SEJARAH ibadat haji di Tanah Suci Makkah
bermula ketika Nabi Allah Adam dikirimkan ke bumi. Allah memerintahkan
baginda mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur
di langit.
Binaan empat segi ini kemudian diberi nama Kaabah yakni ‘Rumah Allah’.
Firman
Allah dalam surah al-Imran (96) bermaksud, “Sesungguhnya rumah ibadat
yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah
yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia.”
Sebaik saja
semua urusan pembinaannya selesai, Allah memerintahkan Nabi Adam serta
keluarganya mengerjakan ibadat tawaf di situ seperti yang dikerjakan
oleh malaikat di Baitul Makmur.
Baitullah, selain daripada
menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat
tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.
Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.
Menurut
riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat
binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul
Makmur di alam malaikat.
Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur
adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan
tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.
Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.
Sebelum
terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy
sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti
kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.
Kepatuhan mereka
adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan
kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.
Peristiwa ini
disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud,
“Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas
malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan
melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami
sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
kamu tidak ketahui!”.
Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.
Lalu
mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan
Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan
keampunan daripada Allah.
Apabila Allah memerintahkan malaikat untuk sujud memberi hormat kepada Nabi Allah Adam, mereka pun terus sujud kecuali Iblis.
Firman
Allah dalam surah al-Hujurat (34) bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika
Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah
mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takbur dan termasuk golongan orang
kafir.”
Selepas Nabi Allah Adam wafat, binaan Kaabah
beransur-ansur reput. Seterusnya, Allah memerintahkan salah seorang
daripada putera Adam iaitu Syith untuk membina semula Kaabah di tempat
sama.
Namun, banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh, turut
meruntuhkan binaan Kaabah sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Ibrahim
untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim
dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan
tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith
yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu.
Ini
disebut dalam firman Allah dalam surah al-Hajj (26, 27), “Dan ketika
Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami
berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku
dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang
yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.
“Dan serukanlah
umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang
dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang
datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh.”
Firman Allah lagi
dalam ayat 29 bermaksud, “Kemudian hendaklah mereka membersihkan
dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah
mereka tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu.”
Pembinaan
Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota
Makkah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut
Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk
melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Selepas
menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan
pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian
daripada ibadat haji.
Beberapa ratus tahun selepas pembinaan
Kaabah oleh Nabi Ibrahim, usaha membaik-pulih dan membina semula Kaabah
telah dilaksanakan secara berterusan.
Antaranya membaiki
kerosakan tanpa mengubah bentuk atau ukuran Kaabah oleh kaum Analagh,
Kaabah dibina semula oleh puak Jurhum selepas sebahagian dinding Kaabah
runtuh kerana banjir besar di Kota Makkah.
Kemudian Kaabah
dibaiki lagi dengan membuat pintu serta pemasangan kelambu Kaabah oleh
seorang raja dari Yaman, pembinaan bumbung Kaabah semasa pemerintahan
Qusai bin Kilab, pembinaan semula Kaabah oleh Kaum Quraisy dengan
berpandukan batu asas hasil binaan Nabi Ibrahim.
Kerja membaiki
Kaabah diteruskan oleh panglima Hajjaj pada zaman Khalifah Abdul Malik
dan pembinaan semula Kaabah pada 1037 berikutan kerosakan banjir besar
di Kota Makkah.
Seni binaBangunan
yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut
dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan
lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.
Binaan dalam
Apa yang ada dlm Ka'abah?
1)
Wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, 'anbar dan 'ud yang
digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Ka'abah dibersihkan dan
digunakan sepanjang tahun.
2) Ditutupi lantainya berwarna putih
di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi
sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Adapun
dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi,
dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros,
dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak. Selain itu
terdapat juga di lantainya tanda tempat sujud Nabi Sallallahu 'Alaihi
Wasallam dan juga multazam, di mana beliau melekatkan perut baginda yang
mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.
3) Terdapat 3 batang tiang kayu yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.
4)
Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir
padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.
5) Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.
6) Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada pembaikpulihan ka'abah.
Selain
itu kadangkala terdapat alat pengangkut ke atas (man-lift) untuk
kerja-kerja pembersihan ka'bah, selain alat-alat untuk membersihkan
ka'abah.
Pembersihan ka'bah yang mulia di sebelah dalam pula
dilakukan sekali setahun. Pertamanya dibasuh dengan air dan sabun.
Kemudian disapukan seluruh dinding dan lantainya dengan wangian dari
setiap jenisnya dan dibakar bukhur yang terwangi dan terbaik...
Sejarah
Menurut
tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan
sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.
Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT
menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk
manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi
Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan
oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6
inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan
sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini
berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).
Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian
dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi
Rasul.
Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan
dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara
empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan
semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu
hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan
berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan
meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar
menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan
agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan
menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah.
Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad,"
jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya
memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah
mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap
bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke
tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu
dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
Info Ka'abahDi dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang
yang dibuat daripada kayu dan besarnya kira-kira ½ meter, berwarna merah
kekuningan. Menurut sejarahnya, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin
Zubair r.a. ketika beliau membangun kembali Ka`bah pada generasi yang
kesepuluh pada tahun 64-65H, bertepatan dengan 683M.
Lantai
Ka`bah adalah marmar putih dan hanya sedikit yang berwarna lain.
Dindingnya marmar berwarna, dihiasi dengan ukiran-ukiran dan pahatan
yang indah. Bahagian atas Ka`bah ditutup dengan kain sutera berwarna
merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk
huruf د(dal) atau angka lapan Arab ( yang ertinya “Mahasuci Allah dan
Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung”.
Di samping
itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis
kata-kata yang ertinya “Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha
Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci”.
Kain
penutup atas Ka`bah (sitarah) dibuat pada zaman pemerintahan Sultan
Abdul Aziz Khan pada tahun 1290H. Baik pintu Ka`bah maupun pintu untuk
naik ke loteng (sutuh) ditutup dengan kain sutera hitam, disulam dengan
benang emas.
Diantara 3 tiang besar dipasang kayu penyangga yang
melintang dari utara ke selatan, tingginya kira-kira 2/3 tinggi Ka`bah.
Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan
barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang
diterima Ka`bah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik
Ka`bah.
Diriwayatkan bahawa tanduk kibasy milik Nabi Ibrahim a.s.
pun dulunya disimpan di dalam Ka`bah. Namun kerana Ka`bah pernah
mengalami kebakaran iaitu pada hari Sabtu tanggal 3 Rabiul Awal tahun
64H, maka tanduk kibasy itu telah menjadi abu dan sekarang tidak dapat
ditemukan lagi.
Pada dinding Ka`abah terdapat 7 buah kepingan batu mammar bertulis.
Semua tulisan dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim. Keterangan
ringkas mengenai ketujuh marmar itu adalah seperti berikut:
1.Kepingan mammar pertama dibuat pada bulan Rejab tahun 884H atas perintah Sultan Abu Nasher Faitibeik.
2.Kepingan
marmar kedua dipasang pada dinding tangga Ka`abah untuk naik ke loteng
dalam bentuk lima baik syair, dibuat pada tahun 1109H oleh Ahmad Beik
Syeikh al-Haram Makkah.
3.Kepingan mamar ketiga dipasang pada
dinding bahagian barat, di buat atas perintah Imam Besar Abu Ja`far
al-mansur al-Mustanshir billah Amiril Mu`minin, tahun 629H.
4.Kepingan
marmar keempat dipasang di dinding bahagian barat, di samping marmar
ketiga, dibuat atas perintah Yusuf bin Umar bin Ali bin Muhammad pada
tahun 680H.
5.Kepingan marmar kelima dipasang pada dinding barat,
di samping marmar keempat, dibuat atas perintah Sultan Murad Khan bin
Sultan Ahmad Khan pada akhir bulan Ramadan tahun 1040H.
6.Kepingan marmar keenam dipasang di samping kepingan marmar kelima, dibuat atas perintah Sultan Muhammad Khan pada tahun 1070H.
7.Kepingan
marmar ketujuh dipasang berdampingan dengan kepingan marmar keenam,
dibuat atas perintah Sultan Malik Abu el-Nasr Barsibari pada tahun 826H.
HAJAR ASWAD (The Black Stone) HAJAR Aswad (batu
hitam) diyakini sebagai batu syurga. Oleh karena itu tidak hairanlah
jika jemaah haji dari seluruh pelusok penjuru dunia selalu
merindukannya, bahkan saling berebut hanya karena ingin menciumnya. Batu
hitam itu terletak di sudut Timur Ka'abah pada ketinggian 1,10 meter
dari lantai Masjidil Haram berukuran panjang 25 cm dan lebar 17 cm.
Sekarang
ini, Hajar Aswad pecah menjadi 8 bongkah dan kedelapan bongkahan itu
masih tersusun rapi pada tempatnya seperti sekarang. Pecahnya batu itu
terjadi pada zaman Qaramithah, yaitu sekte dari Syi'ah Al-Bathiniyyah
dari pengikut Abu Thahir Al-Qaramathi yang mencabut Hajar Aswad dan
membawanya ke Ihsa' pada tahun 319 Hijriyah. Tetapi batu itu
dikembalikan lagi pada tahun 339 Hijriah.
Bahagian yang terbesar berukuran sebuah kurma yang tertanam di batu
besar lain dan dikelilingi oleh ikatan perak. Inilah batu yang sentiasa
dirindui setiap Muslim dan berusaha untuk dapat menciumnya atau
ber-ihtilam (menyalaminya atau berjabat ketika tawaf). Batu yang
terletak dalam lingkaran perak itulah yang diusahakan jemaah haji untuk
dapat menciumnya, artinya bukan batu yang berada di sekitarnya.
Hajar
Aswad pernah mengalami renovasi pada zaman Raja Fahd, yaitu pada bulan
Rabi'ulawal 1422 Hijriyah. Setiap tahun menjelang musim haji, batu ini
dibersihkan sekaligus dilakukan pencucian Ka'abah yang kadang-kadang
memberi kesempatan kepada tetamu kerajaan menyaksikan pencucian Ka'abah
sekaligus memberi peluang mencium Hajar Aswad.