اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah ﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
.
Hak Puasa Arafah Di Mana Saja
Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tdk mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.
Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.
Niat Puasa Hari Arafah;
Rasulullah ﷺ. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”.
Jemaah Haji Tidak Disunatkan Puasa.
Bagi orang yang sedang mengerjakan ibadah haji, maka tidak disunatkan berpuasa, sesuai dengan sabda Nabi ﷺ dibawah ini:
Dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, “Rasulullah ﷺ telah melarang puasa pada hari Arafah di Padang Arafah.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasa-i, dan Ibnu Majah).
Mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu..
Ragu-Ragu.
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah ﷺ yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah ﷺ, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.)..
Puasa Arafah dan Tarwiyah sangat dianjurkan bagi turut merasai nikmat yang sedang dirasakan oleh para jemaah haji ketika menjalankan ibadah di tanah suci ketika itu.
Tidak dinafikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah سبحانه وتعالىuntuk diriNya. Disebutkan dalam hadist Qudsi : “Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Daku- lah yang akan membalasnya. Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata -mata kerana Daku.”
Diriwayatkan dari Abu Said Al- Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺbersabda:“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah سبحانه وتعالىpasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun.”( HR Bukhari Muslim)..
Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah.
1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di Arafah.”.
2. Ulama Syafi’iyyah,
a. “Membenarkan untuk berpuasa pada Hari Tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.”
b. “Jika jemaah haji bermukim di Makkah, lalu pergi ke Arafah siang hari maka puasanya itu menyelisihi hal yang lebih utama, jika pergi ke Arafah malam hari maka boleh berpuasa. Jika jamaah haji adalah musafir, maka secara mutlak disunahkan untuk berbuka.”.
3. Hanabilah : “Disunahkan bagi para jamaah haji berpuasa pada hari Arafah jika wuqufnya malam, bukan wuquf pada siang hari, jika wuqufnya siang maka makruh berpuasa.”.
4. Pendapat Imam Ahmad rh pula;
a. “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”
b. Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari Arafah ketika mengerjakan ibadah haji..
5. Hanafiyah : “Makruh bagi jamaah haji berpuasa Arafah jika membuat lemah, begitu juga puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah).” .
6. Malikiyah : “Makruh bagi jemaah haji berpuasa Arafah, begitu juga puasa Tarwiyah.”.
Tiada halangan berpuasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah ini, maka marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan dengan melakukannya seikhlas hati. Banyak keistimewaan dan kelebihan pahala puasa yang terdapat pada puasa Arafah seperti dinyatakan sebelum ini. InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment