Haji adalah merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)
Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)
Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".
Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.
Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.
RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI
Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.
Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.
PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'
Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :
- Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
- Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
- Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
- Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :
Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.
Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu "
- Islam
- tidak wajib atas orang kafir dan murtad -
Baligh
- tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh -
Berakal
- tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya -
Merdeka
- Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala -
Berkuasa / Kemampuan
- Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"
Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap
Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang
sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran ayat 97)
Dalam
masalah berkuasa atau berkemampuan untuk
mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa
kepada dua bahagian:-(Surah Ali Imran ayat 97)
a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.
"Dari
Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya
" Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"?
Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan
perjalanan"
Riwayat- Daruqutni
b)
Berkuasa dengan bantuan orang lain. Riwayat- Daruqutni
i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.
"
Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah
datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:
" Bahawa bapa saya seorang yang telah tua,
tidak berdaya menunaikan haji dan umrah,
dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau
berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah"
Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah
haji untuk bapamu dan umrahnya sekali".
Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi
Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi
SYARAT
- SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH
HAJI
Syarat-syarat
untuk menjadi wakil atau mengambil upah
menunaikan haji orang lain ialah:-
-
Orang itu telah pun menunaikan fardu haji
untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya,
Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa
Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki
berkata ketika mengerjakan haji: " Aku
sahut seruan mengerjakan haji menggantikan
Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya
kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan
haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab
lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w
berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah
engkau kerjakan haji untuk diri engkau
sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan
haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu
Daud dan Ibnu Majah)
-
Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang
sahaja bagi satu musim haji.
-
Mestilah berihram pada miqat orang yang
dihajikan itu atau pada tempat yang sama
jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan
kepadanya, maka hendaklah dia berihram
pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika
tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang
yang mengambil upah itu berihram pada
miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang
berada di Mekah yang mengambil upah haji,
maka wajiblah dia keluar kepada miqat
yang dihajikannya, atau boleh juga pada
mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya.
Jika dia berihram daripada miqatnya (di
Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya
dam.
- Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment