Kelihatan Padang Arafah .
Di kaki bukit, banyak unta yang telah dihiasi dengan pelbagai hiasan kelihatan untuk dijaja oleh tuan punya unta tersebut. Unta yang dihiasi bunga berwarna-warni begitu mengghairahkan, bersedia untuk dinaikki pengunjung dan mengambil gambar bersama. Untuk bergambar bersama unta ini, pengunjung dikenakan bayaran 20 riyal bagi sekali tunggangan dan gambar-gambar yang diambil terus sahaja ready dan tanpa negative/film. Kekadang si pemilik unta ini memaksa pengunjung untuk bergambar dan menaiki untanya. Dan, ia bukan hanya satu kali tunggangan, tetapi kekadang berkali-kali. So, jumlah yang akan dibayar pengunjung pun menjadi banyak. Oleh itu, kita mesti pandai menolak atau berkata tegas kepada si tukang ambil gambar ini agar riyal yang dibawa tidak habis begitu sahaja. Jabal Rahmah yang bererti bukit penuh rahmat, selalu dipenuhi pengunjung kerana mempunyai sejarah penting dalam Islam. Konon, di tempat ini merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh. Dikatakan, apabila seseorang berdoa di atas bukit ini untuk meminta pendamping hidup, nescaya doanya dikabulkan Allah. Wallahualam... Sayangnya, kekhusyukan jemaah yang berdoa sedikit terganggu oleh para tukang foto di sekeliling dan pedagang yang sibuk menjajakan dagangan seperti tasbih, aneka batu cincin, key chain dan sebagainya.
Bagi yang ingin cepat mendapat jodoh atau mengekalkan perkahwinannya, berdoalah di puncak Jabal Rahmah ini. Di tugu tempat bertemunya nabi Adam dan isterinya Hawa.
No comments:
Post a Comment