Tuesday, 3 September 2013

Dam didalam ibadat Haji dan Umrah



Pengertian DAM dari segi bahasa ialah darah.
Ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.
Sebab-sebab diwajibkan dam:
  • Melanggar pantang larang dalam Ihram
  • Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
  • Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
  • Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
  • Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
  • Luput Wuquf di Arafah
  • Meninggalkan Tawaf Wada


    PENGERTIAN
    Dam untuk tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bagi seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan hajinya atau umrahnya.

    SEBAB-SEBAB
    Terhalang atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit

    SEBAB-SEBAB LAIN
    dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu.

    CARA MELAKSANAKAN DAM IHSAR
    Setelah keluar dari Mekah dua marhalah (91 km) atau lebih atau setelah sampai ke tanah air hendaklah:

    1. Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting (dengan itu, maka terlepaslah dari semua pantang larang ihram)
     
    2. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempatan
     
    3. Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


    DAM TERTIB DAN TAQDIR

    SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

    1. Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya)
    2. Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
    3. Luput wuquf di Arafah
    4. Tidak melontar Jamrah
    5. Tidak bermalam di Mina (dengan syarat-syaratnya)
    6. Tidak bermalam di Muzdalifah (dengan syarat-syaratnya)
    7. Tidak berihram di Miqat
    8. Meninggalkan Tawaf Wada'
    9. Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji

    DAM YANG DIKENAKAN
    Menyembelih seekor kibasy atau kambing atau 1/7 daripada lembu atau unta atau kerbau

    JIKA TIDAK BERKUASA
    Hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari dimasa haji dan 7 hari apabila ia balik ke tempatnya

    JIKA TIDAK BERDAYA BERPUASA
    Dengan sebab tua, maka dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak)

    JIKA TIDAK BERDAYA JUGA
    Tertanggunglah di atas zimmahnya


    DAM TERTIB DAN TA'DIL

    PENGERTIAN
    Ta'dil bermakna apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan hendaklah diganti dengan puasa

    SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

    Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja Umrah

    DAM YANG DIKENAKAN
     

    1. Menyembelih seekor unta
    2. Jika tidak berkuasa: Menyembelih seekor lembu
    3. Jika tidak berkuasa: Digantikan dengan 7 ekor kambing
    4. Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
    5. Jika tidak berkuasa: Hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya dan wajib qada' pada tahun berikutnya
    ATAU
     
    Tertahan/ditahan oleh musuh dalam perjalanan atau terkepung tidak dapat masuk Mekah sedangkan ia sudah berihram

    HENDAKLAH BERTAHALLUL IHSAR DAN DAM YANG DIKENAKAN
     

    1. Ia hendaklah bertahallul (Ihsar) iaitu menyembelih seekor kambing dan bercukur/bergunting
    2. Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul
    3. Jika tidak berkuasa: Hendaklah puasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


    DAM TAKHYIR DAN TA'DIL

    PENGERTIAN
    Takhyir bererti boleh dipilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan

    SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

    Berburu binatang buruan sama ada di Tanah Haram atau Halal

    DAM YANG DIKENAKAN
     

    1. Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu, kalau rusa bandingannya lembu, kalau kijang bandingannya kambing
    2. ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
    3. ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari
    ATAU
     
    Mengerat, menebang atau mencabut pokok dalam Tanah Haram Mekah kecuali pokok yang mati (kering)

    DAM YANG DIKENAKAN
     

    1. Menyembelih binatang mengikut bandingan pokok yang dikerat/ditebang/dicabut, kalau pokok besar bandingannya lembu dan kalau kecil bandingannya kambing
    2. ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
    3. ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari


    DAM TAKHYIR DAN TAQDIR

    PENGERTIAN
    Ketetapan pada barang yang boleh diganti

    SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

    1. Membuang/mencabut/menggunting 3 helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota
    2. Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram dengan sengaja
    3. Mengerat kuku, menanggalkan atau membinasakannya
    4. Memakai bau-bauan dengan sengaja
    5. Memakai minyak di kepala/janggut/semua bulu muka selain daripada bulu tumbuhan di pipi dan di dahi dengan sengaja
    6. Melakukan perkara permulaan persetubuhan dengan sengaja
    7. Melakukan persetubuhan selepas selesai Tahallul Awal, tetapi belum selesai Tahallul Kedua dengan sengaja
    8. Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji dengan sengaja

    DAM YANG DIKENAKAN
    Menyembelih seekor kambing

    ATAU
    Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang

    ATAU
    Berpuasa tiga hari


    HIKMAH DAM
    1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji.
    2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji.
    3) Meringankan bebanan jemaah haji.
    Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.
    JENIS-JENIS DAM
    JENIS DAM
    KESALAHAN
    BAYARAN
    1) Dam tertib takdir
    Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)
    Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
    1) Tidak berihram di miqat
    2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
    3) Luput waktu di Arafah
    4) Tidak bermalam di Mina
    5) Tidak melontar jamrah
    6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji
    §     Menyembelih seekor kambing
    Sekira tidak mampu
    §     Berpuasa 10 hari ,  3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing

    7) Tidak melakukan tawaf wida'
    §    Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari.
    JENIS DAM
    KESALAHAN
    BAYARAN
    2) Dam tertib takdil
    Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing
    1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)
    Sekira tidak mampu
    §     Menyembelih seekor Unta
    Sekira tidak mampu
    §     Menyembelih seekor Lembu
    Sekira tidak mampu
    §     Menyembelih 7 ekor kambing
    Sekira tidak mampu
    §     Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin.
    Sekira tidak mampu
    §     Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
    2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
    §     Menyembelih seekor kambing dan bercukur
    Sekira tidak mampu
    §     Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur
    Sekira tidak mampu
    §     Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada akir miskin
    Sekira tidak mampu
    §     Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
    JENIS DAM
    KESALAHAN
    BAYARAN
    3) Dam takhyir taqdir
    Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
    1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
    2) Memakai bau-bauan.
    3) Memotong kuku.
    4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
    §     Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin
    Atau
    §     Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin
    Atau
    §    berpuasa selama 3 hari
    JENIS DAM
    KESALAHAN
    BAYARAN
    4) Dam takhyir takdil
    Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.
    1) Berburu binatang darat.
    2)   Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram.
    §     Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu.
    Atau
    §    Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu.
    Atau
    §    Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.
     

No comments:

Post a Comment