Monday, 21 September 2015

Melontar Jamrah







Perjalanan seterusnya ialah ke Mina sejauh 7 km untuk ibadah melontar bermula di Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijah, iaitubersamaan Hari Nahar atau dipanggil juga Hari Raya Aidiladha.
Jemaah haji akan terus berada dan bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijah (hari-hari Tasyriq) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah.
.

Tiga Jamrah

Al-Jamrah bermaksud tempat melontar batu di Mina. Terdapat tiga tempat melontar:
  1. Al-Jamratul Sughra (kecil) / Ula (pertama)
  2. Al-Jamratul Wusta (sederhana) / Thani (kedua)
  3. Al-Jamratul Kubra (besar) / Uqba (terakhir).
.
.

Melontar

  1. Melontar setiap ketiga-tiga jamrah itu dengan tujuh biji batu.
  2. Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  3. Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
  4. Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah..

Syarat-Syarat Melontar

  1. Niat melontar jamrah tidak tersasar daripada tujuan sebenar.
  2. Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap jamrah.
  3. Hendaklah melontar dengan menggunakan batu atau jenis-jenisnya.
  4. Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan jamrah dengan yakin.
  5. Hendaklah melontar dengan gaya merejam, bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang.
  6. Hendaklah melontar dengan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut.
  7. Hendaklah melontar dengan tertib turutan, dimulai dari Jamratul Ula kemudian Jamratul Wusta dan diakhiri di Jamratul Aqabah.
  8. Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12 melainkan sudah melontar bagi hari yang ke 11. Begitu juga tidak sah melontar untuk hari ke 13 kecuali setelah melontar hari ke 12.
  9. Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamrah untuk dirinya sendiri..

Melontar Jamratul Aqabah Pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar)

Waktu afdal – pada waktu Duha 10 Zulhijjah
Waktu diharuskan – Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
.

Melontar Jamarat Pada 11, 12 Dan 13 Zulhijjah Di Mina (Hari-Hari Tasyriq)

.

1.  Melontar Jamarat Pada 11 Zulhijjah

Waktu afdal – Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah
Waktu diharuskan – Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

2.  Melontar Jamarat Pada 12 Zulhijjah

Waktu afdal – Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah
Waktu diharuskan – Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
.

3.  Melontar Jamarat Pada 13 Zulhijjah

Waktu afdal – Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah
Waktu diharuskan – Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah..
Selepas solat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan hari-hari Tasyriq, mereka yang berkemampuan sama ada di Makkah atau di seluruh bumi Allah ini disunat menjalankan ibadah korban bagi mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s..
Selesai melontar, jemaah haji akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun diikutibersaie antara Bukit Safa dan Marwah sebelum bertahlul (bergunting rambut) bagi mereka yang membuat Haji Tamatuk.
Manakala mereka yang melakukan Haji Ifrad hanya perlu melakukan Tawaf Rukun dan bertahlul sahaja.

Hikmah Wukuf di padang Arafah

Secara harfiah wukuf bermaksud: berdiam diri atau berhenti. Wukuf di padang Arafah adalah ritual haji yang dilakukan dengan cara berdiam diri di padang Arafah bermula dari tergelincirnya matahari tanggal 9 Dzulhijjah sampai dengan terbenamnya matahari pada tanggal 10 Zulhijjah.

Dalam rangkaian rukun ibadah haji, wukuf di padang Arafah merupakan ritual terpenting yang wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji sebagai puncak dari ritual ibadah haji. Sebab tidak sah ibadah haji apabila rukun haji ini tidak dilakukan. Dalam keadaan apapun mesti dilakukan, sehingga apabila dalam keadaan sakit pun seorang jamaah haji harus di safari-wukufkan, walaupun apabila ia meninggal dunia sebelum sempat melaksanakan wukuf di padang Arafah ini ia harus dibadal-hajikan.

Berdasarkan dari pelbagai sumber, wukuf di padang Arafah merupakan gambaran dari sebuah kejadian besar yang akan dialami oleh seluruh umat manusia setelah dibangkitkan dari kematian pada hari kiamat nanti, yaitu dikumpulkan oleh Allah swt di padang Mahsyar untuk mempertanggung-jawabkan segala amal perbuatan yang pernah dilakukannya selama hidup di dunia ini.

Wukuf di padang Arafah seperti sedang mengingatkan para jemaah haji akan hari kebangkitan itu. Ini merupakan kejadian yang maha dahsyat yang akan dihadapi oleh seluruh umat manusia setelah melalui tidur panjang dari kehidupan yang sebelumnya mereka jalani di dunia ini untuk mempertanggung-jawabkan sekecil apapun amal perbuatan yang telah dilakukan selama ini, amal perbuatan yang baik maupun amal perbuatan yang buruk.

Sejarah Wukuf di Padang Arafah

Wukuf di padang Arafah ini tepatnya dilakukan diatas bukit yang bernama Jabal Rahmah. Berada di bahagian timur daripada Padang Arafah di kota Makkah. Jabal bermakna sebuah bukit atau gunung, manakala Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini diyakini sebagai tempat pertemuan antara Nabi Adam as dan Siti Hawa setelah mereka diturunkan dari syurga oleh Allah SWT dalam keadaan terpisah selama bertahun-tahun akibat kesalahan melanggar larangan Allah swt agar tidak mendekati sebuah pohon ketika mereka berdua berada didalam syurga, namun mereka terpedaya oleh tipu daya Iblis la'natulloh 'alaih yang menggoda mereka dan akhirnya mendekati pohon terlarang tersebut.

Hal ini terakam didalam Al-Qur'an surah Al A'rof ayat 19 - 22 yang artinya sebagai berikut:

"Dan Allah berfirman: Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di dalam Syurga ini serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, maka pastilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim".

"Lalu syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata:" Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam Syurga) ".

"Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya ".

"Tatkala keduanya telah merasai (buah) dari pohon tersebut itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepadamu:" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua? ". (QS: Al-A'raf Ayat: 19 - 22)

Nabi Adam as konon diturunkan di negeri India, sedangkan Siti Hawa diturunkan di Iraq. Setelah keduanya bertaubat untuk memohon ampun, akhirnya atas izin Allah swt mereka dipertemukan di bukit ini. Selama perjalanan saling mencari satu sama lain Nabi Adam as terus bertaubat dan berdoa kepada Allah swt. Do'a ini dirakamkan dan diabadikan dalam Al Quran lanjutan surah Al-A'rof tepatnya pada ayat 23 yang artinya sebagai berikut:

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi".

(QS. Al-A'raf.: 23)

Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad saw tatkala melakukan wukuf. Wahyu tersebut terkandung dalam surah Al-Maidah ayat 3. Turunnya ayat ini membuat para sahabat bersedih, sebab mereka merasa akan kehilangan Rasulullah dan tak berapa lama kemudian, Rasulullah saw dipanggil menghadap oleh Allah SWT.

Nabi Muhammad saw juga menerima wahyu terakhir ketika melakukan wukuf di tempat ini. Wahyu inipun saat itu langsung disampaikan oleh beliau dalam khutbah perpisahan dihadapan para sahabat dan umat yang sedang melaksanakan wukuf saat itu. Para sahabat dan umat yang hadir ketika itu merasa sedih kerana dari isinya membayangkan seolah sudah tiba masanya mereka akan berpisah dan kehilangan Rasulullah saw untuk selamanya. Dan memang benar berlaku tak berapa lama kemudian Rasulullah benar-benar dipanggil kembali menghadap hadirat Allah swt.

Wahyu terakhir ini tersurat dalam penggalan khutbah perpisahan beliau disenaraikan didalam Al-Qur'an surah Al-Maidah sebagai berikut:

"Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, oleh sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu. "

Waktu Pelaksanaan Wukuf di Padang Arafah

Kapan Seharusnya wukuf di padang Arafah? Sebahagian besar ulama sepakat dan tidak ada perbezaan pendapat di antara mereka bahawa waktu pelaksanaan ritual wukuf di padang Arafah ini bermula sejak tergelincirnya matahari pada tanggal 9 Dzulhijjah sampai dengan terbitnya matahari tanggal 10 Dzulhijjah. Mereka juga sepakat bahawa wukuf itu boleh dilakukan dalam satu bahagian dari waktu itu, baik di malam hari, mahupun siang hari.

Apabila ingin melakukan wukuf itu pada siang hari sahaja, maka lebih afdal dilakukan sampai dengan terbenamnya matahari, dan tidak dikenakan dam / denda apapun bagi yang melakukan wukuf pada malam hari. Bahkan menurut Imam Syafie ra disunatkan memanjangkan waktu wukuf itu sampai dengan malam hari.

Diriwayatkan daripada Imam At-Turmudzi dari Sufyan Ats-Tsauri menerangkan bahawa para ulama ahli fikih baik dari kalangan sahabat, maupun ulama lainnya menetapkan bahawa orang yang tidak boleh melakukan wukuf di padang Arafah sebelum fajar malam-malam Nahar (malam Hari Raya) tidaklah sah hajinya . Tidak sah juga jika wukuf sesudah subuh. Hal ini juga dikuatkan oleh Imam Asy-Syafi'i, Imam Ahmad dan lain-lain.

Bagaimana Cara Melakukan Wukuf di Padang Arafah?

Wukuf adalah berada di lokasi Arafah walaupun hanya sebentar dengan niat wukuf. Dalam kitab tafsir At-Tabari diterangkan bahawa kita dianjurkan melakukan wukuf di sebuah bukit yang diberi nama Jabal Rahmah. Di dalam kitab Al-Hawi, Al-Mawardi juga menganjurkan agar kita mendatangi bukit itu, kerana itulah bukit doa tempat nabi-nabi melakukan wukuf.

Namun dalam Al-Majmu 'dikatakan bahawa apa yang disampaikan di atas tidak mempunyai asas. Kerana tidak ada hadis yang sahih yang menganjurkan hal tersebut. Yang dianjurkan adalah wukuf di tempat Nabi saw berbuat demikian. Menurut Imamul Haramain, naik ke Jabal Rahmah bukanlah suatu ibadah walaupun banyak yang melakukannya.

Sesudah terbit matahari pada Hari Arafah tanggal 9 Dzulhijjah, perjalanan ke Arafah dianjurkan melalui jalan Dhab dengan mengucapkan takbir, tahlil, dan talbiyah. Juga dianjurkan untuk berhenti di Namirah, iaitu sebuah masjid dan tempat rehat sebelum memasuki Arafah. Dianjurkan juga untuk mandi disana. Selepas itu langsung menuju Padang Arafah dan mencari tempat mauqif (tempat melakukan wukuf), yaitu sesudah tergelincirnya matahari di siang hari.

Persiapan-persiapan Wukuf di Padang Arafah

Pada tarikh 9 Zulhijjah yang juga disebut dengan Hari Arafah adalah waktunya untuk wukuf di padang Arafah. Jamaah haji hendaknya tidak menyibukkan diri dengan mengerjakan Tawaf Qudum di Mekah pada hari tersebut.

Apabila telah sampai di Mina, disunahkan untuk berdoa. Sebagaimana doa yang masyhur dibaca para jamaah haji adalah; "Allahumma hadzihi Mina, famnun 'alayya bima mananta bihi' ala auliya'ika wa ahli tha'atik." Artinya, "Ya Allah, inilah Mina, maka karuniakanlah atas diriku apa vang telah Engkau karuniakan atas para wali-Mu serta mereka yang selalu taat kepada-Mu. "

Amalan-amalan Pada masa wukuf di Padang Arafah

Persiapkanlah hati kita sebaik mungkin dan membaca talbiyah selama menunggu perarakan wukuf. Lakukan solat Zohor dan Asar dengan cara jama 'qashar taqdim artinya dikerjakan pada waktu zuhur dan dilaksanakan secara berjamaah. Kemudian mendengar khutbah Arafah.

Biasanya khutbah ini berkaitan dengan makna wukuf, mengenal Allah, menyampaikan amanat Rasul saw saat khutbah wada ', atau topik-topik keagamaan lain yang mengarahkan pada kemantapan do'a dan mengingati Allah swt. Kemudian setelah mendengar khutbah dilanjutkan dengan perbanyak berzikir, berdoa, dan membaca Al-Quran.

Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah dan sebaik-baik doa yang dibaca olehku dan para nabi sebelumku adalah 'laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa' alaa kulli syai-in qodiir"
(HR Turmudzi).

Adab-adab Wukuf di Padang Arafah

Wukuf di padang Arafah merupakan puncak ibadah haji. Sayang sekali apabila puncak dari ibadah haji ini dilalui tanpa adab. Berikut saya cuba sampaikan sebahagian dari adab-adab yang sepatutnya dilakukan oleh para jemaah haji dalam melaksanakan wukuf di padang Arafah.

Yang pertama, bergerak dari Mina pada pagi tanggal 9 Dzulhijjah menuju ke Namirah melalui jalan Dhab.

Yang kedua, disunnahkan untuk mandi di Namirah sesudah matahari tergelincir di siang hari, selanjutnya menuju padang Arafah untuk melaksanakan wukuf.

Yang ketiga, semua jamaah haji disyariatkan untuk melakukan wukuf walau ia dalam keadaan haidh. Bahkan orang yang sakit dan masih membolehkan untuk dibawa ke Arafah, maka ia harus datang ke Arafah walau cuma sebentar. Sebab wukuf di padang Arafah tidak boleh diwakilkan. Sebagaimana hadis Rasulullah, ibadah haji itu adalah wukuf di padang Arafah. Jika ia tidak hadir di Arafah, maka hajinya tidak sah.

Yang keempat, disunahkan melakukan Wukuf di Mauqif Rasul, iaitu di sisi Shakharat di kaki Jabal Rahmah. Jika memungkinkan, datangilah tempat itu. Namun jika keadaan penuh sesak, cukup memilih tempat yang berdekatan dengan Mauqif Rasul. Hindarilah berdesak-desakan apalagi menyakiti sesama Muslim akibat saling dorong.

Yang kelima, perbanyak doa sambil menghadap kiblat sehingga matahari terbenam. Perbanyak taubat dari dosa-dosa, dan menangislah mengharap ampunan Allah. Sesalilah semua kesalahan dan sibukkanlah diri dengan berzikir. Jangan larutkan hari penting tersebut dengan berbual dan bersenda gurau atau berbincang-bincang yang tidak ada manfaatnya.

Yang keenam, ber-ifadhah dari Arafah melalui jalan Ma'zamain.

Yang ketujuh, berjalanlah dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Hendaklah dimaklumi kepadatan jamaah haji dari seluruh dunia yang memadati Arafah. Jangan sampai saling dorong dan menyakiti orang lain.

Yang kelapan, perbanyak ucapan talbiyah dalam perjalanan ke Mina, di Arafah, di Muzdalifah, hingga saat melontar Jumrah Aqabah.

Yang kesembilan, berangkat dari Muzdalifah, sesudah sinar matahari terang, tetapi sebelum matahari terbit. Melontar Jumrah Aqabah antara matahari terbit sampai dengan matahari tergelincir, sambil membaca "Allahu Akbar" pada tiap-tiap lemparan.

