Tuesday, 21 January 2014

Sejarah pembinaan Kaabah

 



SEJARAH ibadat haji di Tanah Suci Makkah bermula ketika Nabi Allah Adam dikirimkan ke bumi. Allah memerintahkan baginda mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.
Binaan empat segi ini kemudian diberi nama Kaabah yakni ‘Rumah Allah’.
Firman Allah dalam surah al-Imran (96) bermaksud, “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia.”
Sebaik saja semua urusan pembinaannya selesai, Allah memerintahkan Nabi Adam serta keluarganya mengerjakan ibadat tawaf di situ seperti yang dikerjakan oleh malaikat di Baitul Makmur.
Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.
Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.
Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.
Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.
Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.
Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.
Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.
Peristiwa ini disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”.
Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.
Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.
Apabila Allah memerintahkan malaikat untuk sujud memberi hormat kepada Nabi Allah Adam, mereka pun terus sujud kecuali Iblis.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat (34) bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takbur dan termasuk golongan orang kafir.”
Selepas Nabi Allah Adam wafat, binaan Kaabah beransur-ansur reput. Seterusnya, Allah memerintahkan salah seorang daripada putera Adam iaitu Syith untuk membina semula Kaabah di tempat sama.
Namun, banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh, turut meruntuhkan binaan Kaabah sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu.
Ini disebut dalam firman Allah dalam surah al-Hajj (26, 27), “Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh.”

Firman Allah lagi dalam ayat 29 bermaksud, “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu.”
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Makkah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.

Beberapa ratus tahun selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, usaha membaik-pulih dan membina semula Kaabah telah dilaksanakan secara berterusan.

Antaranya membaiki kerosakan tanpa mengubah bentuk atau ukuran Kaabah oleh kaum Analagh, Kaabah dibina semula oleh puak Jurhum selepas sebahagian dinding Kaabah runtuh kerana banjir besar di Kota Makkah.

Kemudian Kaabah dibaiki lagi dengan membuat pintu serta pemasangan kelambu Kaabah oleh seorang raja dari Yaman, pembinaan bumbung Kaabah semasa pemerintahan Qusai bin Kilab, pembinaan semula Kaabah oleh Kaum Quraisy dengan berpandukan batu asas hasil binaan Nabi Ibrahim.
Kerja membaiki Kaabah diteruskan oleh panglima Hajjaj pada zaman Khalifah Abdul Malik dan pembinaan semula Kaabah pada 1037 berikutan kerosakan banjir besar di Kota Makkah.

Seni bina
Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Binaan dalam

Apa yang ada dlm Ka'abah?

1) Wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, 'anbar dan 'ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Ka'abah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.

2) Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Adapun dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak. Selain itu terdapat juga di lantainya tanda tempat sujud Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan juga multazam, di mana beliau melekatkan perut baginda yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.

Lakaran

3) Terdapat 3 batang tiang kayu yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.

4) Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.
 5) Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.

6) Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada pembaikpulihan ka'abah.

Selain itu kadangkala terdapat alat pengangkut ke atas (man-lift) untuk kerja-kerja pembersihan ka'bah, selain alat-alat untuk membersihkan ka'abah.

Pembersihan ka'bah yang mulia di sebelah dalam pula dilakukan sekali setahun. Pertamanya dibasuh dengan air dan sabun. Kemudian disapukan seluruh dinding dan lantainya dengan wangian dari setiap jenisnya dan dibakar bukhur yang terwangi dan terbaik...

Sejarah
Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
Info Ka'abah
Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu dan besarnya kira-kira ½ meter, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarahnya, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a. ketika beliau membangun kembali Ka`bah pada generasi yang kesepuluh pada tahun 64-65H, bertepatan dengan 683M.

Lantai Ka`bah adalah marmar putih dan hanya sedikit yang berwarna lain. Dindingnya marmar berwarna, dihiasi dengan ukiran-ukiran dan pahatan yang indah. Bahagian atas Ka`bah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf د(dal) atau angka lapan Arab ( yang ertinya “Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung”.

Di samping itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis kata-kata yang ertinya “Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci”.

Kain penutup atas Ka`bah (sitarah) dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan pada tahun 1290H. Baik pintu Ka`bah maupun pintu untuk naik ke loteng (sutuh) ditutup dengan kain sutera hitam, disulam dengan benang emas.

Diantara 3 tiang besar dipasang kayu penyangga yang melintang dari utara ke selatan, tingginya kira-kira 2/3 tinggi Ka`bah. Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang diterima Ka`bah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik Ka`bah.

Diriwayatkan bahawa tanduk kibasy milik Nabi Ibrahim a.s. pun dulunya disimpan di dalam Ka`bah. Namun kerana Ka`bah pernah mengalami kebakaran iaitu pada hari Sabtu tanggal 3 Rabiul Awal tahun 64H, maka tanduk kibasy itu telah menjadi abu dan sekarang tidak dapat ditemukan lagi.
 Pada dinding Ka`abah terdapat 7 buah kepingan batu mammar bertulis. Semua tulisan dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim. Keterangan ringkas mengenai ketujuh marmar itu adalah seperti berikut:

1.Kepingan mammar pertama dibuat pada bulan Rejab tahun 884H atas perintah Sultan Abu Nasher Faitibeik.

2.Kepingan marmar kedua dipasang pada dinding tangga Ka`abah untuk naik ke loteng dalam bentuk lima baik syair, dibuat pada tahun 1109H oleh Ahmad Beik Syeikh al-Haram Makkah.

3.Kepingan mamar ketiga dipasang pada dinding bahagian barat, di buat atas perintah Imam Besar Abu Ja`far al-mansur al-Mustanshir billah Amiril Mu`minin, tahun 629H.

4.Kepingan marmar keempat dipasang di dinding bahagian barat, di samping marmar ketiga, dibuat atas perintah Yusuf bin Umar bin Ali bin Muhammad pada tahun 680H.

5.Kepingan marmar kelima dipasang pada dinding barat, di samping marmar keempat, dibuat atas perintah Sultan Murad Khan bin Sultan Ahmad Khan pada akhir bulan Ramadan tahun 1040H.

6.Kepingan marmar keenam dipasang di samping kepingan marmar kelima, dibuat atas perintah Sultan Muhammad Khan pada tahun 1070H.

7.Kepingan marmar ketujuh dipasang berdampingan dengan kepingan marmar keenam, dibuat atas perintah Sultan Malik Abu el-Nasr Barsibari pada tahun 826H.



 HAJAR ASWAD (The Black Stone)
HAJAR Aswad (batu hitam) diyakini sebagai batu syurga. Oleh karena itu tidak hairanlah jika jemaah haji dari seluruh pelusok penjuru dunia selalu merindukannya, bahkan saling berebut hanya karena ingin menciumnya. Batu hitam itu terletak di sudut Timur Ka'abah pada ketinggian 1,10 meter dari lantai Masjidil Haram berukuran panjang 25 cm dan lebar 17 cm.

Sekarang ini, Hajar Aswad pecah menjadi 8 bongkah dan kedelapan bongkahan itu masih tersusun rapi pada tempatnya seperti sekarang. Pecahnya batu itu terjadi pada zaman Qaramithah, yaitu sekte dari Syi'ah Al-Bathiniyyah dari pengikut Abu Thahir Al-Qaramathi yang mencabut Hajar Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada tahun 319 Hijriyah. Tetapi batu itu dikembalikan lagi pada tahun 339 Hijriah.
 Bahagian yang terbesar berukuran sebuah kurma yang tertanam di batu besar lain dan dikelilingi oleh ikatan perak. Inilah batu yang sentiasa dirindui setiap Muslim dan berusaha untuk dapat menciumnya atau ber-ihtilam (menyalaminya atau berjabat ketika tawaf). Batu yang terletak dalam lingkaran perak itulah yang diusahakan jemaah haji untuk dapat menciumnya, artinya bukan batu yang berada di sekitarnya.

Hajar Aswad pernah mengalami renovasi pada zaman Raja Fahd, yaitu pada bulan Rabi'ulawal 1422 Hijriyah. Setiap tahun menjelang musim haji, batu ini dibersihkan sekaligus dilakukan pencucian Ka'abah yang kadang-kadang memberi kesempatan kepada tetamu kerajaan menyaksikan pencucian Ka'abah sekaligus memberi peluang mencium Hajar Aswad.

No comments:

Post a Comment