiplin kehidupan. Ada yang tidak bertolak ansur, bertengkar,
bergaduh, tengking menengking, herdik mengherdik, menolak, melanggar,
memukul, memijak, menghimpit, mengambil hak orang lain, menyusahkan
kawan, memijak kepala, menyepak muka orang yang beribadah, mengganggu
yang bersembahyang, menyepak al-Quran, meletak al-Quran di atas lantai,
mengubah (mengalih) al-Quran dengan kaki, berebut-rebut dengan segala
kekuatan untuk mencium batu hitam (al-Hajarul Aswad). Memegang tangan
berangkai kuat untuk merempuh orang yang sedang solat dan tawaf.
Perbuatan yang sama berlaku dengan dasyatnya ketika di Mina untuk
melontar. Segala selipar dan kasut serta pakaian tertanggal dari badan.
Yang sakit tidak diberi simpati. Yang tua uzur tidak dihirau dan
pelbagai perangai lagi yang boleh dilihat.
Mengenai tutur
kata, umat Islam tidak hendak menjaga tutur katanya. Walaupun ketika
sedang tawaf dan saei, masih bercakap-cakap dengan hal-hal yang
terkeluar dari erti ibadah yang sebenar, bergelak ketawa berdekah-dekah
kerana kelucuan yang sengaja diada-adakan dalam perbualan-perbualan,
seolah-olah mereka bukan di hadapan Allah di dalam ibadat yang shahdu.
Kata
mengata, caci mencaci sering kedengaran di sepanjang masa berada di
Mekah dan Madinah seolah-olah tidak berbeza dari tempat-tempat lain.
Mengumpat, mencerca terus berlaku tanpa sebarang takut kepada dosa yang
perbuatan di Tanah Haram.
Semua tingkah laku buruk itu
adalah sebahagian dari masalah yang sebenar yang berlaku di kalangan
jemaah haji kita yang sudah sewajibnya kita menyedari perihal tersebut
dan cuba menghindarnya.
BAGAIMANA MENGATASI PERMASALAHAN TERSEBUT
Masalah
akhlak adalah masalah pokok untuk membina masyarakat yang mulia. Akhlak
yang terpuji menjadi tunjang kekuatan umat. Rasulullah SAW diutuskan
Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Baginda menjadi
teladan untuk kemuliaan akhlak, mengasuh umatnya agar berakhlak mulia.
Bagi mengatasi masalah yang disebutkan tadi, pendidikan kerohanian yang menekankan kepada kemuliaan akhlak perlu dititik beratkan dalam latihan dan syarahan-syarahan. Bakal-bakal haji hendaklah dipupuk dengan budi pekerti yang mulia untuk dihayati sepanjang masa hidupnya, lebih-lebih lagi ketika menunaikan haji.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
Yang bermaksud:
“Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkuat, maka bertawakkallah kepada Allah. Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkaya, maka hendaklah meyakini bahawa apa yang ada di sisi Allah Azawajallla lebih baik dari apa yang ada di dalam tangannya. Dan siapa yang ingin sangat menjadi manusia yang termulia, maka hendaklah takut kepada Allah Azawajallla”.

Hadith
ini mengingatkan kita tentang berakhlak dengan Allah. Bertawakkal
kepada Allah, takut kepada Allah. Apabila manusia sudah mentaati
perintah Allah dan amat mengharapkan keredaan, maka akan lahirlah budi
pekerti yang mulia untuk mereka di alam manusia.
Mengunjungi
Baitullah untuk menunaikan ibadat haji adalah suatu tuntutan syarak.
Dari ibadat itu akan lahirlah pengajaran-pengajaran yang amat berguna
untuk manusia. Fadhilat haji amatlah banyak. Salah satunya untuk
mengingati Allah. Oleh itu, perbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah,
berzikir kepada Allah di dalam masa kerja haji dan sesudahnya khususnya
di Arafah dan Mina.
Salah satu rahisa Allah mewajibkan
haji ialah untuk membersihkan diri mereka dari segala dosa, dari segala
perangai keji dan perbuatan-perbuatan munkar. Kalaulah umat Islam
memahami dan menghayati tujuan tersebut dengan sebaik-baiknya, maka
tentulah tidak akan berlaku pekara-perkara munkar di tanah suci.
Semua orang yang menunaikan haji akan menjadi orang yang amat baik pekertinya. Tidak ada khurafat berlaku dan tidak ada perkara-perkara negetif berlaku kerana semuanya itu akan menyebabkan haji seseorang itu sia-sia.
Semua orang yang menunaikan haji akan menjadi orang yang amat baik pekertinya. Tidak ada khurafat berlaku dan tidak ada perkara-perkara negetif berlaku kerana semuanya itu akan menyebabkan haji seseorang itu sia-sia.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
Yang bermaksud:
“sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan perkara-perkara jahat dan fasik, maka kembalinya ke tanah airnya nanti ia menjadi seperti anak yang baru lahir”.
Yang bermaksud:
“sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan perkara-perkara jahat dan fasik, maka kembalinya ke tanah airnya nanti ia menjadi seperti anak yang baru lahir”.
PENUTUP
Usaha
untuk mempertingkatkan kualiti ilmu ke dalam masyarakat Islam perlu
diteruskan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi perisai umat Islam
dari diresapi gejala-gejala tidak sihat seperti khurafat dan sebagainya.
Pengetahuan tentang ibadat haji adalah pengetahuan fardu
ain yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat umum. Perlu diajar dengan
cara yang berkesan di dalam kurikulum-kurikulum sekolah menengah dan di
peringkat universiti agar dengan ilmu yang manfaat itu setiap yang
pergi menunai haji benar-benar mengetahui mengapa ibadat itu diwajibkan.
Ibadat-ibadat
dalam Islam adalah alat untuk mendidik manusia. Jika dipergunakan
ibadat itu sebagai alat mengajar, maka yang mempelajari
bersungguh-sungguh daripadanya akan mendapat pengajaran yang amat
berkesan. Rasulullah SAW telahpun mempergunakan untuk mendidik umat
Islam di zamannya. Dengannya mereka menjadi sebaik-baik umat yang Allah
ciptakan untuk menjadi contoh kepada manusia. Akhlak yang terpuji akan
lahir dari keikhlasan beribadat kepada Allah, apabila difahami maksud
dan tujuannya. Dari akhlak yang terpuji lahirlah peribadi unggul untuk
memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah.
Semoga
Allah memelihara kita dari terjatuh ke dalam khurafat dan semoga Allah
memberi hidayah kepada kita untuk mencontohi akhlak mulia Rasulullah
SAW.
No comments:
Post a Comment