Thursday, 23 May 2013

Melawat Muzium di Mekah al Mukaramah


Lawatan Luar hari pertama di Mekah. sebenarnya nak masuk ke Muzium Mekah ni bukan boleh sebarangan masuk, kena dapat keizinan daripada kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu aku pun hairan, apa yang payah sangat sedangkan muzium lain kat mana-mana pun terbuka untuk dilawati mungkin sebab keluasannya yang terhad berbanding jumlah jemaah yang beratus ribu malah boleh mencecah jutaan manusia itu jadi kira nasiblah, kalau pihak travel agency korang boleh uruskannya maka dapatlah masuk, kalau tak pakat tengok dari luar jelah lepas tu pula tak boleh melawat lama-lama kat dalam tu, sekitar setengah jam saja kemudian kena bagi grup lain pula masuk dalam erti kata lain kalau pihak muzium kata pukul 9.30 kena ada depan pintu, so 9.30 tepatlah kena ada…kalau lambat, melepaslah jawabnya so grup kami beruntung kerana dapat keizinan daripada pihak muzium untuk masuk ke dalamnya bila dapat masuk ke dalam, aku actually agak kecewa kerana ia lebih layak dipanggil ‘pameran’ daripada muzium artifek tak banyak sangat seperti pedang baginda ke, serban baginda ke, maaf ini bukan tempatnya pendek cerita Muzium Mekah ini lebih kepada menceritakan sejarah pembangunan Mekah terutama sekitar Masjidil Haram daripada zaman lampau hingga ke perancangan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment