Friday, 27 June 2014

FADHILAT SOLAT TERAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin

Thursday, 26 June 2014

IHRAM


Ihram menurut syarak ialah memulai ibadah haji dan menahan daripada  melakukan perkara-perkara yang ditentukan Allah selama memakai ihram itu. Memakai ihram hendaklah dimulai dari miqat iaitu tempat yang telah ditetapkan bagi memakai pakaian ihram.

Ittiba’ ialah perbuatan seorang lelaki yang berihram meletakkan pertengahan kain selepangnya di bawah ketiak kanannya dan dua hujung kain itu di atas bahu kirinya.
Perbuatan ini adalah sunat bagi orang-orang lelaki mengikut pendapat mazhab Imam As-Shafie, Hanafi, Ahmad dan jumhur ulama’. Ini adalah berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Ya’li bin Umaiyah: “Sesungguhnya Nabi SAW telah bertawaf dalam keadaan ittiba’ dan memakai burad. Burad pula adalah sejenis kain bulu berwarna hitam.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darini, AlBaihaqi dan At-Tirmidzi, disahihkan hadis ini oleh At-Tirmidzi)
Firman Allah SWT: “Hai anak Adam sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi aurat dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” – (Al-A’ra: 26)..

Adab Ihram

Disunatkan sebelum memakai ihram melakukan perkara-perkara berikut :
  1. Memotong kuku,
  2. Merapikan misai, janggut dan menyikat rambut,
  3. Mencukur bulu ketiak dan ari-ari.
  4. Mandi sunat ihram dan berwuduk.
  5. Solat sunat Ihram dua rakaat.
  6. Memakai haruman.
  7. Memakai dua helai kain putih yang tidak berjahit.
  8. Setelah memakai ihram perbanyakkan membaca talbiah.
 .

a.  Niat Mandi Sunat Ihram

.




.

b.  Niat Solat Sunat Ihram

Lakukan Solat Sunat Ihram 2 rakaat kerana Allah.

Rakaat Pertama : Al-Fatihah dan Al-Kafirun
Rakaat Kedua : Al-Fatihah dan Al- Ikhlas
Setelah Solat Sunat Ihram maka maka pasanglah niat Ihram.
.
.

Larangan Ihram

  1. Memakai pakaian berjahit.
  2. Menutup kepala bagi lelaki.
  3. Menutup muka dan kedua tapak tangan bagi perempuan.
  4. Memakai bau-bauan, krim dan minyak rambut.
  5. Memendekkan kuku tangan dan kaki.
  6. Mencabut atau mencukur rambut.
  7. Melakukan akad nikah.
  8. Bercumbu-cumbuan atau bersetubuh.
  9. Menyakiti, memburu atau membunuh haiwan darat.
  10. Memotong atau mencabut tanaman di tanah suci.
  11. Bergaduh atau bermusuhan.
.
PERHATIAN:
Lakukan perkara-perkara di atas sebelum berniat Ihram.  Jika sudah berniat ihram maka tidak boleh lagi memotong kuku, menggunting rambut, memakai minyak wangi, minyak rambut dan sebagainya.

Wednesday, 25 June 2014

TAUBAT MENURUT AL QURAN

PENGERTIAN TAUBAT
Taubat atau dalam Bahasa Arabnya juga  تَوْبَة  (taubah) berasal dari perkataan تَوَبَ  (tawaba) yang dari segi bahasa bermaksud kembali. Seseorang itu dikatakan تابَ  (taaba – telah bertaubat) sekiranya dia telah kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa itu.
Adapun dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksudnya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah untuk dia mentaati Allah. Jadi jelas kaitan di antara maksud taubat menurut bahasa dan juga istilah Syaraknya.
PERINTAH BERTAUBAT
Adapun tentang bagaimana perintah Syarak kepada kita sebagai manusia untuk bertaubat, hal ini memang jelas dan banyak disebutkan dalam nas-nas Al-Quran dan juga Sunnah. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kamu berjaya.” (Surah Al-Nur, 24: 31)
Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Zumar: 53)
Dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang melampaui batas ke atas diri mereka; melampaui batas iaitu dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat.
Juga firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
“Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135)
Jika dalam ayat sebelum ini Allah memilih perkataan mereka yang ‘melampaui batas’, dalam ayat ini pula Allah mengatakan mereka yang telah ‘menzalimi diri mereka’. Mungkin kita tidak perasan; apakah maksud orang yang menzalimi diri mereka? Orang yang menzalimi diri mereka adalah orang yang melakukan dosa dan maksiat. Bagaimana dia menzalimi dirinya?
Dia menzalimi diri sendiri kadangkala tanpa kita sangka. Barangkali ketika melakukan perbuatan maksiat itu dia bersuka ria dan berseronok dengannya. Tetapi realitinya dia menzalimi diri sendiri kerana perbuatan itu menambahkan dosanya dan paling tidaknya di Akhirat nanti dia mendapat balasan buruk iaitu Api Neraka. Perbuatannya akhirnya membawa mudarat dan binasa kepada dirinya. Itu yang dimaksudkan menzalimi diri.
Tiga ayat ini sudah memadai di mana faedah yang dapat diambil dari ketiga-tiga ayat ini cukup banyak. Antara faedah yang dapat kita sebutkan;
1. Kewajipan taubat. Seperti mana firman Allah,وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا   (dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah). Sepertimana sedia maklum, para Ulama menjelaskan bahawa sekiranya ada perintah dari Syarak sama ada dari Al-Quran atau Hadis, bererti hukumnya adalah wajib. Jadi apabila Allah mengatakan bertaubatlah kamu sekalian, itu merupakan satu perintah dan perintah membawa makna wajib. Maka hukum bertaubat adalah wajib.
2. Taubat menjadi kunci kejayaan. Seperti mana Allah berfirman لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (semoga kamu berjaya). Jadi sesiapa yang ingin tahu apa kunci kejayaan untuk hidupnya di dunia apatah lagi di Akhirat, jawapannya antara lain adalah dengan bertaubat.
3. Jangan berputus harapan dari rahmat Allah walau sebanyak dan sebesar mana pun dosa yang pernah dilakukan. Walau apapun maksiat yang kita lakukan, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, baik perkara-perkara maksiat, bidaah, khurafat yang mungkin selama ini kita amalkan dan kita percaya, jangan berputus harapan bahawa pintu taubat terus terbuka.
Bahkan walaupun perkara-perkara kufur atau syirik sekalipun, misalnya orang kafir yang menyembah selain Allah, mensyirikkan Allah, tentu sahaja dia juga boleh bertaubat. Ini kerana Allah berfirman, إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا (Sesungguhnya Allah mengampunkan kesemua jenis dosa-dosa). Tidak ada dosa yang dikecualikan dari pengampunan Allah. Jadi janganlah berputus harapan dari mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
4. Sifat orang beriman adalah sentiasa mengawasi dirinya, memerhatikan tindak tanduknya, atau secara ringkasnya sentiasa bermuhasabah. Firman Allah, maksudnya: “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, mereka ingat kepada Allah.” Ingat kepada Allah maknanya sentiasa muhasabah.
Dia tidak sibuk tentang orang lain, dia lebih pentingkan dirinya kerana dia bertanggungjawab ke atas dirinya dulu sebelum orang lain. Dia sentiasa muhasabah kerana dia mengetahui, yakin dan percaya bahawa sehebat mana pun dirinya pasti dia ada kesalahan dan kesilapan seperti mana disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
كُلُّ بَنِي آدَم خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
“Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat Ahmad)
Ini adalah sifat orang yang beriman kerana orang yang sesat lagi menyimpang sifatnya terbalik sama sekali. Kita perhatikan apa sifat orang menyimpang, semoga kita tidak tergolong dalam orang yang mempunyai sifat ini. Firman Allah dalam Surah Al-Kahf ayat ke-103 hingga 104,
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِاْلأَخْسَرِينَ أَعْمَالاً الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
“Mahukah kalian kami ceritakan tentang mereka yang telah rugi di dalam amal perbuatan mereka? Iaitu mereka yang telah sesat lagi menyimpang dalam usaha mereka semasa hidup mereka di dunia sedang mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu adalah baik.” (Surah Al-Kahfi. 18: 103-104)
Ini sifat orang-orang sesat. Adakah orang sesat lagi menyimpang mengaku bahawa mereka sesat? Bahkan terbalik, semua orang yang sesat lagi menyimpang mengatakan bahawa apa yang mereka buat adalah betul. Bahkan mereka mengatakan apa yang mereka buat itu baik. Ini biasa kita dengar.
Sedangkan realitinya ia tidak baik kerana ia menyalahi Syariat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini adalah sifat orang yang tidak sedar diri, tidak sedar akan kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Kalau tidak sedar, adakah harapan untuk dia bertaubat? Jauh sekali kerana dia merasakan apa yang dia buat itu betul. Inilah yang dapat kita lihat pada pelaku bidaah secara khasnya. Mereka menyangka apa yang mereka lakukan adalah baik-baik belaka.
5. Orang yang beriman antara sifatnya apabila melakukan salah silap, dia akan cepat ingat kepada Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana orang yang beriman mengetahui bahawa salah silap yang dilakukan itu perlu kepada taubat dan taubat yang dilakukan itu tidak lain dan tidak bukan hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia hanya bertaubat kepada Allah dan sama sekali dia tidak akan kembali kepada selain Allah.
Dia tidak akan meminta keampunan daripada mana-mana Syaikh atau wali, dia tidak akan meminta keampunan daripada mana-mana orang yang telah mati, nenek moyang atau sesiapa. Dia tidak akan mendatangi mana-mana perkuburan untuk meminta keampunan.
Jika orang Kristian Katolik ada confession, di mana seseorang itu masuk ke dalam sebuah bilik, paderi di sebelah, dia menceritakan dosanya dan paderi itu pun mendengar, kemudian dosanya pun diampunkan, tetapi tidak ada praktik sebegitu dalam Islam. Tidak ada mana-mana Ustaz, ulama dan sebagainya yang dapat mengampunkan dosa sesiapa kerana itu hanya milik Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan Nabi atau Rasul sekalipun tidak akan mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa sesiapa pun. Kita sedia maklum bahawa Nabi sendiri tidak dapat menyelamatkan bapa saudaranya.
6. Orang yang beriman tidak akan terus menerus dalam melakukan dosa dan salah silap. Sebaliknya dia akan cepat-cepat kembali ke pangkal jalan apabila menyedari kesalahannya. Dia tidak akan terus melakukan kesalahan itu; baik maksiat, bid’ah, khurafat, apatah lagi kufur dan syirik. Sebaliknya dia cepat-cepat meninggalkannya, berhenti daripadanya dan berlepas diri daripadanya. Maka perlu kita ingat, kalau kita sudah sedar sesuatu kesalahan di mana sebelum itu mungkin kita sangka betul, kita kena cepat berlepas diri daripadanya. Contohnya muzik, bahkan ada satu istilah iaitu muzik Islam.
Kita telah tekankan banyak kali bahawa tidak ada istilah muzik Islam seperti mana tidak ada istilah syaitan Islam. Muzik adalah alunan Syaitan, seperti mana Al-Quran adalah Kalamullah. Tidak boleh disamakan antara Al-Quran dengan muzik. Al-Quran itu daripada Allah, muzik itu daripada Syaitan. Al-Quran itu pahala, muzik itu dosa. Tidak ada istilah dosa Islam, tidak ada istilah Syaitan Islam, maka tidak ada istilah muzik Islam.
Perkara-perkara bidaah; kalau sebelum ini kita jahil, tidak tahu, tetapi pada hari ini kita sudah tahu, contohnya yasinan, tahlilan, talqin, marhaban, barzanji, dan macam-macam lagi perkara bidaah, kalau kita sudah sedar bahawa ini semua tidak boleh dan bukan datangnya dari ajaran Islam, tanggungjawab kita adalah jangan kita main-main lagi. Jangan kita kata “aku duduk je” dalam majlis bidaah dan seumpamanya.
Siapa yang memberi keamanan kepada engkau bahawa rumah itu tidak akan runtuh ke atas engkau, sedang engkau berada di majlis yang dimurkai oleh Allah. Majlis-majlis seperti ini sudah tentu tidak diredhai oleh Allah. Maka kalau dia sudah tahu, dia kena cepat-cepat berhenti dan berlepas diri daripadanya.
CARA BERTAUBAT DAN BERLINDUNG DARI DOSA
  1. Jika dosa yang dilakukan itu adalah akibat dari kejahilan dan kealpaan, kerana tidak tahu bahawa ianya dosa, atau sebelum itu dia menyangka ianya baik, maka cara bertaubat daripadanya adalah dengan menuntut ilmu. Adapun sekiranya dosa yang dilakukan itu adalah kerana tertewas dengan nafsu syahwat atau kerana terikut dengan hawa nafsu, cara bertaubatnya adalah dengan bersabar dan mengharapkan pahala dari kesabaran itu.
Lihat bagaimana Syarak memelihara seseorang itu dari terjebak dalam kancah dosa atau maksiat. Syarak antara lain menuntut supaya seorang itu berwuduk, ataupun solat, ataupun berpuasa. Seperti mana dalam hadis di mana seorang itu kalau hendak menghindari dirinya dari bertindak atas kemarahan yang tentunya akan membawa kepada dosa, Syarak menuntut supaya dia berwuduk.
Solat juga mampu mengekang seseorang itu dari terjebak kepada dosa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat.” (Surah Al-Baqarah, 2: 45)
Begitu juga dalam ayat yang lain, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.” (Surah Al-Ankabut: 45)
Ini semua untuk mengelakkan kita dari terjebak ke dalam kancah dosa dan juga maksiat.
2. Berlindung dengan Allah. Ini kerana barangsiapa yang mencari perlindungan dengan Allah di mana dia kembali kepada Allah, tentu sahaja Allah akan membantu dan menolongnya untuk menewaskan dua musuh ketatnya yang sentiasa berdamping dengannya untuk memusnahkan dirinya; iaitu nafsu dan juga Syaitan. Seperti mana firman Allah,
إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ
“Kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong kepada kejahatan.” (Surah Yusuf, 12: 53)
Seperti kita sedia maklum, syaitan juga adalah musuh ketat manusia. Jadi bagaimana kita hendak berlindung daripada dua musuh ini adalah dengan kembali kepada Allah seperti mana firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-101,
وَمَن يَعْتَصِم بِاللهِ فَقَدْ هُدِىَ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
“Dan barangsiapa yang berlindung dengan Allah, sungguh dia diberi petunjuk ke jalan yang benar.” (Surah Ali Imran, 3: 101)
3. Perlu ada perasaan takut bahawa akan dipercepatkan kepadanya balasan perbuatan dosanya itu di dunia; iaitu dia mungkin diharamkan dari memperoleh rezeki kerana dosa yang dilakukan, atau ditimpa kemiskinan dan penyakit sekiranya dia terus menerus melakukan perbuatan dosanya itu.
4. Memperelokkan makan minumnya, iaitu hanya menjamah makan dan minuman yang halal. Ini sangat penting dan Alhamdulillah masyarakat kita memberi kepentingan pada perkara ini, mereka sentiasa memastikan adanya tanda halal pada makanan. Namun ini tidak menghalang kita untuk terus memperkemaskan dan menjaga perkara ini. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyebut,
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
“Seorang lelaki yang dalam perjalanan jauh (bermusafir) sehingga rambutnya menjadi kusut dan badannya berdebu (tertekan dan kesusahan), dia mengangkat kedua tangannya ke langit lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan rezekinya dari sumber yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?” (Riwayat Muslim)
Ini doa secara umumnya, maka begitu jugalah dalam kita hendak bertaubat. Bagaimana kita hendak meminta supaya Allah menerima taubat kita dan mengampuni dosa kita kalau kita terus menerus bergelumang dalam dosa, menjamah makanan dan minuman yang haram, pakaian haram, dan sumber rezeki juga haram.
5. Menjaga dengan siapa kita berkawan dan bersahabat. Kita perlu beri perhatian pada perkara ini kerana saya melihat adanya kelalaian dalam perkara ini secara khasnya. Perlunya kita menjauhkan diri kita dari teman-teman yang buruk. Ini kerana banyak keadaan di mana teman-teman kita inilah yang membawa kita kepada dosa atau membuat kita terus di dalam dosa.
Akibat tersalah memilih kawan, akibat duduk dengan kumpulan yang tidak baik membuatkan kita terjebak dengan dosa dan sehingga kita terus menerus di dalam dosa kerana kita mengekalkan kawan-kawan yang tidak baik ini. Ini seperti mana yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Permisalan teman yang baik dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, sama ada dia akan menghadiahkan kamu wangiannya, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang besi, sama ada dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang busuk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka perhatikan teman kita, adakah dia seperti penjual minyak wangi atau adakah dia seperti tukang besi. Penting bagi kita menjaga dengan siapa kita bergaul. Adakah kita bergaul dengan orang-orang yang baik, orang saleh, orang sunnah, atau adakah kita bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, orang-orang yang buruk, orang-orang yang melakukan maksiat, atau orang-orang yang melakukan bid’ah, atau Khawarij.
Dari hadis yang disebutkan, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa seseorang itu mudah terpengaruh dengan persekitarannya. Sekiranya persekitarannya baik, dia akan mendapat faedahnya. Sepertimana kalau persekitarannya buruk, kawan-kawannya buruk, kampung halamannya buruk, kawasan tempat tinggalnya buruk, tidak ada masjid contohnya – dukacitanya ini banyak berlaku di kawasan orang kaya-kaya. Rumah besar-besar, kawasannya luas, tetapi masjidnya tidak ada.
وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعاً
“Dan mereka menyangka bahawa mereka sedang hidup dengan sebaik-baiknya.” (Surah Al-Kahfi, 18: 104)
Syarak menitik beratkan persekitaran. Oleh kerana itu, Syarak turut menegah kita meniru orang kafir, seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih. Riwayat Ahmad)
Maka kalau seseorang itu menyerupai orang kafir, Rasulullah berkata dia tergolong daripada kaum itu. Na’uzubillah.
Di situ terdapat tegahan dan larangan dari kita menyerupai orang kafir sama ada dari segi tingkah laku, tatacara, bahkan pakaian sekalipun kita perlu berhati-hati. Barangkali ada yang bertanya apa masalahnya? Kita katakan, ia bermula secara zahir, tetapi akan memberi kesan kepada hati.
Barangkali pada mulanya kita menyerupai mereka dari segi tingkah laku, contohnya orang kafir apabila bertemu sesama mereka mengucapkan “Hi! Hello!” kita pun meniru mereka, melupakan memberi salam dan mengucapkan Hi, Hello, Good Morning, Selamat Pagi dan sebagainya menyerupai amalan orang kafir. Ia bermula dengan perkara sekecil itu tetapi akhirnya akan terkesan dalam jiwa. Pada mulanya dia menyerupai orang kafir secara zahir, tetapi percayalah, kalau dia tidak bertaubat daripadanya, lambat laun dia akan menyerupai orang kafir secara batin. Dia menyerupai orang kafir seperti mana orang kafir.
Begitu juga Syarak melarang orang Islam untuk tinggal di negara Kafir. Hal ini seperti mana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan,
أَنَا بَرِيءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ مُقِيمٍ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِينَ
“Aku berlepas diri daripada semua orang Islam yang tinggal bersama-sama dengan orang-orang musyrikin.” (Sahih. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis ini sangat jelas, tidak ada ruang untuk takwil. Ini sangat penting dan sangat bahaya kerana dukacitanya kita melihat ramai yang mengambil mudah hal ini. Berapa ramai orang Islam tinggal di negara orang kafir, dengan gembiranya lagi. Kenapa dilarang umat Islam tinggal di negara kafir? Sebabnya sama; kerana persekitaran akan memberi kesan kepada seseorang itu.
Maka akhirnya kita melihat rata-rata orang Islam yang tinggal di negara orang kafir adakah masyaAllah mereka menjadi orang-orang saleh belaka? Jangan kita lihat pada minoriti. Dari persoalan kita, apa jadi kepada majoriti orang Islam yang tinggal di negara orang kafir? Adakah janggutnya panjang, memakai jubah, kopiah, wanitanya pula memakai purdah, jubah, anak-anaknya pula menghafal Al-Quran, adakah begitu?
Jangan kita tipu diri kita. Majoriti mereka terbalik. Sekali pandang nampak sama, si Ali sama dengan si John. Kita tidak tahu hendak bezakan. Kita hendak beri salam pun kita tidak tahu orang itu Islam atau bukan Islam. Ini realitinya.
Begitu juga Syarak menegah daripada duduk bersama dengan orang-orang yang sesat lagi menyimpang. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-An’aam ayat ke-68. Allah berfirman,
فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Dan janganlah kamu terus duduk bersama kaum yang zalim setelah datang kepadamu peringatan.” (Surah Al-An’aam, 6: 68)
Ini juga perlu menjadi peringatan kepada kita khususnya kepada kita yang cinta kepada Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, yang ingin mendokong sunnah Nabi dan menjauhi perkara-perkara khurafat, bidaah dan sebagainya.
Maka kalau kita sudah tahu bahawa perkara ini dilarang dalam Syarak, perkara ini maksiat, perkara ini bid’ah, bercanggah dengan Sunnah Nabi, maka jangan sama sekali kita ambil mudah lagi. Jangan kita duduk juga dalam majlis tahlilan. Jangan kita masih lagi memberi alasan “aku tak tahlil, aku duduk je”. Untuk apa kamu duduk, adakah untuk mendapat berkat? Hendak ambil hati? Ambil hati siapa? Adakah kita ingin mengambil hati orang-orang bid’ah dan menarik kemurkaan Allah? Adakah kita sanggup buat begitu? Kerana apa yang pasti, Allah memurkai majlis-majlis yang seperti ini, halaqah-halaqah yang seperti ini. Sekarang ada halaqah-halaqah baru; halaqah Ya Hanana, Ya Banana. Ini apa? Mana ada majlis-majlis seperti ini (dalam Islam). Apa yang pasti majlis-majlis seperti ini bukan majlis zikir, tetapi lebih kepada majlis-majlis nyanyian dan joget yang dimurkai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Apakah kita masih lagi mampu merasa aman untuk duduk di dalam majlis-majlis seperti ini? Dikhuatiri tidak semena-mena kita terikut-ikut dengan apa yang dinyanyikan kerana betapa mudahnya kita terkesan dengan persekitaran.
Dukacitanya, manusia tidak mengambil perhatian tentang hal ini. Dia menjaga persekitaran, tetapi persekitaran zahir semata. Kita semua setuju bahawa tidak ada siapa yang hendak duduk dengan penagih dadah kerana khuatir nanti kita pun jadi penagih dadah. Anak-anak kita, adik-adik kita, kalau ada orang hisap rokok kita kata jangan duduk dengan dia kerana kita khuatir anak-anak dan adik-adik kita akan hisap rokok. Ini kita faham. Sedangkan mudaratnya tidak lebih daripada mudarat fizikal. Adapun mudarat kepada spiritual, akidah, agama, dan akhlak, kita tidak memberi kepentingan. Sedangkan tentu sahaja mudarat agama jauh lebih bahaya daripada mudarat fizikal seperti bergaul dengan penagih dadah dan penghisap rokok.
6. Berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam seperti mana dalam surah Al-Fussilat ayat ke-36,
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dan jika engkau dihasut dengan hasutan syaitan maka hendaklah engkau meminta perlindungan Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Fussilat, 41: 36)
TIDAK ADA SOLAT SUNAT TAUBAT
Tidak ada istilah solat sunat taubat, seperti mana tidak ada istilah solat hajat. Kerana apa yang pasti, para sahabat seperti mana dalam kisah Ka’ab bin Malik dan dua rakannya yang tidak menyertai Rasulullah dalam peperangan Tabuk, mereka bertaubat dan apa yang pasti Rasulullah tidak menyuruh mereka melakukan solat sunat taubat.
Taubat itu adalah dengan kita meminta keampunan daripada Allah secara umum. Tidak ada kaedah-kaedah tertentu atau waktu-waktu tertentu yang dikhaskan. Walau bagaimanapun ada waktu-waktu yang mustajab di mana dia boleh mengambil kesempatan dari waktu-waktu mustajab itu untuk bertaubat; seperti ketika sujud, sepertiga malam yang terakhir, hari Jumaat, dan seumpamanya.
TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA
Perlu kita ketahui bahawa taubat tidak cukup hanya dengan melafazkan dan meminta taubat daripada Allah. Sebaliknya, taubat itu dianggap sebagai taubat yang benar apabila disusuli dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menunjukkan seseorang itu benar-benar telah bertaubat.
Maka kita lihat, apakah tandanya bahawa taubat seseorang itu diterima;
  1. Setelah bertaubat, seseorang hamba itu menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ini tanda yang paling kuat dan jelas. Sesudah bertaubat, keadaan orang itu berubah. Kalau sebelumnya dia melakukan maksiat, setelah taubat dia menjadi orang yang saleh. Kalau sebelumnya dia melakukan bidaah, sekarang dia melakukan perkara sunnah. Kalau sebelumnya dia melakukan perkara khurafat atau kufur dan syirik, sekarang dia mempraktikkan Tauhid dalam ertikata yang sebenarnya.
2. Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata. Jangan timbul perasaan merasa cukup dengan taubat yang dilakukan, atau jangan terlintas dalam fikiran bahawa aku sudah bertaubat maka habis cerita. Seolah-olah taubat itu pasti sudah diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita bertanya, dari mana datang keamanan itu? Apakah kita pasti bahawa taubat kita telah diterima?
Tidak ada sesiapa yang boleh menjamin dan berkata kepada kita “Ya, taubat engkau telah diterima.” Maka kerana itu, merasa aman dengan taubat yang dilakukan perlu kepada taubat. Ini kerana perasaan seperti itu sendiri merupakan satu dosa.
3. Berhenti dan berlepas diri dari dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takut. Dia tidak mengulanginya lagi dan menyesal dengan dosa yang dilakukan itu. Dia merasa sedih dengan apa yang telah dilakukan dan berharap dia tidak pernah melakukan dosa itu.
4. Lembut hatinya setelah bertaubat. Hatinya merasa lunak dan merasa hampir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
DEFINISI TAUBAT NASUHA
Taubat Nasuha adalah satu istilah bahasa Arab bahkan disebut dalam Al-Quran. Nasuha berasal dari kalimah yang sama dengan ‘Nasihat’ yang maknanya bersih, jujur lagi benar. Taubat Nasuha bererti taubat yang benar lagi jujur, bukan kerana sebab yang lain tetapi semata-mata kerana hendak bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini disebut dalam Surah Al-Tahrim ayat ke-8,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا تُوبُوا إِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha (taubat yang benar). Moga-moga dihapuskan dari kamu dosa-dosa kamu dan kamu dimasukkan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (Surah Al-Tahrim, 66: 8)
InsyaAllah, moga-moga kita tergolong di dalam golongan yang apabila melakukan dosa mereka bertaubat dan moga-moga taubat kita adalah taubat Nasuha, dan kita meminta daripada Allah semoga Allah menerima taubat kita dan insyaAllah kita tergolong di dalam golongan yang terselamat dari api Neraka di Hari Akhirat kelak dan terus masuk ke dalam Syurga.

Tuesday, 24 June 2014

RUKUN HAJI



Terdapat 6 rukun haji yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam perkara untuk mengerjakan haji.Rukun pertama adalah niat. Niat tersebut adalah niat melakukan haji  dan dilakukan di miqat manani yang  tertentu ataupun  tempat niat. Rukun kedua ialah wukuf di padang arafah iaitu pada 9 Zulhijjah· Para pengerja haji perlu berada di padang Arafah walaupun sekejap di antara tempoh  masa  gelincir matahari hari pada hari ke 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah.Seterusnya,rukun ketiga ialah tawaf di ka’bah sebanyak 7 kali.Tawaf ini bererti mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu.Ia juga perlu dilakukan selepas wukuf di Arafah iaitu bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah.

Tawaf ini pula mengandungi 5 jenis.Pertama,Tawaf qudum ataupun dikenali sebagai  tawaf selamat datang.Ianya sunat dilakukan bagi pengerja haji yang baru sampai ke mekah.Kedua,Tawaf ifadhah.Tawaf ini ialah  tawaf rukun dan wajib.Manakala jenis tawaf ketiga ialah tawaf widak atau tawaf selamat tinggal.Ia  sunat dilakukan bagi hendak meninggalkan kota mekah.Seterusnya,tawaf sunat.Tawaf sunat ialah satu-satunya tawaf yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.Jenis tawaf ke lima ialah tawaf nazar.Ia wajib dilakukan bagi yang bernazar untuk melakukan tawaf. 

Dalam melakukan tawaf,Allah SWT telah menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum,semasa dan selepas tawaf secara komprehensif .Syarat-syaratnya  adalah  yang utamanya ialah menutup aurat,suci daripada hadas, dan tawaf ini perlu dilakukan sebanyak 7 kali dengan  mengelilingi ka'abah,Syarat lain ialah dimulakan dengan penjuru hajar aswad,dan mengirikan ka'abah dan terakhir adalah dilakukan di dalam kawasan masjidil haram.

Rukun haji yang ke empat pula adalah Sa’i.Sai’ adalah rukun berjalan berulang alik dari bukit safa ke bukit marwa sebanyak 7 kali.Ia  dilakukan selepas para pengerja haji melakukan tawaf.Sai’e mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu syarat  saie  yang  pertama adalah,dimulakan  dari bukit safa dan berakhir di bukit marwa.Kedua,ia dilakukan sebanyak 7 kali dengan yakin.Ketiga ialah ia  dilakukan selepas tawaf rukun.Seterusnya,ia  dilakukan dengan perjalanan biasa dan syarat terakhir ialah dengan memulakan niat sai'e semasa mula di bukit safa.

Rukun haji ke lima adalah bercukur.Bercukur atau  bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai dan rukun terakhir adalah tertib.Tertib ini,dalam kata lain adalah memastikan rukun haji dan umrah yang dilakukan hendaklan dengan susunan yang betul



WAJIB HAJI
Seterusnya,dalam  haji  mengandungi perkara wajib haji atau amalan wajib haji.Definisi wajib haji adalah amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji ini, hajinya masih sah tetapi dikenakan dam atau denda mengikut kadar yang ditentukan.Perkara atau amalan wajib haji ini mengandungi tujuh perkara penting iaitu yang pertama adalah berniat ihram di miqat.Ia dilakukan setelah berpakaian ihram.Keduanya ialah bermalam atau mabit di muzdalifah pada tanggal 9 Zulhijjah.Ia dilakukan semasa pengerja haji dalam perjalanan dari Arafah ke Mina.Ketiga pula adalah melontar jamratul aqabah iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah dan keempat adalah bermalam di Mina pada hari Tasyrik iaitu 11 hingga 13 Zulhijjah.Wajib haji yang kelima ialah  melontar ketiga-tiga jamrah iaitu  Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah pada hari tasyrik yang sama dengan wajib haji sebelum ini iaitu pada 11 hingga 13 Zulhijjah.Selepas itu, wajib haji yang ke enam adalah tawaf wada iaitu melakukan tawaf perpisahan sebelum meninggalkan kota Makkah.Seterusnya wajib haji terakhir adalah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.Wajib haji ini adalah perkara yang harus dilakukan pada ibadah haji, dan jika ia tidak dikerjakan,para pengerja haji ini harus membayar dam atau denda.


SUNAT HAJI
Sunat haji mengandungi tujuh perkara iaitu pertamannya adalah ifrad, iaitu mendahulukan ibadah atau perbuatan haji ke atas umrah, sunah kedua ialah talbiah iaitu memuji kebesaran Allah.Sementara itu,sunat haji seterusnya adalah  melakukan tawaf qudum sebaik sahaja tiba di Kota Mekah dan keempat mabit/bermalam di Muzdalifah.Kemudian yang kelima adalah solat dua rakaat tawaf.Sunat haji lain iaitu yang keenam adalah bermalam di Mina dan akhir sekali adalah tawaf wida' iaitu  sunat hukumnya bagi orang yang hendak meninggalkan Mekah.

Melakukan ibadah haji ifrad hukumnya sunat, tidak dikenakan dam, berbeza dari tamattu' dan qiran, kedua-duanya dikenakan dan ke atas orang yang melakukannya. Sunat haji kedua ialah talbiah iaitu memuji kebesaran Allah di sepanjang masa melakukan ibadah haji dan memakai ihram. Lafaz talbiahnya ialah
"Labbai Allah Humma Labaik, Labbaika la Syarikalaka Labbaik. Innal hamda wa al-nikmata laka wa al-mulk, la syarikalak".

Orang lelaki sunat menguatkan suara talbiahnya sepanjang memakai ihram dan orang perempuan pula sunat memperlahankannya dan memperbanyakkan talbiah sekalipun dalam keadaan haid.Ianya boleh dilakukan dengan bahasa terjemahan jika tidak boleh berbahasa arab.

Sunat haji ketiga ialah tawaf qudum iaitu dilakukan sebaik sahaja memasuki Kota Mekah. Masanya berpanjangan sehingga sebelum waktu wuquf. Tawaf qudum juga dikenali sebagai tawaf menghormati ka'abah, setelah selesai melakukanya barulah dilakukan solat tahiyyat masjid al-mukaramah.Individu yang melakukan haji ini makruh untuk duduk di masjid tersebut sebelum melakukan solat tersebut.

Sah tawaf adalah apabila jemaah haji dapat memenuhi syarat-syarat berikut iaitu suci daripada hadas kecil dan besar, dan suci daripada najis, menutup aurat seperti dalam solat, dilakukan dalam Masjid al-Haram, sempurna tujuh kali keliling Ka'abah dan tertib iaitu dimulakan pada garis tanda Hajar Aswad dan jadikan Ka'abah sebelah kirinya ketika tawaf dan niat tawaf qudum.

Perkara yang disunatkan ketika melakukan tawaf ialah sunat mengerjakan tawaf dengan berjalan kaki, berjalan dengan langkah pendek tetapi cepat terutama tiga keliling yang pertama, hampir dengan ka'abah, mengucup Hajar Aswad atau jika keadaan terlalu sesak cukup dengan lambaian dan ucapkan 
"Bismillahi wa Allahu Akbar",
Selain itu disamping berdoa untuk kedua ibubapa dan lainnya, jemaah juga makruh berbual/sembang,dan  akhir sekali solat sunat tawaf dua rakaat.

Sunat haji keempat ialah mabit/bermalam di Muzdalifah. Para haji mula berangkat ke Muzdalifah selepas terbenam matahari pada hari Arafah dan di jamakkan solat maghrib dalam waktu insyak iaitu jamak ta'khir sebaik sahaja sampai di Muzdalifah. Maksud mabit di sini ialah berhenti selepas tengah malam di Muzdalifah. Orang yang berihram perlu mengerjakan solat subuh pada malam pertama, kemudian berwukuf di Masy'arilharam sehingga terbit matahari dengan memperbanyakkan zikir dan doa.

Solat dua rakaat tawaf merupakan sunat haji yang kelima. Ia disunatkan kepada orang yang bertawaf setelah melakukan tawaf iaitu di makam Ibrahim a.s atau dimana-mana bahagian Masjid. Surah Al-Kafirun dibaca pada rakaat pertama manakala Surah A-ikhlas dibaca pada rakaat ke dua. Solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, sekalipun dalam waktu yang diharamkan. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa, sekalipun dalam waktu yang diharamkan. Ia juga boleh dilakukan di luar masjid.

 Berangkat ke Mina juga merupakan antara sunat haji. Ia dilakukan pada hari Tarawih, iaitu hari ke lapan dari bulan Zulhijjah. Sekiranya seseorang itu melakukan haji qiran atau ifrad, maka dia berangkat ke Mina dengan ihramnya. Sekiranya ia mengerjakan haji tamattu', maka hendaklah ia melakukan ihram untuk mengerjakan haji dan melakukan apa yang telah dilakukannya di miqat. Disunatkan juga jemaah banyak berdoa dan membaca talbiah sewaktu dalam perjalanan ke Mina, melakukan solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak serta bermalam di sana. Mereka juga disunatkan tinggal sehingga terbitnya matahari pada hari ke sembilan Zulhijjah.

Sunat haji yang seterusnya ialah tawaf wida'. Ia merupakan tawaf selamat tinggal sebagai lambang perpisahan dengan Baitullah. Juga dinamakan tawaf shadar (tawaf kemunculan) kerana dilakukan ketika hadirnya umat manusia ke Mekah. Ia adalah upacara haji yang terakhir kecuali bagi penduduk Mekah dan wanita yang haid. Para ulama sepakat bahawa ianya disyariatkan. Malik, Daud, Syafi'I dan Ibnu Mundzir mengatakan ia sunat dan tidak dikenakan apa-apa kewajipan kerana meninggalkannya.

Golongan Hanbali dan Hanafi serta satu riwayat dai Syafi'I pula mengatakan ia wajib dan dikenakan denda kerana meninggalkannya. Tawaf ini dilakukan setelah selesai semua urusan dan ketika hendak berangkat sebagai pertemuan terakhir dengan Baitullah. Bila sudah selesai, mereka hendaklah segera berangkat tanpa tinggal lama di sana. Jika tidak, tawaf hendaklah dilakukan semula kecuali ada kepentingan yang mesti diselesaikan (Hasan Ayub, 1983:214). Tawaf ini tidak memerlukan para haji berjalan cepat, cukup sekadar berjalan biasa sahaja.

WUKUF DI ARAFAH



Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU WUKUF
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"
 Wukuf bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika (sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan).
Masanya bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke 10 Zulhijjah.
Waktu afdalnya adalah berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih disukai Allah dalam melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini, iaitu 10 hari pada Zulhijah.”
.

ARAFAH

..
Di Arafah terdapat Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) di Gunung Arafat yang menjadi tumpuan umat berdoa. Di bukit ini didirikan sebuah tugu putih bagi mengenang pertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari syurga dan dipisahkan di dua daratan.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda melakukan wukuf. Wahyu tersebut bermula dalam surah al-Maidah.
.
Pada Hari Arafah, di sekitar Masjid Namirah iaitu lokasi bersejarah yang menjadi tempat perkhemahan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda sebelum tiba waktu untuk Wukuf, akan kelihatan ribuan manusia.
Situasi sama juga kelihatan di lokasi bersejarah lain seperti (Bukit) Jabal Rahmah dan di kaki bukit inilah terdapat batu tempat Rasulullah SAW berwukuf.
Selain ada yang berjalan, terdapat juga jemaah yang duduk di dalam ratusan ribu khemah yang didirikan di seluruh Padang Arafah yang berkeluasan 10 kilometer persegi tersebut.
 .
.

Hari Arafah

Hari Arafah adalah antara hari-hari yang paling afdal di sisi Allah SWT. Daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.”

Berwukuf di Padang Arafah adalah kemuncak Ibadah Haji dan ia merupakan Rukun Haji yang utama kerana ianya membezakan Haji dan Umrah. Pada Umrah, tiada Wukuf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah wukuf di Arafah.”
Hari Arafah juga adalah hari Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakannya, daripada api neraka. Keesokannya adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan kegembiraan serta kesyukuran ke hadrat Ilahi. 
.
.

Haji Akbar

Sekiranya Wukuf jatuh pada hari Jumaat, ia digelar Haji Akbar dan para jemaah harus memanafaatkannya kerana ia mempunyai kelebihan menunaikan 70 kali haji.
Ketika Nabi Muhammad SAW Wukuf di Arafah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 9 Hijrah, turunnya wahyu ayat terakhir al-Quran: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”  Surah Al-Ma’idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan baginda pun wafat.
.
.

Syarat Berwuquf

  1. Telah berihram dengan niat haji
  2. Seorang yang beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
  3. Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf.
.

Amalan-Amalan Berwuquf Di Arafah

 Dalam usaha untuk lebih mendekati diri kepada Allah SWT sepanjang berada di Arafah, jemaah haji digalakkan melakukan ibadah dan amalan-amalan sunat berwukuf, antaranya:
  1. Mandi sunat wukuf.
  2. Bertaubat
  3. Solat berjemaah
  4. Solat Jamak dan Qasar Zuhur dan Asar.
  5. Membaca Al-Quran
  6. Memperbanyakkan ucapan:
    • Bertalbiah diselangi dengan doa.
    • Bertasbih, bertahmid, bertahlil.
    • Berdoa bersungguh-sungguh.
    • Berzikir dan pujian kepada Allah SWT.
  7. Kuliah fadilat Arafah.
  8. Solat-solat sunat
  9. Qiyamulail.
 .
.

Hikmah Wukuf

  1. Menimbulkan rasa kekerdilan diri lantaran mengingati dan menyaksikan kebesaran Allah.
  2. Membentuk diri menjadi Muslim yang berjiwa ikhlas dan berakhlak mulia.
  3. Menjadi hamba Allah yang bersyukur terhadap segala Anugerah-Nya.
  4. Melahirkan sifat kemanusiaan dan kesetiakawnan tinggi.
  5. Melahirkan rasa kerelaan untuk melakukan pengorbanan pada insan lain.
  6. Meningkatkan tahap keimanan dan ktakwaan kepada Allah.
 .
.

Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan sunat lain pada hari itu.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya diusahakan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.

SEJARAH IBADAT HAJI


Haji adalah merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)

Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".
Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.
Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.
RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI
Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.
Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.
PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'
Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :
  1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
  2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
  3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
  4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :
" Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"
Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak. 

Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu "
  • Islam
    - tidak wajib atas orang kafir dan murtad
  • Baligh
    - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
  • Berakal
    - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
  • Merdeka
    - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
  • Berkuasa / Kemampuan
    - Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran ayat 97)
Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-
a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
"Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan"
Riwayat- Daruqutni
b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.
i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.

ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.

Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: " Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali".
Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi
SYARAT - SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI
Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-
  1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji: " Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah)

  2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.

  3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

  4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.