Yang kesepuluh, Jika memungkinkan hendaklah menyembelih sendiri binatang hadyu, atau sekurang-kurangnya menyaksikan penyembelihannya.

Yang kesebelas, memakan sebahagian daging binatang hadyu, lalu berjalan kaki untuk melontar jumrah yang tiga pada hari-hari Tasyriq. Membaca takbir dan berhenti dengan menghadap kiblat untuk berdoa, terkecuali melontar jumrah.

Kesalahan-kesalahan saat Wukuf di Padang Arafah

Sudah kita ketahui bersama bahawa melaksanakan ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima bagi yang mampu menunaikannya. Dalam Al-Qur'an dan hadits banyak disebutkan tentang keutamaan-keutamaan yang ada didalamnya. Agar mendapatkan keutamaan-keutamaan tersebut tentu pelaksanaan dan tata caranya harus benar sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw. Termasuk dalam hal ini adalah tata cara pelaksanaan wukuf di padang Arafah.

Setiap tahun, kita masih melihat banyak jamaah haji yang melakukan kesalahan-kesalahan fatal ketika melakukan wukuf di padang Arafah. Kesalahan-kesalahan yang berulang tersebut boleh jadi disebabkan oleh kejahilan, kurang ilmu, kurang motivasi, dan sikap tidak peduli.

Harus diingat bahawa wukuf di padang Arafah adalah termasuk rukun haji yang paling utama sehingga kesalahan yang dilakukan boleh menyebabkan hajinya tidak sah sebagaimana hadis Rasulullah yang berbunyi:

"Haji adalah Arafah, barangsiapa yang datang pada malam harinya sebelum terbit fajar (hari kesepuluh), maka dia telah mendapatkan wukuf". (HR. At-Tirmidzi)

Di antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh jamaah haji ketika melakukan wukuf di padang Arafah antara lain:

Wukuf di luar kawasan Arafah
Keluar dari Arafah sebelum matahari terbenam
Menyibukkan diri dengan membeli-belah dan berjalan-jalan
Menghabiskan masa untuk mendaki Jabal Rahmah dan menuliskan prasasti
Berdo'a menghadap Jabal Rahmah dan membelakangi kiblat
Tidur dan tidak mengoptimumkan berdo'a dan berdzikir
Menyibukkan diri ber-narsis ria dengan berfoto-foto di Arafah
Kesalahan wukuf di luar kawasan Arafah dan keluar dari Arafah sebelum matahari terbenam boleh menyebabkan hajinya tidak sah. Oleh karenanya, hendaklah kita menghindari kesalahan-kesalahan tersebut dan lebih memfokuskan diri untuk berdoa, berzikir dan membaca Al-Qur'an semasa wukuf di padang Arafah. Jangan sia-siakan keutamaan Arafah yang sangat di muliakan dan banggakan oleh Allah dan Rasul-Nya, seperti hadis berikut:

"Tidak ada hari di mana Allah memerdekakan hamba-hamba-Nya dari neraka selain hari Arafah. Allah sesungguhnya mendekati mereka dan membanggakan mereka kepada para malaikat seraya berkata; Apa saja yang mereka impikan akan Aku kabulkan. "
(HR. At-Tirmidzi)

Ingat, do'a pada hari Arafah dan bertempat di Arafah adalah do'a paling afdhal seperti petikan hadis berikut:

"Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku pernah ucapkan adalah, "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIKA LAHU, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA 'ALA KULLI SYAY`IN QODIR"
(HR. At-Tirmidzi).

Wukuf adalah puncaknya ibadah haji. Banyak hikmah yang dapat diambil dari ritual agung ini. Namun dari sekian banyak hikmah yang dapat diambil, yang paling layak untuk direnungi adalah kisah yang manjadi latar belakang dari ritual ini. Ketika Allah swt akhirnya mempertemukan nabi Adam as dan Siti Hawa setelah sekian lama terpisah sejah diturunkan dari syurga sebagai hukuman atas ketidak-patuhan keduanya mengikuti perintah Allah swt.

Bahawa taubat itu memerlukan kesungguhan, tekad yang kuat, penyesalan, dan tidak berputus asa dari rahmat Allah swt. Itulah yang dilakukan oleh Nabi Adam as sehingga beliau memperoleh ampunan dari Allah swt. Wukuf adalah gambaran dari sebuah ritual perenungan dan tafakkur dalam usaha pencarian kebenaran, hidayah, keampunan dan makrifatulloh. Wukuf adalah introspeksi kejiwaan dan ruhaniyah dalam perjalanan mengenal diri yang pada akhirnya akan mengantarkan kita mampu mengenal Allah swt.

Hidup ini sebenarnya adalah sebuah perjalanan, kadang-kadang kita perlu berhenti sejenak dari perjalanan ini untuk membuat penilaian, penilaian terhadap perjalanan yang telah kita lalui ini. Apakah perjalanan hidup kita sudah sesuai dengan tuntunan dan tujuan penciptaan kita? Jika jawapannya adalah belum, maka segeralah lakukan pembetulan dan kembali kepada hakikat yang sejati.

Sebab tidaklah kita ini diciptakan sia-sia, tidak sebesar dzarrah pun amal yang kita lakukan semasa di dunia ini melainkan akan dimintai pertanggung-jawabannya nanti pada hari pembalasan, iaitu ketika manusia dibangkitkan dari kematiannya lalu dikumpulkan di padang Mahsyar. Apakah kita sudah bersedia menghadapi hari perhitungan itu? Jawapannya terletak pada diri kita masing-masing.

Demikianlah huriyan ringkat mengenai makna dan hikmah dari wukuf di padang Arafah ini. Semoga ritual ini mampu memberi kesedaran kepada kita agar mulai mempersiapkan diri menghadapi peristiwa maha dahsyat itu sebelum terlambat. Aku memohon ampun kepada Allah swt untuk diriku dan kalian, dan aku berlindung kepada-Nya dari kemalangan dan kehinaan pada hari tersebut, hari ketika seluruh manusia dikumpulkan di padang Mahsyar nanti untuk mempertanggung-jawabkan segala amal perbuatannya.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

قَالَ ابْنُ إسْحَاقَ : ثُمّ مَضَى رَسُولُ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ عَلَى حَجّهِ فَأَرَى النّاسَ مَنَاسِكَهُمْ وَأَعْلَمَهُمْ سُنَنَ حَجّهِمْ وَخَطَبَ النّاسَ خُطْبَتَهُ الّتِي بَيّنَ فِيهَا مَا بَيّنَ فَحَمِدَ اللّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمّ قَالَ أَيّهَا النّاسُ اسْمَعُوا قَوْلِي ، فَإِنّي لَا أَدْرِي لَعَلّي لَا أَلْقَاكُمْ بَعْدَ عَامِي هَذَا بِهَذَا الْمَوْقِفِ أَبَدًا ؛
 أَيّهَا النّاسُ إنّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ إلَى أَنْ تَلْقَوْا رَبّكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا ، وَكَحُرْمَةِ شَهْرِكُمْ هَذَا ، وَإِنّكُمْ سَتَلْقَوْنَ رَبّكُمْ فَيَسْأَلُكُمْ عَنْ أَعْمَالِكُمْ وَقَدْ بَلّغْت ، فَمَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَانَةٌ فَلِيُؤَدّهَا إلَى مَنْ ائْتَمَنَهُ عَلَيْهَا ، وَإِنّ كُلّ رِبًا مَوْضُوعٌ وَلَكِنْ لَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ . قَضَى اللّهُ أَنّهُ لَا رِبَا ، وَإِنّ رِبَا عَبّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطّلِبِ مَوْضُوعٌ كُلّهُ وَأَنّ كُلّ دَمٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيّةِ مَوْضُوعٌ وَإِنّ أَوّلَ دِمَائِكُمْ أَضَعُ دَمُ [ ص 604 ] ابْنِ رَبِيعَةَ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ عَبْدِ الْمُطّلِبِ ، وَكَانَ مُسْتَرْضَعًا فِي بَنِي لَيْثٍ فَقَتَلَتْهُ هُذَيْلٌ فَهُوَ أَوّلُ مَا أَبْدَأُ بِهِ مِنْ دِمَاءِ الْجَاهِلِيّةِ . أَمّا بَعْدُ.
 أَيّهَا النّاسُ فَإِنّ الشّيْطَانَ قَدْ يَئِسَ مِنْ أَنْ يُعْبَدَ بِأَرْضِكُمْ هَذِهِ أَبَدًا ، وَلَكِنّهُ إنْ يُطَعْ فِيمَا سِوَى ذَلِكَ فَقَدْ رَضِيَ بِهِ مِمّا تَحْقِرُونَ مِنْ أَعْمَالِكُمْ فَاحْذَرُوهُ عَلَى دِينِكُمْ أَيّهَا النّاسُ إنّ النّسِيءَ زِيَادَةٌ فِي الْكُفْرِ يُضَلّ بَهْ الّذِينَ كَفَرُوا ، يُحِلّونَهُ عَامًا وَيُحَرّمُونَهُ عَامًا ، لِيُوَاطِئُوا عِدّةَ مَا حَرّمَ اللّهُ فَيَحِلّوا مَا حَرّمَ اللّهُ وَيُحَرّمُوا مَا أَحَلّ اللّهُ وَإِنّ الزّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللّهُ السّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ وَإِنّ عِدّةَ الشّهُورِ عِنْدَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا ، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَةٌ وَرَجَبُ مُضَرَ ، الّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ . أَمّا بَعْدُ.
 أَيّهَا النّاسُ فَإِنّ لَكُمْ عَلَى نِسَائِكُمْ حَقّا ، وَلَهُنّ عَلَيْكُمْ حَقّا ، لَكُمْ عَلَيْهِنّ أَنْ لَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ وَعَلَيْهِنّ أَنْ لَا يَأْتِينَ بِفَاحِشَةِ مُبَيّنَةٍ فَإِنْ فَعَلْنَ فَإِنّ اللّهَ قَدْ أَذِنَ لَكُمْ أَنْ تَهْجُرُوهُنّ فِي الْمَضَاجِعِ وَتَضْرِبُوهُنّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرّحٍ فَإِنْ انْتَهَيْنَ فَلَهُنّ رِزْقُهُنّ وَكُسْوَتُهُنّ بِالْمَعْرُوفِ وَاسْتَوْصُوا بِالنّسَاءِ خَيْرًا ، فَإِنّهُنّ عِنْدَكُمْ عَوَانٌ لَا يَمْلِكْنَ لِأَنْفُسِهِنّ شَيْئًا ، وَإِنّكُمْ إنّمَا أَخَذْتُمُوهُنّ بِأَمَانَةِ اللّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنّ بِكَلِمَاتِ اللّهِ فَاعْقِلُوا أَيّهَا النّاسُ قَوْلِي ، فَإِنّي قَدْ بَلّغْت ، وَقَدْ تَرَكْت فِيكُمْ مَا إنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَلَنْ تَضِلّوا أَبَدًا ، أَمْرًا بَيّنًا ، كِتَابَ اللّهِ وَسُنّةَ نَبِيّهِ .
أَيّهَا النّاسُ اسْمَعُوا قَوْلِي وَاعْقِلُوهُ تَعَلّمُنّ أَنّ كُلّ مُسْلِمٍ أَخٌ لِلْمُسْلِمِ وَأَنّ الْمُسْلِمِينَ إخْوَةٌ فَلَا يَحِلّ لِامْرِئِ مِنْ أَخِيهِ إلّا مَا أَعْطَاهُ عَنْ طِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ فَلَا تَظْلِمُنّ أَنَفْسَكُمْ اللّهُمّ هَلْ بَلّغْت ؟ فَذُكِرَ لِي أَنّ النّاسَ قَالُوا : اللّهُمّ نَعَمْ فَقَالَ رَسُولُ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ اللّهُمّ اشْهَدْ [ ص 605 ]

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Amalan di Hari Wukuf kepada bukan jemaah Haji

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji.

Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,

“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT.

Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. (Hadis Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda,

“Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).

Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia dengan bahang terik mentari di Padang Arafah, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.

Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.

Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.

Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.

Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.

Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya.

Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.

Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.

Kita perlu menghayati ‘roh haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘roh haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Bagaimana caranya?

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]

[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”

Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari Tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

Doa arafah bukan sahaja baik dibaca oleh jemaah haji tetapi untuk seluruh manusia walaupun tidak berada di Padang Arafah. Berdoa-doalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah,hak menunaikan adalah hak Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui segala hajat yang ada dihati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. (Surah Al-Baqarah ayat 186)

Satu-satunya doa dimakbulkan Allah pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah. Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.

Sunday, 20 September 2015

Keutamaan Puasa Bulan Dzulhijjah

Keutamaan Puasa Tarwiyah
Puasa Tarwiyah dilaksanakan pada hari Tarwiyah yakni pada tanggal 8 Dzulhijjah. Ini didasarkan pada satu redaksi hadits yang artinya bahwa Puasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun.

Sebuah artikel sederhana karya Dr Abdurrahman bin Shalih bin Muhammad al-Ghafili yang berjudul Hukm Shiyam Asyr Dzilhijjah, berusaha memaparkan hukum puasa yang sering disebut dengan Hari Tarwiyah tersebut.

Ia menjelaskan topik ini merupakan bahasan klasik yang telah banyak dikupas dalam deretan kitab hadis ataupun ulama-ulama terdahulu. Para ulama sepakat, Puasa Tarwiyah hukumnya sunah. Bahkan, sangat dianjurkan berpuasa sejak hari pertama Dzulhijjah hingga Hari Arafah, tepatnya 9 Dzulhijjah.

Dalam kitab Minah al-Jalil Syarh ‘Ala Mukhtashar al-Khalil yang bermazhab Maliki disebutkan hukum berpuasa selama sembilan hari pertama Dzulhijjah hukumnya sunah, istilah puasa tersebut dikenal dengan sebutan asyr Dzilhijjah.

Keutamaan Puasa Arafah
Puasa Arafah adalah puasa sunnah yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada saat diberlangsungkannya wukuf di tanah Arafah tanggal 9 Dzulhijah oleh para jamaah haji. Wukuf di Arafah bisa dikatakan sebagai inti dari pada pelaksanaan ibadah haji. Karena itu puasa Arafah ini sangat dianjurkan bagi orang-orang yang tidak menjalankan ibadah haji.

Ibnu Muflih dalam Al Furu’ -yang merupakan kitab Hanabilah- (3: 108) mengatakan, “Disunnahkan melaksanakan puasa pada 10 hari pertama Dzulhijjah, lebih-lebih lagi puasa pada hari kesembilan, yaitu hari Arafah. Demikian disepakati oleh para ulama.”

Adapun orang yang berhaji tidak disunnahkan untuk melaksanakan puasa Arafah.

عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّ نَاسًا تَمَارَوْا عِنْدَهَا يَوْمَ عَرَفَةَ فِي صَوْمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ هُوَ صَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَيْسَ بِصَائِمٍ فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بِقَدَحِ لَبَنٍ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى بَعِيرِهِ فَشَرِبَهُ

“Dari Ummul Fadhl binti Al Harits, bahwa orang-orang berbantahan di dekatnya pada hari Arafah tentang puasa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagian mereka mengatakan, ‘Beliau berpuasa.’ Sebagian lainnya mengatakan, ‘Beliau tidak berpuasa.’ Maka Ummul Fadhl mengirimkan semangkok susu kepada beliau, ketika beliau sedang berhenti di atas unta beliau, maka beliau meminumnya.” (HR. Bukhari no. 1988 dan Muslim no. 1123).

Para Ulama mengatakan bahwasanya paling mulianya hari dalam satu tahun adalah 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah dan paling mulianya malam dalam satu tahun adalah 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.

Amalan di Bulan Dzulhijjah

Adapun amalan-amalan shaleh yang sangat di anjurkan oleh ulama untuk kita kerjakan pada 10 hari pertama pada bulan Dzulhijjah sangat banyak sekali di antaranya adalah shalat, puasa terutama puasa Tarwiyah dan Arafah serta banyak dzikir kepada Allah SWT.

Ulama mengatakan, “Barangsiapa memuliakan atau menghidupkan 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjahdengan amalan-amalan ibadah maka Allah Ta’ala akan memberinya 10 keistimewaan, yaitu:
  • Allah memberikan berkah pada umurnya
  • Allah menambah rizqinya
  • Allah menjaga diri dan keluarganya
  • Allah mengampuni dosa-dosanya
  • Allah melipatgandakan pahalanya
  • Di mudahkan keluarnya nyawa ketika dalam keadaan sakaratul maut
  • Allah menerangi kehidupannya
  • Di beratkan timbangan kebajikannya
  • Terselamatkan dari semua kesusahannya
  • Di tinggikan derajatnya di sisi Allah Ta’ala
Tidak disangsikan lagi bahwa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadist Qudsi: Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku-lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku.

Niat Puasa Dzulhijjah Tarwiyah dan Arafah


Niat Puasa Tarwiyah dan Arafah 
- Bulan Dzulhijjah kembali menyapa kita di tahun 2015. Salah satu bulan paling bersejarah bagi umat muslim diseluruh dunia. Di bulan haji ini kita dianjurkan untuk menjalankan ibadah Puasa Tarwiyah dan Puasa Arafah.

Puasa Tarwiyah dilaksanakan pada tanggal 8 Dzulhijjah, sedangkan Puasa Arafah dapat dijalankan pada tanggal 9 Dzulhijjah. Pada tahun 2015, tanggal 8 Dzulhijjah bertepatan pada hari Selasa tanggal 22 September 2015, sedangkan 9 Dzulhijjah jatuh pada hari Rabu tanggal 23 September 2015.

Setelah melaksanakan ibadah sunnah di bulan Dzulhijjah berupa puasa, kita dianjurkan untuk melaksanakan sholat Idul Adha pada tanggal 10 Dzulhijjah atau bertepatan dengan para jamaah haji melakukan Wukuf di Padang Arafah.

Puasa Arafah dan Tarwiyah sangat dianjurkan bagi yang tidak menjalankan ibadah haji di tanah suci. Adapun teknis pelaksanaannya mirip dengan puasa yang lainnya seperti Puasa RamadhanPuasa Sya'ban maupun Puasa Rajab.


Niat Puasa Dzulhijjah Tarwiyah dan Arafah – Puasa Dzulhijjah yang biasa di laksanakan oleh umat muslim ada dua, yaitu Puasa Tarwiyah dan Puasa Arafah atau Tasu’a.

Puasa Tarwiyah dilaksanakan pada bulan Dzulhijjah dua hari sebelum hari Idul Adha, tepatnya tanggal 8 Dzulhijjah, sementara Puasa Arafah adalah puasa yang dilaksanakan sehari sebelum hari Idul Adha tepatnya tanggal 9 bulan Dzulhijjah.

Niat Puasa Dzulhijjah Tarwiyah dan Tasu’a

Baik Puasa Tarwiyah maupun Puasa Tasu’a / Arafah hukumnya sunnah, yang artinya dilaksanakan akan mendapat pahala dan jika di tidak di laksanakan tidak apa-apa.

Sebenarnya Puasa Dzulhijjah disunnatkan mulai dari hari pertama bulan Dzulhijjah atau mulai dari tanggal 1 di bulan tersebut. Adapun dalil yang berkenaan dengan Puasa Dzulhijjah adalah sebagai berikut yang dikutip dari alkhoirot.net :
Hadits yang diriwayatkan dari Abu Daud yang berbunyi :
“Bahwa Rasulullah SAW biasanya berpuasa 9 hari Dzulhijah, hari ‘Ashuraa’, 3 hari setiap bulan iaitu Senin pertama dan 2 Kamis terawal.”
Untuk Niat Puasa Dzulhijjah Tarwiyah dan Arafah serta tangga 1-7 Dzulhijjah adalah sebagai berikut :

Niat Puasa Dzulhijjah Tarwiyah tanggal 8 Dzulhijjah
“Nawaitu Shaumat Tarwiyata Sunnatan lillahita’aala” Artinya Niat saya berpuasa Tarwiyah Sunnah karena Allah Ta’ala
Niat Puasa Dzulhijjah tanggal 1 sampai tanggal 7
“Nawaitu Shauma Syahri Dzilhijjah sunnatan lillahita’aala” Artinya Niat saya puasa bulan Dzulhijjah Sunnah karena Allah Ta’ala
Niat Puasa Dzulhijjah Arafah tanggal 9 Dzulhijjah
“Nawaitu Sahauma Arafata Sunnatan lillahita’aala” Artinya Niat saya puasa Arafah sunnah karena Allah ta’ala.
Untuk Do’a Buka puasa Dzulhijjah, sama saja dengan Doa buka puasa sunnah yang lainnya, yaitu :
“Allahumma lakshumtu wabika aamantu wa’alaa rizqi ka aftortu birohmatika yaa arhamarroohimiiin”
Itulah Niat Puasa Dzulhijjah Baik yang tanggal 8 (Tarwiyah) atau yang tanggal 9 (Arafah / Tasu’a)

Puasa Arafah Menghapuskan Dosa

suasana ketika wukuf diarafah


Hari Arafah 
-9 Dzulhijjah- 23 september 2015 adalah hari yang mulia saat di mana datang pengampunan dosa dan pembebasan diri dari siksa neraka. Pada hari tersebut disyari’atkan amalan yang mulia yaitu puasa. Puasa ini disunnahkan bagi yang tidak berhaji.
Puasa Arafah adalah amalan yang disunnahkan bagi orang yang tidak berhaji. Dari Abu Qotadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
Puasa Arofah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162)
Imam Nawawi dalam Al Majmu’ (6: 428) berkata, “Adapun hukum puasa Arafah menurut Imam Syafi’i dan ulama Syafi’iyah: disunnahkan puasa Arafah bagi yang tidak berwukuf di Arafah. Adapun orang yang sedang berhaji dan saat itu berada di Arafah, menurut Imam Syafi’ secara ringkas dan ini juga menurut ulama Syafi’iyah bahwa disunnahkan bagi mereka untuk tidak berpuasa karena adanya hadits dari Ummul Fadhl.”
Ibnu Muflih dalam Al Furu’ -yang merupakan kitab Hanabilah- (3: 108) mengatakan, “Disunnahkan melaksanakan puasa pada 10 hari pertama Dzulhijjah, lebih-lebih lagi puasa pada hari kesembilan, yaitu hari Arafah. Demikian disepakati oleh para ulama.”
Adapun orang yang berhaji tidak disunnahkan untuk melaksanakan puasa Arafah.
عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّ نَاسًا تَمَارَوْا عِنْدَهَا يَوْمَ عَرَفَةَ فِي صَوْمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ هُوَ صَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَيْسَ بِصَائِمٍ فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بِقَدَحِ لَبَنٍ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى بَعِيرِهِ فَشَرِبَهُ
“Dari Ummul Fadhl binti Al Harits, bahwa orang-orang berbantahan di dekatnya pada hari Arafah tentang puasa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagian mereka mengatakan, ‘Beliau berpuasa.’ Sebagian lainnya mengatakan, ‘Beliau tidak berpuasa.’ Maka Ummul Fadhl mengirimkan semangkok susu kepada beliau, ketika beliau sedang berhenti di atas unta beliau, maka beliau meminumnya.” (HR. Bukhari no. 1988 dan Muslim no. 1123).
عَنْ مَيْمُونَةَ – رضى الله عنها – أَنَّ النَّاسَ شَكُّوا فِى صِيَامِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – يَوْمَ عَرَفَةَ ، فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بِحِلاَبٍ وَهْوَ وَاقِفٌ فِى الْمَوْقِفِ ، فَشَرِبَ مِنْهُ ، وَالنَّاسُ يَنْظُرُونَ
“Dari Maimunah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahwa orang-orang saling berdebat apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa pada hari Arafah. Lalu Maimunah mengirimkan pada beliau satu wadah (berisi susu) dan beliau dalam keadaan berdiri (wukuf), lantas beliau minum dan orang-orang pun menyaksikannya.” (HR. Bukhari no. 1989 dan Muslim no. 1124).
Mengenai pengampunan dosa dari puasa Arafah, para ulama berselisih pendapat. Ada yang mengatakan bahwa yang dimaksud adalah dosa kecil. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Jika bukan dosa kecil yang diampuni, moga dosa besar yang diperingan. Jika tidak, moga ditinggikan derajat.” (Syarh Shahih Muslim, 8: 51) Sedangkan jika melihat dari penjelasan Ibnu Taimiyah rahimahullah, bukan hanya dosa kecil yang diampuni, dosa besar bisa terampuni karena hadits di atas sifatnya umum. (Lihat Majmu’ Al Fatawa, 7: 498-500).
Setelah kita mengetahui hal ini, tinggal yang penting prakteknya. Juga jika risalah sederhana ini bisa disampaikan pada keluarga dan saudara kita yang lain, itu lebih baik. Biar kita dapat pahala, juga dapat pahala karena telah mengajak orang lain berbuat baik. “Demi Allah, sungguh satu orang saja diberi petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu, maka itu lebih baik dari unta merah (harta amat berharga di masa silam, pen).” (Muttafaqun ‘alaih). “Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim).