Wajib
haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika
ditinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan
membayar denda (dam).
Perkara wajib
haji ialah:
1. Niat ihram di Miqat
(i)
Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji.
Miqat terbahagi kepada dua,
iaitu:
a) miqat makani;
b) miqat zamani.
b) miqat zamani.
Miqat zamani bagi ibadat haji ialah
pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi
umrah ialah sepanjang tahun.
Miqat makani bagi ibadat haji ialah:
a) bagi jemaah haji yang
datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait
ialah Qarnul Manazil. (94km dari Makkah)
ialah Qarnul Manazil. (94km dari Makkah)
b) jemaah haji yang melalui Lautan
Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman
dan India ialah di Yalamlam; (54km dari Makkah)
dan India ialah di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c) bagi jemaah haji yang datang dari Madinah
ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali
(450km dari Makkah)
d) bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e) bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan
Sepanyol ialah di Juhfah.(187km dari Makkah)
f) bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).
(450km dari Makkah)
d) bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e) bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan
Sepanyol ialah di Juhfah.(187km dari Makkah)
f) bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
وَقَّتَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا
الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّامِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ
الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ قَالَ فَهُنَّ لَهُنَّ
وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِ أَهْلِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ
الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَمَنْ كَانَ دُونَهُنَّ فَمِنْ أَهْلِهِ وَكَذَا
فَكَذَلِكَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ يُهِلُّونَ مِنْهَا
Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW
menetapkan mikat-mikat berikut: untuk penduduk Madinah adalah Dzul
Hulaifah, untuk penduduk Syam adalah Juhfah, untuk penduduk Najed adalah
Qarnul Manazil dan untuk penduduk Yaman adalah Yalamlam. Mikat-mikat itu
adalah untuk penduduk daerah-daerah tersebut dan selain penduduk
tersebut yang datang melewatinya untuk melaksanakan ibadah haji atau
umrah. Adapun untuk penduduk daerah sebelum mikat-mikat tersebut, maka
mikat mereka adalah dari rumah mereka dan seterusnya sampai penduduk
Mekah, mereka niat ihram dari rumah-rumah mereka.
Hadis riwayat Muslim.
Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Penduduk Madinah berniat ihram dari (mikat) Dzul Hulaifah, penduduk Syam
dari Juhfah, sedangkan penduduk Najed dari Qarnul Manazil. Abdullah bin
Umar berkata: Aku diberitahu bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk
Yaman berniat ihram dari (mikat) Yalamlam.
Hadis riwayat Muslim.
Miqat makani bagi umrah ialah
di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tan’im
dan Jaknanah.
Antara hikmat-hikmat ditentukan miqat
bagi ibadat haji termasuklah:
a) supaya kita memahami bahawa setiap
pekerjaan ada permulaan dan ada
kesudahannya;
b) supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan
sesuatu pekerjaan.
kesudahannya;
b) supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan
sesuatu pekerjaan.
2. Bermalam di Muzdalifah
(i)
Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah hingga
subuh.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan
tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang sama.
4. Bermalam di Mina
Hendaklah
bermalam pada malam-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.
5. Melontar ketiga-tiga jamrah
5-MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH
Waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu.
Waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُهِلُّ
أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنْ ذِي الْحُلَيْفَةِ وَأَهْلُ الشَّامِ مِنْ
الْجُحْفَةِ وَأَهْلُ نَجْدٍ مِنْ قَرْنٍ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَبَلَغَنِي
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَيُهِلُّ
أَهْلُ الْيَمَنِ مِنْ يَلَمْلَمَ
Syarat-syarat melontar
a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah AlUla, Al-Wusta dan kemudian
jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah AlUla, Al-Wusta dan kemudian
jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
6.
Meninggalkan perkara-perkara yang
haram semasa ihram:
(i)
menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai
sarung tangan bagi
wanita.
(ii) memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v) mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah
(Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah).
wanita.
(ii) memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v) mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah
(Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah).
عَنْ نَافِعٍ
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ مِنْ
الثِّيَابِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا
تَلْبَسُوا الْقُمُصَ وَلَا الْعَمَائِمَ وَلَا السَّرَاوِيلَاتِ وَلَا
الْبَرَانِسَ وَلَا الْخِفَافَ إِلَّا أَحَدٌ لَا يَجِدُ النَّعْلَيْنِ
فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ وَلَا
تَلْبَسُوا مِنْ الثِّيَابِ شَيْئًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا الْوَرْسُ
Dari Nafiq, dari Ibnu Umar RA bahawa seorang
laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang pakaian yang boleh
dikenakan oleh orang yang sedang berihram? Rasulullah saw. bersabda:
Janganlah kalian mengenakan baju, kain serban, seluar, menutup kepala
dan sarung kaki kulit, kecuali bagi orang yang memang tidak memiliki
alas kaki, maka ia boleh memakai alas kaki tersebut dengan syarat ia
harus memotongnya sampai di bawah mata kaki. Juga jangan memakai pakaian
apapun yang dicelup dengan minyak za`faran dan wares.
عَن جَابِرِ بْنِ زَيْد
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَخْطُبُ يَقُولُ السَّرَاوِيلُ
لِمَنْ لَمْ يَجِدْ الْإِزَارَ وَالْخُفَّانِ لِمَنْ لَمْ يَجِدْ
النَّعْلَيْنِ يَعْنِي الْمُحْرِمَ
Dari Jabir bin Zaid, dari Ibnu Abbas RA Aku
mendengar Rasulullah saw. ketika sedang berkhutbah, beliau bersabda:
Seluar (boleh dikenakan) bagi orang yang tidak mempunyai lembaran kain
dan alas kaki bagi orang yang tidak mempunyai sepasang alas kaki.
Maksudnya untuk orang yang sedang berihram.
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ صَفْوَانَ بْنِ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ
عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
جَاءَ
رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ
بِالْجِعْرَانَةِ عَلَيْهِ جُبَّةٌ وَعَلَيْهَا خَلُوقٌ أَوْ قَالَ أَثَرُ
صُفْرَةٍ فَقَالَ كَيْفَ تَأْمُرُنِي أَنْ أَصْنَعَ فِي عُمْرَتِي قَالَ
وَأُنْزِلَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْيُ
فَسُتِرَ بِثَوْبٍ وَكَانَ يَعْلَى يَقُولُ وَدِدْتُ أَنِّي أَرَى
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَقَدْ نَزَلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ قَالَ
فَقَالَ أَيَسُرُّكَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَى النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ
قَالَ فَرَفَعَ عُمَرُ طَرَفَ الثَّوْبِ فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ لَهُ غَطِيطٌ
قَالَ وَأَحْسَبُهُ قَالَ كَغَطِيطِ الْبَكْرِ قَالَ فَلَمَّا سُرِّيَ
عَنْهُ قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ الْعُمْرَةِ اغْسِلْ عَنْكَ أَثَرَ
الصُّفْرَةِ أَوْ قَالَ أَثَرَ الْخَلُوقِ وَاخْلَعْ عَنْكَ جُبَّتَكَ
وَاصْنَعْ فِي عُمْرَتِكَ مَا أَنْتَ صَانِعٌ فِي حَجِّكَ
Dari Safwan bin Ya'la bin Umaiyah dari
ayahnya, beliau berkata salah seorang sahabat datang menemui Nabi saw.
ketika beliau berada di Ji`ranah, dengan mengenakan jubah yang sudah
ditaburi minyak wangi. Atau bekas dari minyak wangi. Sahabat itu
bertanya: Apa yang baginda perintahkan untuk aku lakukan dalam umrahku?
Saat itu wahyu sedang turun kepada Nabi saw. dan beliau ditutup dengan
pakaian. Ya`la berkata: Aku senang sekali jika aku dapat menyaksikan
Nabi saw. sedang menerima wahyu. Umar berkata: Apakah engkau suka
menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu? Kemudian Umar menyingkap
kain yang menutupi beliau, lalu aku memandang beliau sedang mendengkur.
Aku memperhatikan seperti suara anak unta. Ketika wahyu telah turun,
beliau terbangun dan bertanya: Di mana orang yang bertanya tentang umrah
tadi? Selanjutuya beliau bersabda: Bersihkanlah dirimu dari bekas minyak
wangi yang engkau pakai, lepaslah jubahmu dan lakukanlah umrah seperti
engkau melakukan haji.
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
طَيَّبْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لِحُرْمِهِ حِينَ أَحْرَمَ وَلِحِلِّهِ قَبْلَ أَنْ يَطُوفَ
بِالْبَيْتِ
Dari Aisyah RA., ia berkata: Aku pernah
memberi minyak wangi ke tubuh Rasulullah saw. saat beliau hendak
berihram dan juga ketika hendak bertahallul sebelum beliau tawaf di
Baitullah.
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ اللَّيْثِيِّ
أَنَّهُ أَهْدَى لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِمَارًا وَحْشِيًّا وَهُوَ بِالْأَبْوَاءِ أَوْ
بِوَدَّانَ فَرَدَّهُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ فَلَمَّا أَنْ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا فِي وَجْهِي قَالَ إِنَّا لَمْ نَرُدَّهُ عَلَيْكَ
إِلَّا أَنَّا حُرُمٌ
Dari Sha`ab bin Jatsamah Al-Laitsi RA bahwa Ia
pernah menghadiahkan seekor keledai liar kepada Rasulullah saw. ketika
beliau berada di desa Abwa' atau Waddan. Namun Rasulullah saw.
mengembalikan keledai itu kepadanya. Ketika Rasulullah saw. melihat
perubahan wajah Sha`ab karena pemberiannya dikembalikan, beliau
bersabda: Aku tidak akan menolak pemberianmu ini jika aku tidak sedang
dalam keadaan ihram.
Hadis riwayat Muslim.
Perkara-perkara sunat haji
1. Mandi sunat ketika hendak memakai
ihram.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"مَا أَهَلَّ مُهِلٌّ قَطُّ إِلا بُشِّرَ، وَلا
كَبَّرَ مُكَبِّرٌ قَطُّ إِلا بُشِّرَ. قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ،
بِالْجَنَّةِ؟ قَالَ: نَعَمْ".
Abu Hurairah RA meriwayatkan
bahwa Rasulullah SAW bersabda
Tidaklah seorang mengucapkan talbiyah atau mengucapkan
takbir melainkan akan dijanjikan dengan kebaikan”. Rasulullah
ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah dijanjikan dengan syurga?” Beliau
menjawab: “Ya”.
(Riwayat Thabarani
dalam kitab
معجم الأوسط
Albani dlm kitabnya صحيح
الترغيب والترهيب
telah mengkelaskan hadis ini sebagai hadis Hasan).
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf
seeloknya di belakang makam Nabi
Ibrahim a.s.
9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.
Ibrahim a.s.
9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.
Perkara yang membatalkan haji
1. Tertinggal salah satu daripada rukun
haji.
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.
No comments:
Post a Comment